Sejarah Ringkas Sekolah

  • Uploaded by: clarissa leanne
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Ringkas Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 413
  • Pages: 3
Sejarah Ringkas Sekolah Sekolah ini mula dibuka pada bulan Januari 1962. Ketika itu sekolah ini menumpang di Sekolah (L) Bandar Tangkak dengan dikenali sebagai Sekolah Lanjutan. Pada tahun 1964, sekolah ini kemudian berpindah dan menumpang di Sekolah Bantuan St. Mathew iaitu sebuah sekolah Mubaliq di Jalan Sialang. Pada tahun 1966, sekolah ini berpindah ke bangunan baru dalam lokasi Sekolah Menengah Inggeris Ledang, Tangkak. Pada tahun 1970, sebuah kawasan di Jalan Payamas telah dibeli oleh kerajaan dan bangunan sekolah mula dibina. Tahun 1971, bangunan ini siap dan mulai tahun 1972 semua pelajar sekolah aliran Melayu dalam lokasi Sekolah Menengah Inggeris Ledang berpindah ke sekolah baru ini. Yang Berhormat Datuk Hj. Ahmad B Arshad sebagai ahli Parlimen ketika itu yang banyak memainkan peranan bersama Tn. Hj. Abd Rahman. Bowl, Pengurus Ledang Payamas telah mencadangkan sekolah baru ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat telah dirasmikan oleh Y.B Dato Musa B Hitam, Menteri Pendidikan, pada 4 April 1981 dan ketika itu pengetua sekolah iaitu Tuan Hj. Shukor B. Md. Dom. Sekolah ini terus berkembang pesat dengan pertambahan pelajar diikuti pembinaan bangunan baru,

surau dan asrama serta pembukaan kelas aliran sains tingkatan 4 dan tingkatan 6 sastera. Manakala pengetua sekoolah terus silih berganti. Pada tahun 1987 sekolah ini telah mengadakan Perayaan Jubli Perak yang mana Tn. Hj. Bujang B Ulis, Timbalan Menteri Pendidikan telah dijemput sebagai tetamu kehormat. Pada tahun 1992 juga sekolah ini mencatat sejarah apabila kelas Rancangan Khas Agama diperkenalkan. Pelajar-pelajar dari Daerah Muar telah diambil belajar di sekolah ini kerana ada kemudahan asrama. Pada 22 Mei 1999, surau baru sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Hj. Abdul Ghani B. Othman, Menteri Besar Johor, manakala surau lama terus dikekalkan sebagai Pusat Kokurikulum Persatuan Agama Islam. Tahun 1999 juga Pusat Sumber Asrama siap dibina. Pada 2 Ogos 2001 pula Dewan Besar Sekolah siap dibina. Tahun 2002 fizikal sekolah terus bertambah menarik dan cantik dengan pembinaan pagar tembok sepanjang jalan serta pembinaan pondok menunggu bas di hadapan sekolah. Awal 2002 juga sebanyak 4 buah kelas dan beberapa orang guru sekolah ini berpindah apabila Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Tangkak siap dibina di Payamas kerana sekolah ini tidak dapat menampung jumlah pelajar yang sentiasa bertambah.

Pada 18 September 2007, kerja membina satu blok bangunan empat tingkat dimulakan dan dijangka siap pada 10 November 2008. Pada 2 Oktober 2007, dua blok bangunan asrama tiga tingkat dimulakan dan dijangka siap pada 4 Jun 2009. Kini,sekolah ini ditadbirkan oleh Tn. Hj. Ahmad B. Othman.

Related Documents


More Documents from ""

Kandungan
May 2020 32
Drawing 1
May 2020 17
Hasil Kajian 2
May 2020 20
Lesson 1
May 2020 31