Projek Sejarah Sekolah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Projek Sejarah Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,416
  • Pages: 15
SMK SERI GARING , RAWANG .KERJA KURSUS SEJARAH 2009 TAJUK

: PERMAINAN TRADISIONAL

TEMA

: PERMAINAN TRADISNIONAL WAU

NAMA CALON

: Lee Yowan

TINGKATAN

: 2 TOPAZ

NAMA GURU PENILAI : Puan Halimah

(1.)

Senarai Kandungan Kandungan

Muka Surat

Tajuk

1

Senarai Kandungan

2

Penghargaan

3

Objektif Kajian

4

Kaedah Kajian

5

1.

Nama Permainan

6

2.

Latar Belakang 2.1

7

Latar Belakang 2.2~2.3

8

3.~ 4. Tujuan Dimainkan Cara Bermain 5. Rumusan

9 10

6.

Asal-Usul

7.

Alat-Alat Yang Digunakan

13

8.

Jenis-Jenis Wau Yang Terdapat Di Malaysia

14

9.

Elemen2

15

(2.)

Penghargaan

11~12

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah SMK Seri Garing memberikan kerja kerja kursus ini. Oleh sebab itu, saya terdapat pengatahuan tentang permainan tradisional, gasing. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan Halimah.Mereka memberi idea, sokongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut memberi teguran agar dapat dibuat dengan baik.

(3.)

Objektif Kajian

Melalui kajian ini , beberapa objektif kajian akan dapat dipenuhi, iaitu: i. Mengetahui secara mendalam tentang permainan tradisional di negara kita terutama sekali mengenai permainan gasing. ii.Mengetahui unsur-unsur seni dan kebudayaan yang diterapkan di dalam permainan tradisional ini. iii.Menambah pengetahuan tentang asal-usul permainan tradisional dan cara-cara ia dimainkan. iv.Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan kebudayaan serta warisan tanah air.

(4.)

Kaedah Kajian Semasa menjalankan kajian, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam proses mendapatlan maklumat.Antaranya termasuklah kaedah majalah , internet, surat khabar. a.)

Internet yang dicari oleh saya ialah daripada www.yahoo.com > “Search : Sejarah Wau”

b.)Majalah dan surat khabar ialah didapat dari Bapa saya.

(5.)

Nama Permainan Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang agak popular pada masa kini terutamanya di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung Malaysia. Wau dijadikan permainan untuk mengisi masa lapang tidak kira generasi muda mahupun generasi tua. Terdapat beberapa jenis atau nama lain bagi wau. Antaranya ialah wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang paling digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Terdapat berbeza-beza nama bagi wau mengikut negara iaitu rakyat Jepun menyebut Tako, Afrika (Vlieers), Belgium (Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger), Britain (Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali (Aquilone), Korea (Youn), Mexico (Papalote), Norway (Drage),

Portugal (Pipas), Filipina (Saranggola), Russia (Letchijzmeij), Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake) tapi maknanya tetap sama iaitu layang-layang atau wau.

(6.)

Latar Belakang 2.1 Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi oleh Sang Jaya. Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara. Apabila sesebuah negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengan cara menerbangkan wau ke langit. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakan wau untuk menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa banjir. Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak. Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira, mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila bayi tersebut taleh dewasa, bayi tersebut menjadi seorang gadis yang amat cantik.

Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahli nujum, ahli nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulan untuk mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman mereka kembali subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.

(7.) 2.2 Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempopularkan wau ialah Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih terkenal dan mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik. Selain daripada membuat wau untuk dimain,negeri-negeri ini juga membuat wau untuk hiasan dinding dan kraftangan. 2.3 Terdapat dua golongan yang kerap bermain wau pada zaman dahulu iaitu golongan istana dan rakyat biasa. Pada masa kini, biasanya kaum melayu yang selalu bermain wau, namun begitu, terdapat juga segelintir kaum india atau cina yang bermain wau untuk mengisi masa lapang mereka.

(8.)

Tujuan Dimainkan Tujuan wau dimainkan ialah sebagai hiburan untuk mengisi masa lapang kepada pelbagai peringkat umur atau golangan. Selain itu, permainan wau juga dimainkan dalam pelbagai jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahupun bertaraf kebangsaan. Pertandingan-pertandingan ini melihat pada kecantikannya, bentuknya, corak ciptaannya, warnanya dan keasliannya.

Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

(9.)

Rumusan Selepas saya menjalankan kajian ini ,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dek keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia .Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional melayu. Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas kajian dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormatmenghormat antara kaum. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.

(10.)

Asal-Usul Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang

bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama. Negeri yang Mempopularkan Permainan ini Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu,Juga dengan negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas (11.) sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau. Kaum yang Terlibat Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum melayu.Majorotinya,kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai intiha, kaum cina dan india.

(12.)

Alat-Alat Yang Digunakan Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya

mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

(13.)

Jenis-Jenis Wau Yang Terdapat Di Malaysia:

(WAU BULAN)

(WAU KUCING)

(WAU DAUN)

(WAU HELANG)

(WAU JALABUDI) (WAU KENYALANG) (WAU MERAK) (WAU PUYUH)

(14.)

Elemen2: Format Dan Laporan Bil. 1.

Perkara Tajuk

2.

Senarai Kandungan

3.

Penghargaan

4.

Objektif Kajian

5.

Kaedah Kajian

6.

Nama Permainan

7.

Latar Belakang 2.1

8.

Latar Belakang 2.2~2.3

Tandakan(/)

9. 10.

Tujuan Dimainkan Cara Bermain Rumusan

11.

Asal-Usul

12.

Alat-Alat Yang Digunakan

13.

Jenis-Jenis Wau Yang Terdapat Di Malaysia

(15.)

Related Documents