Sejarah Per File Man Di Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Per File Man Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 368
  • Pages: 2
Sejarah Perfileman Di Malaysia Seni wayang atau “gambar bergerak" (moving images) diketahui umum diperkenalkan secara komersial oleh Lumiere bersaudara pada tahun 1895 dengan rekaan mereka yang dinamakan Cinematographe. Di Peranchis (di mana Lumiere dilahirkan), pertunjukan bayang (shadow show = wayang kulit) Cina menjadi satu tarikan ramai pada tahun-tahun 1770 – 1780-an. Sejauh mana pertunjukan ini mempengaruhi penciptaan wayang gambar tidak dapat dipastikan. Tetapi evolusi penciptaan wayang gambar bermula dengan rekaan Panorama oleh Robert Barker pada tahun 1780-an, berbentuk lukisan di dalam silinder. Perkembangan seterusnya melihat terciptanya pelbagai bentuk seni “wayang" seperti Eidophusikon, Diorama, “lampu ajaib" (magic lantern), Phantasmagoria, Zoetrope, Phenakistoscope, Praxinoscope, Pantomimes Lumineuses, camera obscura, Zoopraxiscope, Kinetoscope dan beberapa ciptaan lagi. Lumiere bersaudara “menyempurnakan" kesemua ciptaan tersebut dengan Cinematographe sebelum munculnya beberapa nama lain yang menjadikan teknologi seni wayang gambar sebagai satu sejarah yang sungguh hebat.

SEJARAH FILEM MALAYSIA Di Tanah Melayu, filem pertama kali diperkenalkan kepada umum pada tahun 1898 apabila penjajah Inggeris menayangkan sebuah filem dokumentari-berita (newsreel) berjudul Diamond Anivessary Celebration of Queen Victoria. Sementara pawagam pertama dibina di Singapura (Alhambra) pada tahun 1907 oleh seorang berbangsa Inggeris, bernama Willis. Kebanyakan pendapat bersetuju meletakkan Laila Majnun sebagai filem Melayu pertama diterbitkan di Tanah Melayu/Singapura, pada tahun 1933. Filem ini diarahkan oleh B. S. Rajhans dan diterbitkan oleh S.M. Chisty. Di sebalik fakta bahawa Laila Majnun pernah dipentaskan sebagai sebuah bangsawan dan watak utamanya pula dilakonkan oleh para pelakon bangsawan (M. Suki dan Fatimah Jasmin), seni filem itu sendiri bukanlah berasal dari bangsawan. Secara kebetulan, pengarah filem berkenaan memilih pelakon-pelakon tersebut memandangkan ketika itu belum ada pelakon lain yang berpengalaman dalam bidang lakonan.

Fungsi FINAS

Industri filem Malaysia telah wujud semenjak sebelum penubuhan FINAS lagi. Penubuhan FINAS ini adalah untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pengusaha filem tempatan. Untuk tujuan tersebut FINAS telah menggariskan visi dan misi bagi memajukan lagi industri filem tempatan. Antara fungsi FINAS yang menyokong visi dan misi ini adalah; i. perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti latihan untuk penggiat industri perfileman malaysia ii. penyediaan kemudahan bantuan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan pemberian kepada penglibat industri contohnya Skim Pinjaman Filem Cereka. iii. penyediaan kemudahan sewaan alat dan kemudahan lain yang membantu perkembangan industri filem seperti kemudahan studio dan Post Produksi iv. pelesenan dan v. penguatkuasaan

Related Documents