Stpm Sejarah Malaysia

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Sejarah Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 437
  • Pages: 2
Jelaskan faktor-faktor atau keadaan-keadaan yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. ●



Pendahuluan: Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang tinggal dalam satu kawasan politik tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan berbeza.Di Tanah Melayu masyarakat majmuk wujud disebabkan penghijrahan imigran cina dan india. Faktor-faktor/ sebab-sebab

*Bijih timah dan getah

-Perkembangan pesat oleh perusahaan bijih timah memerlukan tenaga buruh yang ramai dan pada ketika itu kerajaan British kekurangan tenaga buruh kerana melayu hanya tertumpu kepada kegiatan pertanian makanan.Keadaan ini mendorong kerajaan British untuk membawa masuk banyak buruh cina dari nagara cina.selain itu,bekalan buruh dari cina pada masa itu sangat murah.Begitu juga perkembangan dalam perusahaan getah mendorong kerajaan British membawa masuk buruh dari india dan golongan ini tertumpu kepada sektor perladangan getah serta membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

*Dasar British

-British mengalakkan kemasukan buruh cina dan india.Tujuannya adalah untuk mengimbangi kaum melayu dan memudahkan pihak British menguasai ekonomi tanpa sebarang ganguan. Hal ini dapat dilihat dari dasar yang diperkenalkan oleh British iaitu dasar pecah dan perintah yang bertujuan untuk menyekat orang Melayu bergiat dalam sektor ekonomi moden.Usaha ini dilakukan atas sebab menguasai ekonomi Tanah Melayu bagi menjayakan revolusi perindustrian di negara mereka.

*Petempatan

-ketiga-tiga kaum ini mempunyai lokasi petempatan yang berbeza dan tingal terasing antara satu sama lain.Orang cina tinggal di kawasan perlombongan di bandar seperti Ipoh,Taiping dan Kuala Lumpur.Orang india pula tinggal di kawasan ladang getah atau estet-estet dimana kawasan tersebut terpencil daripada tempat tinggal orang cina dan Melayu.Orang Melayu tinggal di kampung dan pinggir bandar.petempatan yang berbeza menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

*Kegiatan ekonomi penduduk

-Masyarakat di Tanah Melayu di kenali melalui kegiatan ekonomi kerana setiap kaum mempunyi kegiatan ekonomi yang berlainan.orang cina tertumpu pada kegiatan melombong,orang india bekerja sebagai pekerja ladang dan orang melayu kekal sebagai nelayan dan petani.

*sosio budaya

-ketiga-tiga kaum ini juga mengamalkan budaya yang tersendiri. Masyarakat cina dan india telah mengamalkan dan mengekalkan budayahidup mereka dari cina dan india untuk di amalkan di Tanah Melayu.Mereka telah menubuhkan persatuan-persatuan bagi mempertahankan dan melindungi amalan budaya mereka serta menjalankan aktiviti kebudayaan mereka.Dari segi agama,orang melayu beragama islam,cina buddha,kristian manakala india beragama hindu.

*pendidikan yang berbeza



-oleh kerana masyarakat melayu,cina dan indiasentiasa curiga mencurigai dalam segala aspek,mereka telah menubuhkan institusi pendidikan berteraskan kepada kaum mereka.Pendidikan melayu berasaskan kepada budaya melayu dan islam.Bagi masyarakat cina mereka telah mendirikan sekolah cina dengan berkiblat kepada negara china.Begitu juga dengan masyarakat india mereka menggunakan bahasa Tamil,guru-guru,sukatan pelajaran dan buku-buku dibawa dari india. Kesimpulan: -Dapat disimpulkan bahawa perkembangan bijih timah dan getah mengakibatkan imigran cina dan india ke Tanah Melayu.Kehadiran mereka membentuk masyarakat majmuk. ******************SARANRAJ 6RI 2008*****************

Related Documents