Sejarah – Tingkatan 5 1.1-1.1.2 IMPERIALISME Dasar sesebuah negara yang meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Kuasa barat yang terlibat dalam imperialisme – Portugal, Sepanyol, Belanda, British, Perancis dan Amerika Syarikat FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT 1. KEKAYAAN BAHAN MENTAH i) Tanah melayu & Indonesia - biji timah ii) Thailand – biji timah & kayu jati iii) Burma – kayu jati iv) Filipina – tebu & kelapa 2. KEDUDUKAN STRATEGIK - Asia Tenggara terletak di antara China dan India 3. PERSAINGAN KUASA-KUASA BARAT - Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan - Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan 4. REVOLUSI PERINDUSTRIAN - Relvolusi perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17 telah meyebabkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran - Asia Tenggara merupakan sasaran untuk memasarkan hasil2-nya 5. PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN - Penciptaan telegraf membolehkan kuasa2 imperialisme memberi arahan kepada pegawai2 di tanah jajahan dengan lebih cepat 6. PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN - Kapal berkuasa wap membawa muatan banyak & mempercepat perjalanan Barat dan Timur - Pembukaan Terusan Suez(1869) memendekkan perjalanan Barat dengan Timur 7. SLOGAN “BEBAN ORANG PUTIH” & “TUGAS MENYEBARKAN TAMADUN” - Barat menganggap diri lebih maju dan bertamadun bertanggungjawab memimpin orang timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera - Perancis pula menggunakan slogan Tugas Menyebarkan Tamadun untuk meluaskan imperialisme menganggap bertanggungjawab mentamadunkan orang timur