* Direkabentuk oleh arkitek Charles Norman dan R.A. Bidwell menggunakan konsep senibina neoklasik Moghul, Moorish, Arab dan British. * Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. * Ia merupakan bangunan utama di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumahrumah kedai yang kecil. * Pembinaannya memakan masa selama dua tahun dan siap pada 1897. * Bangunan ini mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat Sultan Abdul Samad (18591898) yang memerintah ketika itu. * Bangunan Sultan Abdul Samad dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter. * Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahanbahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi. * Bangunan ini telah selesai diubah suai pada 1984 dengan kos lebih kurang RM17.2 juta.
* Bangunan bersejarah ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bangunan Sultan Abdul Samad Bangunan Sultan Abdul Samad menyimpan 1001 kenangan
Bagi kebanyakan kita, Bangunan Sultan Abdul Samad pastinya sudah tidak asing lagi. Bagaimanapun, bangunan ini sebenarnya menyimpan sejarahnya sendiri yang paling membanggakan. Di depan bangunan inilah pada tengah malam 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Malaysia. Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj selaku Perdana Menteri Malaysia pertama kemudiannya melaungkan Merdeka!
menandakan kemerdekaan Malaysia sebagai negara yang berdaulat. Bangunan ini terletak di Jalan Raja bersebelahan dengan Dataran Merdeka yang dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor tempat bermain kriket. Berikut adalah faktafakta menarik yang perlu anda ketahui mengenai bangunan penuh bersejarah ini: