Sejarah An Bola Tampar

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah An Bola Tampar as PDF for free.

More details

  • Words: 2,062
  • Pages: 7
SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR Bola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati oleh masyarakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula secara sederhana di Amerika Syarikat, sukan ini member kesan yang sungguh mendalam serta tidak diduga di seluruh dunia. Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebuh satu kurun yang lalu. Permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah pendidikan jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895. Morgan mengambil keputusan menggabungkan elemen daripada beberapa permainan lain, iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling, dalam mewujudkan satu permainan baru. Pada mulanya Morgan yang mencipta permainan ini, dikenali pertama kali sebagai “mintonette”, bagi menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang kurang menggunakan tenaga fizikal kepada ahli perniagaan. Morgan meminjam net yang digunakan dalam permainan tenis untuk permainan ciptaannya, tetapi dibentangkan pada ketinggian 6 kaki, 6 inci (kira-kira 2 meter), hanya lebih tinggi sedikit daripada purata ketinggian kepala seseorang. Pada 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang pemain telah mengambil bahagian buat pertama kalinya dalam permainan sebenar mintonette di Springfield, Massachusetts. Ketika permainan sedang berlangsung, kira-kira setahun kemudian, seorang pensyarah telah menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki yang sedang bermain kelihatan seolah-olah menampar bola bolak-balik melintasi jarring, maka permainan ini lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan menyukai pandangan itu lantas menukar nama permainan tersebut. Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola keranjang, namun Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau cuba menggunakan bola keranjang tetapi terlalu besar dan berat. Memandangkan ibu pejabat syarikat Spalding terletak di Holyoke, dan syarikat itu menghasilkan peralatan sukan, Morgan meminta A.G Spalding menghasilkan bola untuk permainan ciptaannya. Maka satu bola khas telah dihasilkan untuk sukan ini pada tahun 1900. Dalam meniti perkembangan bola tampar, kelemahan paling ketara ialah dari segi popularitinya kerana peraturan kerap berubah-ubah. Jurulatih menghadapi kesukaran mengajar permainan bola tampar kerana peraturan permainan ini berubah

setiap beberapa tahun. Kebanyakan perubahan melibatkan bola yang digunakan serta saiz gelanggang. Bilangan pemain di setiap gelanggang bergantung kepada keluasan ruang yang ada, dan pemain tidak bertukar tempat secara bergilir. Pada masa dahulu, peralatan dan peraturan permainan sangat mudah. Peraturan permainan yang pertama telah disiarkan dalam sebuah artikel di dalam “YMCA Athletic Handbook” pada 1897. Gelanggang pula berukuran 40 kaki dan 80 kaki (12 meter dan 24 meter) dengan net yang membahagikan gelanggang dipasang pada ketinggian 6 kaki sehingga 6 ½ kaki (1.8 meter hingga 2 meter). Setiap pasukan mempunyai empat pemain dan setiap permainan mempunyai empat inning. Penservis menggunakan bet untuk melakukan servis bola melintasi jaring. Jika servis gagal melintasi jaring, ia dianggap servis salah dan penservis keluar (tamat). Sekiranya penservis tersebut merupakan pemain terakhir dalam pasukannya yang melakukan servis, pasukannya keluar (tamat). Servis, serta hantaran balas, perlu dipukul sangga (voli), dan bukan dimainkan dua kali berturut-turut oleh pemain yang sama. Hanya penservis boleh mendapatkan mata untuk pasukannya. Permainan ini kemudiannya diubahsuai bagi membolehkan bilangan pemain dalam sesuatu pasukan tidak terhad kepada sesuatu jumlah. Permainan merangkumi pergerakan bola yang tidak henti-henti melintasi jaring, iaitu satu kombinasi permainan tenis dan bola baling. Permainan diteruskan dengan hantaran bola bolakbalik sehunggalah satu pasukan gagal membalas hantaran bola atau bola itu mencecah lantai. Ini dikira sebagai satu skor bagi satu pasukan, atau satu “penservis keluar” (kini, istilah yang digunakan ialah “sebelah keluar”) untuk pasukan lawan. Pada 1896, sukan ini juga diperkenalkan di Dayton. Ohio, dan kebanyakan peraturan diubah. Ketinggian jaring diselaraskan kepada 7 kaki 6 inci (2.3 meter); kelecek dihapuskan dan setiap permainan dimainkan sehingga ke mata 21. Bola tampar terus popular dengan cepat di seluruh dunia. Permainan ini diperkenalkan ke negara Filipina dan China pada tahun 1910, ke Jepun pada 1913, ke Siberia dan tentera Poland pada 1915, ke Uruguay pada 1916, ke Brazil pada 1919, dan Syria pada 1922. Di Filipina, lebih kurang pada 1916, satu stail pertahanan menghantar bola dengan lambungan melengkung tinggi untuk dipukul oleh pemain lain, iaitu umpan dan rejam, diperkenalkan. Pemain di negara itu juga memperkenalkan hantaran “bomba”, atau “kill” dan menggelar orang yang membuat hantaran bola itu sebagai “bomberino”.

Pada 1919, Pasukan Tentera Ekspedisi Amerika (American Expeditionary Forces) telah mengagihkan hampir 16 000 bola tampar kepada tentera negara itu serta sekutunya. Pengarah YMCA telah dihantar ke Eropah pada penghujung Perang Dunia Pertama iaitu lebih kurang pada 1919 untuk membantu dalam pemulihan tentera bersekutu, telah memperkenalkan permainan bola tampar di kebanyakan negara Eropah. Ini merupakan rangsangan utama pengembangan sukan ini di peringkat antarabangsa. Pada 1920, peraturan tiga sentuhan setiap sebelah dan serangan barisan belakang dilaksanakan. Pada 1920-an dan 1930-an, banyak university di Amerika Syarikat mula mengadakan kelas bola tampar serta menubuhkan pasukan dalaman kolej. Pada 1949, Florida State University menjadikan bola tampar sebagai sukan universiti bagi kaum lelaki, dan merupakan yang pertama menawarkan biasiswa bola tampar dan jurulatih sepenuh masa di negara itu. Pada 1952, NCAA bersetuju untuk membiayai permainan bola tampar dan menganjurkan kejohanan kebangsaan. Persatuan Kebangsaan Olahraga Antara Kolej (National Association of Intercollegiate Athletics) atau ringkasnya NAIA, menjadi tuan rumah kejohanan bola tampar buat pertama kalinya pada 1967. Pada 1974, Persatuan Kebangsaan Persatuan Sekolah Tinggi (National Federation of High School Association/ NFHS) telah mempromosikan kejohanan negeri pada peringkat kebangsaan. YMCA mempunyai pengaruh kuat dalam bola tampar dalam tempoh 20 tahun pertama perkembangan sukan ini. Pada 1920, kejohanan kebangsaan pertama YMCA diadakan di Brooklyn, New York, dan 27 pasukan dari 11 negeri mengambil bahagian. Pada 1925, Persatuan Olahraga Amatur (AAU) mula menguasai permainan ini, dan pada 1928, Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA) ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus permainan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana pertandingan dan peraturan perlu diadakan. Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat yang pertama telah diadakan dan penyertaan juga dibuka kepada pasukan bukan YMCA. Pada 1930-an, program sukan rekreasi merupakan sebahagian daripada aktiviti penting kehidupan harian rakyat Amerika. Ketika itu bola tampar pantai dua sepasukan dimainkan. Pada 1934, pengadil bola tampar kebangsaan diiktiraf sebagai antara yang diperlukan dalam permainan ini. Pada 1937, sewaktu konvensyen AAU di Boston, tindakan diambil bagi mengiktifar USVBA sebagai badan induk kebangsaan

bagi bola tampar di Amerika Syarikat. Pada 1946, satu kajian rekreasi di Amerika Syarikan mendapati bola tampar berada pada kedudukan kelima dalam kalangan sukan berpasukan yang sedang dipromosi dan dianjurkan. USVBA merupakan ahli cawangan Federation Internationale de Volleyball (FIVB) yang ditubuhkan pada 1947 di Paris, Perancis. Pada 1948, kejohanan bola tampar tepi pantai dua sepasukan diadakan buat pertama kalinya. USVBA membiayai Kejohanan Terbuka Wanita Kebangsaan yang julung kali diadakan pada 1949, Kejohanan Tentera Kebangsaan dari tahun 1952 ke tahun 1964, dan Kejohanan Kolej Kebangsaan pada tahun 1949. Pada tahun 1949 juga, USVBA menambahkan kategori (division) kolej bagi pasukan kolej yang bertanding. Bagaimanapun, dalam tempoh 10 tahun yang pertama, pertandingan kolej amat kurang. Pelajar dan guru yang berminat membentuk pasukan masing-masing. Banyak pasukan dibubarkan apabila pemain yang berminat menamatkan pengajian. Pasukan berdaya saing terdapat di merata tempat, dan tiada badan pentadbiran khusus untuk memberi kepimpinan dalam sukan bola tampar pada peringkat ini. Menjelang 1951, bola tampar dimainkan oleh lebih 50 juta orang setiap tahun di lebih 60 negara di seluruh dunia. USVBA membiayai pasukan Amerika Syarikat yang pertama di Kejohanan Dunia yang julung kali diadakan pada 1949, di Sukan Seluruh Amerika (Pan Amerika Games) pertama pada 1955, dan di Sukan Olimpik pada 1964. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyenaraikan bola tampar sebagai Sukan Olimpik pada 1957 dan mengambil keputusan untuk memasukkan sukan ini ke dalam pertandingan Olimpik pada 1964. Pada 1959, Persatuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU), menganjurkan Sukan Universiti buat pertama kalinya di Turin, Itali. Bola tampar merupakan antara lapan acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1960, beberapa institusi di Midwestern menubuhkan Persatuan Bola Tampar Antara Kolej Midwest (MIVA), dan pada 1964 Persatuan Bola Tampar Antara Kolej di Southern California ditubuhkan. Pada tahun 1960, teknik baru diserapkan dalam permainan, termasuk rejam lembut (dink), hantaran bawah lengan (bump), blok di jaring, dan terpa (dive) dan pusing (roll) untuk bertahan. Bola yang digunakan dalam Sukan Olimpik 1964 diperbuat daripada serpihan getah yang mempunyai panel kulit. Bola yang hampir serupa digunakan pada hari ini.

Pada 1965 Persatuan Bola Tampar Pantai California ditubuhkan, dan pada 1968, NAIA menjadikan bola tampar sebagai salah satu sukan yang kompetitif. Pada lewat 1960-an NCAA menyarankan agar bola tampar dijadikan sebagai tambahan kepada program sukan yang ditawarkan. Pertandingan bola tampar disiarkan secara langsung di televisyen buat pertama kalinya pada Kejohanan Sedunia 1974 di Mexico. Walaubagaimanapun, siaran langsung itu hanya boleh ditonton di Jepun. Pada tahun 1975, USVBA mewujudkan program latihan sepenuh masa untuk pasukan wanita kebangsaan di Pasadena, Texas, dan pada 1977 pasukan lelaki Amerika Syarikat menubuhkan pusat latihan sepenuh masa di Dayton, Ohio. Dengan pelaksanaan Title IX, Persatuan Antara Kolej Wanita (AIAW) mengembangkan peluang bersukan bagi kaum wanita di sekolah tinggi dan kolej. Biasiswa kolej dan jurulatih sepenuh masa untuk pasukan wanita ditawarkan buat pertama kalinya pada 1975. Pada 1981, NCAA mengiktiraf perkembangan bola tampar dalam kalangan kanak-kanak perempuan dan wanita dan buat pertama kalinya menganjurkan kejohanan kebangsaan untuk wanita. AIAW diserapkan ke dalam NCAA kerana NCAA menjadi badan induk bola tampar kolej lelaki dan wanita. Dalam tahun 1983 Persatuan Bola Tampar Profesional (AVP/ Association of Volleyball Professional) ditubuhkan. Selepas Amerika Syarikat memulaukan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1980 di Moscow, pasukan bola tampar Olimpik lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas Olimpik pertama dalam sejarah bola tampar Amerika Syarikat pada 1984: pada sukan yang sama, pasukan wanita negara itu memenangi pingat perak. Mulai 1985 sehingga 1988, pasukan bola tampar lelaki Amerika Syarikat telah memenangi Tiga Kejuaraan FIVB (FIVB Triple Crown), iaitu Piala Dunia 1985, Kejohanan Dunia 1986, dan pingat emas Olimpik 1988. Pada tahun 1986, Persatuan Bola Tampar Profesional Wanita (WPVA) telah ditubuhkan, dan pada 1987, FIVB mengadakan Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai (Beach Volleyball World Championship). Dalam tahun 1990 Liga Dunia diadakan, yang disertai pasukan dari seluruh dunia bagi memenangi hadiah wang tunai yang banyak. Pada 1992, Pertandingan Bola Tampar Pantai Empat Sepasukan dimulakan di Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama kedua-dua pasukan bola tampar Olimpik lelaki dan wanita Amerika Syarikat memenangi pingat gangsa. Bola tampar merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada 1995. Pada 1996, bola tampar pantai dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik secara rasmi, dan pasukan

lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas dan perak. Dalam pertandingan bola tampar pantai tahun 2000, satu pasukan lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas lagi, dan pada 2004, pasukan wanita Amerika Syarikat pula memenangi pentandingan pantai buat pertama kalinya, dengan memenangi pingat emas dan gangsa. Di Amerika Syarikat, terdapat kejohanan bola tampar yang dianjurkan oleh NCAA untuk pasukan lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa pula, terdapat pelbagai pertandingan dan kejohanan berdasarkan penganjuran Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun sekali. Sukan bola tampar telah meningkat dan berkembang ke seluruh dunia. Walaupun berasal dari Amerika Syarikat namun bola tampar disambut baik d seluruh dunia. Antara sukan popular yang disertai, ranking bola tampar berada hanya di belakang bola sepak. Kini, lebih 46 juta rakyat Amerika bermain bola tampar. Di seluruh dunia pula, 800 juta pemain mengambil bahagian dalam bola tampar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA Di Malaysia, permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh pasukan pelawat iaitu pasukan pemain dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Pada ketika itu, banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan bola tampar telah diadakan di Bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa tersebut. Permainan bola tampar di Malaysia adalah dikawal dan di bawah pengelolaan Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun 1990-an, pelbagai program perkembangan bola tampar dan kejohanan kebangsaan bola tampar yang berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia. Permainan bola tampar mini (bawah 12 tahun) telah diperkenalkan dan diperkembangkan permainannya. Permainan bola tampar adalah merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Permainan Bola Tampai Pantai Kebangsaan pula telah diperkenalkan pada 1992 di Malaysia. Pada tahun 1993 pula, Liga Semi-pro pula diperkenalkan di Malaysia. Permainan bola tampar ini merupakan permainan yang agak unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring dan bola baling. Ciri unik permainan ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh para pemainnya. Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemainpemaindalam permainan bola tampar ini adalah luar biasa dan bukan cara kebiasaan yang biasa kelihatan dalam aktiviti permainan lain yang menggunakan bola. Tambahan pula, permulaan permainan bola tampar ini dilakukan di luar gelanggang berbeza dengan permainan lain.

Related Documents

Bola Tampar
October 2019 36
Bola Tampar
May 2020 15
Bola Tampar
June 2020 21
Bola Tampar
May 2020 32
Bola Tampar
May 2020 18