Bola Tampar

  • Uploaded by: Ismed Ulam Raja
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bola Tampar as PDF for free.

More details

  • Words: 700
  • Pages: 4
..DISINI BERMULANYA..GEN 1 SEJARAH PENUBUHAN 1973 - 1983 Permainan ini diperkenalkan oleh :1.Mokhtar bin Mat Kasat 2.Salleh bin Abu Bakar 3.Allahyarham Zabari bin Mohd Taib ( Jurulatih) GELANGGANG Gelanggang pertama dibina di Batu 16,Kg.Tua dengan gotong-royong oleh pemuda Batu 16,. Struktur asal pembinaan adalah berlantaikan tanah dan menggunakan tiang batang pokok pinang. PERALATAN PERMAINAN Untuk mendapatkan peralatan seperti jaring dan bola pihak pemuda-pemuda mengadakan kutipan sesama sendiri sehinggalah beberapa orang daripada penduduk kampung ini bersedia menyumbang kearah pembangunan sukan ini, mereka ini ialah 1. Allahyarham Ismail bin Mohd Tamin, 2. Allahyarham Kamaruddin bin Kulup Tasir 3. Allahyarham Zainuddin bin Mohd Said Sumbangan tersebut telah digunakan dengan sepenuhnya sehinggalah tertubuhnya satu pasukan yang pertama dikalangan pemuda Melayu yang pertama didalam Daerah Perak Tengah. Pada peringkat awal penubuhan pasukan ini latihan , undang-undang hanyalah berpandukan kepada pengalaman daripada pemain yang telah pernah mengikuti pertandingan. PENUBUHAN PASUKAN Pada awal tahun 70-an satu pasukan bola tampar telah ditubuhkan dan telah menjuarai pertandingan didalam Daerah Perak Tengah sepanjang tahun 70an dan 80-an. Pasukan ini juga telah menjuarai kejohanan bola tampar MAYC Perak selama 10 tahun, pasukan ini juga pernah bertanding di kejohanan terbuka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kebanyakan daripada pemain pasukan ini telah mewakili pasukan sekolah, Daerah , Institutsi pengajian tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan. Kursus-kursus telah dinjurkan oleh pasukan ini untuk memperlengkapkan pemain serta melahirkan jurulatih dan pengadil bola tampar bertauliah di peringkat PAVA dan MAVA. 1984-1996 GENERASI KEDUA Permainan ini telah diteruskan oleh generasi ke 2 dikalangan pemuda Batu 16 didalam usaha mempertingkatkan lagi mutu permainan dengan bimbingan jurulatih yang telah mendapat kursus melalui program kejurulatihan yang telah

di buat oleh Persatuan Belia MAYC pada waktu itu.Pasukan generasi ke 2 ini juga adalah merupakan salah satu pasukan yang disegani didalam Daerah Perak Tengah selama 8 tahun. Penganjuran kejohanan Terbuka Melayu Perak, Kejohanan Liga Sukan, Kejohanan Tahunan Bola Tampar antara belia-belia adalah satu aktiviti pengurusan kejohanan. 1996- 1997 PERMAINAN TERHENTI SELAMA SETAHUN 1997- Sekarang GENERASI KETIGA PEMBENTUKAN PASUKAN Satu pasukan pelapis telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1996 dan diketuai oleh saudara Faizul bin Zabari. Seramai 42 orang termasuk lelaki dan perempuan telah menawarkan diri untuk menyertai pasukan bola tampar, pemilihan telah dibuat berdasarkan ketahanan mental, fizikal , semangat berpasukan serta daya saing. Seramai 9 orang pemain lelaki dan 9 orang pemain perempuan telah berjaya mengharungi proses pemilihan tersebut. Seterusnya pemain-pemain yang telah terpilih terpaksa menjalani latihan intensif untuk memahirkan teknik-teknik permainan ini. KEJOHANAN PERTAMA Pada bulan Jun 1998, ujian pertama pasukan ini ialah Kejohanan Bola Tampar antara sekolah-sekolah Perak Tengah dimana telah bertanding di SMK. Sultan Muzafar Shah 1, dengan memperolehi kejayaan pertama, mengalahkan Juara bertahan selama 5 tahun iaitu SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak. TEAM GENERASI KETIGA - MEWAKILI PSC NAVAL DOCKYARD LUMUT Sehingga kini 2005 merupakan sebuah pasukan yang terkuat dibawah umur 18 tahun didalam Perak Tengah dan telah menjadi Johan selama 8 tahun berturut-turut MSSPK Daerah Perak Tengah dan didalam pertandingan Liga Sukan, Yayasan Lambor turut menyumbang peralatan untuk pasukan ini buat kali pertama pada tahun 1999 Sebagai langkah mempertingkatkan lagi mutu bola tampar pasukan ini terus menjalani latihan setiap hari dan telah mendapat kepercayaan dari sebuah Syarikat Perkapalan PSC Naval Dock Yard Shipping, TLDM Lumut. untuk kejohanan bola tampar Tentera Laut Diraja Malaysia dan mendapat tempat ke 2 di peringkat Akhir dan dikalahkan oleh Pasukan utama TLDM KD Pelanduk .TEAM SUPER (SUKAN PERAK) 2005 - IPOH

Pembukaan semula gelanggang bola tampar Batu 16 adalah sebagai langkah persediaan untuk menhadapi kejohanan dimana-mana termasuk Kejohanan liga sukan, Sukan Perak, Kanival Sukan UMNO, Liga Sukan MASSA Komuniti dan Jemputan-jemputan pertandingan. TEAM SUPER ( SUKAN PERAK ) 2003 - MANJUNG

TEAM SUPER PEREMPUAN( SUKAN PERAK ) 2003- MANJUNG

TEAM BAWAH 12 TAHUN ( NO 3 MSSPK ) SUMBANGAN PERALATAN/ KEWANGAN Pada tahun ini sumbangan daripada Y.B.Ahli Parlimen, En Nasaruddin Bin Hashim dan juga ADUN Bota En. Che Ri Bin Mad Daud telah berbesar hati menyumbang peralatan bola tampar sebagai perangsang kearah pembangunan sukan bola tampar didalam Daerah Perak Tengah Ahli Parlimen Parit telah berbesar hati menaja Majalah Sukan SportUnite Untuk Semua Sekolah-Sekolah Perak Tengah sebagai tanda sokongan pembangunan sukan ini di dalam Perak Tengah. disediakan oleh : Redzuan bin Mohamed Junid

Jurulatih Bola Tampar Negeri Perak Friday December 30, 2005 9:33 PM

Related Documents

Bola Tampar
October 2019 36
Bola Tampar
May 2020 15
Bola Tampar
June 2020 21
Bola Tampar
May 2020 32
Bola Tampar
May 2020 18
Bola Tampar
May 2020 17

More Documents from ""

4.pbeza Ind
May 2020 27
Bola Tampar
May 2020 32
3.motivasi
May 2020 34
2a.fitrah Manusia
May 2020 22