Segi Tiga Emas Johor Selatan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Segi Tiga Emas Johor Selatan as PDF for free.

More details

  • Words: 642
  • Pages: 2
segi tiga emas johor selatan written by administrator wednesday, 13 june 2007 maptigasegi.jpg kawasan melebihi keluasan negara singapura bakal jadi kota metropolitan: pm johor bahru: segi tiga antara mukim serkat, kulai dan pasir gudang akan dibangunkan sebagai wilayah ekonomi johor selatan (sjer), setanding kota metropolis terkemuka dunia seperti hong kong dan shenzen di china. perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membangunkan sjer yang meliputi kawasan seluas kira-kira dua setengah kali ganda saiz singapura itu.katanya, jawatankuasa itu, yang akan bertanggung jawab merancang dan memantau pembangunan sjer, akan dipengerusikan bersama oleh beliau sendiri dan menteri besar johor, datuk abdul ghani othman. perdana menteri berkata, sjer yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,500 kilometer persegi dan berhampiran singapura, akan menjadi enjin pertumbuhan sektor perkilangan bagi negara dan rantau asean. “ketika menghadap sultan johor di istana bukit serene di sini, tengah hari tadi (semalam), baginda memberi perkenan dan bertitah supaya pembangunannya dapat dipercepatkan. “butiran terperincinya akan diumumkan bulan depan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kapal mengawal tumpahan minyak, seri endon, milik kejuruteraan asas jaya sdn bhd, di pangkalan jabatan laut di gelang patah, dekat sini, semalam.abdullah berkata, sjer adalah projek strategik kerana keluasan, nilai tanah yang kompetitif serta kedudukannya berhampiran dengan singapura selain memiliki infrastruktur baik dan penduduk ramai untuk memenuhi keperluan guna tenaga. “kawasan itu akan memperkasakan pelbagai sektor, terutama perkhidmatan, perkilangan, industri, teknologi maklumat dan komunikasi (ict) serta logistik, serta dijayakan bersama oleh kerajaan negeri, persekutuan dan swasta,” katanya. terdahulu, ketika berucap di hadapan kirakira 5,000 orang yang menyambut ketibaannya di lapangan terbang sultan ismail, senai, abdullah berkata, pembangunan sjer yang diterajui khazanah nasional berbeza daripada koridor utara, timur atau sabah dan sarawak kerana kerajaan mengambil kira pelbagai aspek termasuk memastikannya setanding atau lebih hebat daripada singapura. “pembangunan sjer akan dibuat secara unik kerana ia mengikut acuan sendiri dan akan menjadi pemangkin kepada pelbagai kemajuan serta pemodenan malaysia selaras wawasan 2020.“kita memahami tradisi pembangunan di johor. ketika zaman pemerintahan sultan abu bakar lagi, negeri ini muncul sebagai kawasan termoden di tanah melayu dengan infrastrukturnya serta sistem pegawai tadbir johornya (jcs),” katanya.perdana menteri menegaskan, kerajaan tidak akan melupakan kawasan luar bandar serta usahawan dan bumiputera dalam pembangunan sjer kerana mereka akan turut dibabitkan bagi membolehkan semua lapisan masyarakat menikmati manfaatnya.sejajar rancangan kerajaan membangunkan wilayah johor selatan secara besar-besaran di bawah sjer itu, beliau yakin ia akan muncul sebagai pemacu ekonomi negara pada masa depan.“ini semua rancangan saya, bukan rancangan orang lain,” katanya sambil menegaskan kerajaan juga akan memajukan beberapa koridor pembangunan lain seperti koridor utara, koridor timur dan dan koridor sabah serta sarawak.koridor utara membabitkan perlis, pulau pinang dan perak utara, akan dimajukan permodalan nasional berhad (pnb) dan sime darby manakala koridor timur meliputi kelantan, terengganu dan pahang timur diterajui petronas.

sementara itu, abdul ghani dalam ucapannya, berkata rakyat johor memberikan mandat penuh kepada perdana menteri untuk memimpin negara dan berikutan itu, rakyat johor keseluruhannya, akan berdiri teguh di belakang kepimpinan beliau“sesungguhnya rakyat johor berdiri teguh di belakang perdana menteri dalam usaha beliau untuk melaksana dan menjayakan segala misi nasional. marilah kita bersama-sama beliau,” katanya.fakta: wilayah ekonomi johor selatan (sjer) pembangunan sjer yang diumumkan dalam rmk-9, membabitkan kawasan seluas kira-kira dua setengah kali ganda saiz republik singapura. merangkumi kawasan segi tiga seluas 22,000 hektar dari mukim serkat di barat, ke pasir gudang di timur, kulai di utara dan johor bahru di selatan. membabitkan kawasan majlis bandaraya johor baharu, majlis bandaraya johor baharu tengah, pasir gudang, mukim jeram, mukim serkat dan majlis daerah kulai. antara projeknya ialah hab logistik (senai), cyberjaya johor (kulai), pelabuhan tanjung pelepas (gelang patah), pusat pentadbiran baru (bandar nusajaya). turut disenaraikan, pembinaan kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (kik), danga bay dan lido boulevard (johor bahru), kompleks petrokimia (pontian) dan stesen jana kuasa (tanjung bin). khazanah nasional dijangka melabur rm15 bilion untuk pembangunan di kawasan sjer last updated ( wednesday, 13 june 2007 )

Related Documents

Segi Tiga Bermuda
June 2020 7
Cinta Tiga Segi
October 2019 18
Skalariak - Segi Segi Segi
November 2019 18
Segi
June 2020 29
Tanjung Emas
May 2020 53