Cinta Tiga Segi by Strategy
Bertahun sudah ku menunggu diri mu Akhirnya kau menjadi milikku Sukarnya untuk ku melupakan mu Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu Datang kembali mengenang cinta dahulu Mengapa ini semua harus berlaku Apakah ini semua kerna diri ku Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan Tak tahu mana arah untuk kau menuju Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu Datang kembali mengenang cinta dahulu Mengapa ini semua harus berlaku Apakah ini semua kerna diri ku Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan Tak sanggup aku melepaskanmu Kau ibarat terperangkap ditengah lautan Tak tahu mana arah untuk kau menuju Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran Di dalam percintaan
PENDAHULUAN Kegiatan ko-kurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak 7 jenis pasukan pakaian seragam, 3 jenis separa seragam, 23 jenis kelab / persatuan dan 13 jenis sukan / permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Kegiatan ko-kurikulum sekolah ini dinilai secara standard kerana aspek ini diambil kira dalam proses pengambailan setiap pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
RASIONAL Penilaian kegiatan ko-kurikulum boleh merangsangkan pelajar-pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
OBJEKTIF Antara lain objektif kegiatan ko-kurikulum adalah: 1.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti ko-kurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah 1.2 Membantu Bahagian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi. 1.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum.
PENILAIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM Aspek-aspek yang dinilai adalah: 4.1 Dalam setiap jenis aktiviti ko-kurikulum yang dianggotai oleh seseorang pelajar ada empat aspek yang dinilai iaitu: a) kehadiran b) Pencapaian c) Penglibatamn d) Jawatan disandang 4.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
ASPEK PENILAIAN % MARKAH Kehadiran 50 % Pencapaian 20 % Penglibatan 20 % Jawataan disandang 10 % JUMLAH 100 %