Secoret Tinta Dari Hati Seorang Perempuan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Secoret Tinta Dari Hati Seorang Perempuan as PDF for free.

More details

  • Words: 341
  • Pages: 3
SECORET TINTA DARI HATI SEORANG PEREMPUAN...(snf)

saya belajar, bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya. Saya hanya dapat melakukan sesuatu Untuk orang yang saya cintai.. Saya belajar, Bahawa saya perlukan waktu bertahun-tahun Untuk membangunkan kepercayaan Dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya. Saya belajar, Bahawa sahabat baik sentiasa bersama saya Dapat melakukan banyak perkara bersama Dan kami selalu memiliki waktu terbaik bersama. Saya belajar, Bahawa orang yang saya kira adalah orang jahat Tetapi sebenarnya merekalah yang selalu membangkitkan semangat dalam hidup saya dan orang yang selalu mengambil perhatian terhadap diri saya. Saya belajar, Bahawa sahabat sejati sentiasa mekar dihati Walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh Dan kadang-kadang melahirkan kasih sayang yang sejati. Saya belajar, Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian Seperti yang saya inginkan Tidak bermaksud dia tidak menyayangi dan mencintai saya. Saya belajar, Bahawa sebaik-baik pasangan itu Mereka pasti pernah melukai hati saya Tapi saya tetap memaafkannya. Saya belajar, Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain supaya tidak mahu perasaan bersalah berpanjangan menguasai diri saya.

Saya belajar, Bahawa dua manusia boleh melihat benda yang sama Tapi memberi pendapat yang berbeza. Saya belajar, Bahawa orang disekeliling saya boleh mempengaruhi peribadi saya Tetapi saya harus bertanggungjawab Terhadap apa yang telah saya lakukan. Saya belajar, Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki Tapi yang penting adalah siapa saya sebenarnya. Saya belajar, Bahawa saya harus memilih Antara dua samada sikap dan emosi menguasai saya Atau saya yang menguasai sikap dan emosi Saya belajar, Bahawa saya mempunyai hak untuk marah Tapi itu bukan bererti Saya harus membenci dan berlaku biadap Saya belajar, Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan Adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai Dan jika saya mencintai dan menyayanginya Saya tidak akan mempermainkannya Dan mencintai dan menyayangi dengan sepenuh hati saya Saya belajar, Bahawa orang-orang yang saya kasihi Perlu diutamakan daripada diri saya sendiri Kerana mereka adalah segala-galanya bagi saya… Bahagiakanlah orang lain walaupun diri kita merana……………… Itulah saya……………… Insan yang bernama snf……….

LOVE DOESN’T MAKE THE WORLD GO ROUND LOVE IS WHAT MAKES THE RIDE WORTH WHILE

Related Documents