Sebuah Pertemuan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sebuah Pertemuan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,533
  • Pages: 4
SEBUAH PERTEMUAN Hati mana tidak gembira hendak bertemu keluarga tercinta dan hati mana tidak gembira hendak berhari raya bersama sanak saudara. Lebih kurang tujuh tahun, aku tidak menyambut hari mulia bersama mereka. Selama tujuh tahun ini juga aku menggunakan kad sebagai pengganti diri di hari lebaran. Tidak sabar rasanya hendak bermain mercun serta bunga api bersama kaum kerabatku. Perasaan rindu terhadap suasana raya di kampung sangat menggunung tinggi. Terlalu rindu hendak berjaga malam, berborak kosong bersama sepupusepupuku. Yang paling penting sekali, aku amat merindui masakan Atuk Molek, tempe goreng serta ayam semurnya. ‘ Fiffy, banyak betulkan perubahan dekat Bandar Muar sekarang’ ‘ Hei Riz, takkanlah sepanjang 7 tahun ni Muar nak macam dulu saja. Riz sendiri pun dah banyak berubah tau! This is for you. Tak taulah siapa yang bagi’ ‘ Thanks’ Aku membuka sampul surat kad raya dengan penuh teliti. Penuh tanda tanya? Siapa pula pengirimnya? Aku membaca bait-bait yang terpahat pada kad. Muhd Micheal Farizhie! Benarkah insan yang sudah sekian lama menghilang daripada pandanganku muncul secara tiba-tiba. Kad ini menyebabkan fikiranku melayang jauh mengimbas kembali zaman silam lebih kurang sepuluh tahun yang lalu… Ring! Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan telah tamat. Aku segera mencapai basikal BMX di garaj dan terus mengayuh pantas pulang ke rumah. Waktu persekolah di sekolahku bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.20 petang. Isyh, lama betullah aku berada di sekolah. Waktu yang paling aku gemar ialah jam 2.20 petang kerana pada masa itulah waktu persekolahan tamat. Aku bukan suka sangat belajar di sekolah. Apa taknya, setiap hari pasti dimarahi oleh guru dan juga pengawas. Walaupun aku tahu, pada hakikatnya ini semua salahku. Apa taknya dari hari Isnin hingga hari Jumaat tidak sah kalau aku hadir awal ke sekolah dan boleh dikatakan hari-hari aku tidak menyiapkan kerja sekolah. ‘ Atuk, kereta besar siapa dekat luar rumah tu?’ ‘ Kereta anak angkat atuk, Uncle Zack. Dia datang dari Kuala Lumpur dan ini anak dia, Muhd Michaeal Farizhie. Micheal akan tinggal dengan kita sepanjang Uncle Zack pergi luar negara’ ‘ Ha, tinggal sini! Jadi, dia akan bersekolah dengan Riz ke? Habis tu tuk, macam mana dia nak pergi ke sekolah?’ ‘ Rizlah bonceng dia’ ‘ Tak maulah atuk. Dia dahlah gemuk, beratlah nanti’ ‘ Riz, tak baiklah cakap orang macam tu’

‘ Tak mengapalah mak cik, Zack beli basikal baru untuk dia. Micheal, jom pergi kedai basikal’ Aku masuk ke dalam bilik dan menghempaskan diriku di atas katil bujang milik ayah suatu ketika dahulu. Ah, menyampah betul! Micheal konon. Kalau putih macam Micheal Jackson tak apalah juga, ni gelap macam Micheal Jordan. Aku tak akan panggil dia Micheal. Jangan haraplah. Habis tu nak panggil apa. Ha, aku akan panggil dia Jord. Erm…Kalau dia pergi sekolah dengan aku, nampak gayanya kenalah datang awal, tak bolehlah balik cepat. Isyh, kenalah aku berubah nanti dia ‘report’ pula dekat atuk. ‘ Riz, tolong atuk bawa cawan-cawan ni pergi dapur’ ‘ Atuk lama ke dia tinggal dekat sini?’ ‘ Sampai Uncle Zack balik Malaysialah. Labih kurang setahun’ ‘ Ha…setahun! Emak dia tak ada perasaan nak jaga dia ke tuk?’ ‘ Mak dia telah meninggal dunia baru-baru ni. Jangan sebut pasal emak depan dia nanti tau. Itupun diorang dah balik’ ‘ Zack pergi dulu ya mak cik. Tolong jaga Micheal, kalau dia nakal rotan saja dia. Micheal, daddy pergi dulu. Take care. Don’t be naughty yah’ Hari ini hari pertama persekolahan Jord di sini. Semua rakanku agak terkejut kerana aku awal hadir ke sekolah hari ini bersama seorang jejaka yang agak ‘tampan’. Aku membawanya berjumpa pengetua. Ah, dia rakan semejaku rupanya. Jadi, sudah pasti setiap gerak-geriku akan diperhatikan olehnya. Cikgu pula tidak habis-habis mengenakan aku. Jord hanya mampu tersenyum. Yeah, waktu yang paling aku nantikan sudah tiba, jam 2.20 petang. Seperti biasa aku akan bergegas ke garaj. Putera raja seorang tu pula lambat betul berjalan macam kura-kura. Alamak, basikal budak ni tersangkut pula. Aku juga yang tolong. Apa taknya, pertama kali naik basikal. Selama ini pergi balik sekolah naik kereta. Terpaksalah aku meneman Jord menyorong basikalnya. Sunyi sepi sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah atuk. Aku membisu diam seribu bahasa. Tiada topik yang patut dibicarakan. Tiba-tiba Jord memecah kesunyian. ‘ Kenapa Riz panggil saya Jord?’ ‘ Saja. Kenapa tak boleh ke?’ Aku tidak mahu beritahu perkara sebenar. Aku pasti jika dia tahu aku panggil dia Jord semperna nama Micheal Jordan mesti dia akan marah. ‘ Saya tak berapa suka dengan nama tu. Kalau Riz tak suka panggil saya Micheal, Riz boleh panggil Farizhie’ ‘ Yelah En Farizhie’ ‘ Tadi saya tengok, Riz asyik bermain saja dalam kelas. Riz ni tak ada cita-cita ke?’ ‘ Saya nak tanya awak, ada ke orang dekat dunia ni tak ada cita-cita? Penagih dadah sekalipun ada impian dan cita-cita tau’

‘ Erm, tau tak apa. Riz tak nak berusaha ke untuk mencapai cita-cita tu?’ ‘ Saya dah berusahalah tu’ ‘ Awak rasa cukup ke usaha awak selama ini? Apa pun cita-cita Riz? Saya nak tahu juga’ ‘ Aku nak jadi seorang pakar dan arif mengenai darah’ ‘ Oh, Haematologist. Bagus juga cita-cita budak ni. Saya nak jadi Gynaecologist, Doktor Pakar Sakit Puan.’ ‘ Excuse me..Siapa budak ha? By the way, aku tak tanya pun’ ‘ Saya cuma nak bagi tahu. Riz ni, ganas sangatlah. Cubalah jadi perempuan yang ayu sikit macam perempuan melayu terakhir. Janganlah berkasar sangat. After this, please throw your cap and change it to tudung’ ‘ Eh, ni cara aku! Yang kau sibuk tu kenapa?’ ‘ I just wanna give an advice. Saya sukalah tengok budak-budak perempuan kampung yang lain. Bertudung, lemah-lembut, lady-likelah kesimpulannya. Sampai bila Riz nak jadi macam ni. Hei, Cik Iman Nur Farizhein just remember that, THINK FOR YOUR FUTURE lah. Saya tak nak panggil awak Riz but I wanna call you Iman. Em..Sedap juga nama tu, tak nampak ganas sangat’ ‘ Jangan nak memandai tukar nama orang ya! Riz tetap Riz’ ‘ Suka hatilah, Iman. Jom kita lumba siapa sampai rumah atuk dulu’ Jord berlari meninggalkanku. Kata-kata Jord masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Sampai bila aku hendak begini. Suatu hari nanti, aku akan berhadapan dengan dunia luar. Manalah tau cita-cita aku akan tercapai. Takkanlah doktor sebegini rupanya. Aku bertekad untuk berubah. Buat pertama kali aku tumpas dengan kata-kata kaum Adam. Sampai sahaja di rumah aku lihat dia sedang memegang buku Biologi. Tersedak aku dibuatnya. Hai, dahlah dalam kelas seratus peratus tumpuan. Hari demi hari, aku mula memahami dirinya. Bagi diri Jord dia akan bersalah seumur hidup sekiranya dia tidak berjaya. Dia sentiasa bersalah terhadap ayahnya yang sering mengharap kejayaan daripadanya. Segala usaha yang dia lakukan semata-mata untuk memperoleh kejayaan. Pernah suatu pagi, aku ternampak dia sedang menunaikan Solat Tahajud dan berdoa. Selepas itu dia terus mengambil buku untuk mengulangkaji pelajaran. Aku terpaku dan terkesima melihat kegigihan Farizhie. Ya Allah, beginikah caranya untuk berjaya? Aku sedar dan insaf. Aku tidak akan berjaya sekiranya aku tidak keluar dari takuk yang lama. Kehadiran Jord benar-benar membawa sinar gemilang dalam hidupku. Jord telah mengubah persepsi hidupku. Buku-buku menjadi temanku yang kedua selepas Jord. Rakan-rakanku naik hairan dengan perubahanku yang drastik ini. Aku bukan lagi Riz yang dahulu. Riz sekarang merupakan makhluk yang mempunyai matlamat, cita-cita serta impian. Setiap petang kami akan mengadakan perbincangan. Pada mulanya, aku berasa amat kekok kerana sebelum ini aku menghabiskan waktu petangku dengan menonton televisyen tak pun aku akan pergi memancing di sungai.

Cepat sungguh masa berlalu. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu umpama sehari dan sehari seperti seminit. Ayah Jord kembali ke tanah air. Rasanya baru semalam aku mengenali Jord, kini kami akan berpisah. Air mata jernih jatuh berlinangan umpama rantai mutiara yang terputus talinya. Jord meninggalkan kampung dan aku akan meneruskan perjuangan tanpa insan yang paling dibenci suatu ketika dahulu. Siapa sangka, insan yang ku anggap racun sebelum ini, sebenarnya madu yang menyinari hidup. Aku akan ingat pesanannya sehingga akhir hayat. ‘ KEJAYAAN TAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA YANG GIGIH. TERUSKAN USAHA SEHINGGA BERJAYA USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN DI DUNIA INI KITA TIDAK MAMPU LAKUKAN BERSEORANGAN. APA GUNA SAHABAT JIKA BELIAU TIDAK MEMBANTU. KETAHUILAH BAHAWA SAHABAT ADALAH INSAN YANG DAPAT MEMBENTUK DIRI KITA’ Semenjak itu aku tidak lagi bertemu dengan Jord. Hubungan kami terputus begitu sahaja. Memori antara aku dan Jord sentiasa bermain di bayangan mata. Benarlah bait-bait puisi pujangga terkenal, Khalil Gibran, Sahabat Sejati sukar dicari, ditinggalkan inikan lagi dilupakan. Jord sentiasa bertakhta di lubuk sanubariku, amat sukar hendak dilupakan. Peperiksaan SPM bermula. Aku akan lakukan yang terbaik demi atuk-atuk, keluarga dan semua insan yang mengharapkan kejayaan daripada diriku terutamanya Jord. Segala impian menjadi kenyataan. Berkat usaha gigihku, aku telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik di negeriku. Kejayaan ini sebenarnya bukan kejayaanku tetapi kejayaan seorang sahabat bernama Farizhie. Tanpa Farizhie tidak mungkin aku boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeon, Ireland. Jika dahulu Jord tidak menasihatiku sudah pasti ini bukan kesudahannya. Sudah tentu aku akan menjadi Mat Jenin yang hanya berangan kosong. Impianku untuk menjadi seorang Haematologi menjadi realiti. Lamunanku terhenti. Ah, ada orang datang beraya rupanya. Aku segera mencapai kain tudung. Aku terpaku. Adakah ini mimpi ataupun hayalan? Benarkah dia tetamuku? Dia tidak seperti dahulu, sangat tampan, kacak dan segak sekali. Sungguh bergaya. ‘ Dr. Iman Nur Farizhein’ ‘ Ya, kamu….’ Dia menganggukkan kepalanya dan tersenyum...

Izyan Rahmat SURVIVORS’05

Related Documents

Sebuah Pertemuan
June 2020 16
Sebuah Pertemuan 1
June 2020 16
Sebuah Harapan.docx
April 2020 21
Sebuah Doa.docx
May 2020 22
Sebuah Negeri
October 2019 26
Sebuah Teladan
October 2019 22