PENGENALAN KEPADA PERAGANGAN ANTARABANGSA Maksud Perdagangan Antarabangsa Perdagangan antarabangsa ialah perdagangan yang melibatkan pertukaran barang antara satu negara dengan negara lain. Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa Sumber semula jadi Tidak semua negara dianugerahkan Tuhan dengan sumber semula jadi yang sama. Perbezaan sumber semula jadi ini akan mewujudkan perdagangan antarabangsa. Contohnya, negara yang kaya dengan minyak petroleum seperti Arab Saudi dan Iran akan mengeksport minyak. Iklim dan Jenis Tanah Iklim dan jenis tanah mempengaruhi jenis keluaran pertanian sesebuah negara. Jadi, ini bermakna sesebuah negara perlu mengimport hasil pertanian dari negara lain untuk memenuhi kerperluan rakyatnya. Contohnya, Malysia dianugerahkan Tuhan dengan iklim khatulistiwa dan jenis tanah yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Budaya masyarakat Masyarakat sesebuah negara mempunyai kemahiran tertentu untuk mengeluarkan sesuatu barangan sehingga ia menjadi suatu budaya di negara tesebut. Contohnya, Perancis pula terkenal sebagai pusat fesyen pakaian dunia dan Switzerland dikenali kerana pembuatan jam tangan yang bermutu tinggi. Tingkat kecekapan pengeluaran Sesebuah negara yang dapat mengeluarkan barangan dengan kos pengeluaran yang murah akan berupaya meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran. Contohnya,Thailand berkeupayaan mengeksport beras ke Malaysia dan Singapura pada harga yang murah kerana tingkat kecekapannya yang tinggi dalam penghasilan beras. Harga faktor Harga faktor pengeluaran seperti upah, sewa, modal, dan usahawan yang murah membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu barang dengan harga yang murah. Contoh, minyak kelapa sawit dari Malaysia mampu bersaing dengan minyak kacang soya dari Amerika Syarikat. Cita rasa pengguna Kehendak terhadap pelbagai barang oleh isi rumah menyebabkan pihak pengimport terpaksa menyediakan barang ini untuk memenuhi kehendak mereka. Pengimport akan mengimport pelbagai barang untuk memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai. Kehendak terhadap kereta mewh atau pakaian berjenama menyebabkan barang tersebut diimport bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan.