Sebab Kewujudan Pab

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sebab Kewujudan Pab as PDF for free.

More details

  • Words: 325
  • Pages: 1
Perdagangan Antarabangsa (PAB) 1.Maksud - kegiatan mengeksport dan mengimport barangan antara sebuah negara dengan negara lain. 2.Mengapakah PAB perlu dilakukan oleh sesebuah negara? Jelaskan. Sebab wujud PAB (a)Perbezaan sumber semula jadi -Sumber semula jadi berbeza antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. -Negara yang kaya dengan sumber semula jadi akan mengeksport lebihan sumber ke negara lain -cth Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit ke Amerika Syarikat (b)Perbezaan iklim dan jenis tanih -Iklim dan jenis tanih yang berbeza menyebabkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan yang berbeza antara negara di dunia. - cth : Negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia dan Indonesia sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit manakala negara beriklim Mediterranean seperti turki dan Chile Tengah sesuai untuk buah-buahan sitrus(oren, anggur, strawberri). Maka urusniaga eksport dan import berlaku antara Malaysia dengan negara berkenaan untuk memenuhi keperluan negara masing-masing. 3.Budaya masyarakat -Budaya masyarakat berbeza mempengaruhi kecenderungan sesuatu masyarakat mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan. -cth rakyat Switzerland terkenal dengan pengeluaran jam tangan. Rakyat Perancis terkenal dengan pengeluaran minyak wangi, arak. Rakyat Jerman terkenal dengan pengeluaran kereta mewah. 4.Tingkat kecekapan pengeluaran -Negara yang mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah berbanding dengan negara lain menunjukkan negara itu mengamalkan pengkhususan dengan lebih cekap. Maka negara yang tiada kecekapan pengeluaran barangan berkenaan boleh mengimportnya sebab kos lebih murah berbanding mengeluarkannya sendiri. -cth Malaysia cekap mengeluarkan getah, kelapa sawit dan petroleum. Amerika Syarikat cekap mengeluarkan kapal terbang. 5.Harga faktor -Harga faktor berbeza mempengaruhi wujudnya PAB. -cth Negara China yang ada buruh yang banyak dan kadar upah rendah mengkhusus dalam pengeluaran tekstil dan pakaian dengan kaedah intensif buruh. Negara AEropah dan Jepun yang ada modal banyak dan murah mengkhusus dalam barang perkilangan seperti kereta, jentera yang berintensifkan modal. 6.Citarasa pengguna -Bagi memenuhi citarasa pengguna dalam negeri, sesebuah negara perlu mengimport barangan keluaran negara lain. -cth Malaysia mengimport kain sutera dari negara China untuk masyarakat China, buah kurma dari Timur Tengah untuk masyarakat Melayu dan rempah ratus dari India untuk masyarakat India.

Related Documents

Sebab Kewujudan Pab
June 2020 11
Sebab Wujud Pab
May 2020 7
Pab
June 2020 18
Sebab Akibat.docx
May 2020 23
Pab Photo
October 2019 30