Script For Radio Talk On Hfmd

  • Uploaded by: An Zheng
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Script For Radio Talk On Hfmd as PDF for free.

More details

  • Words: 781
  • Pages: 3
SCRIPT FOR RADIO TALK ON HAND, FOOT AND MOUTH DISEASE

Apakah penyakit HFMD (tangan, kaki dan mulut)? Penyakit HFMD ataupun penyakit tangan, kaki dan mulut ini adalah penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak terutamanya mereka yang kurang daripada 10 tahun. Akan tetapi, penyakit ini juga boleh menjangkiti orang dewasa yang belum pernah terdedah kepada penyakit ini. Adakah penyakit ini berkaitan dengan penyakit kaki dan mulut di kalangan haiwan? Tidak. Penyakit di kalangan haiwan adalah berbeza daripada penyakit di kalangan manusia. Perumah untuk penyakit HFMD adalah manusia sahaja. Apakah penyebab penyakit HFMD? Penyebabnya adalah virus yang dinamakan enterovirus. Enterovirus ini adalah virus yang tinggal dalam usus dan merupakan sekumpulan virus yang terdiri daripada beberapa jenis virus seperti Coxsackie, Polio, ECHO virus dan enterovirus lain. Orang ramai biasanya mengaitkan penyakit HFMD ini dengan virus Coxsackie. Sebenarnya, HFMD yang disebabkan virus Coxsackie berlaku sepanjang tahun dan biasanya menyebabkan penyakit yang ringan sahaja. Akan tetapi semasa outbreak/ wabak yang kita hadapi sekarang adalah disebabkan enterovirus 71. Bagaimana penyakit HFMD ini merebak? Virus ini merebak dengan 3 cara: Pertama: Daripada titisan batuk atau bersin pesakit Kedua Dari tangan yang tercemar yang menyediakan makanan atau minuman Ketiga Sentuhan terus dengan air ruam pesakit Oleh demikian, punca jangkitan selalunya berlaku di tempat di mana kanak-kanak berkumpul seperti di tadika, tempat permainan, kolam renang, dan pusat membeli-belah. Orang dewasa juga boleh menjangkiti kanak-kanak.

Apakah tanda-tanda penyakit HFMD? Penyakit ini biasanya bermula dengan demam diikuti dengan ruam di bahagian tangan, kaki dan pungung. Terdapat juga ulser yang sakit di bahagian dalam mulut. Kadangkadang, kanak-kanak hanya menunjukkan satu atau dua tanda dan tidak semestinya kesemuanya. Adakah penyakit ini merbahaya? Kebanyakan pesakit menghidapi penyakit yang ringan dan biasanya akan sembuh dalam masa seminggu. Akan tetapi, jika anak-anak mengalami demam berterusan lebih dua hari ataupun suhu badan yang tinggi melebihi 38.5 darjah celcius, kelihatan lemah, enggan makan ataupun muntah, saya menasihatkan supaya semua ibubapa membawa anak-anak mereka berjumpa dengan doktor dengan segera. Kebanyakan kemasukan ke hospital adalah disebabkan kekurangan air di kalangan kanak-kanak kecil dengan ulser mulut yang sakit dan enggan minum ataupun makan. Hanya terdapat segelintir kecil sahaja pesakit yang menunjukkan komplikasi yang serius seperti jangkitan otak. Seperti penyakit-penyakit virus yang lain seperti dengue, malaria, campak; terdapat juga kematian yang dikaitkan dengan penyakit HFMD ini. Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit HFMD? Apabila terdapat peningkatan kes HFMD ini, elakkan daripada membawa anak-anak kecil ke tempat yang sesak. Anak-anak yang sihat janganlah sekali-sekala dibawa ke hospital di mana terdapat pelbagai jenis penyakit. Anak-anak yang batuk selsema ringan pula, boleh mendapat rawatan di poliklinik kerajaan ataupun swasta dan tidak perlulah datang ke hospital. Amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan setiap kali selepas menukar lampin anak dan sebelum menyediakan makanan untuk keluarga dan sebelum menyuapkan anak. Janganlah berkongsi pinggan mangkuk, gelas ataupun sudu dengan anak. Tutupkan mulut dan hidung semasa batuk atau bersin supaya anak-anak kita tidak terdedah kepada titisan yang dikeluarkan yang mungkin mengandungi kuman. Amalkan kebersihan persekitaran seperti cuci tandas, botol susu, dan barang permainan anak. Jika anak kita demam, asingkan dia daripada anak-anak lain. Jangan hantar ke tadika atau rumah pengasuh di mana terdapat kanak-kanak lain. Terpaksalah kita ambil cuti untuk menjaga anak di rumah.

Jika disyaki anak dijangkiti penyakit HFMD, apa yang harus dibuat? Pergi berjumpa doktor dengan awal untuk mempastikan diagnosa. Doktor kerajaan telahpun diberikan garis panduan untuk mengenali penyakit HFMD ini dan cara menanganinya. Ikutlah nasihat doktor dan ambil rawatan yang diberikan. Jika doktor menasihatkan supaya anak dimasukkan ke hospital, silalah ikuti nasihat doktor. Beliau juga akan melaporkan kepada pejabat kesihatan supaya langkah-langkah kawalan dapat diambil. Apakah langkah-langkah kawalan yang telah dibuat? Hospital Garis panduan untuk mengenali penyakit HFMD yang serius telah dikeluarkan dan diedarkan kepada semua hospital di Sarawak. Wad pengasingan telah diadakan untuk kes-kes penyakit HFMD Screening untuk HFMD juga telah diadakan di bilik kecemasan untuk pesakit luar. Bagi semua kes HFMD yang dikesan, sample swab kerongkong dan swab ruam diambil untuk diujikaji di makmal UNIMAS Setiap kes HFMD yang telah dipastikan, dilaporkan kepada jabatan kesihatan. Jabatan kesihatan Menyiasat setiap kes HFMD yang dilaporkan Tadika/ taska telahpun ditutupkan sepanjang outbreak ini Sekolah-sekolah yang terdapat peningkatan kes juga telah diarahkan tutup Taklimat telah diberikan kepada beberapa pengusaha tadika dan guru-guru tentang tandatanda awal penyakit HFMD dan cara-cara pembersihan persekitaran tempat mereka. Akhir kata. Penyakit HFMD ini berlaku di serata dunia dan pada masa ini terdapat peningkatan kes di beberapa tempat in negeri Sarawak. Jangkitan boleh berlaku di kalangan kanak-kanak di mana-mana sahaja terutamanya di tempat mereka berkumpul. Walaupun ramai yang boleh dijangkiti, hanya segelintir yang akan mengalami komplikasi teruk seperti jangkitan otak. Penyakit HFMD ini boleh dicegah dengan menggunakan kaedah ksihatan awam yang mudah dilakasanakan oleh semua orang seperti kebersihan diri, persekitaran dan pengasingan pesakit.

Related Documents


More Documents from "Richard Sloat"

Hfmd Presentation
November 2019 22
Developmental Assessment
November 2019 28
Gina Slide Set 2006
November 2019 30
Sktforpaedmo
November 2019 17
Renal Anatomy
November 2019 22