Saya Rasa Bertuah Sangat

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Saya Rasa Bertuah Sangat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,391
  • Pages: 6
“saya rasa bertuah sangat, kerana saya tahu bila ajal saya akan menjemput saya, sedangkan orang lain tidak!......saya bersyukur sangat……sangat bersyukur….kerana saat kematian saya datang bertemu dengan saya….dalam keadaan saya menyedari…..dan saya bersedia……..untuk berpisah dengan orang yang saya sayangi….untuk meninggalkan segala-galanya yang fana ini….saya pasrah” (inspirasi nur kasih-monolog Katrina)

Cintaku pada manusia…..akan terkubur bersama jasadku….. Cintaku pada harta….akan hancur dimamah bumi…. Cintaku pada usiaku….ianya tidak kekal….

Melangkah ke wad ini….langkahku umpama terpasak pada lantai biru ini….sejuk….aku menarik nafasku sedalam-dalamnya….aku akan menghadapi dia…..wajah pucatnya yang ceria….tidak sanggup!!! Prefesionalisme aku tercabar saat dia berbicara. Tanganku erat memegang tombol pintu bilik ini… bilik o4 yang baru dua minggu dihuninya….bilik ini bakal kosong….

Seseorang menyentuh lembut bahuku, aku berpaling. Ustaz! Ustaz tersenyum padaku. Ada kolam kesedihan bertakung dalam matanya, namun ,dia masih cuba mengukirkan senyuman padaku. Insan yang padaku, berusia dalam lingkungan 50 an ini menitiskan air mata sebak di hadapanku. Aku turut ingin menangis namun, ego kedoktoran menahan aku. Pertama kali aku menghadapi situasi seperti ini selepas lapan tahun menyandang gelaran doktor. Kenapa baru sekarang? Aku tidak kuat! Terasa ingin menumpahkan air mata dihadapan Ustaz, namun, ku gagahi jua.

“ hari ini, saya akan cuba sedaya-upaya saya ustaz!”. Kataku pada Ustaz Abidin….ayahanda kepada pesakitku ini.

“ kamu hanya boleh mencuba, berusaha…..selebihnya, biar Allahlah yang tentukan..Ustaz akan menghantar doa mengiringi usaha kamu ini. Walau apa pun yang akan berlaku, Ustaz akan terima!” Ustaz menundukkan kepalanya, aku tahu, dia juga sedang berperang dengan perasan sebaknya… sama seperti aku!

“Insyaallah Ustaz!” aku memegang bahunya, terasa hinjutan kecil….

Semenjak mengenali keluarga pesakitku ini, aku mula perasan sesuatu perubahan dalam diriku. Diriku mengalami banyak perubahan.. aku begitu kagum dengan mereka…..tidak pernah mengeluh walaupun musibah menimpa mereka. Enjin fikiranku ligat berputar ke garisan masa dua minggu yang lalu. …………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………. Aku ketika itu, sedang rancak berbual dengan doktor Irfan, rakan sejawatku, ketika itu, kami sedang berehat-rehat di ruang menunggu di lobi hospital dan ketika itulah suasana di lobi hospital dikecohkan dengan suara beberapa orang lelaki. Salah seorang dari mereka mendukung seorang wanita berjubah biru gelap. Keadaan mereka begitu cemas sekali….suasana begitu memang biasa dalam hospital tapi…..ada sesuatu yang membuatkan aku terpana dengan mereka semua. Dengan masing-masing masih berkopiah, salah seorangnya, mendukung wanita tersebut yang ku lihat penuh dengan kasih sayang, mungkin suaminya…..wajah lelaki tersebut menampakkan riak muka seribu kebimbangan, wajahnya merona merah menahan air mata….

Naluri kedoktoran aku dan Irfan gegas berlari ke arah wanita tersebut dan keluarganya, kami membantu mereka untuk menempatkan wanita tersebut atas usungan. Wajahnya pucat, nafasnya, tersekat-sekat, ada sisa darah yang terseka di hujung hidungnya….para jururawat mula sibuk mengusung wanita tersebut ke arah wad kecemasan. Aku berlari anak mengikut mereka semua, Irfan ku tinggalkan bersama keluarga wanita ini.

Jilbab labuh bewarna krim yang dipakai oleh wanita tersebut telah dikotori darah yang mengalir dari hidungnya, wajahnya berkerut menahan sakit….dahinya dibasahi peluh. Wajahnya, memerah. Ku sentuh mukanya, panas! Bacaan suhunya sangat tinggi! 40 darjah celcius!

“doktor! Cuba doktor tekan dekat sini!”. Jururawatku memberi arahan padaku.

Aku lantas menekan bahagian atas perut wanita ini, hatiku terdetik! Simptom barah hati! Wanita ini mengaduh kesakitan, aku lantas memberi arahan kepada jururawat. Pesakit ini perlu ditahan di hospital untuk rawatan susulan. Aku, sebagai doktor, ingin mengetahui sejauh mana tahap penyakit pesakitku ini. …………………………………………... …………………………………………………………………………………………………………… …

Aku membuka pintu bilik o4 ini sambil diiringi oleh beberapa jururawat. Wajah pucatnya yang ceria menyambut kami. Hati aku diruntun pilu. Dia tersenyum pada jururawat yang sudahpun berada di sisinya dan mulutnya rancak berbual dengan jururawat tersebut. Dia jarang-jarang bercakap denganku. Aku memandang sekilas wajahnya. Seseorang masuk ke dalam wad kami, lelaki yang mendukung wanita tersebut masuk bersama keluarganya. “hari ini adik saya nak dibedah, boleh kami bercakap sebentar dengan dia?”. Perlahan lelaki muda itu berbisik ke telingaku. Abang dia ke? Hatiku bermonolog sendiri.

“tunggu sekejap ye, 5 minit lagi saya keluar!”. Aku memberikan kebenaran.

Dari luar wad aku memandang suasana itu, pilu meruntun sanubariku. Wanita tersebut menangis….aku sebak di luar pintu.

Mursyidah Ibtisam namanya.

Perjalanan pembedahan ini berjalan dengan lancar namun, keputusannya tidak seperti yang kami harapkan. Mursyidah Ibtisam koma, pembedahan ini tidak berjaya! Kegagalan hari ini tidak dapat aku terima! Walaupun kegagalan adalah perkara biasa bagi pesakit yang sudah di tahap kritikal seperti dia tetapi, aku tidak dapat menerimanya. Kenapa??? Saat pertama aku memandangnya. …. kenapa???? tiba-tiba hatiku bergetar memandang wanita ini? Wanita ini sedang menggongcang naluri lelakiku, dia sedang mengetuk pintu hatiku yang masih belum pernah terbuka untuk insan bernama wanita.

Aku cuba membuang jauh-jauh perasaan tersebut.

Namun, aku tewas jua. Melangkah lesu ke bilik o4 ini, memandang sayu pada wajah kakunya. Diriku terasa sebak. ................................................................................................................................ .................................. Pesakit di wad o4 sudah sedar!

Hatiku mengucapkan syukur tatkala mendengar berita tersebut. Pelik! Aku jarang-jarang mengucapkan terima kasih pada manusia, apatah lagi pada tuhan.

Aku tidak pernah mengerti apa itu agama, dan apa itu tuhan....dari kecil, aku dididik untuk menjadi doktor. Ibu bapaku tidak pernah menitik beratkan soal pendidikan agama dalam jiwaku. Aku seperti seorang atheis*1 walaupun dalam kad pengenalanku aku beragama islam. Namun, sejak aku mengenali mereka semua, aku mula terasa kekosongan diriku terisi. Mereka begitu rajin mengalunkan bacaan yasin dalam wad o4 ini. Seringkali aku mencuri dengar ketika aku memeriksa keadaan Mursyidah Ibtisam.

Aku yang ketika itu, sedang mengemaskan pejabatku terus berlari ke wad o4. Ku lihat wajahnya menguntum ceria. Kali pertama dia senyum padaku. Ketika itu, sudah pukul 1.58 pagi, abang Mursyidah Ibtisam tidak ada dalam bilik. Mungkin dia ke surau. Insan ini merupakan satu-satunya puteri dalam keluarga ini. Anak ketiga daripada lima adik-beradik. Aku lantas mengangkat telefon yang ada dalam wad tersebut, ingin ku hubungi abangnya. Entah kenapa hati aku melonjak gembira untuk mengkhabarkan berita ini.

“doktor nak telefon siapa?”. Halus suaranya seperti berbisik.

Aku menjawab.” Abang cik Mursyidah!”.

“hmm....sebelum tu doktor, boleh saya minta tolong?.” Dia berhenti seketika kemudian menyambung lagi.” Tolong hubungi dua nombor ini!”. Dia memberikanku dua nombor, Liyana Jameela dan Ilham Arina. “ rahsiakan dari sesiapapun!”.

Aku mengambil kertas tersebut, ada kesan darah di tepinya, Mursyidah Ibitisam menarik semula kertas tersebut, tetapi aku telah pun menggeggam erat kertas itu. Ada sesuatu yang tidak kena. Keadaannya sebenarnya bertambah parah. Mursyidah Ibtisam menundukkan kepalanya, badannya terhinjut-hinjut.

Tiba-tiba dia bersuara.

“saya rasa bertuah sangat, kerana saya tahu bila ajal saya akan menjemput saya, sedangkan orang lain tidak!......saya bersyukur sangat……sangat bersyukur….kerana saat kematian saya datang bertemu dengan saya….dalam 1

Atheis : tidak beragama, tidak percaya kewujudan tuhan, peranan agama dll

keadaan saya menyedari…..dan saya bersedia……..untuk berpisah dengan orang yang saya sayangi….untuk meninggalkan segala-galanya yang fana ini….saya pasrah”.

Alahai suara, kenapa kau membisikkan kata-kata tersebut. Aku sebak! Kali ini, tidak dapat lagi aku menahan air mataku, lantas ia jatuh menuruni pipiku. Aku terpana dalam menadah air mataku. “ kenapa doktor menangis?. Manusia hanya meminjam nyawa, dan saya, dikehendaki mengembalikannya semula lebih awal dari doktor, dari walid saya, dari abang-abang saya. Semua manusia akan mati doktor!”. Dia memalingkan wajahnya, dia turut menangis.

Aku memang tidak dapat menahan air mataku ini. Lantas aku berkata, cuba mengalih topik. “saya akan cuba hubungi nombor-nombor ni.”.

Kata-kata tersebut mengakhiri perbualan kami pada malam itu.

Wajahnya gembira menerima kedatangan dua tetamu yang dipinta untuk aku hubungi. Dia tidak habis-habis ketawa dan menguntumkan senyuman. Namun, aku dapat melihat riak keruh dan senyuman yang dibuat-buat oleh tetamunya itu. Aku tertanya-tanya, siapakah dua orang insan istimewa ini, seorang datang dengan suaminya, dan yang seorang lagi, datang seorang diri seperti baru turun dari kapal terbang, terburu-buru memasuki wad o4 ini bersama beg-begnya, masih memakai sweater tebal. Yang mana satu Liyana Jameela dan yang mana satu Ilham Arina.

Aku hanya mencuri-curi perbualan mereka, terkadang aku mendengar dua tetamu itu, bersuara seperti hendak menangis dan pengakhirannya, mereka akhirnya meluahkan juga sebak yang terbuku di dada saat aku melangkah keluar dari bilik o4 ini. Mursyidah Ibtisam hanya tenang melayan tangisan mereka.

Aku mendekati sang suami yang menunggu isterinya di luar bilik o4. Memaniskan mukaku dan cuba untuk mengenalinya. Isterinya bernama Liyana Jameela. Katanya, mereka bertiga memang bersahabat baik semenjak dari zaman sekolah menengah lagi. Selepas SPM, masing-masing membawa haluan masing-masing. Hanya Liyana Jameela dan Mursyidah Ibtisam menuntut ilmu di Malaysia, manakala Ilham Arina pula, mengambil ijazah kedoktoran di Britain. Dan hari itu adalah kali terakhir aku melihat senyumannya...............................

Biliknya yang kosong kutatapi buat kali terakhir sambil melihat para pekerja sedang mengemaskan bilik o4 ini. Tiba-tiba, seorang pekerja mendekatiku.

“saya dapat sampul ni dari bawah bantal doktor.”. dia menjelaskan. Aku mengambil sampul tersebut dan membukanya....... ada tiga sampul kecil di dalamnya. Ternukil nama Liyana Jameela, Ilham Arina dan.......aku?....

Related Documents

Cabutan Bertuah
May 2020 35
Saya
November 2019 65
Sangat Baik.docx
December 2019 26
Perkataan Bertuah Anda
November 2019 18