Sayyidina ‘Uqbah bin ‘Amir Al-Juhani R.A Nama Nama penuh beliau adalah ‘Uqbah bin ‘Amir bin Isa bin Amru bin Rifa’ah bin Maudud bin Adi Ghanam bin Rabaah bin Rusydan bin Qais bin Juhni. Dikenali dengan gelaran Abu Hamud, Abu Saad dan Abu Aswad. Sahabat Rasulullah Solawatullahi Wasalamuhu ‘Alaih Beliau menjadi sahabat Rasulullah S.A.W. selepas baginda berhijrah ke Madinah . Pernah menjadi ‘Amil Sayyidina Muawiyah R.A di Mesir. Sering mengikut baginda dalam beberapa siri peperangan. Pernah Rasulullah S.A.W. turun dari tungganggan kudanya dan menyuruh ‘Uqbah menunggangnya sementara baginda berjalan kaki. Berkat doanya di maqam Rasulullah S.A.W, beliau berjaya sampai ke Madinah dalam tempoh 7 hari dan kembali ke Damsyik dalam masa 2 hari sahaja. Sifat dan Perwatakannya Qari Al-Quran Alim dalam kewajipan agama dan ilmu Fiqh Penyair yang berkebolehan Membuka kota Mesir Bersama ‘Amru Ibnul ‘As. Meninggal dunia Bulan Sya’ban 58H. Terletak di Medan Sidi ‘Uqbah yang terletak di Medan Uqbah. Dikebumikan bersama maqam Sayyidina ‘Amru ibnul ‘As
dan Sayyidina Abu Basrah Al-Ghifari. Batu Hitam yang terdapat di maqam ini merupakan serpihan Hajrul Aswad, menurut penjaga maqam tersebut.
Syeikh Zun Nun Al-Misri R.A