Saintis Akui Islam

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Saintis Akui Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,537
  • Pages: 13
AHLI SAINS BARAT AKUI KEHEBATAN AL-QURAN

SAINTIS BARAT AKUI ISLAM

Fakta Embriologi Bertepatan Dengan Quran – PROF. DR. KEITH L. MOORE • • • • •

Profesor Dr. Keith L. Moore ialah penulis buku bertajuk “The Developing Human”. Beliau ialah seorang Profesor Emeritus di bidang kajian tubuh manusia dan biologi sel (‘Anatomy and Cell Biology’) di Univeristy of Toronto, Kanada. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Madya di Jabatan Sains Asas, Fakulti Perubatan Pada 1984, Prof. Moore telah menerima pingat paling dihormati di bidang kajian tubuh-manusia di Kanada, iaitu pingat ‘J.C.B Grant Award’ daripada Persatuan Pakar Tubuh-manusia Kanada. Beliau telah menulis banyak buku-buku berkenaan kajian tubuh manusia klinikal dan kajian embrio. Lapan daripadanya diguna-pakai di sekolah-sekolah perubatan dan telah diterjemahkan kepada enam bahasa.

SAINTIS BARAT AKUI ISLAM

Dalam kajiannya, beliau mendapati kebanyakan dari ayat Quran berkenaan embriologi selari dengan penemuan sains Semasa membuat kajian, ada beberapa ayat – beliau tidak faham terutama mengenai Surah Al-Alaq

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku ( leech like substance)” Al-’Alaq: 1-2

Perkataan arab ‘alaqah ada tiga makna iaitu i. Lintah ii. Benda yang bergantung (suspended thing) iii. Darah beku (blood clot)

SAINTIS BARAT AKUI ISLAM Beliau membuat kajian – dan mendapati benarbenar kandungan tersebut menyerupai lintah (leach-like substance) seperti tersebut dalam ayat itu

Kandungan menyerupai lintah

Malahan ia juga menyerupai istilah benda yang bergantung dan segumpal darah

Gambar: keadaan sebenar makna alaqah

Saksikan kebenaran fakta ini

SAINTIS BARAT AKUI ISLAM

Dalam tahun 1981, Dr Keith L. Moore berkata dalam Persidangan Perubatan ke 7 di Damman Arab Saudi :

“Saya merasa amat sukacita kerana diberi peluang membantu menerangkan ayat-ayat Al-Quran berkenaan pembentukan manusia. Bagi saya ianya suatu yang amat nyata bahwa ayat-ayat ini telah diwahyukan kepada Muhammad oleh Allah, atau Tuhan, kerana kebanyakan dari fakta-fakta ini tidak ditemui melainkan selepas beberapa kurun selepas itu (selepas riwayat hidup Rasulullah s.a.w.). Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad ialah seorang Rasul Allah.”

“Kenyataan-Kenyataan Yang Dibuat Oleh Muhammad ini Datang Daripada Wahyu Tuhan’’ - DR. T.V.N. PERSUAD

Dr. T.V.N. Persuad adalah Profesor Of Anatomy dan ketua Jabatan Anatomy dan Profesor Of Pediatrics and Child Health, University of Manitoba, Canada. Seorang yang sangat terkenal dalam bidangnya dan penulis serta editor kepada 25 buah buku. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 181 kertas kerja saintifik. Dalam tahun 1991 beliau menerima anugerah tertinggi bidang Anatomy, J.C.B Grant Award Daripada Canadian Assosiation Of Anatomist.

Berikut adalah kenyataan beliau bila ditanya kajian yang telah beliau buat mengenai keajaiban saintifik di dalam Al-Quran: ‘’Pada saya Muhammad adalah seorang manusia biasa ,yang sangat sederhana. Dia tidak boleh membaca dan menulis.Malah dia adalah seorang yang buta huruf .Kita bercakap mengenai 1400 tahun dahulu. Seorang yang buta huruf membuat kenyataan dan pengiystiharan yang sangat tepat dari sudut sains. Secara peribadi saya tidak nampak ini sebagai satu kebetulan .terlalu banyak kenyataan yang tepat. Seperti Dr. Moore tidak sukar bagi saya untuk percaya bahawa kenyataankenyataan yang dibuat oleh Muhammad ini datangnya daripada wahyu tuhan’’ Profesor Persuad telah memasukkan beberapa ayat AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W di dalam Sebahagian buku-buku yang beliau karang. Beliau juga telah menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith ini di dalam beberapa persidangan yang dihadirinya .

SAINTIS BARAT AKUI ISLAM

DR E MARSHALL JOHNSON: Penerangan Al-Quran Mengenai Embryo Bertepatan Dengan Sains Kontemporari Dr E Marshall Johnson adalah Profesor dan Pengerusi jabatan Anatomi dan Jabatan Biologi dan pengarah Daniel Bough Institute, Thomas Jeffersson University, Philadelphia, Pennsylvania,USA. Beliau juga pernah menjadi presiden Teratology Society. Di dalam kajian beliau yang disampaikan di Persidangan Perubatan ke 7 di Damman Arab Saudi (1981) Profesor Johnson berkata: ‘’Ringkasnya Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan luaran embryo tetapi memberi penekanan peringkat dalaman embryo, menekankan perubahanperubahan besar yang berlaku yang diakui oleh sains kontemporari... sebagai seorang ahli sains saya hanya dapat mengendalikan perkara-perkarayang saya dapat lihat secara spesifik. Saya faham embrilogi ( embryology ) dan perkembangan biologi. Saya faham ayat-ayat yang diterjemahkan dari Al-Quran .Sekiranya saya dihantar ke era itu (1400 tahun dahulu ) dengan pengetahuan yang saya ada saya tidak akan dapat menerangkan perkara-perkara yang diterangkan oleh Al-Quran .Tidak dinafikan bahawa manusia ini, Muhammad mesti telah memperolehi maklumat-maklumat ini dari tempat lain .Jadi saya yakin bahawa penurunan wahyu mestilah telah berlaku.

DR GERALD C GOERINGER: Al-Quran Beri Gambaran Menyeluruh Perkembangan Manusia

Dr Gerald C Goeringer adalah Profesor dan koordinator Medical Embryology , Department of Cell Biology, School of Medicine ,Georgetown University ,Washington DC, USA , Semasa persidangan Perubatan ke 8 di Riyadh , Arab Saudi , Profesor Georinger telah membuat kenyataan berikut apabila beliau membentangkan kertas kajiannya:

‘’Hanya dalam beberapa ayat Al-Quran sahaja telah cukup memberikan gambaran yang hampir menyeluruh mengenai perkembangan manusia daripada peringkat persenyawaan sehingga ‘organogenesis‘ .Belum pernah sebelum ini wujud rekod perkembangan manusia yang lengkap dari segi klasifikasi, terminology dan huraiannya, kenyataan dalam ayat-ayat Al-Quran adalah kenyataan yang telah ditulis beberapa kurun lebih awal daripada bermulanya era penulisan saintifik secara tradisional.”

SAINTIS BARAT AKUI ISLAM

DR. WILLIAM W. HAY: Fakta Berkaitan Lautan Telah Di Sebut Dalam Al-Quran

Dr. William W. Hay adalah Profesor of Oceanography (lautan) Colorado University, Boulder ,Colorado USA. Beliau adalah seorang saintis marin yang sangat terkenal. Beliau telah membenarkan hujjah al-Quran dalam Surah Ar-Rahman: 19-20

“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan tawar) mengalir; sedangkan keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.”

Saksikan kebenaran fakta ini

Mengulas tentang penemuan fakta-fakta baru berkaitan lautan yang telahpun disebut didalam Al-Quran beliau berkata: ’Adalah sangat menarik maklumat-maklumat seperti ini terdapat di dalam kitab Al-Quran. Saya tidak tahu dari mana maklumat ini datang .Saya rasa sangat tertarik yang maklumat itu ( tentang laut ) ada di dalam Al-Quran . Kajian yang sedang dijalankan sekarang akan menyingkap sebahagian daripada maksud ayat-ayat Al-Quran.’’ Apabila ditanya mengenai sumber Al-Quran itu beliau menjawab: ‘’Saya rasa ia mestilah wahyu daripada tuhan’’

Professor Alfred Kroner Kagum Dengan Nabi Muhammad Professor Alfred Kroner adalah salah seorang ahli geologi yang terkenal di dunia. Beliau merupakan Professor di Bahagian Geosains, Universiti Mainz Jerman. Beliau berkata, “Memikirkan Muhammad berasal dari mana....Saya fikir ianya hampir mustahil hingga Dia boleh mengetahui mengenai sesuatu seperti asal-usul alam semesta, kerana ahli sains baru sahaja membuat penemuan dalam beberapa tahun lepas setelah menghadapi kesulitan serta menggunakan kaedah berteknologi tinggi. Beliau menambah lagi bahawa sesiapa yang tidak mengetahui sesuatu mengenai fizik nuklear 1400 tahun dahulu, pada pandangan saya adalah mungkin tidak berada satu ketika untuk berfikir yang langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama.”

DR TEJATAT TEJASEN Akui Quran Boleh Dibuktikan Melalui Pendekatan Sains Dr Tejatat Tejasen adalah Pengerusi Department Anatomy dan bekas Dekan Faculty of Medicine University of Chiang Mai, Thailand , Semasa persidangan Perubatan ke 8 di Riyadh, Arab Saudi Dr Tajatat berdiri dan berkata: “Dalam tiga tahun kebelangan ini saya berminat degan AlQuran ... daripada kajian saya dan yang saya pelajari sepanjang persidangan ini saya percaya segala apa yang dicatatkan di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu adalah benar yang boleh dibuktikan melalui pendekatan sains. Memandangkan Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh membaca dan menulis, Muhammad mestilah seorang utusan yang menyampaikan apa yang diwahyukan kepada beliau oleh Tuhan Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Tuhan atau Allah S.W.T Jadilah tibalah masanya untuk mengucap Laillaha illa Allah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah,

Fakta Geologi Mengenai Gunung Bertepatan Dengan Al-Quran Buku bertajuk UNDERSTANDING EARTH adalah buku rujukan asas di kebanyakkan universiti seluruh dunia. Salah seorang penulis buku ini ialah Frank Press. beliau adalah presiden Akademi sains di USA. Sebelum ini beliau merupakan penasihat sains kepada bekas Presiden USA, Jimmy Carter. Menurut karya beliau, gunung mempunyai lapisan di bawah dasar. Lapisan ini terpacak mendalam ke bumi. Gunung-gunung ini mempunyai bentuk seperti pasak. Ini adalah bagaimana Al Quran menerangkan tentang gunung ganang. Maksud Firman Allah swt : “Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?” (An-Naba’:6-7) Sains bumi moden telah membuktikan bahawa gunung mempunyai dasar yang dalam di bawah permukaan bumi. Ia juga boleh mencapai beberapa kali ketingggian di atas permukaan bumi. Oleh itu perkataan pasak sesuai bagi menggambarkan gunung. Sejarah sains mengenai teori gunung mempunyai dasar yang mendalam hanya mula diperkenalkan pada pertengahan hujung abad ke 19. Gunung juga memainkan peranan penting dalam memantapkan kerak bumi. Ia menghalang bumi daripada bergegar. Allah swt menyatakan ini didalam Al Quran: “Dan Kami telah jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu tidak goncang bersama mereka,.. (Al-Anbiyaa’:31)

Saksikan kebenaran fakta ini

Dr. Gary Miller Takjub Ketika Mengkaji Al-Quran

Dr. Gary Miller merupakan seorang paderi (minister) dan pakar matematik yang berasal dari Kanada. Pada tahun 1978 beliau berkesempatan untuk membaca Al-Quran dan beliau terkejut dengan mesejnya yang jelas lagi menakjubkan. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan Al-Quran sebenarnya Kalam Allah Di antara aspek yang mengkagumkan beliau ialah, walaupun Al-Quran diturunkan kepada mereka yang hidup di padang pasir, isinya berbagai-bagai termasuk perincian berhubung lautan dan ombak. Beliau menceritakan kisah seorang ahli pelayaran dari Toronto yang diberikan terjemahan Al-Quran untuk dibaca. Selepas membacanya ahli pelayaran itu telah bertanya: "Adakah Muhammad seorang ahli pelayaran?" Beliau diberitahu: "Tidak!" "Jika demikian ini merupakan suatu yang pelik kerana isi Al-Quran berhubung lautan, awan dan ombak begitu terperinci dan tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku, sepanjang pengalaman saya, sedangkan Muhammad seorang yang sentiasa berada di kawasan padang pasir!" Ini membuktikan Al-Quran bukan karangan manusia tetapi wahyu daripada Allah.

Related Documents

Saintis Akui Islam
June 2020 2
Islam
June 2020 26
Islam
May 2020 36
Islam
May 2020 39