Sabar

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sabar as PDF for free.

More details

  • Words: 764
  • Pages: 3
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

S

ABAR Sabar adalah keteguhan hati/jiwa untuk menghindari nafsu (yang cenderung menyeret kepada kemaksiatan). Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu beroleh kemenangan."(Surah Ali Imran ayat 200) dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: "Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." Allah SWT menyuruh kita supaya menyampaikan khabar gembira kepada orangorang yang sabar kerana orang yang sabar dalam menghadapi semua cubaan dan rintangan hidup itu akan diberikan balasan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Siapa itu yang dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat selanjutnya dijelaskan. "(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepadaNya kami akan kembali.)" (al-Baqarah ayat 156) Di sini jelas, bahawa Allah akan mencukupkan pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas. Kalaulah kita menyelidiki ajaran agama kita, dengan mendalam dan terperinci, mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perjuangan sejarah, untuk menegakkan Islam adalah hasil dari kesabaran yang ada pada baginda. Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun orang kafir mengerjakan dengan melontarkan najis unta kepada beliau, waktu baginda mengerjakan solat, baginda bersabar dalam kemiskinan, walaupun tidak ada beras yang akan ditanak oleh isterinya namun ibadahnya tidak pernah kurang, bahkan suatu waktu sekembalinya dari masjid selesai menunaikan solat subuh, sampai sahaja di rumah, baginda

SABAR____________________________________________________________ bertanya kepada isterinya, "Apakah ada sarapan pagi atau tidak," Lalu isterinya menjawab "tidak". Baginda bersabda, "Baiklah aku berpuasa pada hari ini." Baginda berpuasa sunat kerana tidak ada apa yang akan dimakan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikian kecuali bagi seorang mukmin yang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik baginya". (Hadith riwayat Muslim) Allah Ta'ala berfirman : " Hai sekelian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu". (Mafhumnya: Ali-Imran - Ayat 200) Allah Ta'ala berfirman lagi : " Sesungguhnya orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana ianya amat banyak". (Mafhumnya: Az-Zumar - Ayat 10) Dan lagi firmanNya : " Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa, kemudian sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Mafhumnya: Al-Baqarah - Ayat 155) Huraian Hadith Dari Abu Yahya iaitu Shuhaib bin Sinan r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda: Mafhumnya, " Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua itu adalah kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian tidak ada pada orang lain melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapat kelapangan hidup, iapun bersyukurlah, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang ia ditimpa kesukaran-yakni bencana-ia bersabar dan ini adalah kebaikan baginya". (Riwayat Muslim) Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: mafhumnya, " Tidak suatupun yang terkena seseorang muslim - yang berbentuk kepayahan, dan yang berupa kesakitan, dan juga kesedihan yang akan datang dan yang lampau, mahupun berupa hal yang menyakiti hatinya - yakni sesuatu yang tidak menurut kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya,

SABAR____________________________________________________________

walaupun terkena duri pada anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahannya dengan sebab apa yang ditanggungnya - yakni yang sesuai dengan kepayahan yang diperolehinya". (Muttafaq 'alaih - sepakat)

Huraiannya: ----------1. Sabar yg taat kpd ALLAH SWT ialah seperti kerjakan solat, kita kena sabar. Mengaji juga kena tekad & sabar, krn anak kunci ilmu ialah kesabaran. Imam Syafie r.a. pernah menyebut, "Syarat utk mendapat ilmu itu hingga sampai mengkhatamkannya ialah memanjang masa belajar." Iaitu dgn lain perkataan, belajar dlm jangkamasa yg panjang. Bukan setakat mrngaji 3/4 bulan, dah kata pandai. 2. Sabar tatkala datang cubaan. Ulama tasauf kata kalau kena bala, kita patut bersyukur sebab bala atas bumi ini akan mengifaratkan dosa kita di akhirat kelak. Eg, sedang kita berjalan2, tiba2 terhantuk kepala pd tembok hingga benjol di dahi, kita patut bersyukur `Alhamdulillah'. Yg dahi benjol tu ialah satu rezeki krn ALLAH SWT akan kifaratkan dosa kita. Dosa yg telah kita buat jika dibalaskan dgn api neraka, lalu nak dibandingkan dgn sakit dahi benjol tu, memang tak padan. Tapi ALLAH SWT gugurkan dosa kita krn sakit dahi benjol tu. 3. Sabar atas meninggalkan durhaka kpd ALLAH SWT. Iaitu sabar menahan nafsu amarah sebab nafsu kita semua teringin pd benda2 jahat.

Related Documents

Sabar
May 2020 23
Sabar
May 2020 20
Sabar
May 2020 27
Sabar
October 2019 27
Sabar Mb
June 2020 24

More Documents from ""