Sabak Bernam, Selangor (tarikan Pelancongan)

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sabak Bernam, Selangor (tarikan Pelancongan) as PDF for free.

More details

  • Words: 3,103
  • Pages: 31
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

ISI KANDUNGAN PENGENALAN:

MUKA SURAT 1-2

SEJARAH SELANGOR MAKNA : BENDERA JATA / LAMBANG

3-5

PETA NEGERI SELANGOR TEMPAT MENARIK DI SELANGOR STATISTIK:

6-21

TABURAN BANGSA (PBT) UJURAN PENDUDUK (JANTINA)

22-25

(WARGANEGARA) PERATUSAN PENDUDUK (PBT) BUKIT MELAWATI KESIMPULAN

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

26-30 31

1

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

SEJARAH SELANGOR Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah. Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur. Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya. Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

2

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

3

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MAKNA BENDERA NEGERI SELANGOR Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang keempat, Sultan Abdul Samad (1859-1898). Satu per empat bahagian bendera terdiri daripada warna kuning dan merah, manakala logo Negeri Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning juga adalah melambangkan warna DiRaja.Merah pula bermaksud keberaniaan rakyat di Selangor. Lima bucu bintang membawa erti mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

4

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MOTO NEGERI SELANGOR " Selangor Dipelihara Allah "

MAKSUD LAMBANG NEGERI SELANGOR

The emblem of Selangor again echoes these themes. It consists of an upright spear standing in the centre, flanked by two keris. These represent the state regalia. Around these is entwined the Jawi (Arabic) inscription spelling the word "Selangor" in the yellow colour of royalty. Underneath this stylised entwining script is the motto in red Jawi script, "Dipelihara Allah" - In God's Protection. The yellow star and crescent again depict the state religion of Islam and the five Pillar of Faith. Below this is the sash or "tali bengkung" as worn by the Malay warriors of yore.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

5

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

PETA NEGERI SELANGOR

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

6

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BUKIT MELAWATI Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor. Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784. Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari Pahang menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

7

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa pada tahun 1874, kota ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa perang.

Panduan ke lokasi :

Dari Klang, ambil bas ke Kuala Selangor yang ada setiap 20 minit dengan tambang RM2 sementara dari Stesen Bad Puduraya Kuala Lumpur, perjalanan dengan bas akan mengambil masa satu jam dengan tambang RM4.90. Ambil teksi dari Kuala Selangor untuk ke lokasi.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

8

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

ZOO NEGARA Harga Tiket :Kanak-kanak dan Warga Emas

- RM 6

Kombo Keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak) - RM 40 Pelajar Sekolah beruniform

- RM 4

Bagi setiap pelajar yang melawat zoo, 1 guru hanya membayar RM 6 (2 tiket dewasa percuma jika kunjungan pelajar melebihi 20 orang)

Waktu Pembukaan :Hari Biasa

- 9 pagi - 5 petang

Sabtu, Ahad dan cuti umum - 9 pagi - 10.30 malam

Pertunjukan :-

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

9

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Aneka Haiwan - 11 pagi dan 3 petang (Jumaat 3.30 petang) Haiwan Malam - 8.30 malam

Pengenalan Zoo Negara

Zoo negara merupakan zoo pertama di Malaysia dan telah mula beroperasi pada tahun 1963. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia. ia memiliki pelbagai koleksi binatang dari seluruh pelusuk dunia. Selain daripada mempamerkan pelbagai jenis binatang, pihak zoo turut memberi fokus kepada empat (4) bidang utama yang lain iaitu :- Pemuliharaan, pendidikan, kajian dan rekreasi. Zoo negara juga merupakan sumber penting kepada semua pelawat dari dalam dan luar negara. Zoo negara terletak di Hulu Kelang lebih kurang 13Km dari Kuala Lumpur. Ia menempatkan sebanyak 4,000 jenis binatang dari 400 spesis merangkumi spesis burung, ikan, mamalia dan reptilia. Zoo negara biasanya menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu dan ketika cuti umum. Selain daripada dapat menyaksikan pelbagai jenis binatang dan juga persembahan orang utan dan singa laut, kanak-kanak juga berpeluang untuk mencuba pengalaman menunggang kuda, unta dan gajah.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

10

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Ruang riadah yang luas di sekitar tasik juga amat sesuai untuk akitiviti riadah bersama keluarga. Antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan dengan keluasan sebanyak 25 hektar ini ialah restoran-restoran dan perkhidmatan menaiki kereta api mini.

Untuk

maklumat

lanjut

sila

hubungi

-

603-4108

3422

Atau layari laman web Zoo Negara Malaysia - http://www.zoonegara.org.my

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

11

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BATU CAVES Batu Caves merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia terutama ketika sambutan festival Thaipusam. Festival ini berjaya menarik minat seramai 800,000 penganut dan penonton di mana tarikan utama ialah untuk menyaksikan para penganut Hindu membawa Kavadi, sejenis besi yang dicucuk pada badan mereka. Bertempat hampir 100m di atas tanah, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada 3 gua utama dan beberapa gua kecil lain. Gua terbesar merujuk kepada Gua Kuil di mana silingnya mencecah sehingga 100 m tinggi. Untuk sampai ke kuil, para pengunjung hendaklah menaiki tangga yang terdiri daripada 272 anak tangga. Di bawah Gua Kuil ialah Gua Gelap yang terdapat panorama batu yang sangat menakjubkan serta beberapa jenis binatang yang tidak terdapat di tempat lain.Stalagtit pada siling gua dan stalagmit dari lantai gua kelihatan seperti langsir pada gua. Pembentukan batu-batu dan mutiara gua mengambil masa sehingga beribu-ribu tahun

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

12

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

untuk terbentuk. Persatuan Alam Semulajadi Malaysia selalu menganjurkan program pendidikan dan lawatan ke Gua Gelap. Satu lagi gua utama ialah Guar Galeri Seni yang terletak di bawah anak tangga gua. Tugu dan lukisan dinding mengenai agama Hindu dan mitologi dipaparkan di sini. Perjalanan masuk ke sini memberi pengalaman menarik kepada pengunjung dengan melalui tasik dan kolam yang menarik.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

13

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MORIB BEACH Keterangan Lokasi: Pantai Morib merupakan persisiran pantai terdekat dengan Lembah Klang dan telah dijadikan sebagai antara lokasi percutian utama. Kawasan pesisir pantai yang luas menjadikannya tempat tumpuan kebanyakkan keluarga untuk beriadah. Antara tarikan lain yang ada di sini ialah zoo mini, tempat pemuliharaan burung-burung serta kawasan latihan golf. Gerai-gerai makanan juga banyak terdapat di sini sebagai kemudahan kepada para pengunjung.

Alamat Lokasi : Hotel Sri Morib, Jalan Banting-Sepang, 40000 Morib, Selangor, Malaysia. Tel : (603) - 858 1732 Fax: (603) - 858 1125 Waktu Operasi : Dibuka setiap hari

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

14

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BAGAN LALANG BEACH Keterangan Lokasi: Pantai Bagan Lalang dibangunkan sebagai kawasan tumpuan pelancong utama di Daerah Sepang memandangkan lokasinya berada berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Alamilah suasana sunyi dan tenang pantai ini bersama rakan-rakan dan keluarga anda. Hotel dan beberapa chalet dengan harga yang berpatutan turut disediakan bagi para pengunjung yang berhasrat untuk menginap di sini. Pantai Bagan Lalang sangat terkenal dengan ikan bakar dan barbeku. Restoran yang menghidangkan pelbagai hidangan ikan dan makanan laut lain ini di buka sehingga larut malam bagi memenuhi permintaan para pengunjung dan pelancong yang semakin meningkat.

Alamat Lokasi : Pejabat Daerah Sepang, Bangunan Tun Aziz,

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

15

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN Saksikanlah keajaiban ciptaan semula jadi di Kampung Kuantan, sebuah kampung agri-kultur terletak 9 km dari Bandar Kuala Selangor. Kampung ini sangat terkenal dengan kewujudan kelip-kelip yang bercahaya terutama pada waktu malam, yang boleh anda saksikan apabila menaiki bot atau sampan untuk menyusuri sungai. Di sini anda akan menemui jawapan kepada misteri alam di mana terdapat banyak lokasi hinggapan kelip-kelip di sini. Dikatakan terdapat dua tempat di dunia ini yang mempunyai keajaiban misteri kunang-kunang dan salah satunya ialah Kampung Kuantan. Pada hari ini, Kampung Kuantan sangat tekenal kepada pelancong tempatan dan antarabangsa kerana keunikan warisannya iaitu kelip-kelip yang berkelip-kelip hinggap pada spesis pokok bakau, yang dipanggil pokok berembang. Pokok Berembang atau nama spesifiknya ‘Sonneratia Caselaris’ ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar di sepanjang tebing Sungai Selangor. Pokok ini memerlukan persekitaran lembap dan berpaya untuk hidup. Pokok Berembang merupakan faktor penting kepada kewujudan kelip-kelip ini kerana ia memberi sumber makanan kepada mereka. Kelip-kelip akan menyedut cecair daun pokok berembang untuk dijadikan makanan.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

16

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Panduan ke lokasi :

Dari Klang, ambil bas yang ada setiap 20 minit ke Kuala Selangor dengan tambang RM2 sahaja sementara dari Stesen Bas Puduraya, Kuala Lumpur, perjalanan menaiki bas akan mengambil masa selama sejam dengan tambang RM 4.90. Ambil teksi dari Kuala Selangor untuk ke lokasi.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

17

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM Warisan dan artifak negeri akan hilang sekiranya tidak diberi penjagaan secara rapi. Menyedari situasi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Muzium Selangor sebagai lembaga yang bertanggungjawab dalam hal ini. Muzium Alam Shah terletak di tengah Pusat Bandar Selangor dan telah dibuka secara rasmi pada 2 september 1989. Pembukaan muzium ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor ketika itu. Nama Muzium ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj. Terdapat sebanyak enam dewan pameran yang mempamerkan pelbagai koleksi dan artifak yang berkaitan dengan sejarah, budaya dan warisan semula jadi negeri Selangor. Bagi tujuan merekod pelbagai peristiwa sejarah Negeri Selangor, Muzium Sultan Alam Shah telah memperuntukkan satu tempat istimewa yang dipanggil Balai Sejarah. Ianya dibahagi kepada banyak bahagian bermula dari permulaan peradaban manusia di Selangor diikuti dengan evolusi pelbagai era seperti Portugis, Belanda, Inggeris, tempoh darurat, pemerintahan Jepun sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Persoalan asas mengenai Selangor turut dipaparkan di Balai Sejarah. Antaranya termasuklah berkenaan bendera negeri, peta, lambang, lagu, dan tokoh negeri Selangor seperi Leftenan Adnan dan ramai lagi.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

18

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Waktu operasi : Monday

:

Tutup

Selasa - Khamis

:

9:30 pagi - 5:30 petang

Jumaat

:

9:30 pagi- 12:00 tengah hari & 2:45 petang - 5:30 petang

Sabtu, Ahad dan cuti umum

:

9:30am - 5:30pm

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

19

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH Lebih dikenali sebagai "Masjid Biru" (Blue Mosque), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara, dengan kapasiti muatan seramai 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai antara menara dan kubah tertinggi dunia. Strukur pembinaan tiga peringkat menggabungkan elemen seni bina Islam dan Melayu. Dewan solat utama yang keseluruhannya berkapet dan berhawa dingin merupakan salah satu dewan solat terbesar di dunia yang meliputi dua paras dimana galeri teratas dijadikan sebagai dewan solat wanita. Tingkat kedua merupakan galeri manakala tingkat bawah menempatkan pejabat pentadbiran, bilik seminar, perpustakaan, penyambut tetamu dan bilik kelas. Kubah biru dan perak dengan diameter 51.2m dan ketinggian 106.7 m kelihatan sangat cantik dan merupakan kubah masjid tertinggi di dunia.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

20

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Kubah masjid ini dihiasi dengan empat menara setinggi 142.2 m menjadikannya sebagai yang tertinggi di dunia seumpanyanya. Untuk kawasan dalaman masjid pula, perhatian rapi diberi ke atas perhiasan menggunakan tulisan khat (Kaligrafi Arab) pada lengkungan dalam kubah dan juga pada dinding Dewan Solat utama. Kaligrafi ini dihasilkan oleh pelukis kaligrafi Arab terkenal iaitu Shiekh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi dibantu oleh bebrapa pereka tempatan yang lain. Ukiran kayu mimbar masjid pula dihasilkan oleh pakar ukir dari Kelantan yang juga telah banyak menghasilkan corak ukiran di kebanyakkan masjid lain di negara ini. Kekisi aluminium merupakan satu lagi ciri-ciri yang dapat dilihat pada dinding, pintu keluar masuk dan tingkap masjid. Pada lapisan akhir, ia dilengkapkan dengan kaca berwarna lembut bagi membenarkan kemasukan cahaya. Ini ditonjolkan lagi dengan siling tinggi yang dibarisi dengan kayu segitiga dari jenis balau merah dan kayu ramin yang dibuat mengikut gaya 'criss-cross'.

Panduan ke lokasi : Dari Stesetn Bas Klang, Kuala Lumpur, Ambil bas Park May no. 222 atau Bas Intrakota no. 338 (Tambang kedua-duanya ialah RM2) dan berhenti di Komplek PKNS. Dari

sini

ambil

teksi

untuk

ke

lokasi.

Selain itu boleh juga menaiki KTM Komuter dan berhenti di Stesen Shah Alam. Dari stesen komuter Shah Alam ambil teksi atau bas mini untuk ke Komplek PKNS. PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

21

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

22

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

STATISTIK PENDUDUK SELANGOR 31/JUL/2006 1/OGOS/2006

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

23

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

1/OGOS/2006

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

24

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

1/OGOS/2006

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

25

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BUKIT MELAWATI

Pemilihan lawatan satu hari kami adalah di Bukit Melawati di Daerah kuala selangor. Berdasarkan catitan sejarah, Kuala Selangor telah mempunyai penempatan kediaman sejak awal kurun Masihi ke 16 lagi. Kawasan seperti Jeram, 10 batu ke Permatang, seberang Sungai Selangor juga telah wujud. Tempat-tempat ini adalah dibawah takluk Empayar Melaka dan seterusnya di bawah Empayar Johor. Namun pada akhir kurun ke 17M orang-orang bugis telah menguasai tempat-tempat ini. Pada tahun 1857, pembesar-pembesar dan penduduknya serta pembesar Klang telah bersatu dan seteusnya telah menubuhkan sebuah kerajaan di Negeri selangor. Raja Lumu (anak Raja Bugis) telah dilantik menjadi Raja Selagor yang pertaman. Sejak itu, Kuala Selangor telah menjadi pusat pemerintahan Negeri Selangor sehingga tahun 1857. Kemudian pemerintahan telah berpindah ke Jugra seterusnya ke Klang. Namun begitu, Kuala Selangor terus memainkan peranan penting dalam sejarah negeri Selangor dimana daerah ini telah beberapa kali menjadi medan pertempuran yang melibatkan pihak Belanda dan seterusnya pihak Inggeris. Mengikut sejarah Bukit Melawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahin (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrhim dengan bantuan adindanya Dato’ Pengawa Permatang Mahabijaya (Pengawa Tua) dan Bendahara Abd. Majid Pahang, PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

26

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

telah menghalau Belanda dalam tempoh 1 malamm sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyising. Aktiviti: Jam 9.30am Tangga Seratus: Kami mendaki Bukit Melawati ini dengan mengunakan tangga seratus ini dari pekan Kuala Selangor. Jika kita menuruni tangga seratus ini hingga ke hujungnya, kita akan menemui tempat yang dikenali Pengkalan Batu Buruk.

Jam 9.50am Perigi Beracun: Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi hingga e paras dagu pada para pendehaka sajaha. Dijadikan tempat penyeksaan kepada pendehaka. Berhadapan dengan Muzium Kuala Selangor.

Jam 10.10am Tempat Melihat Anak Bulan: Bangunan ringakas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal, dan Hari Raya haji.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

27

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Jam 11.00am Busut Malawati: Terletak kira-kira 80 ela di hadapan pintu kota. Terdapat pohon sena yag kini telah berumur 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Jam 11.25am Batu Hampar: Terletak di tengah-tengah pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar kira-kira 5 x 5 x 11/2 kaki. Lagendanya: tempat memancung kepala penderhaka- satu riwayat di batu ini: seorang gadis istana yang berzina telah dipenggal kepala dan darahnya telah disiram dikeliling istana Jam 11.55am Makam Anak Dara: Lagendanya: Gadis warak yang dipaksa, pada hari perkhawinannya beliau menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak dara melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makam didirikan.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

28

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Jam 12.25pm Makam Diraja: Makam Diraja Selangor terdiri daripada 3 makam iaitu 1. Sultan Salahuddin (1742-1778) 2. Sultan Ibrahim (1778-1826) 3. Sultan Mahmud (1826-1857)

Jam 12.55 Meraiam Penggawa: Meriam ini sentiasa dibalut dengan kain kuning. Terletak didalam makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya PETOI BOGA atau PUTERI PUTIH.

Jam 1.30pm Telaga Tujuh: Asalnya telaga yang mempunyai 7 punca mata air yang tidk pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja- yang lain telah terkambus. Ada yang mengunakan air telaga ini untuk membayar niat.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

29

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

30

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Kesimpulan disini adalah Negeri Selangor tidak kurang hebatnya dalam industri pelancongan di Malaysia secara amnya. Negeri Selangor Ynag sudah cukup banyak tempat Manarik yang boleh menarik lebih ramai pelancong datang untuk melancong ke Selangor secara khasnya, serta Malaysia secara amnya. Walaupun, Selangor dikategorikan sebagai “Urban” ataupun bandar taapi tempat tarikannya tidak tertumpu pada pusat bandar malah di luar bandar seperti di Kampung Kuantan di Kuala Selangor Ataupun di Bukit Malawati. Secara amnya Selangor berpotensi untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia secara khususu nya di mata dunia.

PELANCONGAN MALAYSIA H1006 SELANGOR DARUL EHSAN

31

Related Documents