RUKUN NEGARA Oleh: SHAHIRAH BT ALI NUR IZZATI BT MOHD RADZI
Konsep Rukun Negara Merupakan
ideologi kebangsaan
Malaysia. Mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun negara adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi kemakmuran negara. Rukun negara menjadi pedoman bagi seluruh rakyat Malaysia dan
Prinsip Rukun Negara
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: · Kepercayaan kepada Tuhan · Kesetiaan kepada Raja dan Negara · Keluhuran perlembagaan · Kedaulatan undang-undang · Kesopanan dan kesusilaan
Sejarah Pembentukan Rukun Negara
Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah hasil daripada perbincanganperbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara danMajlis Perundingan Negara.
Faktor Penggubalan Pengelasan
kaum yang merujuk kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza antara orang Melayu, Cina dan India. Peristiwa berdarah pada 16 Mei 1969. Masyarakat Cina dan India yang bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan. Penyingkiran Singapura daripada Malaysia akibat konsep
Objektif dan Matlamat Untuk
mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Untuk memelihara cara hidup demokratik. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains
Penjelasan Prinsip Rukun Negara
(a) Kepercayaan kepada Tuhan
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Agama sangat penting dan ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
(b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
q Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. q Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. q Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. q Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
(c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip
ini menekankan rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
(d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undangundang negara. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
(e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip
ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bertatasusila . Sikap bersopan santun dan bertatasusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan