Rukun Negara

  • Uploaded by: Ibrahim bin Haji Yaacob
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rukun Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 2,138
  • Pages: 12
RUI(UN*NEGARA .::rit ltiti,r+.tllr:t;,

. /afs

JABATAN

PENERANGAN / tY1)l / -MALAYSIA I IIIIIf

Ylrt

Tingkat7-15,WismaSimeDarby, JalanRajaLaut,50612 KualaLumpur

#

::i

'ihl,L:^'t^i,xTm:"

KANDTINGAN PENGENALAN

I

SN'ARAH PEMBEI\TTJKAI\RT]KTJN I\EGARA

3

OBJEKTIF MencapaiPerpaduanYangLebih Erat MemeliharaSatuCaraHidup Demokratik MenciptaSatuMasyarakatYangAdil MembentukSatuSikapYangLiberal Membina SebuahMasyarakatProgresif

7 8 8 9 9 l0

PRINSIP KepercayaanKepadaTuhan KesetiaanKepadaRajaDan Negara KeluhuranPerlembagaan KedaulatanUndang-undang Kesopanan Dan Kesusilaan

l1 1l t2 t4 16 I7

KESIMPULAN

19

PENGENALAN Malaysia adalahsebuahNeg arayangmempunyai rakyat pelbagai kaum, agam4 kebudayaan serta mengamalkancarahidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalah matlamat penting dalam setiap dasaryang dilaksanakanoleh Kerajaan samaada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negaraakan terdedah kepada pelbagai ancamandan kelemahan.Ancaman dan kelemahan ini boleh mensakibatkan kedaulatan Nesara terjejasdan berli
:l::; .1 I' :i:,tlla:i.i. 1.i:::rt'Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.Melalui perpaduan yang kukutr, tahap pencapaianekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanapolitik yang stabil. Kecemerlangandalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil

dan seterusnyamenjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripadaperistiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhannegaraketikaitu. Akibat daripada peristiwa tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan unfuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasanaharmoni serta mempercayai dalam kalangan r alcyat secaraberkekalan.

SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA

RUKUN

KedatanganInggeris dan dasarimigrasi liboalyang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negata ini.Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari negara China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar. Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Inggeris, ketiga-tiga kumpulan Kolonial ini telah dipisahkan dari segi tempat etnik tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tig a-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurik:ulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957Pada tahun

1956 iaitu

setahun sebelum

kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasaperayaanpemberiantaraf bandarraya kepadaPulau Pinang. Perbalahan yangsamaturutberlakudi Pangkor( I 960),diBukit M@am( 1966)danPulauPinangsekalilagi(1967). Peristiwa kekacauanini hanya berlaku secara kecil-kecilansahaja. Langkahdan usahayang serius hanya dimulakan oleh pihak kerajaan setelahberlaku satu rusuhankaum yang serius iaitu peristiwaberdarah13 Mei 1969. Akibat daripadaperistiwaini, Kerajaantelahmengambil langkah tegasuntuk mencari satu formula bagi mengatasimasalahtersebutsupayatidak berulanglagi. Berikutan itu Majlis PerundinganNegara telah ditubuhkanoleh PengarahMAGERAN di bawah Undang-undangDarurat yang diwartakan pada 29 Jamari1970. Anggota-anggotaMajlis PerundinganNegara terdiri daripadaseorangPengerusi(Allahyarham Tun Abdul Razakbin Dato' Husseinmerangkap PengarahMAGERAN), tiga orang menteri (AllahyarhamTun Dr Ismail bin Dato'Abdul Rahman,mendiangTun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan),wakil-wakil

Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskankeputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 3l Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-I3 kemerdekaannegara. Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan,kedaulatanimdang-undang

serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanandan kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat, seterusnya melahirkan sebuahnegara 6ua foangsaMalaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran nesara.

OBJEKTIF Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Cita-citaini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:I.BAHAGIAN

PERTAMA

Menggariskan Objektif Masyarakat Malaysia Yang Mahu Dibentuk:'Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kal angan seluruh masyarakatnya; . Memelihara satu cara hidup demokratik; . Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemalcrnurannegara dapat dinihnati bersama secara adil dan saksama; . Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan . Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan telmologi moden.

Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsadan negara di mana ahli-ahli masyarakatrya menganggap diri mereka sebagai ralcyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai-bagaipersoalanyang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. grrngguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaandan perasaancinta terhadapnegara. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik PerlembagaanNegara menjamin kebebasanhak asasi dan kebebasankegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun, hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi

di negaraini. Apabila berlaku sebarangmasalahyang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu piha( jika tidak, kestabilan dan keselamatannegara akan terancam.

I I

resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun adaperbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat berlainan kebudayaanitu boleh menguntungkandan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara.

Mencipta Satu Masyarakan YangAdil Membina Sebuah Masyarakat Progresif Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama unfuk menilcnati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorangterhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadapyang lain. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal Masyarakat bebas mengamalkan agama, adal

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadandan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan,sains dan teknologi. Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajardengankemajuan sainsdan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuahnegara maju sebagaimanamatlamat Wawasan 2020. Namun, kemajuan tersebut tidak akan menjadikan

*:3*g -a1iY::!l

:,'ffiS

:.t- -'- i-1-! :-;:!f,ff1 ';]c1t : :i:;--"t:l _r:*;*;€

J

'.::-t"'J ,

? :,

}

rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keasamaan.

PRINSIP II.BAHAGIAN

KEDAA

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara Yang Berikut:. Kepercayaan Kepada Tuhan . Kesetiaan Kepada Raja dan Negara . Keluhuran Perlembagaan . Kedaul atan Undang-undang . Kesopanandan Kesusilaan

Kepercayaun Kepada Tuhun Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukutr kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsadan negarayang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan

tetapi agama-agamadan kepercayaanlain boleh di amalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorangwarganegara atas alasan agamaadalah dilarang samasekali. JawafankuasapenggubalRukn Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agamaboleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatubangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakatterhadap ajuan agamamasing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagaiprinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesetiaan Kepada Raia dan Negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaandi mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah KetuaNegara. Selarasdengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka

Baginda, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yangmemerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepadaYang di-PertuanAgong. Sikap kesetiaansepertiini adalahsuatunilai yang baik dan boleh medadi kebanggaankepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara. Kesetiaanyang tidak berbelah bagi kepada raja dan negarajuga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Sebarangsil
Keluh uran Perlembagaan perlunyarakyatmenerima, Prinsipini menekankan mematuhidan mempertahankankeluhuran atau kemuliaanPerlembagaan Malaysiayangmenjadi sumberdan tunjang perundanganyang tertinggi negara. Fungsinyauntuk memberiperlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan Setiap merekasebagaiwarganegara. warganegara Malaysiadikehendakimenghormati, menghargai,memahamimaksuddan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaanini telah digubal berasaskan kesepakatansemuakaum dan semuapihak di negaraini. Dengandemikian,ia adalahkontrak sosialrakyat yang tidak boleh dipersoalkandan diganggu gugat oleh mana-manaindividu atau mana-manapihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi ralryatdi negamini. Ia adalahsumber rujukan bagi segalahal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan,perundangan,kedudukan ralryat. danhak sosioekonomi yangdirangkumi Aspek-aspek utamaPerlembagaan

dalam prinsip ini ialah berkaitan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa Malaysia sebagaibahasakebangsaandan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjurgdanbumiputeradi Sabahdan Sarawak. Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan. Walaupun bahasaMalaysia sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa-bahasalain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasirakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Kestabilan negara akan tergugat jika rakyat tidak menerima keluhuran Perlembagaan. Lebih mendukacitakan lagi jika ada sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan asas mengetahui menglritiknya tanpa penggubalannya.Menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan adalah tanggungjawab kepada

setiapwarga Malaysia. Ke dauI utan Un dang-undang Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia di mana undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Thnpaundang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akan arnan dan stabil. Sehubunganitu, undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan.Kedaulatanundang-undangnegara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebasdan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undanguntuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undangakan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarangkekacauan,di mana semuaanggota masyarakatakan merasaselamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta

perkara-perkara sebagaimana yang dij amin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasanyang dijamin oleh Perlembagaanitu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan amandan harrnoni. Kesedaranini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran rakyat.

Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negaraini.

Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembanganpersonaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopansantundan bersusila selarasdengan kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di negaraini. Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusila adalahasasdidikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tinekah

Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuahmasyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

KESIMPULAI\ Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah fregara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu samalain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Related Documents

Rukun Negara
April 2020 33
Rukun Negara
May 2020 27
Rukun Negara
June 2020 21
Rukun Negara
May 2020 37
Rukun Negara
June 2020 16
Rukun Negara 2.docx
November 2019 34

More Documents from "Zatie Hussin"

Manikayu C 2008 Surat Jpns
October 2019 47
Senarai Manikayu Pm 1a
November 2019 41
Geo-f2 Midyear 2009
May 2020 29
Geografi Spm2004 Kertas 2
December 2019 26
Surat Pendaftaran 2009
December 2019 33