Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama Dipetik dari laman web : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/768ce3b7f1c60c444825758 2004836b9?OpenDocument .
Nama E-Mel Kategori
: . SITI NURAIN BT MOHAMMAD TAJUDIN. :
[email protected]. : ISU SEMASA
SUB KATEGORI Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Tarikh Hantar Soalan Soalan
:
23/03/2009 09:08 PM
:
apakah hukum memakai inai yang diukir di tangan? dan apakah hukum mewarnakan rambut?.
Jawapan
:
Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Hukum memakai inai pada asalnya adalah harus. Namun jika pewarna/inai yang digunakan adalah daripada pewarna yang bersifat kekal dan tidak pasti bahan kandungan yang digunakan sama ada halal ataupun tidak, ia adalah dilarang kerana ia sama seperti tatoo. Walau bagaimanapun, jika lambang atau lukisan yang diperbuat daripada inai tersebut melambangkan ciri-ciri atau tanda-tanda sesuatu yang dilarang di dalam Islam seperti lambang yang berbentuk salib, lambang bagi sesuatu ajaran sesat, lambang bagi sesuatu kumpulan jahat, lambang berbentuk haiwan atau sebagainya ia turut dilarang sekalipun menggunakan inai atau pewarna yang tidak bersifat kekal. Di samping itu, memakai inai atau seumpama dengannya bukanlah salah satu daripada budaya Islam. Lebih-lebih lagi yang memakai inai ala tatoo, ia adalah pengaruh/budaya hindu dan barat yang kedua-duanya adalah dilarang di dalam Islam. Hal ini dapat dilihat melalui hadis Rasulullah SAW yang menyatakan dengan
tegasnya di dalam hadis di bawah ini, maksudnya: “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”. (Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi). Sabda baginda lagi: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud). Selain itu, berikut dinyatakan kaedah pemakaian inai bagi lelaki dan perempuan: 1. Bagi kaum wanita; - harus memakainya dengan niat sebagai perhiasan diri. - had pemakaiannya hanya sehingga ke pergelangan tangan sahaja. Jika lebih ia dikira sudah keterlaluan dan ia adalah dilarang. 2. Bagi kaum lelaki; - ia adalah dilarang jika untuk perhiasan. - diharuskan memakainya untuk perubatan (cagu). Manakala hukum mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus sekiranya ia dilakukan bukan bertujuan untuk menggayakan sesuatu fesyen. Selain itu juga, bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut tersebut telah dikenal pasti adalah suci dan halal untuk digunakan. Wallahu ‘alam.. .
Status Nombor Rujukan Tarikh Selesai
: :
Selesai - Paparan Web. PANEL SJAI 250309
:
25/03/2009 04:52 PM
Nota: 1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM 2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja. 3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.