Rp Ladang Ayam Tertutup

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rp Ladang Ayam Tertutup as PDF for free.

More details

  • Words: 2,060
  • Pages: 17
RANCANGAN PERNIAGAAN PROJEK TERNAKAN AYAM DAGING SECARA LADANG KONTRAK DENGAN SISTEM PERUMAHAN TERTUTUP

Disediakan Oleh : ADG ENTERPRISE Batu 46, Kampung Sepintas, Sabak Bernam, Selangor Tel : 014-4441234 03-322422222

1

1. PENGENALAN Syarikat ADG Enterprise adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Sabak Bernam, Selangor dalam penternakan ayam daging. Konsep penternakan yang diusahakan adalah ladang kontrak berkapasiti 40,000 ekor dengan menggunakan kaedah dan teknologi ladang tertutup dengan kerjasama pihak integrator yang dipilih iaitu KFC Holdings Bhd. Konsep penternakan ayam ini dipilih berdasarkan kepada permintaan daging ayam di negara ini telah meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula pihak syarikat tidak menghadapi masalah untuk menjual hasil ternakan kerana semua hasil ternakan akan dibeli keseluruhannya oleh KFC Holdings untuk dipasarkan.

2.

TUJUAN Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pinjaman kewangan bagi membina ladang ternakan tertutup dan membeli peralatanperalatan asas yang menggunakan teknologi terkini untuk ternakan ayam pedaging bersesuaian dengan konsep ladang kontrak yang diusahakan dengan kapasiti 40,000 ekor bagi setiap pusingan. Rancangan Perniagaan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti unjuran aliran tunai yang boleh diperolehi oleh pihak syarikat serta kekuatan syarikat dalam menguruskan operasi projek ini.

2

3.

KONSEP LADANG TERNAKAN KONTRAK Sistem ladang ternakan kontrak merupakan satu dimensi baru dalam industri ternakan ayam yang mana sebuah syarikat besar atau integrator akan

menyediakan

kemudahan

kepada

penternak-penternak

dengan

mengikat kontrak dengan mereka bagi membekalkan baka benih anak ayam, makanan ayam, ubat-ubatan dan pemasaran.

Sistem ladang ini mampu

mengatasi kerugian jika harga ayam berada di paras yang rendah malah isu harga ayam di ladang dan di pasaran dapat di atasi serta dapat memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha ladang kontrak. Sistem ladang kontrak telah terbukti memberi keuntungan yang besar kepada pengusaha serta menjamin masa depan yang baik memandangkan integrator yang dipilih adalah sebuah syarikat yang besar dan kukuh iaitu KFC Holdings Berhad.

Syarikat ini menggunapakai peralatan berteknologi canggih iaitu

sistem penyejukbekuan yang moden. Di samping itu, ia juga mempunyai rangkaian pemasaran, pengeluaran, memiliki tenaga pakar dalam bidang ternakan ayam serta mempunyai rangkaian domestik yang luas. Secara keseluruhan, konsep ladang kontrak ini telah memberi kekuatan dan keyakinan kepada penternak untuk terus bersaing.

Ini kerana pulangan

setiap musim adalah konsisten. Bagi penternak yang mempunyai pinjaman bank, mereka berupaya melangsaikan pinjaman tersebut dalam tempoh yang cepat. Pihak syarikat juga mengatur program kesihatan dan sanitasi ternakan yang akan diperolehi dari pihak integrator dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan seperti khidmat nasihat dan kawalan penyakit yang boleh mengancam ternakan.

3

4.

LATAR BELAKANG USAHAWAN 4.1

4.2

BUTIR-BUTIR PERIBADI Nama

:

No. Kad Pengenalan

:

Alamat Tetap Umur

: :

Taraf Perkahwinan

:

Warganegara

:

Taraf Pendidikan

:

Agama

:

Pengalaman

:

Pekerjaan Sekarang

:

Kursus-Kursus Yang Dihadiri

:

Kemahiran/Kebolehan

:

Jawatan Dalam Syarikat

:

No. Telefon Rumah

:

No. Handphone

:

MAKLUMAT ISTERI

Nama Isteri

:

No Kad Pengenalan

:

Tarikh Lahir

:

Taraf Pendidikan

:

Pekerjaan

:

No Telefon

:

4

:

5.

PROFAIL PERNIAGAAN CARTA ORGANISASI SYARIKAT

PENGURUS

PEKERJA AM

PEKERJA AM

5.

1

BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN

Nama Syarikat

:

Alamat Perniagaan

:

No Telefon

:

Alamat Pejabat

:

No Telefon

:

No Pendaftaran Perniagaan

:

Jenis Perniagaan

:

Tarikh Daftar Perniagaan

:

5

5.2

PROJEK CADANGAN

6. 6.1

Jenis

:

Projek Ladang Ternakan Kontrak

Jumlah Kos

:

RM 588,800

Modal Sendiri

:

RM 66,800

Pinjaman Bank

:

RM 522,800

Cadangan Bayaran Balik

:

10 tahun @ 120 bulan

Cadangan Bank

:

Ansuran Bulanan RM6,525 (5%) Bank Pertanian

Bentuk Sandaran

:

Sijil Saham Bank Rakyat berjumlah RM100,000 Tanah tapak ladang bernilai RM140,000

ASPEK PENGURUSAN PENGURUS Nama

:

No. Kad Pengenalan

:

Umur

:

Kelulusan

:

Pengalaman

:

6

6.2

6.3

PEKERJA AM

Nama

:

No. Kad Pengenalan

:

Umur

:

Kelulusan

:

JAWATAN DAN HURAIAN TUGAS JAWATAN PENGURUS

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  Mengurus operasi ladang  Menguruskan hal-hal kewangan



Berurusan

dengan

pihak

integrator

pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan  Membantu pekerja am PEKERJA AM

 Persediaan sebelum kemasukan anak ayam  Pemantauan anak ayam



Memberi makanan mengikut umur ayam

 Memberi vaksinasi/vitamin/antibiotik  Pengasingan ayam takai/bantut  Tangkapan ayam untuk jualan



Pembersihan dan cuci hama dari reban

 Persediaan untuk pusingan seterusnya

6.4

JADUAL GAJI DAN CARUMAN

7

dan

JAWATAN PENGURUS PEKERJA AM JUMLAH

6.5

BIL 1 1 2

GAJI (RM) 1,500.00 500.00 2,000.00

KWSP (RM) 180.00 60.00 240.00

PERKESO (RM) 30.00 10.00 40.00

JUMLAH (RM) 1,710.00 570.00 2,280.00

IMBUHAN



Hari bekerja - Isnin hingga Sabtu



Waktu bekerja - 8.00 pagi hingga 4.00 petang



Gaji – Dibayar dalam minggu pertama bulan berikutnya



KWSP/PERKESO – Dipotong sebanyak 11%(KWSP) dan 2%(PERKESO)



Cuti Tahunan – 12 hari



Bonus Tahunan – Bergantung kepada keuntungan syarikat



Cuti Sakit – Tidak lebih dari 7 hari setahun. Jika lebih akan ditolak dari gaji bulanan

7.

ASPEK PERKHIDMATAN UNTUK PENGELUARAN 6,000 SEMUSIM

7.1

ANGGARAN KOS TETAP.

Anggaran kos tetap adalah sebanyak

RM 588,800.00. Jadual adalah seperti di LAMPIRAN 1.

7.2

ANGGARAN KOS BERUBAH. Anggaran kos berubah adalah sebanyak RM 1,126,752.00. Jadual adalah seperti di LAMPIRAN 2. 8

8. ASPEK PEMASARAN 8.1

LOKASI PERNIAGAAN Lokasi yang dipilih merupakan tanah sendiri di Kampung Sepintas, Sabak Bernam, Selangor. Keluasan kawasan ialah 2.5 ekar dan terletak di kawasan ladang kelapa.

Selain dari jaraknya 2 km daripada kawasan kampung,

kawasan ini mempunyai kemudahan asas seperti jalan tar, air bersih, elektrik serta

telefon.

Suasana dalam ladang kelapa juga menyumbang kepada

faktor suhu yang tidak terlalu panas bagi keselesaan ternakan. Pelan Lokasi adalah seperti di LAMPIRAN 3.

8.2

PREMIS PERNIAGAAN Khidmat

kepakaran

dalam

penyediaan

rekabentuk

bangunan

dan

pemasangan peralatan adalah menggunakan teknologi moden dengan sepenuhnya. Ruang lantai adalah di antara 0.8 hinga 1.0 kaki persedi bagi setiap ekor ayam. Pihak syarikat merancang untuk membina 2 buah reban di mana setiap reban berukuran 40 kaki lebar x 400 kaki panjang x 7 kaki tinggi. Keluasan

tersebut amat praktikal untuk menggunakan kipas ekzos bagi

membantu sistem perudaraan dan kawalan suhu reban tersebut.

Setiap

sebuah reban mampu untuk menampung ternakan ayam sebanyak 20,000 ekor ayam.

8.3

SASARAN PASARAN

9

Pihak syarikat tidak menghadapi masalah pasaran memandangkan kontrak yang sedia ada dengan pihak integrator. Kecemerlangan dan kemakmuran negara ini telah menyebabkan industri pemakanan ayam telah mendapat sambutan yang tinggi dari semua lapisan masyarakat. Pihak integrator pula telah mengambil langkah-langkah berkesan melalui pengiklanan yang dapat menarik lebih ramai pengguna beralih kepada produk keluaran mereka. Secara umumnya semua peringkat usia merupakan sasaran terhadap produk berasaskan ayam daging dan secara langsung telah membantu industri ternakan ayam daging lebih berdaya maju dan berdaya saing.

8.4

SAIZ PASARAN Saiz pasaran terhadap permintaan daging ayam masih lagi luas berdasarkan

kepada

permintaan

semasa

terhadap

daging

tersebut.

Permintaan yang tinggi bukan sahaja daripada restoren-restoren makanan segera tetapi juga pengusaha-pengusaha makanan yang lain seperti kantinkantin sekolah, restoren-restoren mamak, pemborong-pemborong, peniaga pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam.

Ini tidak termasuk lagi apabila

permintaan meningkat secara mendadak apabila tiba musim perayaan. Dengan kewujudan Halal Hub Center di Malaysia, pasaran ayam daging keluaran Malaysia menjadi semakin luas.

Ini ditambah dengan usaha

kerajaan Malsyia yang menekankan kepada pembasmian penyakit ayam telah meningkatkan kepercayaan pengimpot negara-negara luar untuk mengimpot daging ayam dari negara ini.

10

8.5

SYER PASARAN Pihak syarikat melihat bentuk saingan hanya tertumpu di antara pihak integrator yang sedia ada iaitu :

i.

Goldkist

ii.

Leong Hup

iii.

Cargill

iv.

Malayan Flour Mills

v.

Pertanian Charoen Pokphand

Walaubagaimanapun, pihak integrator yang dipilih oleh pihak kami iaitu Kentucky Fried Chicken merupakan sebuah syarikat yang besar dan mempunyai rangkaian pemasaran produk yang meluas di seluruh negara dan dunia amnya. Rangkaian pemasaran yang utama adalah restoran makanan segera KFC, Pizza Hut dan Ayamas.

Pihak syarikat yakin terhadap

permintaan daging ayam yang semakin meningkat sehingga mendorong pihak Kentucky Fried Chicken melantik penternak-penternak baru untuk menampung keperluan tersebut dari semasa ke semasa.

8.6

RAMALAN JUALAN Projek ini akan mengeluarkan hasil sebanyak 40,000 ekor ayam bagi setiap satu pusingan dengan kiraan enam pusingan setahun.

Kadar anggaran

kematian adalah 3.5% maka jangkaan pengeluaran adalah 231,600 ekor setahun atau bersamaan 417 metrik tan dengan nilai pendapatan berjumlah RM 1,225,626.00. Di samping itu penternak juga mendapat hasil sampingan

11

daripada tinja yang dijadikan baja pokok dengan anggaran 9,600 kampit setahun yang bernilai RM 24,000 setiap tahun. Secara purata pendapatan syarikat adalah bergantung kepada kapasiti ternakan.

Untuk kapasiti 40,000 eor penternak akan mendapat pulangan

sebanyak RM 122,874.00 setahun atau RM 10,239.50 sebulan setelah ditolak pembiayaan kos berubah. Sekiranya pihak syarikat ingin mencapai pendapatan yang lebih tinggi maka kapasiti ayam perlu ditambah. Asas Pengiraan Untuk Kapasiti 40 Ribu Ekor :

8.7

Jualan Ayam Setahun Jualan Tinja Setahun (Kos Berubah)

+ + -

RM 1,225,626.00 RM 24,000.00 RM 1,126,752.00

UNTUNG SETAHUN UNTUNG SEBULAN

= =

RM 122,874.00 RM 10,239.50

STRATEGI PEMASARAN Pihak syarikat boleh menjangkakan bahawa kadar pulangan yang tetap bergantung kepada saiz penternakan itu sendiri.

Denganinsentif yang

diberikan oleh oleh pihak kerajaan yang cukup menarik seperti pengecualian cukai, taraf perintis dan pembiayaan dana. pembabitan

pihak

integrator

yang

Ini ditambah lagi dengan

menyediakan

khidmat

nasihat,

penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta kestabilan politik di dalam negara juga membuka lebih ruang bagi melaksanakan projek ini tanpa sebarang sekatan. Faktor kekuatan terhadap pemilihan projek ini adalah seperti berikut :

12



Penggunaan teknologi terkini dalam penternakan.

Kaedah bangunan

tertutup dengan peralatan beroperasi secara automatik yang dapat menjamin ketahanan projek kerana ianya tidak menimbulkan masalah alam sekitar dan meningkatkan kecekapan projek.



Menggunakan kepakaran dan penyelidikan sepenuhnya daripada integrator.

Bekalan anak-anak ayam yang diterima daripada pihak

integrator berkualiti baik.



Pasaran adalah terjamin kerana diuruskan oleh pihak integrator.



Tempoh matang untuk jualan hanya 35 hari bagi setiap pusingan dengan kadar 6 pusingan hingga 9 pusingan setahun.

Walaubagaimanapun,

pihak syarikat memilih 6 pusingan bagi memastikan kelancaran projek.



Projek ini hanya menggunakan tenaga pekerja yang minima

disebabkan penggunaan sistem dan peralatan yang terkini. Perkara ini dapat mengurangkan kos serta memudahkan pengurusan hal ehwal pekerja.

9.

PROMOSI DAN IKLAN Pihak syarikat tidak perlu bersusah payah menguruskan promosi untuk menjual hasil ladang memandangkan urusan pemasaran telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak integrator. Pihak integrator telah mempunyai sistem pengiklanan yang sedia ada dan telah mampu memikat pelanggan untuk membeli hasil keluaran mereka.

13

10.

IMPAK SOSIO EKONOMI Projek ternakan ayam pedaging dengan kaedah pelaksanaan sepertimana yang telah diterangkan adalah sesuai dijalankan di kawasan ini berpandukan kepada faktor-faktor berikut :

o

Hasil pulangan yang cepat, jaminan pasaran, penggunaan teknologi yang tinggi serta sokongan dari pihak kerajaan dari segi kawalan harga dan sumber asas akan memastikan bidang usaha ini lebih berdaya saing dan berdaya maju. Ini termasuk kepakaran teknikal dan khidmat nasihat yang diperolehi daripada pihak integrator.

o

Keberkesanan bandingan penggunaan tanah berdasarkan pendapatan sehektar tanah adalah tinggi.

Ini memandangkan nilai hasil yang

dikeluarkan dari sehektar keluasan tanah adalah tinggi berbanding dengan lain-lain komoditi dalam bidang bidang pertanian.

o

Struktur pemasaran yang cekap berasaskan kepada penternakan secara kontrak.

Pihak integrator bertindak sebagai pemasar kepada

produk yang dihasilkan melalui jaringan pemasaran yang sedia ada baik dan terjamin.

11.

ASPEK KEWANGAN

11.1

AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI

14

Lihat LAMPIRAN 4 LEMBARAN IMBANGAN DAN KUNCI KIRA-KIRA

Lihat LAMPIRAN 5 PRO FORMA ALIRAN TUNAI TAHUN PERTAMA

Lihat LAMPIRAN 6 PRO FORMA ALIRAN TUNAI UNTUK 10 TAHUN

15

Lihat LAMPIRAN 7 TITIK PULANG MODAL Hasil

daripada

semakan

unjuran

kewangan,

titik

pulangan modal akan diperolehi pada tahun keenam operasi di mana entiti

tersebut

telah

mencatat

keuntungan

terkumpul

sebanyak

RM614,370.00. MARGIN KEUNTUNGAN KASAR Untung Kasar (316,890) / Jualan (1,249,626) X % = 25.4% @ 25.4 sen



Dalam setiap RM1.00 jualan, keuntungan kasar ialah RM0.25

dan kos jualan RM0.75. MARGIN KEUNTUNGAN BERSIH Untung Bersih (53,543) / Jualan (1,249,626) X % = 4.28% @ 4.28 sen



Dalam setiap RM1.00 jualan, keuntungan bersih ialah RM0.043.

PULANGAN ATAS PELABURAN Untung Bersih (53,543) / Jumlah Aset (519,469) = RM0.10 sen



Ukuran

pulangan perniagaan dari setiap RM1.00 yang

dilaburkan ialah RM0.10.

16

12. KESIMPULAN Industri penternakan ayam pedaging merupakan salah satu bidang perniagaan yang boleh memberi keuntungan yang tinggi memandangkan permintaan terhadap daging ayam yang sentiasa meningkat. Dengan adanya pula konsep ladang kontrak, pihak syarikat tidak menghadapi masalah dari segi menjual hasil ladang. Pihak integrator yang telah dipilih akan membeli keseluruhan hasil ladang setiap pusingan tuaian. Ini sudah pasti dapat

memberi

keselesaan

membesarkan ladang.

kepada

pihak

syarikat

untuk

merancang

Dengan kepercayaan berterusan daripada pihak

integrator, pihak syarikat dijangka dapat menggandakan hasil pengeluaran ladang maka pulangan yang akan diperolehi kelak akan dapat mengukuhkan lagi kewangan syarikat. Adalah menjadi harapan supaya projek ini diberi perhatian dan pembiayaan secukupnya dari pihak bank memandangkan projek yang akan diusahakan ini lebih menjurus kepada pengeluaran bahan mahanan selaras dengan Dasar Pertanian Negara justru dapat mengurangkan impot dari luar negara.

17

Related Documents

Reban Ayam Tertutup
April 2020 2
Rp
November 2019 49
Dunia Ladang
November 2019 43
Rp
May 2020 42