Rmk 9 Review

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rmk 9 Review as PDF for free.

More details

  • Words: 364
  • Pages: 1
RMK 9 Review Tumpuan sektor MICE mampu pikat 24.6 juta pelancong

SASARAN kerajaan menarik 24.6 juta pelancong ke negara ini seperti diumumkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), semalam boleh dicapai dengan memberi penekanan kepada sektor mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Pengusaha industri pelancongan menyokong sasaran kerajaan dengan memberi pelbagai cadangan bagi memantapkan sektor pelancongan khususnya dari segi perkhidmatan, kualiti penyediaan makanan, tawaran produk, program sampingan berkonsep budaya masyarakat negara ini. Presiden Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Syed Mohd Razif Syed Yasin, berkata memandangkan harga minyak semakin meningkat dan menjadi isu global, kerajaan harus memberi fokus untuk menarik pelancong berkualiti yang boleh memberikan pendapatan lebih daripada yang disasarkan. “Melalui sektor MICE, matlamat untuk meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini pasti akan lebih mudah kerana sektor ini merangkumi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran yang semestinya akan dihadiri delegasi asing, sekali gus menarik pelancong ke negara ini. “Pada saya, kerajaan harus mementingkan kualiti pelancong yang datang bukan saja kuantiti kerana jika MICE diadakan, ia akan menarik delegasi asing yang semestinya melabur banyak wang yang boleh meningkatkan pendapatan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Selain itu, Syed Mohd Razif berkata, kerajaan wajar memberi subsidi minyak kepada pengusaha pelancongan terutama syarikat pengangkutan bagi mengelakkan mereka mengenakan tambang tinggi sehingga menyekat kedatangan pelancong terutama dari Indonesia dan Thailand yang turut dihimpit dengan bahang kenaikan harga minyak. Naib Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTC), Datuk Shamsul Falak Kadir, berkata sasaran kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelancong dapat dicapai dengan adanya kerjasama daripada semua pihak terutama kementerian serta badan bukan kerajaan (NGO). “Saya yakin sasaran 24.6 juta pelancong asing dengan pendapatan RM59.4 bilion boleh dicapai jika kerajaan dan agensi pelancongan menyediakan produk pelancongan unik dan baru serta mengadakan promosi berkesan di Asia Barat, China, Korea dan Eropah. “Pengusaha produk pelancongan harus menghasilkan produk baru yang dapat menarik pelancong, selain program biasa dipromosikan kerajaan seperti ekopelancongan, perubatan, aktiviti membeli-belah. Saya rasa peruntukan untuk mempromosikan Malaysia pada peringkat antarabangsa juga harus ditambah,” katanya. Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Datuk Mohd Ilyas Zainal Abidin, berkata beliau menyambut baik sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah pelancong pada RMK-9 itu dan meminta pengusaha hotel mengambil bahagian dalam pesta pelancongan di luar negara.

Related Documents

Rmk 9 Review
December 2019 9
Rmk Bab 9.docx
April 2020 22
Rmk Bab 9.docx
May 2020 13
Rmk Audit 9.docx
November 2019 16
Rmk 9.docx
June 2020 6
Rmk
June 2020 28