Review Jurnal

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Review Jurnal as PDF for free.

More details

  • Words: 1,248
  • Pages: 7
Jurnal Review: Procedures as a way of handling capability problems in the teaching and implications for more general. (Derek Torrington,University of Manchester, Manchester, UK)

1.0 Pengenalan Artikel ini telah ditulis oleh Derek Torrington. Beliau adalah Professor Emeritus Pengurusan di Universiti Manchester, Beliau pernah menjadi Professor Pengurusan Sumber Manusia dan Dekan Pengurusan Pembelajaran dalam UMIST. Penyelidikannya adalah dalam bidang pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengurusan sumber manusia antarabangsa dan pengurusan

sekolah-sekolah. Pengarang telah menulis

empat puluh buah buku dan buku yang laris ialah Pengurusan Sumber Manusia yang dicetak berterusan sejak tahun 1979 dan edisi ketujuh (dengan Laura Hall Dan Stephen Taylor) akan diterbitkan pada 2007.

2.0 Spesifik Kajian Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan penyelidikan yang dijalankan oleh UK Department Education and Skills, mengenai keberkesanan prosedur untuk memperbaiki prestasi guru-guru sekolah yang tidak memuaskan. 1

3.0 Rumusan Kajian Rumusan pertama yang didapati oleh penulis terhadap ketua-ketua dan yang ain-lain yang terlibat dalam mentabirkan prosedur setiap kali ditemui,

melakukan

1

proses dalam jangka masa yang sangat panjang dan menjemukan. Orang ramai yang berurusan dengan sekolah merasa gelisah dengan prosedur yang memakan masa ini. Bagi sekolah yang berkesan akan menanggani masalah guru-guru pada peringkat awal lagi secara berkesan tanpa melalui prosedur yang panjang.

Keengganan ketua untuk

menggunakan prosedur terhadap guru-guru yang bermasalah kerana bimbang hubungan dengan rakan-rakan sekerja yang terlibat dalam kesatuan akan mencabar mereka di tribunal. Penulis juga menjelaskan ada di kalangan pengurus memberi alasan tidak pasti terhadap guru-guru yang sering tidak hadir ke sekolah untuk diambil tindakan yang mengikut prosedur. Keadaan ini akan memberi masalah kepada tribunal pekerjaan untuk bertindak mengikut prosedur kerana akan mengambil masa yang panjang. Penguruspengurus merasa bimbang terhadap tindakan yang keterlaluan akan diambil oleh “Local Education Authorities”(LEA). Kebimbangan ini wujud kerana ada guru-guru yang sanggup mencabar kewibawaan pengurus dalam aspek perundangan. Rumusan yang didapati oleh penulis dalam bahagian kajian kedua mendapati ketua-ketua dan guru-guru telah membandingkan kemampuan seseorang dan apakah ini bermakna dalam proses pengurusan prestasi. Tiga bidang utama percanggahan antara ketua-ketua dan perspektif guru-guru dengan tegas mengurangkan kemampuan penggunaan prosedur sebagai satu alat prestasi yang berkesan dalam pengurusan. Percanggahan tersebut berlaku apabila kebanyakan guru mengakui bahawa terdapat aspek pendidikan yang boleh diperbaiki, keduanya percanggahan berlaku kerana kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti oleh ketua-ketua dan pemeriksa berpusat terhadap guru-guru yang emosional. Percanggahan ketiga kerana konflik dan semangat guru-guru terhadap kerjaya semakin berkurangan. Daripada 25 orang guru yang

2

ditemuduga mengiktiraf beberapa aspek ini dalam pendidikan perlu dibaiki. Penulis mendapati guru-guru yang ditemuduga tersebut dipercayai mereka adalah “guru-guru yang sempurna”, kecuali mereka enggan untuk melakukan perubahan. Penulis mendapati implikasi prosedur terhadap lebih kebanyakan permohonan walaupun dijalankan dalam kawasan sekolah, penyelidikan ini mempunyai implikasi bagi semua majikan, terutamanya dalam penggunaan prosedur. Penggunaan prosedur diperlukan kepada pengurus-pengurus untuk mengawal guru-guru dalam menguasai kemahiran-kemahiran teknikal dan kemahiran asas secara berkesan. Penggunaan prosedur juga dapat membantu pengurus untuk meningkatkan prestasi pekerja dengan berkesan dan bermotivasi. Terdapat juga pekerja yang emosional telah memberi masalah dalam pengukuran prestasi. Oleh itu, pengurus terpaksa mencari satu kombinasi yang berkesan untuk melaksanakan prosedur kepada pekerja yang emosional tersebut. Implikasi penggunaan prosedur dan kebaikannya telah dihuraikan oleh penulis adalah untuk mengawal hubungan pengurus dengan guru-guru yang bermasalah terutamanya yang berlaku dalam bilik darjah adalah selaras dengan kehendak undangundang pekerjaan. Masalah ini timbul apabila ada dikalangan guru yang bermasalah telah memuat turun pornografi kanak-kanak di bilik darjahnya ke dalam komputer dan ini menjadi satu kes jenayah yang perlu ditangani mengikut prosedur undang-undang. Implikasi penggunaan prosedur juga wujud dalam pengurusan prestasi kerana penulis mendapati 79 dari 96 orang majikan telah menilai semua kakitangannya. Tetapi beliau merasa bimbang mengenai sistem penilaian itu dilakukan secara tidak berkesan untuk meningkatkan prestasi di kalangan pekerja.

3

Penulis telah membuat kesimpulan dengan menyarankan kepada seseorang pekerja untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran asas, tidaklah perlu menggunakan prosedur yang formal kerana ia tidak mungkin akan berjaya untuk mencapai kemahiran. Pengurus-pengurus yang mengambil tindakan prosedur yang salah terhadap subodinatnya akan menanggung risiko yang besar dan subordinat akan bersikap emosional. Penulis juga mendapati dalam bahagian kajian kedua telah menekankan lagi dilema dikalangan guru-guru dan pekerja apabila aspek-espek kemahiran diambil kira dalam pendekatan pengurusan prestasi. Kesukaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu terhadap subordinat akan menghalang pengurus untuk mengukur prestasi mereka. Oleh itu, penulis menyatakan bahawa semua prestasi dinilai oleh pengurusan terhadap subordinat melalui kemampuan mereka dalam aktiviti-aktiviti masing-masing. Pengurus-pengurus perlu menggunakan prosedur-prosedur untuk mengesahkan aktiviti-aktiviti pekerja mereka sendiri supaya lebih berkesan dalam penilaian prestasi.

4.0 Kritikan 4.1 Kekuatan Kajian Pada pandangan saya, penulis telah mencapai objektifnya dalam menganalisa dapatan penggunaan prosedur dalam dua bahagian kajian yang dilakukan oleh Department Education and Skills , Universiti Manchester. Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis sebagai satu pilihan yang besar dan mewakili pihak berkuasa, yang berbeza geografi, saiz dan oleh ciri-ciri sosioekonomi Penulis telah melakukan 56 kajian kes

4

termasuklah di sekolah-sekolah yang menggunakan prosedur untuk mengatasi masalah ketidak berkesanan dalam profesion pendidikan.

4.2 Kelemahan Kajian .Pada pandangan saya, kaedah kajian yang digunakan oleh penulis melalui perbualan telefon dengan pihak berkuasa tempatan tidak dapat memberi gambaran sebenar dalam penggunaan prosedur kerana tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh kerana tidak mempunyai sampel dan data-data soal selidik serta item-item soalan yang dikemukakan sebagai sampel kajian. Data-data kajian dinyatakan secara umum dan tidak konsisten seperti yang dinyatakan dalam bidang kajian pertama dinyatakan 61% responden dan puratanya ialah 7.2 dalam kajian secara pos bagi setiap LEA. Bagaimanapun item-item soalan tidak dinyatakan secara jelas. Oleh itu, kejituan kajian agak kurang berkualiti. Penulis juga menyatakan implikasi-implikasi terhadap penggunaan prosedur oleh pengurus dalam mengukur prestasi kakitangannya yang memerlukan kemahiran teknikal dan kemahiran asas. Prosedur-prosedur ini juga tidak dinyatakan secara jelas apakah kehendak-kehendak penilaian itu yang diperlukan dalam menilai prestasi seseorang oleh pengurus. Adakah 79

daripada 96 majikan itu telah memberi penilaian mengikut

prosedur yang telah ditetapkan. Persoalan ini juga berlaku dalam sistem pendidikan kita apabila pengurus sekolah melakukan penilaian prestasi yang tidak mengikut prosedur yang sebenarnya akan berlaku kepincangan. Oleh itu, untuk menghasilkan kajian berkualiti hendaklah mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang dapat memenuhi prosedur-prosedur kajian secara saintifik dan sistematik.

5

6.0 Kesimpulan Hasil dapatan beliau mengenai penggunaan prosedur yang digunakan oleh pengurus dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan staff adalah berkurangan dan terdapat juga yang tidak dilaksanakan secara langsung kerana memakan masa yang agak lama. Keadaan ini juga berlaku dalam sistem pendidikan kita di Malaysia dalam penggunaan prosedur untuk kenaikan pangkat, tindakan disiplin kepada kakitangan yang bermasalah dan masalah-masalah lain dalam pentadbiran pendidikan yang perlu mengikut berbagai peringkat. Peringkat-peringkat tersebut yang berlaku di Malaysia sekiranya mengikut prosedur bermula dari sekolah, jabatan pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan seterusnya sampai ke kementerian. Keadaan ini akan berlaku keciciran maklumat kadang-kadang masalah itu terhenti di sesuatu peringkat. Akhirnya masalah itu akan mengambil masa yang terlalu lama dan ada yang tidak dapat mencari jalan penyelesaian apabila pegawai yang menguruskan bertukar tempat. Bagi menjamin keberkesanan prosedur dalam sistem pendidikan, aspek yang paling penting yang perlu wujud bagi mana-mana sistem pendidikan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Dasar pendidikan merupakan acuan kepada pembentukan sistem pendidikan dan menjadi panduan yang amat penting dalam melaksanakan prosedur dalam sistem pendidikan. Tanpa dasar yang jelas, perlaksaaan sesuatu prosedur pendidikan akan menjadi terumbang ambing dan tidak tentu arah. Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa. Kadangkala perubahan haluan atau arah ini boleh berlaku kerana

6

faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh politik dan lain-lain.. Oleh itu, penggunaan prosedur mestilah dapat memenuhi dasar, misi dan visi sistem pendidikan itu sendiri

Rujukan : Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di Malaysia Author: Yahya Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud Binding: Softcover, 219 pages Publisher: Pts Professional Publishing Sdn Bhd

www.emeraldinsight.com/0142-5455.htm

7

Related Documents

Review Jurnal
October 2019 55
Review Jurnal
August 2019 58
Review Jurnal
May 2020 42
Review Jurnal 3.docx
April 2020 14