Rekacipta - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rekacipta - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,202
  • Pages: 9
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

REKA CIPTA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagaibagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

Kata Penghantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Reka Cipta ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Reka Cipta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi Reka Bentuk, Teknologi Pembuatan, Strategi Pemasaran, Harta Intelek dan Pendokumentasian. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

1

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

PENDAHULUAN Mata pelajaran reka Cipta merupakan satu mata pelajaran elektif di sekolah menengah atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka Cipta digubal dengan hasrat membentuk minda murid yang kreatif, inovatif dan inventif sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan berketrampilan dalam menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di alat baru. Reka Cipta berlandaskan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu minda, kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan pencetusan idea bermula daripada minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan dalam bentuk lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam bentuk model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seorang pereka cipta juga penting dalam memantap dan memberi nilai tambah kepada produk yang direka cipta. Reka Cipta adalah penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian barangan yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Produk yang bersifat inovatif dan bernilai komersil ini harus diilhamkan dari idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Melalui proses reka cipta pengalamkan sedia ada, kemahiran teknologi pembuatan dan reka bentuk yang diperoleh, sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing merupakan potensi yang baik dalam pembentukan diri murid sebagai seorang pereka cipta. Pengetahuan tentang harta intelek termasuk paten dan strategi pemasaran membolehkan murid bersedia menghasilkan produk bagi tujuan komersil.

MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF Kurikulum Reka Cipta adalah untuk membolehkan murid: 1.

Memahami dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan bidang reka bentuk dan teknologi pembuatan dalam mereka cipta produk yang inivatif dan bernilai komersil.

2.

Memahami sistem elektrik, dalam bidang mekatronik.

3.

Menggunakan Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) dalam perekaan produk.

4.

Memahami strategi untuk memasarkan produk.

5.

Memahami konsep harta intelek dan cara melindungi hasil reka cipta.

elektrikonik, mekanikal mudah dan kawalan

2

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

6.

Mendokumentasi dan mempersembahkan hasil menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan.

reka

cipta

dengan

7.

Mengamalkan sikap positif serta peka terhadap isu, perkembangan dan hala tuju teknologi.

8.

Memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, daya saing, bekerjasama dan menyedari keagungan tuhan.

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Reka Cipta diolah dalam lima bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskrikpsi dan senarai unit pembelajaran dalam lima bidang ini adalah seperti di bawah:

1. Reka Bentuk Bidang pembelajaran ini membolehkan murid memahami sejarah perkembangan reka cipta, hasil ciptaan serta kepentingan dan sumbangan reka cipta dalam kehidupan. Melalui proses reka cipta yang bermula dari pengenalpastian masalah hingga ke pengubasuaian model, idea murid dicetus dan diterjemahkan dalam bentuk lakaran yang direalisasikan pula dalam bentuk model berfungsi atau prototaip. Ilustrasi melalui lakaran dan lukisan serta Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) membolehkan murid dalam perekaan projek reka cipta.

1.1

1.2

Pengenalan a.

Sejarah perkembangan reka cipta

b.

Pereka dan hasil ciptaan

c.

Kepentingan dan sumbangan

Proses Reka Cipta a.

Pengenalanpasti masalah

b.

Penjanaan idea

c.

Perekaan projek

d.

Pemilihan reka bentuk

e.

Perancangan pembinaan model berfungsi atau prototaip

f.

Pembinaan model berfungsi atau prototaip

3

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

1.3

1.4

2.

g.

Pengujian dan penilaian model berfungsi atau ptotataip

h.

Pengubahsuaian model berfungsi atau prototaip

Ilustrasi a.

Lakaran

b.

Lukisan

c.

Lukisan Kerja

Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) a.

Kegunaan CAD

b.

Aplikasi CAD

Teknologi Pembuatan Murid didedahkan kepada teknologi pembuatan dari segi bahan, peralatan dan perkakas, kaedah kerja dan sistem. Pengertian sistem mekanikal, elektrik, elektronik dan kawalan membantu murid dalam perekaan projek reka cipta 2.1

2.2

Bahan a.

Pengenalan

b.

Sifat bahan

c.

Spesifikasi bahan

Peralatan, Perkakas dan Kaedah Kerja a.

Jenis dan fungsi

b.

Teknik penggunaan

c.

Kaedah kerja

4

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

2.3

3.

Sistem a.

Pengenalan

b.

Sistem mekanikal

c.

Sistem elektrik

d.

Sistem elektronik

e.

Sistem kawalan

Strategi Pemasaran Bidang pembelajaran ini membolehkan murid mengaplikasikan strategi memasarkan produk dari aspek produk, harga, promosi dan tempat diberi penekanan. 3.1

3.2

3.3

3.4

Produk a.

Jenis dan klasifikasi produk

b.

Jenama produk

c.

Slogan produk

Harga a.

Objektif penentuan harga

b.

Kaedah penentuan harga

Promosi a.

Objektif promosi

b.

Campuran promosi

c.

Pilihan promosi

Tempat a.

Saluran agihan

b.

Pemilihan tempat

5

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

4.

Harta Intelerk Murid didedahkan kepada pentingnya harta intelek dan jenis harta intelek serta prosedur permohonan perlindungan reka cipta. 4.1

4.2

5.

Pengenalan dan Jenis a.

Pengertian harta intelek

b.

Jenis harta intelek

Perlindungan Reka Cipta a.

Jenis perlindungan

b.

Permohonan perlindungan

c.

Paten

Pendokumentasian Hasil kerja berbentuk deskripsi projek didokumentasikan dalam folio reka cipta murid yang dijadikan sebahagian daripada kerja kursus mata pelajaran ini. Pendokumentasian ini termasuk idea dan objektif, proses reka cipta, proses reka cipta, penggunaan bahan dan peralatan, Cadangan memperbaiki reka cipta serta potensi pemasaran. 5.1

5.2

Pengenalan a.

Pengertian pendokumentasian

b.

Penyediaan dokumentasi

Format a.

Susunan hasil projek

b.

Kemasan

6

Related Documents


More Documents from "Sekolah Portal"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35