TT 3082 REKA BENTUK PENGAJARAN (Dr. Sabariah Sharif)
_______________________________________________________________________ ANDA TELAH MENGAJAR SELAMA 10 TAHUN. PADA SUATU HARI TERDETIK DI HATI ANDA UNTUK MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN ANDA. APAKAH FAKTORFAKTOR YANG AKAN ANDA AMBIL KIRA UNTUK MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN ANDA. BAGAIMANA PERLAKSANAAN PROSES ITU? ________________________________________________________
Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mtu pengajaran adalah perlu. Adalah tidak relevan jika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berada di tahap yang lama. Misalnya, jika kaedah tradisional seperti “chalk and talk” diteruskan, maka perkembangan potensi murid akan tersekat.
Kaedah
dan
teknik
pengajaran
yang
digunakan
seharusnya seiring dengan perkembangan global. Oleh yang demikian, usaha untuk mempertingkatkan mutu pengajaran haruslah dijalankan. Apabila bercakap mengenai peningkatan mutu pengajaran, ia merujuk kepada beberapa tindakan. Contohnya, guru terlibat akan memgunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang lebih baik seperti penggunaan komponen Multimedia, menggunakan model-model, perubahan sikap serta gaya penyampaian dan sebagainya. Namun demikian, untuk mencapai hasrat ini, beberapa faktor perlulah di ambil perhatian.
1
TT 3082 REKA BENTUK PENGAJARAN (Dr. Sabariah Sharif)
Contohnya, jika selama ini kaedah pengajaran lebih berpusatkan kepada guru, dan guru cuba mengubahnya kepada kaedah pengajaran berpusatkan murid, tahap kebolehan murid perlulah dilihat.Misalnya jika kaedah pembelajaran yang digunakan adalah Strategi Generatif, persoalan yang perlu difikirkan oleh guru adalah
:
Adakah
tahap
kebolehan
murid
mampu
untuk
melakukannya melalui aktiviti sumbangsaran, synectics, kreativiti terancang ataupun pemikiran lateral ? Selain daripada aspek kaedah pengajaran, suatu lagi cara untuk meningkatkan mutu pengajaran adalah dengan menggunakan multimedia. Selalunya, tujuan utama penggunaan multimedia adalah bagi merangsang minat murid. Selain itu murid juga dapat melihat gambaran sebenar sesuatu topic yang dibincangkan. Misalnya, guru cuba menerangkan kesan akibat daripada gempa bumi. Jika dengan hanya penerangan sahaja, murid tidak mampu menggambarkannya. Namun melalui multimedia, guru boleh menayangkan kemusnahan yang melanda Acheh kesan daripada Tsunami. Ini merupakan suatu kaedah yang berkesan. Namun beberapa perkara perlu juga dilihat seperti adakah kemudahan yang diperlukan itu terdapat disesebuah sekolah. Bagaimana dengan sekolah yang tidak mempunyai bekalan elektrik? Selain itu, murid-murid yang tinggal di bandar mungkin tidak tertarik dengan kaedah itu. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan kerapkali mereka temui di rumah mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru tidak boleh terlalu berharap bahawa dengan
2
TT 3082 REKA BENTUK PENGAJARAN (Dr. Sabariah Sharif)
menggunakan
multimedia
ini,
murid
akan
tertarik
dengan
pengajarannya. Namun bukan semua murid mempunyai sikap tidak berminat terhadap multimedia. Ini bergantung kepada pendekatan guru tersebut berhadapan dengan murid. Dalam hal ini, penampilan guru dan gaya komunikasi juga adalah factor yang perlu di ambil perhatian jika seseorang guru itu ingin meningkatkan mutu pengajarannya.
Dalam
menjalankan
proses
pemilihan
kaedah
pengajaran,
penggunaan multimedia dan personality guru itu, guru perlulah membuat suatu penelitian mengenai sikap murid-murid yang akan
dihadapinya
dengan
menggunakan
teknik
psikologi.
Mengenali kemampuan, tahap pemikiran murid dan kecerdasan pelbagai murid penting dalam usaha guru untuk meningkatkan mutu pengajaranya. Kesimpulannya, mendekati murid adalah suatu pendekatan penting dalam usaha mengwujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Pemilihan kaedah-kaedah pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) tanpa melihat kepada audien (murid) mungkin akan menimbulkan masalah.
3
TT 3082 REKA BENTUK PENGAJARAN (Dr. Sabariah Sharif)
4