1.0 Pendahuluan Reka Bentuk Kurikulum ialah cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponenkomponen utama kurikulum seperti matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk dijadikan garis panduan (Noriati A. Rashid et.al., 2016). Reka bentuk yang diselitkan ke dalam kurikulum bahasa Melayu adalah dalam aspek standard kurikulum, pendekatan modular, dan sistem bahasa. Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum seiring dengan perkembangan yang sangat dinamik dalam dunia pendidikan. Fokus transformasi kurikulum ini bukan sekadar melibatkan kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M), sebaliknya mengambil kira kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Oleh demikan, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dibentuk bagi menggariskan panduan kepada guru-guru di Malaysia untuk membentuk murid yang serba boleh seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Standard Kurikulum dibina berpandukan enam tunjang, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika, serta sains dan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2015).
2.0 Tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Seperti yang kita telah sedia maklum, KSSR merupakan transformasi pendidikan di mana satu penyusunan semula kurikulum terdahalu, iaitu KBSR telah dilaksanakan. Transformasi ini bertujuan untuk melengkapkan setiap murid dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu, kandungan KSSR telah diperkenalkan dengan reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang utama yang mampu mempersiapkan modal insan yang seimbang dan mampu menghadapi cabaran semasa. Enam tunjang tersebut adalah komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta keterampilan diri. Oleh hal yang demikian, setiap tunjang ini disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, malah,
1
saling berhubung kait dengan kemahiran saintifik, berfikir dan menyelesaikan masalah.
Kemahiran saintifik dapat dikenal pasti perkaitannya adalah melalui tunjang sains dan teknologi. Hal ini kerana tunjang ini menekankan tentang penguasaan murid dalam pengetahuan sains, dan teknologi serta penggunaannya dalam aktiviti pdp, kemahiran dan sikap saintifik. Namun demikian, kemahiran ini tidak diberikan penekanan dalam aspek bahasa kerana aspek ini lebih menekankan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam matematik dan kemahiran berasaskan teknologi. Namun begitu, kemahiran ini boleh diaplikasikan oleh guru bahasa yakni dengan menggunakan alat bantu mengajar berasaskan teknologi. Malah, penggunaan teknologi
dalam
pengajaran
dapat
membantu
serta
menyumbang
kepada
pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan sekaligus mampu memberi pendedahan kepada murid mengenai teknologi masa kini. Contohnya, guru boleh memuat naik nota-nota ke dalam aplikasi Schoology. Murid-murid dapat mengakses nota dengan mudah, tidak kira di mana sahaja mereka berada. Penggunaan aplikasi ini juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran sepanjang hayat. Guru juga boleh menggunakan aplikasi Kahoot! untuk melaksanakan aktiviti kuiz bahasa dan minat pelajar untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti yang dilaksanakan akan turut meningkat.
Seterusnya, kemahiran berfikir pula dapat dilihat melalui tunjang komunikasi. Hal ini kerana berlaku penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa melakukan interaksi seterusnya melahirkan individu yang mempunyai kemahiran insaniah iaitu kemahiran dalam berkomunikasi dengan masyarakat luar dengan menggunakan laras bahasa dan teknik penyampaian yang sesuai. Menurut Yahya Othman (2005), salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran bertutur seseorang itu adalah dengan melakukan semua aktiviti berbahasa di dalam kelas. Melalui kemahiran ini, murid berkeupayaan untuk berkomunikasi bagi menjalinkan hubungan serta mampu menyampaikan maklumat, perasaan dan pendapat dengan sebutan serta intonasi yang betul. Malahan, murid yang sudah mahir berkomunikasi mampu berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyampaikan maklumat. Sebagai 2
contoh, guru dapat melaksanakan aktiviti lakonan berdasarkan situasi yang memerlukan kemahiran dari aspek intonasi, gaya tubuh dan mimik muka. Justeru, aktiviti seperti ini akan meransang kemahiran berfikir murid-murid kerana mereka perlu berfikir secara kreatif untuk mengawal gaya tubuh, intonasi dan sebagainya agar mesej yang terdapat dalam lakonan dapat disampaikan dengan efektif kepada para penonton.
Akhir sekali, kemahiran menyelesaikan masalah dapat dikenal pasti melalui tunjang keterampilan diri yang menekankan tentang pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri unggul melalui aktiviti kokurikulum dan kurikulum. Dalam pelaksanaan KSSR ini, murid-murid akan terlibat dengan pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Murid-murid akan diterapkan nilai-nilai murni seperti kepimpinan dan nilai-nilai yang akan membantu pembentukan sahsiah murid. Malah, Sahara Hj Ismail (2015) turut menyatakan bahawa melalui pendidikan, seseorang insan itu akan terdidik dengan sifat-sifat kemanusiaannya. Bahkan, guru juga boleh melatih sifat kepimpinan murid sewaktu melakukan aktiviti pembelajaran yang melibatkan kumpulan. Sebagai contoh, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu dilantik ketua. Ketua kumpulan akan bertanggungjawab ke atas setiap ahlinya dan perlu memastikan tugasan yang diberikan oleh guru mampu diselesaikan dengan baik. Melalui aktiviti berkumpulan juga, murid berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan membolehkan murid, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif. Justeru, aktiviti berpusatkan murid seperti ini dapat membantu pembangunan modal insan yang memiliki sifat kepimpinan.
3
3.0 Matlamat KSSR Matlamat dalam KSSR lebih berfokuskan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang telah diketengahkan dalam FPK yakni melahirkan murid yang berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian. Contoh kemahiran yang dapat dipupuk adalah kemahiran saintifik, berfikir dan penyelesaian masalah. Walaupun begitu, kemahiran saintifik tidak begitu diketengahkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kerana kemahiran ini lebih diberi penekanan dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Reka Bentuk dan Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Namun begitu, kemahiran berfikir masih diterapkan dalam pengajaran bahasa kerana
menguasai
dan
mengamalkan
kemahiran
berfikir
penting
dalam
merealisasikan harapan negara untuk membentuk insan yang berkualiti dan seimbang seperti yang terkandung dalam FPK. Hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) juga menggariskan usaha untuk membina rupa bangsa yang memiliki daya saing yang tinggi melalui Pendidikan berasaskan pemikiran tinggi melalui pendidikan yang diterima di sekolah. Justeru, disebabkan keperluan pendidikan semasa yang lebih kompleks, maka kini kemahiran berfikir aras tinggi diberikan tumpuan pelaksanaannya dalam proses pdp. Oleh itu, guru boleh mengadakan sesi berbalas pantun bertema dengan mengawal tahap kesukaran pantun, iaitu bermula dengan pantun dua kerat dan meningkat ke tahap yang lebih sukar berdasarkan kemampuan murid. Dengan ini, murid-murid akan berfikir dengan lebih proaktif dan kreatif bagi menghasilkan pantun berdasarkan tema yang diberikan.
Di samping itu, bagi mencapai matlamat KSSR, kemahiran menyelesaikan masalah dapat diaplikasikan dalam proses pdp. Kaedah ini merupakan usaha dalam bentuk proses kognitif dengan maklumat digunakan sebagai usaha untuk mencari cara yang sesuai bagi menacapi sesuatu matlamat. Oleh itu, guru perlu mahir mengembangkan
pelbagai
langkah
penyelesaian
kepada
murid
supaya 4
menggalakkan mereka menggunakan unsur kognitif yang melibatkan proses penaakulan, pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah (Yahya Othman, 2003). Sebagai contoh, guru menayangkan satu rakaman video mengenai situasi ‘Seorang kanak-kanak cuba menyelamatkan kucing yang terjatuh di dalam longkang besar’ dan meminta murid untuk mengutarakan pendapat mereka bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun begitu, situasi yang ingin ditayangkan perlulah memudahkan aliran idea untuk mereka keluarkan dan di akhir proses pdp, guru perlu membincangkan semula kesemua jawapan yang diperoleh agar muridmurid hanya mempraktikkan tindakan yang betul sekiranya situasi yang sama berlaku kepada diri mereka. Aktiviti ini juga sekaligus mampu melatih kemahiran bertutur dalam kalangan murid.
4.0 Objektif KSSR Terdapat beberapa objektif yang menjadi garis panduan dan kayu ukur kepada para guru untuk memastikan berlaku peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada pada diri murid-murid. Sebagai contoh, murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran (pdp) Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah akan mampu untuk membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respon yang betul. Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam Bahasa Melayu juga menyasarkan agar murid dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih proaktif. Dalam konteks kemahiran membaca, kebolehan murid menggunakan pengetahuan lalu sangat penting bagi memastikan mereka mampu berfikiran secara kritis apabila membaca teks. Hal ini kerana membaca bukan sekadar membunyikan tulisan yang tertera dalam teks tetapi melibatkan pemikiran berfikir, psikolinguistik dan metakognitif (Farida Rahim, 2007). Contoh aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh guru untuk menjana pemikiran kritis murid adalah meminta murid membaca teks jenis fakta atau naratif dan kemudiannya melakukan analisis kandungan teks tersebut.
5
Seterusnya, kemahiran saintifik juga dapat diterapkan merentas kurikulum. Elemen merentas kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran selain yang terdapat dalam standard kandungan. Elemen ini adalah bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan dalam mengatasi cabaran semasa dan masa hadapan (Sufean Hussin, 1989). Elemen merentas kurikulum dapat diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu apabila guru menggunakan bahan bacaan yang mempunyai kaitan dengan subjek Sains dan Teknologi. Sebagai contoh, guru meminta murid membaca petikan teks yang bertemakan Pencemaran Alam Sekitar. Aktiviti ini secara tidak lansung akan menambah ilmu pengetahuan murid berkaitan punca pencemaran, gas-gas beracun dan kesan rumah hijau kepada hidupan. Oleh yang demikian, murid bukan sahaja berkebolehan membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat seperti yang diketengahkan dalam objektif KSSR, mereka juga memperoleh pengetahuan baru serta dapat memupuk lagi minat membaca. Hal ini kerana, elemen merentas kurikulum ini akan mempelbagaikan sumber bacaan kerana merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan.
5.0 Kesimpulan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dirangka dengan penelitian
terhadap
hasrat
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
(Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Hal ini adalah bagi mewujudkan sebuah negara yang maju setanding dengan negara lain adalah bermula daripada pendidikan di sekolah. Guru merupakan komponen teras yang menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), disamping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Awang Hadi Salleh, 1998). Oleh sedemikian, guru perlulah memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam membantu kerajaan merealisasikan hasrat FPK tersebut.
6
RUJUKAN
Awang Hadi Salleh. (1998). Latihan perguruan untuk sekolah berkesan. Prosiding seminar
kebangsaan JPPG, Pendidikan Guru untuk sekolah Berkesan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Farida Rahim. (2007). Pengajaran membaca di sekolah dasar. Jakarta: PT Bumi Aksara. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Standard Kurikulum Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sahara Hj. Ismail. (2015). Pembangunan Insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Jounal of Human Capital Develoment: 2(8). Sufean Hussin. (1989). Pengajaran nilai dalam kurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yahya Othman. (2003). Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. 3(1), 136-159. Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Pahang: PTS Professional Sdn. Bhd.
7
LAMPIRAN
8
9