PROSES RAWATAN TAMBAHAN AIR AHLI KUMPULAN:MOHD IMANUL FAIZ SHARUL NAJMI BIN ABDUL WAHAB SYED ZULKIFLI SYED HUSSIN
ALIRAN PROSES RAWATAN AIR
TEKNIK RAWATAN TAMBAHAN AIR Pembuangan besi dan mangan
Punca air permukaan terutamanya empangan air yang menjadi anaerobik mempunyai kuantiti besi dan mangan yang tinggi.
Kepekatan boleh melebihi 0.3 mg/l dan boleh memberi kesan pada rasa,bau dan menyebabkan air berwarna merah.
Boleh meninggalkan tanda pada pakaian cucian,peralatan memasak, dan sambungan paip.
Besi dan mangan juga boleh menambahkan kerpasan dalam paip agihan dan mengalakkan tumbesaran erenothorix( bakteria besi) yang akan menambahkan masalah rasa(payau) dan bau air.
kesan BESI dalam air Besi biasanya terdapat dalam air mentah, sama ada dalam terampai(koloid) atau larutan. Boleh menyebabkan air menjadi pahit dan tidak sedap jika kehadirannya terlalu banyak. Besi dalam bentuk larutan boleh menyerap oksigen apabila terdedah pada udara dan meninggalkan kesan warna coklat pada pakaian dan paip. Meningkatkan pengumpulan keladak dalam agihan paip. Boleh menyebabkan penyakit pendarahan dalam badan, penyakit hati dan kencing manis.
PROSES PEMBUANGAN BESI DALAM AIR • Air permukaan di malaysia mempunyai purata 1-5 mg/l kandungan besi. • Pengurangan kandungan besi dalam air boleh berlaku dengan pengoksidaan bergantung pada Ph,kandungan bahan organik dan kehadiran bahan pengoksidaan(seperti oksigen,klorin,klorin dioksida,ozon dan permaganate. • Pengurangan besi boleh dilakukan :Proses klorinasi awal Pengudaraan Pemberbukuan Pemendapan Penurasan Pembetulan pH
KESAN MANGAN Meninggalkan kesan lapisan hitam dalam sistem agihan paip. Mangan adalah toksid dalam kuantiti yang banyak. Kadar yang dibenarkan untuk minuman ialah 0.05 mg/l. Penggunaan air minuman yang mengandungi lebih 20 mg/l akan menyebabkan ganguan mental dan penyakit otak.
PROSES PEMBUANGAN MANGAN DALAM AIR Air Permukaan Boleh dilakukan dengan kaedah rawatan biasa atau tanpa klorinasi awal. Proses mangan zeolite juga digunakan dalam proses pembuanganbesi dan mangan. Air bawah tanah Menggunakan kaedah mengepam air berudara(diffusedaeration)
RAWATAN TAMBAHAN Dua kaedah rawatan tambahan air:• Proses pelembutan air •Penjerapan karbon teraktif
PELEMBUTAN AIR Proses pelembutan air boleh dilakukan dengan menambahkan kealkalian dan pH air. Kapur yang digunakan akan mendak serta membentuk selaput di permukaan pili. Proses ini dinamakan proses mendakan kimia. Proses mendakan kimia dengan teknik penukaran ion sesuai bagi kekerasan dari bahan tak organik tak larut. KAEDAH KAEDAH PELEMBUTAN AIR pelembutan kapur Pelembutan kapur –soda Pelembutan kapur berlebihan Pelembutan soda kapur berlebihan
Penjerapan karbon teraktif Proses ini biasanya digunakan untuk menyingkirkan warna bau dan rasa yang berlebihan. Proses ini dijalankan selepas melalui proses pembasmian kuman. Penjerap yang biasa digunakan ialah karbon teraktif yang dihasilkan daripada abuk kayu,kulit kulit buah atau biki yang telah melalui proses pemanasan perlahan dengan ketiadaan udara menghasilkan struktur terliang tinggi. Air yang telah melalui proses ini akan bebas dari mengandungi pelbagai jenis unsur bahan organik kompleks.
PEMBASMIAN KUMAN Kaedah kaedah pembasmian kuman penggunaan klorin Ozon Penjerapan karbon teraktif Pemanasan Sinar ultra lembayung
PENGGUNAAN KLORIN Klorin terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tepung,cecair dan gas.
Kehadiran klorin dalam kepekatan(ppm) yang kecil sudah cukup untuk menjadikan air selamat untuk di minum. Klorin mempunyai bau yang kuat dan sekiranya dikesan pada kepekatan 3 ppm ia adalah merbahaya. Keberkesanan klorin hanya terjejas dengan pH yang tinggi dan suhu suhu yang rendah dan klorin hanya bertindak pada Ph > 5. Klorin juga hanya berkesan pada air mentah yang mempunyai kekeruhan rendah. Klorin digunakan kerana ianya murah,boleh didapati dalam 3 bentuk, tepung,gas dan cecair.
Klorin juga mudah larut,dan akan meninggalkan baki klorin untuk
perlindungan kesihatan. Amat beracun kepada kebanyakan organisma dengan memusnahkan semua tindakan metabolik. Faktor-faktor mempengaruhi kecekapan klorin:
kekeruhan dan bahan organik penyerapan klorin oleh sebatian ammonia Suhu Masa sentuh Ph
Keburukan :klorin adalah gas yang amat beracun dan memerlukan pengendalian yang rapi serta mempengaruhi rasa dan bau terutamanya dengan kehadiran phenol.
OZON Ozon CLO2 mempunyai keupayaan membantu pengentalan dan menyingkirkan bau. Dihasilkan dengan melepaskan gas oksigen atau udara melalui cas voltan yang tinggi (5000-20,000V , 50-500Hz). pengeluaran gas ozon adalah mahal tetapi boleh menggantikan proses pemberbukuan,pengenapan,penurasan dan pengklorinan sekali gus. Masa sentuhanuntuk pembasmian sepenuhnya tidak lebih daripada 2 minit bergantung pada suhu.
PEMFLuORIdaAN
Tujuan pemflorinan adalah untuk meninggikan kepekatan florida dalam air supaya gigi tidak mudah reput. Kepekatan florida yang dibenarkan di antara 0.6-0.8 mg/l. Sodium silikon florida Na2SiF6 digunakan dalam proses pemfloridaan air.
SINAR ULTRA-LEMBAYUNG Merupakan pembunuh kepada kesemua jenis bakteria dan virus melalui mekanisma penghapusan asid nuklei. Kebaikan mempunyai kesenangan pengendalian Tanpa bahan kimia Masa singkat Tiada kesan kimia Proses penyengaraan yang rendah Tiada kesan buruk Keburukan kos yang mahal Kurang berkesan pada air yang keruh Tidak meninggalkan baki
KAEDAH-KAEDAH LAIN Pemanasan •Pembunuh kuman yang berkesan. •Merupakan langkah pembasmian tradisi yang berkesan. • Boleh menyingkirkan oksigen terlarut serta bahan organik. •Ion logam perak,kuprum dan raksa juga mempunyai keupayaan pembasmian kuman yang berkesan. Kebaikan • penggunaan yang mudah • meninggalalkan baki • hanya memerlukan dos yang rendah Keburukan • Perak akan menjejaskan kesihatan pada dos 0.05mg/l • kos yang tinggi
SEKIAN TERIMA KASIH