rasulullah lebihkan sifat dermawan
diriwayatkan dalam sahih al-bukhari dan muslim, daripada ibnu abbas, katanya: �nabi muhammad saw ialah orang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan pada ramadan ketika rasulullah ditemui jibril untuk membacakan kepadanya al-quran. �jibril menemui baginda setiap malam pada ramadan, lalu membacakan kepadanya alquran. �rasulullah ketika ditemui jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.� hadis ini diriwayatkan pula oleh ahmad dengan tambahan: �dan baginda tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya.� menurut riwayat al-baihaqi daripada aisyah, katanya: �rasulullah jika masuk ramadan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.� dermawan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. allah pun bersifat maha pemurah, allah maha pemurah, kedermawanan-nya berlipat ganda pada waktu tertentu seperti ramadan. rasulullah ialah manusia yang paling dermawan, mulia, berani dan amat sempurna dalam segala sifat terpuji. kedermawanan baginda pada ramadan berlipat ganda berbanding bulan lain seperti kemurahan tuhannya berlipat ganda pada bulan ini. ramadan adalah masa allah menderma kepada hamba-nya dengan rahmat, ampunan dan pembebasan daripada api neraka, terutama pada lailatul qadar. allah melimpahkan kasih-nya kepada hamba-nya yang bersifat kasih. maka, barang siapa menderma kepada hamba allah, nescaya allah maha pemurah kepadanya dengan anugerah dan kebaikan. balasan itu adalah sejenis dengan amal perbuatan.