Ramadhan (pa’cik:ramadhan suatu penantian) Ku menunggu-nunggu saat kelahiranmu Sebelas bulan kumenanti Kau hadir kini... Bersama cahaya yang berseri Menyinari hati ini. Tenang rasa hati Ingin sahaja kuhabiskan waktu ini bersamamu Biarpun malamku diganggu dek rengekanmu Biarpun siangku berlapar menjagamu Biarlah aku merangkak keranamu Biarlah aku dikuda-kudakan keranamu Biarlah aku keletihan melayanmu Kerana aku tahu... Kau akan pergi meninggalkan aku. Aku juga tahu... Mungkin kau kembali disaat aku sudah dikembalikan. Kerana itu... Takkan ku sia-siakan saat bersamamu