Radd Qadianiyat Siri 1
Kepercayaan Sesat Mirza Ghulam Ahmad Qadiani
RADD QADIANIYAT
MENGAPA BELIAU BUKAN MUSLIM SIRI 1
Oleh: Dr. Syed Rashid Ali Terjemahan Bahasa Melayu: Zubir Hussein As-Singapuri Suntingan: Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi
1
Radd Qadianiyat Siri 1
u Kempen Kesedaran Tentang Fitnah Ahmadiyah Qadiani Segala pujian bagi Allah, Rahmat dan Kesejahteraan ke atas junjungan kami Sayyidina Muhammad yang tiada Rasul atau Nabi sesudahnya serta ke atas Ahli Keluarga dan Para Sahabat Baginda. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu Pada tahun Masihi 1974, Para ‘Ulama Islam dari 124 negara telah berhimpun di Makkah Al-Mukarramah di bawah naungan Rabitah Al-Alam Al-Islami. Dengan sebulat suara mereka telah meluluskan fatwa yang mengisytiharkan bahawa Mirza Ghulam Ahmad Qadiani serta pengikutnya Gerakan Ahmadiyya atau Qadiani atau Ahmadi atau Mirzai atau Lahori sebagai Murtad, Kafir dan tersingkir dari Ummat Islam. Bahkan, sejak 100 tahun kebelakangan Para ‘Ulama Makkah Al-Mukarramah, AlMadinah Al-Munawwarah, Mesir, India, Pakistan serta semua negara Arab dan Islam telah sepakat pendirian mereka bahawa sesungguhnya Mirza dan pengikutnya adalah Murtad, Kafir dan bukan Islam.
2
Radd Qadianiyat Siri 1
CARA DAN HELAH Pengikut Mirza Ghulam Ahmad menggelar diri mereka “Muslim Ahmadi”. Mereka sengaja berdakwah di daerahdaerah pendalaman di mana orang-orang Islam tidak pernah terdengar nama Mirza Ghulam Ahmad, fahaman Qadiani atau gerakan Ahmadiyya. Mereka megaku diri meraka dari golongan Ahli Sunnah serta menawarkan pertolongan dalam bentuk kewangan dan lain-lain kemewahan. Dengan cara demikian sebilangan ummat Islam yang miskin dan kurang ilmu pengetahuan telah disesatkan yang kebanyakannya dari negara-negara Afrika Tengah dan Afrika Barat, Asia Timur dan Asia Tengah. Ini kerana Muslim dan Muslimah di daerahdaerah tersebut tidak tahu-menahu tentang fitnah MIRZA GHULAM atau AHMADIYYA dan sama sekali tidak dimaklumkan tentang fatwa bahawa seluruh Ummat Islam telah menganggap mereka sebagai Murtad, Kafir serta terkeluar dari ajaran Islam yang benar. Kesudahannya ramai pengikut Ahli Sunnah berubah menjadi Muslim Ahmadi. PERTANYAAN: Mengapakah meraka menggelar diri mereka MUSLIM AHMADI jika mereka dari golongan AHLI SUNNAH?
3
Radd Qadianiyat Siri 1
SIAPAKAH MIRZA GHULAM AHMAD SEBENARNYA? Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Qadian di utara India pada tahun Masihi 1839 dan berasal dari keluarga Islam. Beliau mempelajari sedikit sebanyak ilmu Agama di rumahnya. Beliau juga sering mengalami berbagai penyakit jiwa dan jasmani serta lazim mengubati dirinya dengan candu dan tonik arak anggur. Pemerintah Inggeris India telah berjaya mempengaruhinya supaya menjual Imannya bagi mendapat ganjaran dunia. Beliau juga mengakui dirinya adalah Nabi ‘Isa Al-Masih, Imam Mahdi, seorang Nabi dan bahkan sebagai kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang kedua kalinya dalam bentuk rupa Mirza untuk mengembangkan ajaran Islam. Dalam pada itu beliau mendakwa telah menerima wahyu dengan menyifatkan karangannya “Braheen-eAhmadiyya” sebagai Kitab Allah. Pada masa itu penjajah Inggeris di India sedang menghadapi kesulitan dalam pemerintahan disebabkan semangat Jihad orang-orang Islam, lalu meggalakkan Mirza Ghulam Ahmad mengarang beberapa kitab dan warkah dalam mana beliau telah menghapuskan Jihad sabagai Syara’ dan menggantikannya dengan kesetiaan terhadap pemerintah Inggeris adalah satu-satunya rukun Iman. Mirza menubuhkan aliran Ahmadiyya pada tahun
4
Radd Qadianiyat Siri 1
1889 dan pengikutnya diberi nama Muslim Ahmadi. Beliau menggelar sesiapa yang tidak menerimanya dan enggan mengiktiraf kenabiannya sebagai anak haram (keturunan sundal). Mirza Ghulam Ahmad menemui ajalnya pada tahun 1908 tetapi aliran Ahmadiyya terus giat berkembang, pada mulanya di bawah naungan Inggeris dan kemudian ditaja oleh Amerika Syarikat and lain-lain negara yang memusuhi Islam.
KEPERCAYAAN MIRZA GHULAM Mirza Ghulam Ahmad mengarang 80 kitab dalam masa hidupnya dari mana kita dapat mengenal cara pemikirannya dan memahami bagaimana dalam beberapa masa keislamannya bertukar menjadi keingkaran dan kekufuran. Kesemua kitab-kitab karangan Mirza Ghulam telah dihimpunkan dan diberi tajuk “Roohaini Khazain” diterbit dan diedarkan oleh Pusat Aliran Ahmadiyya di London. Oleh kerana Mirza telah dilahirkan dalam keluarga Islam, buah fikirannya pada awalnya tidak banyak berbeza dengan fahaman Ahli Sunnah. Dengan peredaran masa, kepercayaan Mirza berubah sama sekali dan penulisannya bertukar mencerminkan kesesatan dan bertentangan dengan Islam. Tidak hairanlah Golongan Ahmadi dalam
5
Radd Qadianiyat Siri 1
dakyahnya hanya menyebut ajaran Mirza yang awal. Hal peristiwa Mirza jarang disebut dan jika dirujuk Mirza, diperkenalkannya sebagai saorang Mujaddid atau Imam Mahdi atau Nabi ‘Isa dan ini pula mengikut keadaan atau taraf pemikiran ahli jemaah yang mereka tujukan. Dakwaan Mirza mencapai kenabian tidak dibangkitkan. Berikut adalah petikan dari kitab-kitab Mirza Ghulam dan berdasarkan semua ini Para ‘Ulama Islam telah mengisytiharkan Mirza serta pengikutnya sebagai Kafir, Murtad dan terkeluar dari Ummat Islam: Mirza Ghulam Ahmad mengatakan (petikan dari Izala-eAuham, Roohani Khazain jilid 3 ms 114-472): • •
•
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak mengerti makna Surah Al-Zalzalah. Para Rasul yang lain juga telah berbuat salah dan berbohong. Kesilapan juga didapati dalam wahyu yang diterima Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Di sini Mirza cuba menutup kesalahannya sendiri baik kenyataannya yang palsu atau telahan-telahannya yang tidak berlaku. Wahyu yang diterima Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak memaklumkan tentang Ibnu Maryam, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan Dabbatul Ardhz.
6
Radd Qadianiyat Siri 1
•
Braheen-e-Ahmadiyya dirujuk sebagai Kitab Allah dalam karangan Mirza yang lain umpamanya dalam Roohani Khazain jilid 22 ms 502. Contohnya… "Inna Anzalnaahu Qareeban Minal Qadian Wa Bil Haq Anzalnaahu" “Sesungguhnya kami telah mengutusnya (Mirza) di Qadian dan mengutusnya dengan kebenaran.” Ayat yang kononnya wahyu ini juga telah dikandungkan dalam Braheen-e-Ahmadiyya dan dengan nyata mendakwa bahawa Qadian telah disebut terdahulunya di dalam Al-Quran atau Al-Hadis.
• •
Rujukan kapada Makkah, Madinah dan Qadian didapati dalam Al-Quran yang suci. Al-Quran megandungi perkataan-perkataan yang kurang sopan. Mirza kini berusaha mempertahankan kata-kata kesat yang digunakan terhadap mereka yang membangkangnya.
Mirza Ghulam mendakwa bahawa: •
Dirinya merupakan kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang kedua kalinya bahkan lebih sempurna dan lebih berdarjat dari pengutusannya yang pertama (Roohani Khazain jilid 16 ms 272).
7
Radd Qadianiyat Siri 1
•
•
•
•
•
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah kembali ke dunia sebagai Mirza untuk mengembangkan Islam (Roohani Khazain jilid 17 ms 249). Penganut Ahmadiyya tidak harus membezakan antara Mirza Ghulam dengan Nabi Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kerana katanya, “Sesiapa yang membezakan antara aku dan Mustafa (Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) tidak pernah melihat atau mengenalku"(Roohani Khazain jilid 16 ms 171). Mirza kononnya menerima wahyu: “Muhammadur Rasulullah Wallaziina Ma'ahu Ashidda-uhu ‘Alal Kuffar Ruhama-u Bainahum” dalam mana Tuhan telah menamakan aku sebagai Muhammad dan Rasulullah (Roohani Khazain jilid 18 ms 207). Sesiapa menjadi ahli Jemaah Mirza dengan tersendirinya bertaraf Sahabat Rasulullah (Roohani Khazain jilid 16 ms 259). Oleh sebab Mirza Ghulam tidak lain orangnya dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka apabila seorang Ahmadi mengucap Kalimah Tayyibah (Syahadah), maksud Muhammad Rasulullah adalah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani (Kalimat Al-Fasl oleh Mirza Basheer Ahmad anaknya Mirza Ghulam Ahmad Qadiani).
8
Radd Qadianiyat Siri 1
Dari Mirza anak Chiragh Bibi hingga ke ‘Isa Ibnu Maryam •
Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan oleh Chiragh Bibi tetapi beliau mendakwa yang dirinya adalah ‘Isa Ibnu Maryam. Mirza mengatakan pada mulanya Tuhan telah merubahnya menjadi Maryam salama dua tahun. Selepas itu, Tuhan membuatnya mengandung selama 10 bulan dengan meniupkan Ruh ‘Isa ke dalamnya dan akhirnya dia telah bertukar menjadi ‘Isa Ibnu Maryam (Roohani Khazain jilid 19 ms 87-89).
Mirza Ghulam Ahmad mendakwa: •
• • •
Dirinya adalah Massel Masih serta mempunyai beberapa persamaan dengan ‘Isa Ibnu Maryam (Roohani Khazain jilid 1 ms 593). Nabi ‘Isa adalah anak Yusuf Najjar (Roohani Khazain jilid 3 ms 254). Nabi ‘Isa telah wafat dan tidak lagi akan kembali (Roohani Khazain jilid 3 ms 402) Nabi ‘Isa adalah seorang pembohong, kerap kali menyebut kata-kata lucah, pemabuk, perakus dan jahat, bukan orang yang salih atau mencari kebenaran, juga sombong dan angkuh dan mendakwa ketuhanan dirinya (Roohani Khazain jilid 9 ms 289).
9
Radd Qadianiyat Siri 1
•
•
• •
• •
"Sebenarnya Nabi ‘Isa tidak pernah memperlihatkan sebarang mukjizat" (Roohani Khazain jilid 11 ms 290-291). "Tiga nenek moyang Nabi ‘Isa adalah ahli zina dan pelacur dan dari darah daging mereka Nabi ‘Isa dijadikan" (Roohani Khazain jilid 11 ms 291). "Nabi ‘Isa menjadi gila kerana penyakit sawan" (Roohani Khazain jilid 9 ms 417). "Aku lebih senang jika Nabi ‘Isa tidak pernah diturunkan ke dunia ini" (Roohani Khazain jilid 9 ms 417). "Aku lebih sempurna dari ‘Isa Ibnu Maryam" (Roohani Khazain jilid 1 ms 593). "Aku mempunyai beberapa sifat yang menyerupai ‘Isa,…. sifatku dan ‘Isa ibarat atom yang kembar atau dua benih dari pokok yang sama" (Roohani Khazain jilid 1 ms 593).
Takabbur Mirza bahawa: •
•
•
“Al-Quran adalah Kitab Allah dan sebutanku" (Iklan bertarih 15 Mar 1897, Roohani Khazain jilid 22 ms 87). "Aku yakin akan wahyu yang aku terima sama saperti Al-Quran dan Taurat" (Roohani Khazain jilid 17 ms 454). "Asas dakwaan kami bukan Al-Hadis dan AlQuran tetapi wahyu yang kami terima. Memang
10
Radd Qadianiyat Siri 1
•
•
benar kami merujuk kepada Hadis yang disahkan Al-Quran bilamana ia memperkukuhkan dan tidak berchanggah dengan wahyu kami, yang lainnya kami ketepikan seperti sampah kertas" (Roohani Khazain jilid 19 ms 140). "Baitul Zikr (Masjid di sebelah Baitul Fikr, bilik yang di mana Mirza berdiam dan mengarang kitabkitabnya) sama saperti Haram Ka’abah, “Wa man dakhalahoo kaana amina” yang bermaksud “Dan sesiapa yang memasukinya berada dalam keamanan.” (Roohani Khazain jilid 1 ms 666-667). Ayat 1 Surah 17 (Al-Isra) dari Al-Quran: “Maha Suci Tuhan yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram (di Makkah) ke Masjid Aqsa (di Baitul Maqdis),” erti dan tujuannya adalah masjid yang telah dibina oleh bapa Mirza Ghulam. (Himpunan iklan jilid 3 ms 286) Perhatian: Mengikut Mirza Ghulam, Al-Quran adalah kata-kata dari mulutnya, Masjidnya sama dengan Masjid Haram, dan Masjid Aqsa pula terletak di Qadian bukan di Baitul Maqdis.
Mirza memutuskan bahawa: •
"Kesemuanya telah terima dan percaya akan kenabianku melainkan keturunan pelacur yang hati
11
Radd Qadianiyat Siri 1
•
•
•
•
mereka itu telah ditutupi Tuhan" (Kamalate Islam, Roohani Khazain jilid 5 ms 547). "Sesiapa yang enggan percaya tentang Mirza Ghulam Ahmad Qadiani telah ingkar terhadap Tuhan dan Rasul dan akan dimasukkan ke dalam Neraka" (Iklan oleh Mirza Ghulam Ahmad bertarih 25 Mai 1900). "Aku adalah benih yang dengan kemahuan sendiri ditanam dan dipelihara Kerajaan Inggeris. Kerajaan harus melindungi benih tanaman ini….mesti mengarah kaki tangannya melayan aku serta jemaahku dengan kemudahan dan pertolongan yang istimewa. Keluarga kami tidak pernah teragak-agak menumpahkan darah mereka demi kepentingan Kerajaan Inggeris dan tidak berhenti menggadai nyawa meraka sejak dahulu hingga kini" (Roohani Khazain jilid 13 ms 350). "Dari sejak remaja hinnga kini usiaku 65 tahun, aku senantiasa sibuk, dengan lidah dan penaku, dalam tugas penting bagi mengubah hati orang Islam kapada cinta, tulus ikhlas dan simpati terhadap Kerajaan Inggeris dan melesapkan fahaman Jihad dari hati sibodoh (Orang Islam)" (Kitab-ul-Bariyah, Roohani Khazain jilid 13 ms 350 ). "…. demi kepentingan Kerajaan Inggeris, sudahku menerbitkan dan membahagi 50,000 keping kertas di negeri ini (India) dan negara Islam yang lainnya (membahas Jihad) kesudahannya beratus ribu
12
Radd Qadianiyat Siri 1
manusia telah menggugurkan fahaman Jihad yang kotor itu." (Roohani Khazain jilid 15 ms 114). Saudara dan Saudariku yang beragama Islam, Pendedahan di atas adalah kepercayaan Mirza Ghulam Ahmad dan Ahmadiyya/Qadiani yang sebenarnya. Perlu diingat bahawa bahan tulisan propaganda mereka hanya cuba membuktikan bahawa mereka adalah Ahli Sunnah. Beratus ribu orang Islam telah kehilangan Iman di tangan Qadiani/Ahmadi kerana mereka tidak berpengetahuan tentang Mirza Ghulam atau Aliran Ahmadiyya. Kuasa-kuasa Barat sangat khuatir akan kebangkitan Islam dan semangat Jihad orang Islam. Mereka faham bahawa setiap Muslim yang memasuki Qadiani Ahmadiyya bererti berkurangnya seorang Mujahid Islam. Setiap Ahmadi wajib percaya yang Jihad itu haram. Aliran Ahmadiyya sebenarnya adalah wakil musuh Islam bagi mencuri keimanan kita dengan menggunakan nama Islam. Semoga Allah tetapkan Iman kita dari segala bahaya kekufuran, Amin. Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu.
13