http://alfa-tuition.blogspot.com/ Promosi bagi tahun 2010. Kelas bermula pada 1 Dis 2009. Kami menawarkan discount 100% untuk yuran pendaftaran kepada pelajar yang mendaftar sebelum atau pada 30 Nov 2009 ini!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
DAFTARLAH SEKARANG!!.. 019-3121473
[email protected] Posted by ALFA PENGENALAN PROFIL ORGANISASI “Pusat Tuisyen Alfa” telah memulakan operasinya secara kecil-kecilan pada Julai 2007 dengan jumlah pelajar seramai 12 orang sahaja yang terdiri daripada pelajarpelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Olak Lempit. Mata pelajaran yang diajar pada ketika itu ialah Mata Pelajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar dari Darjah 1 sehinggalah Darjah 6. Pada Disember 2008 Pusat Tuisyen Alfa telah berkembang dengan jumlah pelajar yang meningkat sebanyak 100 peratus dan jadual kelas yang bertambah kepada dua sesi. Pada dasarnya, Pusat Tuisyen ini bertujuan untuk membantu anak-anak kampung yang lemah dan tercicir dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris berikutan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Walaubagaimanapun, Pusat Tuisyen ini telah menerima banyak permintaan daripada ibu bapa untuk mewujudkan Mata Pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Oleh itu, satu pakej penuh Mata Pelajaran selaras dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan ditawarkan sekitar Mac 2009. Pusat Tuisyen ini menjangka akan menerima lebih pelajar dengan pertambahan Mata Pelajaran tersebut. Sungguhpun kelas-kelas hanya diadakan di sebuah rumah kampung biasa, namun Pusat Tuisyen ini sentiasa berusaha untuk memastikan suasana pembelajaran yang selesa dan harmoni. Untuk itu, penambahbaikan fasiliti belajar akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Tenaga Pengajar yang ada juga sentiasa memberikan khidmat pengajaran yang terbaik kepada semua pelajar dengan kaedah-kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan. Sumber-sumber pengajaran adalah mengikut sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang terkini. Bagi memastikan operasinya berjalan dengan lancar, Pusat Tuisyen ini telah mengadakan satu pakatan teknikal dengan sebuah Pusat Tuisyen yang terkenal di Rawang, Selangor yang telah bergiat selama lebih lima tahun dalam bidang ini. Pusat Tuisyen yang dikenali sebagai Pusat Tuisyen Visi Bijak ini menghulurkan khidmat bantuan teknikal dan rundingan kepada Pusat Tuisyen Alfa bagi memastikannya terus kompetitif dan kompeten dalam khidmat pengajaran yang diberikan. Cikgu Azman bersama penceramah dan usahawan jutawan Malaysia saudara Dr. Azman Chin
"JOM JADI PINTAR" dengan Alfa Tuition Centre Posted by ALFA TIPS PEMBELAJARAN A) TIPS: English UPSR
1) SIMPLE SENTENCE: (It has a subject and a predicate) 1.1 Aminah is a doctor. 1.2 Aminah is a hardworking doctor. 1.3 Aminah is a hardworking doctor in the University Hospital.
2) COMPOUND SENTENCE: (There are two predicates or subjects in the sentence) 2.1. Tompok is a cute but fat cat. It is tame and clever. 2.2. Tompok is a cute fat cat and is admired by the villagers.
3) COMPLEX SENTENCES: 3.1 Yesterday we celebrated Teacher’s day in school to show our appreciation to the teachers who are very dedicated and hardworking. 3.2 My school celebrated Teacher’s Day on a grand scale to show our appreciation towards the teachers who put their effort wholeheartedly to teach us.
NOTE: In paper 2, when you use new words that are not given in the text, you will get extra marks. You will also get more marks if you use a wide range of vocabulary in your writing.
B) TIPS: Maths UPSR 1) SOALAN PENYELESAIAN MASALAH: 1.1 Bulatkan atau gariskan perkataan penting, angka dan kehendak soalan. Untuk memahami soalan tersebut, pelajar digalakan baca berulang kali. 1.2 Tentukan operasi yang terlibat (+, -, / atau x). 1.3 Salin angka yang penting dengan tepat. 1.4 Buat jalan pengiraan mengikut turutan yang betul hingga mendapat jawapan yang tepat. Walaupun turutan pengiraanya panjang. Ini mengurangkan kesilapan berlaku. 1.5 Tuliskan unit (g, ml & sebagainya) mengikut kehendak soalan. 1.6 Tunjukkan proses penukaran unit jika soalan berkehendakkan calon membuat penukaran unit. C) TIPS: Bahasa Melayu UPSR 1) KATA GANTI NAMA
1.1 Kata ganti nama terbahagi kepada kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk. 1.2 Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan seperti dibawah: (a) Kata ganti nama diri orang pertama Contoh : saya, aku, beta, patik, kami, kita (b) Kata ganti nama diri orang kedua Contoh : anda, engkau, awak, kamu, tuanku (c) Kata ganti nama diri orang ketiga Contoh : dia, ia, beliau, baginda, mereka D) TIPS: Science UPSR 1) FACTORS THAT AFFECT FRICTION 1.1 Weight Of Object – The heavier the object the greater is the friction.Example : A bigger block is more difficult to push than a smaller block across the same surface. 1.2 Type of surface - A rougher surface will produce more friction than a smoother surface. Example: The same block will be harder to push on a wooden surface compared to a glass surface.
KELAS BERHAWA DINGIN Daftar Segera!!..
Cikgu Azman bersama Dr. Irfan "jutawan internet" #1 Malaysia
SEKOLAH RENDAH & MENENGAH Keistimewaan Alfa 1. Yuran pendaftaran hanya sekali sekeluarga dan percuma untuk tahun seterusnya. 2. Pembelajaran beroreintasi peperiksaan sebenar 3. Pengajaran mengikut Sukatan Pelajaran Terkini. Kelas berhawa dingin. Posted by ALFA GAMBAR PARA PELAJAR Cikgu Azman sedang mengajar tahun 4 Pusat Tuisyen kami di Olak Lempit, Banting. Kek Birthday Party pada 6hb Jun 2009 yang lalu
Sebahagian pelajar Tahun 5 dan 6
Sebahagian pelajar tahun 3 dan 4
Kelas teratur, ceria dan berhawa dingin
Kelas baru bermula pada April 2009
Pelajar riang di kelas baru mereka
Para pelajar sedang berbincang
Hari Lahir Para Pelajar 2008
Kek Hari Lahir 2008
Video birthday party 2009 untuk pelajar tahun 3 Posted by ALFA JADUAL KELAS DAN LOKASI
Jadual Sekolah Menengah dan Rendah Tahun 2010 Klick Jadual untuk lebih jelas
Jadual Kelas Sep' hingga Oct' 2009Klik Jadual untuk lebih jelas
PETA LOKASI
Lokasi:
PUSAT TUISYEN ALFA Batu 39, Kg. Olak Lempit, 42700 Banting. Selangor Hp: 019-3121473 (Cikgu Azman)