Pusat Rawatan Islam Terapi Al-quran Darul Hikmah

  • Uploaded by: Zairol Daud
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pusat Rawatan Islam Terapi Al-quran Darul Hikmah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,240
  • Pages: 6
PUSAT RAWATAN ISLAM TERAPI AL-QURAN

DARUL HIKMAH www.terapialquran.com www.penawarsihir.com www.produkmata.com www.terapialquran.org " Kaedah Rawatan Yang Membongkar 1001 RAHSIA Keajaiban Al-Qur'an Dalam Menentang Kejahatan Ilmu Hitam, Sihir, Santau , Gangguan Makhluk Halus, Saka, Rumah Berpuaka. Kesannya Serta-Merta Anda Dapat Saksikan Sendiri " Ustaz Abdul Malek merupakan salah seorang pengamal perubatan islam yang menerima ijazah perubatan terapi al-Qur'an daripada Sheikh Wahid Bin Abdul Salam Bali perawat terkenal Mesir ketika beliau belajar di Universiti Al-azhar.Beliau berpengalaman luas dalam merawat mangsa sihir, gangguan makhluk halus , histeria, santau, saka dan lainlain penyakit yang berkaitan dengan rohani. Beliau juga melibatkan diri secara aktif dalam menyebarkan ilmu berkaitan kepada umat islam Malaysia melalui ceramah, seminar perubatan islam, perbentangan kertas kerja, rakaman VCD ( tajuk:Pukau ) dan CD bacaan ayat-ayat pilihan Ruqyah Syariah yang disusun mengikut panduan Rasulullah s.a.w khusus untuk tujuan rawatan&pemulihan para pesakit beliau. Oleh itu beliau sering dijemput keseluruh pelusuk tanah air untuk tujuan rawatan dan penyebaran ilmu perubatan islam. Melalui kaedah Terapi al-Qur'an yang diamalkan , Allah s.w.t telah menyembuhkan ribuan pesakit yang datang bertemu beliau bahkan ada yang sudah 30 tahun menderita akibat sihir. Konsep tauhid kepada Allah s.w.t yang diterapkan sebelum melakukan rawatan adalah asas paling utama dalam rawatan ini. Melalui kombinasi ilmu dan rawatan anda akan dirawat secara berperingkat-peringkat sehingga anda disembuhkan oleh Allah s.w.t Insyaallah. Rawatan yang anda terima tidak ada sama sekali unsur-unsur syirik, khurafat dan tahyul seperti penggunaan khadam, sheikh tilikan dan ramalan yang boleh menjejaskan aqidah islamiah yang suci.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, anda digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu, ini adalah untuk kemudahan anda. Untuk kesembuhan yang cepat dan keselamatan diri dari kejahatan jin&manusia anda disarankan supaya menyertai Seminar Perubatan Islam kelolaan Al-Fadhil Ustaz Abdul Malek. Method Rawatan : 1. Qiraatul Qur'an bil jahriah ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit ) 2. Sama'atul Qur'an ( pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari) 3. Al-Ightisal bil Qur'an ( mandian al-Qur'an ) 4. Al-Syarab bil Qur'an ( minuman al-Qur'an ) 5. Al-Khutbah ( bacaan khutbah ) Rukun Penyembuhan : 1. Berserah diri zahir&bathin 100% kepada Allah s.w.t 2. Sabar 3. Ikut 100% nasihat perawat 4. Istiqamah Misi : 1. Menyebarkan ilmu perubatan islam kepada seluruh umat islam dengan bertunjangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah yang jelas. 2. Mewujudkan rangkaian perubatan islam yang holistik dan berwibawa diseluruh negara . 3. Merialisasikan syariah islamiah dalam perubatan. 4. Menjalinkan ukhuwah yang kukuh antara Darul Hikmah dan umat islam. 5. Rawatan yang berterusan. Visi : 1. Perubatan islam ialah perubatan utama bukan alternatif.. 2. Pembentukan hakikat islam, iman dan ihsan melalui rasa kehambaan. 3. Rangkaian perubatan yang dapat membantu umat islam dari sudut ekonomi. 4. Terhapusnya khurafat dan bid'ah yang sesat. ---------------------------------------------------------------------------------------Hubungi@Sila Datang Sendiri : Kedah / Zon Utara PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIKMAH No.69, Taman Pulai Jaya , KM5 Jalan Langgar, 05460 Alor Star, Kedah Darul Aman. 019-4715232 –Ustaz Abdul Malek Ladzim Setiap Hari Selasa & Rabu : 11Pagi-11Malam. ------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur / Zon Selatan SELANGOR - KLANG PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIKMAH Alamat Kami : No 63a, Lorong Sanggul 1D, Bandar Puteri, Klang, Selangor Lokasi GPS : N2 59.133 E101 28.042' HARI SELASA : SELEPAS ISYAK HARI KHAMIS : SELEPAS ISYAK Ahad : DARI PUKUL 10.00 PAGI Bagi kes kes emergency boleh lah hubungi : En. Zailan 018 202 7559 En. Zairol 019 278 1829 Perawat: PERAWAT2 BERIKUT TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH UST MALEK UNTUK MENGENDALIKAN RAWATAN DI PUSAT RAWATAN INI. 1. En.Zailan -> No Telefon: 012-6504559 Email : [email protected] 2. En.Zairo -> No Telefon : 0192781829 Email: [email protected] 3. En.Nazim -> No Telefon : 0172742199 4. En.Ilmi -> No Telefon : 0192370529 5. PnAdmin -> No Telefon : 0123156366 SELAIN DARI NAMA2 DI ATAS, BOLEH MENGHUBUNGI MANA2 AHLI MAJLIS ATAU PERAWAT ISLAM TAQ SAHAJA Reduced: 69% of original size [ 927 x 715 ] - Click to view full image

----------------------------------------------------------------------------------------CHERAS Masjid Saidina Usman , Bandar Tun Razak, Cheras , Kuala Lumpur. Abu Samrah Al-Shibni -> 019-9591110 *Hubungi Abu Samrah sebelum datang & dapatkan jadual rawatan -----------------------------------------------------------------------------------------

DEFINISI SIHIR PENGERTIAN SIHIR MENURUT BAHASA ARAB Telah berkata al-Laith :" sihir ialah amalan untuk mendekatkan diri dengan syaitan dan meminta pertolongannya". Berkata al-Azhari :"Sihir berasal daripada memesongkan sesuatu dari hakikatnya kepada sesuatu yang lain" Berkata Ibnu Manzur : " Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal" Telah meriwayat Syamr daripada Ibnu A'isyah : " Orang-orang arab menamakan sihir itu sihir adalah kerana sihir boleh mengubah kesihatan seseorang daripada sihat kepada sakit" Berkata Ibnu Faris tentang sihir :" telah berpendapat satu kaum arab bahawa sihir ialah menampakkan sesuatu yang bathil dalam bentuk kebenaran". Dalam Mu'jam al-Wasith menyebutkan bahawa sihir itu ialah :"sesuatu yang lembut (tersembunyi)" Telah berkata pengarang Muhith al-Muhith :"sihir ialah menampakkan sesuatu itu dalam bentuk yang baik pada pandangan manusia sehingga menjadi fitnah" SIHIR MENURUT ISTILAH SYARAK Telah berkata Fakhruddin al-Razi :"sihir menurut uruf syarak ialah setiap perkara yang tidak di ketahui sebabnya dan pandangan terhadap sesuatu itu tidak seperti hakikatnya ia ialah sesuatu yang mengelirukan dan penipuan." Telah berkata Ibnu Qudamah al-Maqdisi :"sihir ialah terdiri daripada ikatan (halang dari persetubuhan ), jampi-jampi,ucapan tertentu atau dalam bentuk tulisan, amalan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang yang disihir pada hati dan akalnya tanpa menyentuhnya.Sihir boleh membunuh, mendatangkan penyakit, suami tidak boleh menggauli isterinya, berlakunya perceraian, menimbulkan kebencian, menyemarakkan cinta dan syahwat". Telah berkata Ibnu Qayyim :"Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan)." CARA BOMOH@TUKANG SIHIR BERSAHABAT DENGAN SYAITAN DAN JIN Terdapat berbagai cara yang diamalkan oleh bomoh dan tukang sihir untuk mendapatkan

khidmat syaitan dan jin dalam perubatan atau untuk melakukan sihir terhadap seseorang.Kaedah yang digunakan adalah berbeza mengikut susur galur perguruan yang diterima oleh seseorang bomoh atau tukang sihir.Apa yang pastinya adalah, untuk melakukan sesuatu perbuatan sihir,bomoh atau tukang sihir tersebut perlu melakukan sesuatu amalan dan upacara tertentu yang bercanggah dengan syariat islam.Antaranya ialah menjadikan mus'haf al-Qur'an sebagai alas kaki untuk masuk ketandas, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan najis, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan menggunakan darah haid sebagai dakwat, menulis atau mengamalkan sesuatu surah secara terbalik seperti membaca surah al-fatihah dan al-ikhlas secara songsang, solat tanpa wudhuk, tidak mandi hadas, membuat sembelihan tanpa menyebut nama Allah dan bersemah untuk syaitan atau tok keramat, menyembah bintang-bintang, rogol atau sumbang mahram dan ada pula yang menulis mentera-mentera yang tidak diketahui maknanya dengan lafaz-lafaz yang mengandungi unsur-unsur syirik terhadap Allah s.w.t. Disini kita dapat faham bahawa jin dan syaitan tidak akan membantu para bomoh atau tukang sihir kecuali ada persetujuan kedua-dua pihak dari sudut imbalan.Bomoh dan tukang sihir perlu melakukan sesuatu yang ditegah syarak sebagai imbalan @upah atas kerja yang dibuat oleh golongan jin dan syaitan.Semakin kufur bomoh tersebut maka semakin taatlah syaitan kepadanya.Jika tukang sihir tidak melaksanakan tuntutan syaitan ini maka syaitan tersebut juga tidak akan bersedia untuk menjadi khadamnya.Oleh itu tukang sihir dan syaitan adalah dua sahabat karib dalam melaksanakan sihir. Jika anda perhatikan dengan mata hati yang ikhlas kepada Allah, maka anda akan dapati dengan jelas wajah kekufuran tukang sihir seperti mendung hitam. Jika anda kenali tukang sihir dengan lebih dekat maka anda dapati kehidupan mereka amat hina sekali, mereka tidak ada kelapangan jiwa, hidup tidak tentu arah, mereka sentiasa cemas dan tidak tenteram.Disamping sahabat-sahabat mereka dari kalangan syaitan sering mengganggu dan menyakiti anak-anak mereka. Benarlah firman Allah s.w.t : 124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Related Documents


More Documents from "Emieda Eraine"