Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Punca Kelemahan Umat Islam - Perspektif Mahathir Mohamad as PDF for free.

More details

  • Words: 6,954
  • Pages: 20
PERSPEKTIF MAHATHIR MOHAMAD PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM • Idris Zakaria PENGENALAN DATUK Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat (seterusnya disebut Mahathir) Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 1981 menggantikan Tun Hussein Onn iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malaysia menghadapi arus kemajuan yang sangat pesat di bawah kepemimpinannya. Dasar-dasar yang diperkenalkan beliau dari tahun 1981 hingga 31 Oktober 2003 telah berjaya menentu dan meletakkan asas dan hala tuju pembangunan negara dalam pelbagai aspek terutamanya di bidang ekonomi dan teknologi. Beliau adalah master planner bagi negara Malaysia moden. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 29 tahun dalam kerajaan, beliau dilihat sebagai seorang pemikir-intelektual yang berjaya menterjemahkan idealisme beliau ke alam realiti. Status dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO telah diperalatkan sepenuhnya untuk merealisasikan impian beliau kepada Melayu-Islam dan Malaysia umumnya. Mahathir telah lama memahami masalah-masalah kelemahan orangorang Melayu-Islam di Malaysia dengan jelas. Inilah yang dianalisis beliau dalam bukunya The Malay Dilemma yang dihasilkan antara tahun 19691972. Selain The Malay Dilemma, beliau juga menulis beberapa buah buku lagi seperti The Challenge, Jalan Ke Puncak, A New Deal For Asia, Krisis Mata Wang Malaysia: Bagaimana dan Mengapa la Berlaku dan Warisan Kepimpinan. Cara yang lumrah digunakan untuk menyatakan idea dan kritikannya ialah melalui ucapan-ucapan penting yang biasanya ditulis oleh beliau sendiri. Selain buku dan ucapan-ucapan, beliau juga mengemukakan idea dan kritikannya terhadap orang Melayu atau umat Islam dalam bentuk tulisan popular dalam akhbar The Straits Times sejak 1947 lagi. Pemikiran dan gaya kepemimpinannya sangat berkesan dan ini terbukti dengan banyak perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia. Pencapaiannya diakui oleh pemimpin-pemimpin dunia khasnya dunia Islam dan mereka menjadikan Malaysia sebagai negara contoh (Dr. Ilyas Harun. 1998.). Mahathir telah berjaya menukar negara Malaysia sebagai sebuah negara pertanian kepada negara industri tanpa mengetepikan langsung peranan pertanian tersebut. Kemewahan dan kemakmuran negara Malaysia telah mendorong berjuta orang pekerja asing dari Indonesia, Filipina, China, Nepal, Myanmar, India, Pakistan dan seterusnya membanjiri sektor perusahaan, pembinaan, perladangan dan sebagainya. Hal ini berlaku sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu dan ia masih berterusan hingga kini.

1

Warganegara asing yang datang mencari rezeki di Malaysia mengangap Malaysia adalah `lubuk emas'. Pemerhati-pemerhati asing sering menyebut bahawa pembangunan negara Malaysia sangat cepat. Mahathir terbukti tidak berminat untuk menurut idea-idea komunis atau sosialis mahupun kapitalis, iaitu mazhab-mazhab ekonomi dunia. Beliau merancang kemajuan Malaysia menurut acuan Malaysia sendiri iaitu dengan berasaskan realiti dan tuntutan sejarah serta ekonomi domestik. Islam turut direalisasikan dalam acuan tersebut. Tujuan makaiah ini ditulis adalah untuk membahaskan pandangan dan kritikan Mahathir Mohamad terhadap kelemahan umat Melayu-Islam khasnya di Malaysia. Beliau membincangkan punca-punca kelemahan itu yang ditinjau dari pelbagai dimensi. Mungkin dalam banyak penilaian beliau, kelemahan ini juga relevan terhadap umat Islam dl luar Malaysia. Di bawah ini dibahaskan beberapa pandangan beliau, baik yang disampaikan dalam bentuk ucapan atau tulisan. LATAR BELAKANG SOSIAL Mahathir Mohamad mengambil alih politik dan pentadbiran Malaysia pada 16 Julai 1981. Sejak 1970-an lagi, gelombang dan minat golongan muda di Malaysia ialah kepada Islam. Gelombang sosial ini bergerak kuat setelah berlaku kejayaan revolusi Iran pimpinan Ayatullah Ruhollah Khomeini yang juga menggambarkan yang islam boleh bangkit melawan malah menggantikan sistem-sistem Barat. Islam boleh memberi tenaga pilihan baru dan bertenaga untuk membentuk politik dan pentadbiran negara. Pengaruh kejayaan itu menyerap ke seluruh dunia, Barat dan Timur. Momentumnya kuat justeru ia digerakkan oleh generasi muda siswa-siswi di pusat-pusat pengajian tinggi. Pelajar-pelajar universiti dan kolej-kolej di Kuala Lumpur "Sering mengadakan pertemuan dakwah, atau pertemuan l a i n yang diselitkan dakwah. Wanita-wanita muda dan dewasa di sana-sini berpakaian dakwah (pakaian tutup aurat) dan suara salam keislaman terdengar di mana-mana. Kadang-kadang rumah-rumah di kawasan Melayu dikunjungi oleh anak-anak muda yang tidak dikenali oleh tuan rumah, dan setelah memberi salam anak-anak muda itu menjemput tuan rumah berkumpul di surau terdekat kerana ada khabar yang hendak disampaikan." (Rahman Shaari. 1984. 49). Hal-hal seperti ini berlaku di pusat pengajian tinggi. Usrah-usrah diadakan saban hari. Anak-anak muda berilmu ini kembali kepada kefahaman dan penghayatan Islam. Golongan agamawan yang sudah sekian lama menabur bakti dalam bidang dakwah terus memberi sokongan. Parti politik pembangkang yang berasaskan agama pun turut menumpang tuah pada situasi ini. lnilah latar belakang sosial keagamaan yang dihadapi oleh Mahathir sewaktu menjadi Timbalan Perdana Mentcri dan seterusnya Perdana Menteri. Bagaimana ia

2

mengasimilasikan realiti ini dalam konteks politik Malaysia adalah sangat menarik untuk dibahas. Selain dari faktor semasa di atas, Mahathir juga menghadapi keadaan umat Islam contohnya, orang Melayu sendiri yang jauh terkebelakang dalam bidang ekonomi berbanding dengan bangsa mendatang terutamanya kaum Cina. Orang Melayu masih mendominasi kehidupan kampung atau desa mengerjakan pertanian sedangkan bangsa Cina menguasai kehidupan kota dan bandar-bandar di seluruh negara. Demikian juga pelabuhan dan kawasan sekitarnya. Mereka menguasai perniagaan dan perdagangan dalam negara. Orang-orang India, lebih kurang sama dengan orang-orang Melayu. Mahathir amat faham tentang kehidupan dan kelemahan orangorang Melayu. Beliau menulis kritikannya terhadap orang Melayu dalam buku-buku antaranya The Malav Dilemma atau Dilema Melayu dan The Challenge atau Menghadapi Cabaran. Tulisan-tulisan ini menganalisis kelemahan orang-orang Melayu dari berbagai-bagai bidang kehidupan. Beliau mengesan punca-punca kelemahan, budaya-budaya negatif umat Islam dan memberikan jalan keluarnya menurut satu-satu bidang. Metode kepakaran bidang perubatan yang dikuasainya telah digunakan untuk `mengubati' masalah kelemahan orang-orang Melayu itu. Buku Dilema Melayu ini lahir ketika orang-orang Melayu sedang menghadapi dilema, jalan buntu dan kehampaan kerana kemerdekaan yang diharapkan boleh memberi pembelaan didapati tidak berupaya memberikan mereka satu kehidupan baru. Melalui Dilema Melayu, Mahathir menganalisis secara literally sebab-musabab mengapa orang Melayu tidak maju dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain, khususnya kaum Cina. Beliau rnemberikan pandangan serta target tentang apa yang diperlukan oleh orang Melayu supaya tidak terus berada dalam keadaan dilema. Menurut Mahathir lagi, antara punca kelemahan masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi terutamanya pada kurun ke-19 dan 20 adalah disebabkan kekurangan modal dan tiadanya sokongan dari pihak berkuasa waktu itu serta badan-badan tertentu untuk memajukan mereka. Pandangan ini beliau khususkan kolonialis British. Ekonomi orang Melayu pada ketika itu lebih bcrgantung kepada ekonomi pertanian saradiri yang dijalankan secara kecil-kecilan di belakang rumah mereka. Selain itu, Mahathir melalui buku Delima Melayu juga mengkritik kelemahan-kelemahan orang Melayu dan dari segi sistem budaya dan nilai seperti menyerah pada takdir, tidak menghargai masa, tidak cukup berusaha, tiada motivasi dan tidak ada perancangan. Menurutnya, sistem nilai dan etika (atau dengan kata lain budaya) orang Melayu menjadi penghalang kepada kemajuan mereka dan inilah yang dikatakan sebagai sebahagian daripada delima Melayu sebenarnya. Bagi Mahathir budaya orang Cina dalam bidang perniagaan didapati lebih dinamik. Seperti katanya; "Or-ang-orang Melayu yang selama ini lemah disebabkan oleh pengaruh keturunun dan alam sekitar tidak berupaya untuk

3

menghadapi cabaran pendatang-pendatang Cina ini, hingga terpaksa mengalah. Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh orang Melayu, orang Cina boleh boleh melakukannya, tetapi dengan lebih baik dan lebih murah. Lama kelamaan pendatangpendatang Cina yang mempunyai keazaman yang kuat dan rajin bekerja mula mengambil tempat perniagaan-perniagaan kecil dan semua kerja mahir yang dahulunya diusahakan oleh orang Melayu. Apahila kejayaan mereka mulai bertambah dari pengalaman yang diberolehi di negara asal mereka. Pendatangpendatang Cina ini tidak lama kemudian telah mewujudkan corak hubungan yang serupa antara pegawai-pegawai dan pedagangpedagang seperti terdapat di Negeri China." (Dilema Melayu, halaman 30) Justeru, menurut Mahathir lagi, orang Melayu hanya boleh maju dengan melakukan `pembaharuan'. Sebagai contohnya, beliau menegaskan bahawa tidak ada gunanya menyuruh orang Melayu menceburi bidang perniagaan sekiranya mereka tidak mempunyai daya motivasi niaga yang baik, tidak tahu fungsi dan nilai sistem kewangan dan sebagainya (Mahathir Mohamad: 1996: 172) MAHATHIR DAN PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM Mahathir berpegang kepada hakikat bahawa `perubahan pemikiran' perlu dilakukan. Perubahan inilah yang akan seterusnya mempengaruhi sikap, budaya dan kehidupan umat Islam. Di bawah diperturunkan antara perkaraperkara penting yang menurut Mahathir perlu diubah, jika tidak umat MelayuIslam akan kekal selamanya dalam kemunduran. Tafsir semula al-Quran Mahathir telah mencetuskan satu idea yang dianggap kontroversi di kalangan sebahagian umat Islam. Idea beliau ialah mencadangkan supaya alQuran dikaji atau lebih tepat ditafsir semula. Merujuk kepada satu ucapan yang telah disampaikan di Majlis Pelancaran al-Quran Mushaf Malaysia, pada 18 April 2003, Mahathir dipetik sebagai berkata: "Sesungguhnya al-Quran adalah Panduan Yang terpenting untuk umat Islam. Jika hari ini umat Islam berpecah dan bermusuh sesama sendiri, sebabnya bukanlah Islam dan al-Quran tetapi tafsiran yang berbeza-beza yang dibuat oleh ulama di zaman dahulu dan sekarang. Sebagai manusia biasa mereka tidak mungkin bebas daripada kecacatan dan kesilapan. Apabila kesilapan mereka jelas dan terang tentu akan membawa kepada perpecahan dan kelemahan kepada umat Islam. Jadi tafsiran mereka berkenaan surah dan ayat al-Quran perlu dikaji dan dipinda supaya umat Islam dapat kembali kepada al-Quran dan 4

Islam yang sebenar dan mereka kembali bersatu dan hidup bahagia sebagai khalifah di bumi ini. Pengembalian umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar hendaklah dibuat secara hikmah seperti yang dikehendaki oleh Islam.” Kenyataan ini menjelaskan niat dan tujuan sebenar Mahathir mengemukakan cadangan tersebut adalah berdasarkan senario perpecahan yang ketara sedang berlaku dalam masyarakat Islam pada hari ini. Antara punca perpecahan itu ialah disebabkan kepelbagaian penafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran. Kadang-kadang jelas terdapat individu yang membuat tafsirannya sendiri. Walaupun la diakui alim namun tidak semestinya dia sentiasa benar dan betul. Dan ini berlaku di serata dunia Islam. Bagi tujuan untuk menjadikan al-Quran sebagai tempat rujukan dan semakan, tafsiran hendaklah dibuat oleh sekumpulan ulama yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain daripada kepentingan umat Islam dan agama Islam, dan mereka tidak boleh takbur dengan anggapan bahawa mereka sebagai pewaris Nabi, tidak mempunyi kecacatan atau kelemahan apa-apa seperti yang ada pada manusia lain. Mereka yang sering mendakwa mereka adalah pewaris Nabi tetapi tidak mempunyai sifat-sifat ulama yang sebenar (Mahathir Mohamacl. 18 April 2003). AI- Quran bukan hanya hiasan walaupun penulisannya perlu mencerminkan penghargaan yang tinggi oleh umat Islam. A1-Quran adalah rujukan yang penting bagi umat Islam. Penyembunyian sebahagian besar daripada isi kandungan al-Quran atau lebih buruk lagi percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu dalam alQuran adalah se jenis pengkhianatan kepada agama Islam. Mahathir juga berkata, ramai yang menentang segala pendapat yang berbeza sedikit dengan tafsiran yang katanya tradisional yang dibuat terdahulu. Kononnya ini adalah percubaan untuk mengubah alQuran. Sebenarnya tidak ada perubahan yang dibuat kepada al-Quran kerana al-Quran mengandungi wahyu daripada Allah. Yang perlu dibuat ialah pindaan kepada tafsiran mengikut perkembangan zaman. Pertahanan di zaman Nabi memerlukan kuda perang, pesawat pengebom dan jet pejuang. Desakan agama Islam supaya orang Islam bersedia untuk mempertahankan diri tidak berubah. Ini yang menjadi pokok. Kelainan tafsiran hanyalah berkenaan dengan jenis senjata yang disediakan. Ini adalah kerana ayat-ayat al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian, ada yang tepat, jelas dan mutlak tanpa penafsiran terperinci, ada yang berupa perumpamaan yang terbuka kepada bermacam macam tafsiran. Tanpa pentafsir, isi kandungan al-Quran tidak akan difahami dengan tepat. Apatah lagi mereka yang tidak faham bahasa Arab, tidak

5

mungkin mereka mendapat panduan hanya kerana boleh membaca alQuran. Malang bagi kita orang Islam sejak wafatnya Nabi, rujukan kepada Baginda tidak dapat dibuat lagi untuk tafsiran yang satu dan tidak berbezabeza. Rujukan sekarang perlu dibuat kepada pentafsir yang terdiri daripada mereka yang memahami bahasa Arab, bahasa al-Quran dan yang telah mengkaji serta meneliti latar belakang ayat-ayat dan perkataan yang terdapat dalam al-Quran. Tetapi kita dapati, sebilangan alim ulama kerap membuat tafsiran yang berbeza-beza. Demikianlah perbezaan ini, sehingga agama Islam yang satu yang dibawa oleh Nabi mengikut wahyu yang diterimanya sudah berpecah kepada beratus-ratus fahaman yang didakwa sebagai Islam. Namun alhamdulillah, al-Quran tidak berubah walaupun ada yang cuba menulisnya semula. Umat Islam tidak menerima sebarang pindaan kepada al-Quran. Demikian juga percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu ditolak oleh masyarakat Islam. Selagi kita dapat kekalkan teks al-Quran tanpa diubah apa-apa, kita dapat mengurangkan kesesatan hasil daripada tafsiran al-Quran oleh orang-orang yang berkepentingan atau orang yang jahil. Al-Quran tidak silap. Tetapi pentafsir, sebagai manusia biasa, walaupun tcrpelajar dalam bidang agama dengan mendalam masih boleh membuat tafsiran yang salah. Menurut Mahathir, perpecahan di kalangan umat Islam sekarang bukan disebabkan oleh ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadishadis yang sahih tetapi kerana tafsiran yang berbagai-bagai dan bertentangan oleh orang-orang yang terpelajar. Islam tidak salah bahkan al-Quran juga tidak salah, yang salah ialah pentafsir yang berniat tidak baik. Pentafsir seperti inilah yang kerap rnenyebabkan umat Islam keliru, sesat dan berpecah. Mereka ini suka menjual ayat alQuran dengan harga yang murah (Mahathir Mohamad. 18 April 2003). Islam dan ilmu sekular Umat Islam masih terkongkong dalam dilema pelajaran. Maksud dilema ini menurut Mahathir ialah konflik dalam diri sendiri sewaktu menanggapi hakikat ilmu-ilmu adalah aset untuk kemajuan diri, bangsa, agama dan negara. Namun terdapat umat Islam yang masih yakin bahawa ilmu-ilmu keduniaan iaitu selain dari ilmu-ilmu agama adalah sekular. Sekular bermakna ilmu sesat dan menyesatkan. Oleh itu apabila anak-anak mahu disekolahkan, mereka ingin memastikan agar anak-anak tidak memilih ilmu-ilmu yang sesat ini "kerana pelajaran sekular ini bukan sahaja tidak berfaedah tetapi mungkin melemahkan kepercayaan rnereka kepada agama Islam." (Mahathir. 1976. 9). Dari segi sejarahnya, sikap ini bermula apabila penjajah British memperkenalkan sistem pelajaran mereka. Orang-orang Melayu atau umat Islam menentukan sikap bahawa ilmu-ilmu ini

6

adalah western education atau pelajaran Barat. Fahaman ini sangat berkesan dalam membentuk sikap orang Melayu sehingga sikap ini menjadi sebahagian daripada peribadi mereka (Ibid). Mahathir juga berpendapat bahawa keyakinan ini berpanjangan hingga ke hari ini. Apakah benar pelajaran-pelajaran bukan agama yang diperkenalkan oleh Barat itu berasal dari Barat dan apakah ia bertentangan dengan agama Islam? Bagi Mahathir Islam tidak ada apa yang diistilahkan sebagai sekular dan ilmu-ilmu yang diterima oleh Barat itu pun berasal dari dunia Islam. Dalam Islam ada ilmu-ilmu yang tidak ada kaitan dengan agama seperti perubatan, matematik, pertanian, perhutanan, sains dan teknologi dan lain-lain. Terbukti dunia Islam dahulu maju dan berjaya dengan ilmu-ilmu itu. Sekarang ilmuilmu itulah juga yang dibawa ke negara ini (walaupun ada perubahan tertentu - penulis). Ada ilmu agama yang sudah sedia ada dan ada ilmu yang disebut sebagai sekular itu. Jadi kita boleh menjadi bangsa yang maju dan umat yang berjaya seperti pada zaman keemasan Islam dahulu. Tetapi masalahnya umat Melayu mengetepikan ilmu-ilmu yang diperkenalkan itu. Di sinilah masalahnya dan ia terus dihadapi oleh umat Islam. Ilmu-ilmu yang berkesan untuk memajukan negara tidak dikuasai oleh umat Islam. Sedangkan bangsa Barat yang mengambil ilmu-ilmu dari dunia Islam terus maju sehingga membentuk Renaissance dan seterusnya zaman moden. Kini, umat Melayu bertambah lemah lagi justeru sikap dan penafsiran sekular tadi. Hal ini perlu ditukar jika ingin maju. Ilmu-ilmu yang memajukan umat perlu dituntut. Ilmu Islam yang sempit Menjadi kebiasaan bagi kumpulan agamawan apabila berbicara tentang Islam, perkara yang banyak difokuskan secara konsisten ialah masalah syariat contohnya, hukum-hakam, ibadat, akhlak dan akidah. Inilah yang diajar, ditulis dan diperkatakan sepanjang masa. Kesannya, pada fahaman publik, inilah dia ilmu-ilmu Islam atau Islam itu sendiri. Ilmu lain dari perkara-perkara ini sudah tidak Islam. Mahathir mengkritik fahaman ini. Beliau mendakwa ulama-ulama tidak menerangkan ilmu-ilmu Islam yang sebenar. "Dalam al-Quran berkali-kali disebut berkenaan dengan alam sekeliling, bukit-bukau, awan dan hujan yang menyuburkan bumi. Tetapi jarang sekali alim ulama menjelaskan mengenai perkara-perkara ini, seolaholah ajaran Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran, ada yang penting dan ada yang boleh diketepikan." (Ucapan Mahathir di Majlis Maulidur Rasul 1419 Hijrah. Berita Harian. 7 Julai 1968). Katanya ada ulama yang hanya memberi perhatian terhadap beberapa hukum tertentu seperti soal seks dan wanita. "Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. tidak terhad kepada ibadat tertentu sahaja." Beliau menyoal apakah umat Islam dapat hidup sempurna jika hanya tahu

7

beribadat sahaja tetapi tidak tahu (tiada ilmu) bercucuk tanam, menternak, menangkap ikan atau mengeluarkan bahan makanan secara besar-besaran untuk jutaan umat? Apakah umat Islam juga tidak perlu menguasai dan rnengembangkan ilmu perubatan dan kesihatan? Apakah umat Islam tidak perlu menguasai semua ilmu yang boleh menolong menyelamat dan mempertahankan umat Islam dan negara Islam? Inilah puncanya menurut Mahathir umat Islam lemah dan terkebelakang berbanding bangsa-bangsa lain. Umat Islam tidak menurut al-Quran secara menyeluruh. Hanya mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja seperti ilmu-ilmu di atas dan meninggalkan yang lain. Mahathir menyeru umat Islam khasnya ulama supaya dapat menerangkan Islam secara menyeluruh seperti yang termaktub dalam al-Quran. Kuasai ilmu selain agama Sudah menjadi kelaziman dan keyakinan umat Islam bahawa ilmuilmu yang perlu dituntut adalah ilmu Islam dan ilmu Islam itu pula adalah ilmu usuluddin, syariat, akidah dan akhlak Islam. Inillah jenis ilmu yang sudah `diregister' sebagai ilmu Islam. Selain dari jenis ilmu ini, tidak dianggap ilmu islam. Mahathir berkata, umat lslam tidak seharusnya terlampau taasub menimba ilmu mengenai agama sahaja dan mengabaikan ilmu duniawi dalam bidang sains dan teknologi yang seketika dahulu pernah dikuasai umat Islam. Masyarakat bukan Islam menurutnya yang maju di dunia ini bukan kerana mereka memiliki kuasa ghaib. Mereka juga adalah manusia biasa seperti umat Islam tetapi menguasai pelbagai bidang kemahiran termasuk mencipta senjata. Umat Islam akan berputih mata tanpa berupaya berbuat apaapa untuk saudara mereka terutama rakyat Palestin yang terus ditindas selagi mereka tidak bangkit untuk memajukan diri sejajar tuntutan fardu kifayah. Kita ditindas dan kita lemah. Jika kita mahu menentang musuh, bukan dengan perasaan marah meletupkan bom pada badan kerana tindakan itu tidak akan memberi kesan kepada Islam itu sendiri kecuali berbalas dendam dan pembunuhan terus berlaku. Jadi, "Menguasai pengetahuan megenai agama sahaja tidak cukup untuk melawan balik penindasan terhadap umat Islam kerana penguasaan ilmu yang terhad dan tidak boleh digunakan untuk mempertahankan diri. "Berikutan dengan serangan terhadap Iraq, ramai umat Islam di seluruh dunia berdoa untuk menghentikan serangan itu, tetapi Amerika Syarikat teruskan juga hasrat menyerang Iraq dan memperoleh kejayaan." Akibat kejayaan itu "Sesetengah kita merasakan Tuhan tidak makbulkan doa kita, tetapi ini tidak benar, sebenarnya kita tewaskan diri kita sendiri. Islam menyeru kita supaya sentiasa bersedia untuk

8

mempertahankan diri. Dalam soal Iraq, jelas umat Islam tidak bersedia untuk semua itu. Mahathir juga membidas sebahagian umat Islam yang masih percaya bahawa mereka boleh mempertahankan diri dengan hanya menggunakan kuda dan lembing, sedangkan musuh menggunakan senjata automatik, jet pejuang dan lain-lain senjata canggih! "Kita perlukan senjata (canggih) untuk menanam rasa takut di kalangan musuh kita. Sesetengah kita membeli senjata yang dijual oleh musuh dan sudah pasti mereka tidak memberikan kita senjata terbaik, sebaliknya yang sudah ketinggalan. Dan apabila anda mempunyai senjata yang kurung baik, anda tidak dapat memenuhi kehendak aguma iaitu untuk mempertahankan ummah." Beliau berkata demikian sewaktu menutup Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Islam di Kuala Lumpur pada 16 September 2003. (Berita Harian. 17 Sept. 2003) Semak semula tafsiran lama Mahathir sangat prihatin terhadap keadilan yang perlu diamalkan dalam perundangan. Ada aspek-aspek tertentu dalam tafsiran lama yang memaparkan ketidakadilan terhadap sosial. Menurutnya ada sesetengah orang Islam yang menganggap adil sekiranya penguatkuasaan undang-undang Islam menyebabkan mangsa dihukum dan bukannya penjenayah yang dihukum. Oleh itu apabila seorang gadis dirogol tetapi tidak dapat mengemukakan saksi-saksi, dia masih dianggap bersalah kerana `zina' kalau dia hamil. Sementara perogol tidak dibawa ke pengadilan dan dihukum, gadis itu pula mesti direjam sampai mati kerana hukuman zina adalah rejam sampai mati. Jadi si penjenayah itu lepas dan orang seperti tidak ambil berat terhadap perogol. Di sini timbul masalah keadilan dalam undang-undang Islam dan inilah cara berfikir yang telah sekian lama menguasai pemikiran umat Islam. Hal ini memerlukan perhatian semula. Tafsiran lama yang , tidak adil ini adalah sesuatu yang malang terhadap umat Islam. Islam amat menekankan persoalan keadilan. Namun apa yang berlaku sepanjang sejarah perundangan Islam ialah kelemahan manusia dalam membuat penafsiran. Lebih buruk lagi apabila hal ini diperhatikan oleh nonMuslim atau mereka membandingkan dengan undang-undang kontemporari Barat dan bahan Barat yang lain. Umat lain termasuk orang-orang Melayu sendiri "Agak kurang toleran dan tidak begitu menghiraukan pandangan orang lain apabila mengamalkan ajaran Islam termasuk dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang Islam." (Sedutan teks ucapan Mahathir Mohamad di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Da1am Dunia Kontemporari di IKIM, Kuala Lumpur pada 24 Sept. 2000) Pengertian mengikut sunah Rasulullah s.a.w.

9

Umat Islam mencari model pembangunan tamadun dan peradaban. Ini mungkin bertolak dari sikap mahu mengamalkan Islam atau cara menghadapi cabaran-cabaran dunia kini. Oleh itu, rata-rata kefahaman umat Islam ialah berusaha menghidupkan kembali sunah Rasulullah s.a.w. Ini juga adalah sebagai merealisasikan ajaran-ajaran al-Quran. Niat dan sikap ini adalah baik. Namun ia mengundang beberapa persoalan yang juga ditanyakan oleh Mahathir. Apakah perlu kita ikut segala bentuk tindakan yang telah dibuat oleh Rasululloh s.a.w. atau para sahabat Baginda? Apakah ajaran Islam yang sebenarnya bermakna kita perlu ikut dan turut tiru sepenuhnya semua sunah itu? Dalam hal ini Mahathir mempunyai analisis yang menarik bagi membuka fikiran sebahagian umat Islam yang rigid cara berfikir. Menurut beliau kita tidak perlu ikut persis apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu justeru masyarakat, masa, budaya dan sebagainya yang berlainan. Apakah makna apabila kita menyebut yang Islam itu sesuai dengan semua zaman dan tempat tiba-tiba kita menyeru semua umat Islam supaya meniru kehidupan dari kurun ke-7 hingga kepada kejatuhan kerajaan Turki? Kalau hendak tiru yang lama, bermakna Islam tidak sesuai pada zaman ini. Inilah yang dibangkitkan oleh Mahathir dalam ucapannya sewaktu merasmikan The World Islamic Civilization Festival 1994 di Kuala Lumpur 17 Jun 1994 dahulu. Dalam ucapannya Mahathir menyebut "But when we talk of recreating the Islamic civilization, we do not mean to build a .fair copy of the Muslim world from the 7th century until decline of the Turkish Sultanate. Even when we are enjoined to seek guidance from the sunnah of Prophet (s.a.w.), we are not expected to reproduce exactly the achievements and the life of the Prophet. Indeed the golden period of Islamic civilization was not brought about by the reproduction of the life and times of the Prophet in Makkah and Madinah. The Islamic civilization was then result of following the true teachings of Islam which the people in the lifetimes of the Prophet were not able to benefit from fully because of time. In size and in span of knowledge and achievements, the Islamic civilization that was built after the demise of the Prophet was, far greater than the Muslim world in the Prophet’s time. This is because the application of Islamic teachings and creed over the centuries was able to bring about the maximum results. " (Mahathir Mohamad 1995. Islam and the Muslim Ummah. Selected speeches. 9). Jadi kita perlu ikut ajaran Islam yang menjawab masalah-masalah kontemporari. Pakaian tidak menentukan pegangan agama Salah keyakinan komitmen dipandang berserban

satu budaya umat Melayu malah umat Islam umumnya ialah bahawa pakaian adalah parameter atau ukuran kehebatan agama seseorang. Lazimnya nilai keislaman sesorang itu dari sudut cara ia berpakaian. Jika la berjubah atau sering ke mana sahaja dia pergi, itu dikira hebat walaupun ilmu 10

agamanya tidak setinggi mana. Umat Melayu ada keyakinan ini. Oleh itu sesiapa yang membudayakan dirinya dengan berjubah, berserban atau berketayap putih selalu, adalah dianggap tinggi keislamannya. Dia dihormati melebihi daripada seorang profesor pengajian Islam di pusatpusat pengajian Islam yang suka memakai baju kemeja biasa atau batik. Ini sangat lumrah dalam budaya orang-orang Melayu, hingga siswa-siswi di universiti pun akan menghorrnati ‘individu hebat’ itu daripada mahagurunya sendiri. Sebaliknya pula jika individu idola itu menukar budaya dengan memakai batik atau berkemeja dan bertali leher, maka rasa hormat tadi akan menurun. Oleh itu mempertahankan budaya jubah, berserban dan berketayap putih menjadi kemestian justeru dipandang tinggi lagi mulia, walaupun ilmu Islamnya berputar-putar di sekitar akidah atau akhlak sahaja. Perkara budaya bercirikan kearaban itu ada baiknya, namun Islam tidak menetapkan corak kearaban itu sebagai satu kehebatan dan kemuliaan. A1-Quran hanya menetapkan garis panduan berpakaian tetapi tidak menetapkan bahawa semua umat Islam perlu ikut patuh pakaian kearaban itu. Orang Arab sendiri pun menurut Mahathir ada yang beragama Nasrani tetapi masih juga orang Arab dan memakai jubah. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat umpamanya "tidak ada perbezaan antara pakaian orang Arab yang bukan Islam termasuk orang jahiliah dengan orang Arab yang telah menerima agama Islam, melainkan dari segi menentukan pegangan kepada agama Islam. Yang menentukannya ialah iman dan takwa. Tetapi ramai orang Melayu Islam sanggup bermusuhmusuhan dengan orang Islam saudara sesama mereka sambil memegang kuat kepada rupa bentuk yang dianggap Islam oleh mereka" (Ucapan Mahathir di Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam. 29-31 Januari 2002. Kuala Lumpur). Umat Islam dan budaya mahu hidup mudah Islam berjaya membentuk minda dan budaya orang Melayu-Islam. Tetapi orang Melayu juga terus dipengaruhi oleh nilai-nilai hidup kemelayuan yang diwarisi turun-temurun. Mahathir menyebut "Sesuatu yang terdapat orang Melayu dahulu dan masih ada pada mereka sekarang ialah kegemaran kepada yang mudah. Kerana kegemaran ini, negeri tergadai. Apabila dijanji oleh saudagar Cina kutipan cukai yang tinggi dan tetap, Raja-raja Melayu memberi monopoli cukai dan penjualan candu kepada saudagar-saudagar Cina. Kemudian datang British yang berjanji dengan menggunakan nasihat mereka, pentadbiran negeri Melayu akan lebih tertib dan political pension tetap serta kemudahan-kemudahan hidup yang luar biasa akan dinikmati oleh Raja-raja Melayu. Dengan janji ini kuasa penuh diberi kepada penjajah untuk mentadbir mengikut kehendak mereka.

Kehidupan memang menjadi lebih mudah tetapi negeri tergadai

11

Sikap ambil mudah ini berterusan. Orang Melayu Islam suka yang mudah dan senang. Kemudahan-kemudahan yang disediakan pihak pemerintah di bawah Dasar Ekonomi Baru seperti lesen, permit-permit perniagaan dan lain-lain yang berpotensi membuat keuntungan jika serius bekerja dan bersusah payah, tetapi jalan mudah dilakukan iaitu menjual lesen, permit, saham dan lain-lain kepada bukan Islam. Mereka mendapat untung cepat dan mudah tanpa bersusah payah. Tindakan ini akhirnya memberi kekayaan kepada orang lain. Dan Melayu itu akan memintaminta lagi. Jika tidak dilayan, ia akan menganggap kerajaan itu zalim, tidak mahu membawa orang-orang Melayu. Maka minda orang-orang Melayu Islam perlu dibuka dan menerima nilai-nilai dan ajaran Islam yang lebih baik." (Ucapan Mahathir di Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam). Umat Islam tidak boleh jadi kaya kerana ia bermakna materialisme Satu perkara yang lumrah diyakini oleh orang Melayu ialah mereka tidak perlu bekerja kuat untuk mencari kesenangan hidup atau memiliki harta. Itu dianggap materialisme. Itu semua dunia belaka! Oleh itu orang Islam perlu hidup seadanya sahaja. Tidak perlu tekun bekerja atau berusaha menjadi kaya. Biarlah kekayaan negara dibolot oleh bukan Islam kerana dunia untuk orang bukan Islam. Mahathir membetulkan perspektif umat Islam ini. Dalam bukunya Menghadapi Cabaran (1976) di bawah tajuk `Kerohanian dan cabaran moden' Mahathir memberi penjelasan. "Di sini patut ditegaskan bahawa keduniaan tidak semestinya bemakna materialisme. Manusia tidak dapat mengelakkan daripada mempunyai harta. Pengemis pun ada harta, walaupun ia mempunyai sehelai kain di pinggang. la mesti dihargai dan sayang kepada hartanya ini. Tetapi ini tidak bermakna dia tamak kepada kebendaan ataupun dia materialistik. Pengemis pun akan cuba menambah hartanya. Begitu juga seorang yang sudah pun ada harta akan cuba menambah lagi harta itu’ Percubaan untuk menambah kekayaan belum menjadikan seseorang itu orang yang materialistik. Tetapi pengemis atau jutawan menjadi seorang materialis apabila dia sanggup membuat apa sahaja untuk menambah harta dan kekayaan dan kehidupannya dikuasai oleh usaha merebut kekayaan semata-mata. Orang seperti ini tidak akan memulangkan balik kepada masyarakat sebahagian daripada kekayaannya, sama ada secara sukarela atau tidak, untuk menolong golongan yang tidak bernasib baik. Mereka akan cuba mengelakkan daripada sebarang tanggungjawab terhadap masyarakat kerana tamak. Apa yang jelas daripada keterangan ini ialah memiliki harta atau mencari kekayaan tidak menjadikan seseorang itu materialis jika dia tidak tertaasub dengan kekayaan sehingga lupa dan tidak mempunyai

12

perasaan 'kemanusiaan'. Fahaman ini penting kerana adalah mudah bagi masyarakat dikelirukan dengan anggapan dan tafsiran bahawa kemiskinan bermakna kerohanian dan kekayaan di dunia ini adalah sama dengan materialisme. Dari sejarah Islam kita tahu bahawa miskin dan kaya tidak ada pertalian yang tetap dengan kerohanian dan kebendaan. Pemimpinpemimpin Islam ramai yang kaya tetapi pegangan mereka kepada ajaran Islam yang mengutamakan nilai-nilai rohaniah tidak dapat dinafikan. Sayidina Usman, umpamanya adalah orang kaya. Begitu juga Siti Khatijah yang menjadi isteri yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang peniaga yang kaya. Walaupun mereka hartawan, mereka bukan tertaasub dengan materialisme. Islam tidak pernah menuntut supaya kekayaan dunia digugurkan. Di antara ‘dunia’ dengan ‘akhirat’ mesti ada imbangan. Sebab itu orang Islam didesak bekerja seolah-olah akan hidup selama-lamanya tetapi beramal ibadat seolah-olah akan mati keesokan harinya. "Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seakan-akan kamu akan mati besoknya." Pandangan Islam terhadap dunia tidak pernah melampau seperti dengan agama-agama lain. Sistem monastery dan nunnery; tegahan beristeri, dan berapa tidak dituntut oleh Islam. Sebaliknya amalan rejection of worldliness banyak terdapat dalam agama Kristian umpamanya. Paderi dalam mazhab Roman Katolik tidak boleh beristeri. Terdapat pula berbagaibagai religious order dalam agama lain yang mana ahlinya mengasingkan diri daripada masyarakat luar, menolak `keduniaan' sepanjang hayat mereka dan mereka semata-mata membuat ibadat. Sungguhpun pada masa-masa yang lewat ini ahli-ahli religious orders tidak lagi begitu rigid sikap mereka, tetapi konsep menolak `dunia' masih ada di kalangan orang Kristian Katolik. Dalam Islam tidak ada golongan orang yang `bertapa' dan religious order yang menolak dunia. Sebabnya ialah penolakan dunia dengan kekayaan tidak semestinya bermakna pegangan kepada nilai nilai rohaniah tidak tercapai, ataupun menjadi lebih tinggi lagi. Sungguhpun tinjauan dibuat oleh ahli-ahli sufi untuk mencapai nilai rohaniah yang tinggi, Sufisme tidak menjadi satu religious order yang menolak semua `keduniaan'. Apa yang dituntut oleh Islam bukan penolakan dunia tetapi kesedaran dan kemanusiaan. Amalan sembahyang mengingatkan sekalian orang Islam bahawa walaupun kaya, atau berkuasa, atau pandai, masih ada kuasa yang lebih besar, lebih tinggi dan lebih kaya daripada mereka. Sembahyang juga

13

mengingatkan bahawa sebenarnya kaya dan miskin, raja atau rakyat, pemimpin atau penganut adalah sama. Dengan ini perasaan sombong dan bongkak yang mudah menguasai jiwa orang yang terlalu pandai atau terlalu berkuasa atau terlalu kaya dihindarkan. Masyarakat menjadi lebih adil dan tenteram dan bahagia kerana tidak terdapat perasaan sombong dan bongkak yang membawa kepada salah faham dan ketegangan. Puasa yang diwajibkan kepada seluruh orang Islam menyedarkan mereka tentang keazaban orang yang diserang kelaparan (iaitu orang miskin). Di dalam bulan puasa bukan sahaja seorang Islam merasai tekanan kelaparan tetapi ia dikehendaki menyingkirkan fikiran, niat dan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang dilarang oleh agama dan masyarakat. Ini adalah suatu latihan jiwa yang kuat dan berkesan. Dalam keadaan haus dan lapar dia dikehendaki mengawal perasaan-perasaan yang liar yang boleh merosakkan dirinya dan masyarakat. Sudah tentu latihan ini akan menambah keupayaan orang Islam menghadapi cabaran hidup dengan jayanya dan menjadikan masyarakat mereka lebih tertib dan aman. Ibadat zakat pula menolong mengurangkan perbezaan golongan-golongan dalam masyarakat supaya ketenangan dan pemusuhan tidak berlaku. Zakat membentuk dan menyuburkan perasaan tanggungjawab dan timbang rasa di kalangan orang Islam, yang akan mengurangkan hasad dengki yang biasanya membawa kecelakaan dalam masyarakat. Akhirnya fardu haji menggolongkan semua latihan ini supaya lebih berkesan dan menyedarkan tentang persaudaraan umat Islam yang tidak membezakan kulit atau bangsa ataupun lain-lain perbezaan yang wujud di kalangan manusia. Apa yang jelas dari ibadah yang diwajibkan oleh Islam ialah amalan yang menyedarkan tiap-tiap orang Islam tentang sikap dan tanggung-jawab kepada masyarakat dan kepada Tuhan. Sikap dan tanggungjawab ini cuma berkesan jika seseorang itu memainkan peranan nya yang penuh dalam masyarakat. Jika dia menarik diri daripada masyarakat, bertapa dan beribadat seorang diri maka sudah tentu dia tidak boleh memainkan apa-apa peranan. Dengan perkataan lain seorang Islam tidak dituntut supaya menolak terus semua yang berunsurkan keduniaan dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Apa yang dikehendaki ialah supaya keduniaan tidak membolot semua fikirannya sehingga sikapnya kepada orang lain tidak bertimbang rasa, tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan." (Mahathir Mohamad. Menghadapi Cabaran. 1976-1985). STRATEGI PENGUKUHAN ISLAM DAN KEMAJUAN ORANG MELAYU

14

Mahathir bertolak dari hakikat bahawa Melayu di Malaysia adalah Musiim keseluruhannya justeru salah satu definisi Melayu adalah bangsa yang beragama Islam. Dan Melayu berada dalam keadaan yang tidak kukuh kedudukannya oleh sebab kuasa ekonomi berada di tangan bangsa mendatang. Melayu hanya tinggal kuasa politik dan pentadbiran negara. Itu pun terpaksa dikongsi dengan non-Melayu. Dalam keadaan begini, Melayu terus berpecah dalam beberapa kelompok politik dan sering bercakaran. Masa, tenaga dan fikiran banyak dibazirkan untuk menyelesaikan hal-hal ini. Justeru, tindakannya ialah memperkasakan dan memperkukuhkan Melayu dan memajukan mereka yang dengannya Islam yang kuat dapat ditegakkan. Dengan lain perkataan, Mahathir berusaha mengukuhkan perpaduan Melayu sebagai platform memajukan agama Islam. Islam tidak boleh tegak dan teguh dalam masyarakat yang miskin, tiada jati diri, lemah dan mundur. Islam boleh maju dan kuat bersama masyarakat yang maju dan kuat juga. Inilah antara tindakan strategik Mahathir melalui pelbagai rancangan pembangunan negara, walaupun ada pemimpin dan intelektual Melayu sendiri yang menentangnya. Parti pembangkang Melayu sendiri menuduhnya sebagai Firaun yang zalim. Apa yang dilakukan didakwa bertentangan dengan Islam. Wawasan 2020 tidak Islamik, lebih baik `wawasan akhirat'. Projek kereta nasional tidak menguntungkan, Mahathir menggunakan wang rakyat untuk membuat projek-projek mega dan sebagainya. Jambatan Pulau Pinang juga projek membazir tetapi kumpulan yang menuduh itulah yang menggunakannya. Tuduhan-tuduhan seperti inilah yang sering dilemparkan kepada beliau. Melayu-Islam perlu buka minda jika mahu berubah ke arah kemajuan seperti bangsa-bangsa lain yang maju di dunia ini. Mahathir percaya bahawa minda orang Melayu sudah pun terbuka. Tetapi kebanyakan yang memasuki minda ini adalah yang tidak membina. Umpamanya fundamental atau asas Islam amat mudah. Apa yang diwajibkan sedikit sahaja. Untuk menjadi orang yang beragama Islam apa yang diwajibkan ialah naik saksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Tetapi kita suka menokok tambah berbagai-bagai syarat sebelum orang yang sudah pun Islam diterima sebagai orang Islam. Dengan ini perhubungan antara orang Melayu Islam dengan orang Melayu Islam yang lain menjadi tegang dan buruk. Sebaliknya jika pemikiran terbuka membolehkan Melayu Islam ini menerima ajaran Islam yang mengambil kira keadaan yang berubah sepanjang masa, maka orang Islam tidak akan ketinggalan zaman. Hanya berkenaan memahami fardu ain dan fardu kifayah, sunat dan wajib pun minda yang terbuka boleh menjadikan Islam sesuai untuk semua zaman dan tamadun. Tetapi dengan diwajibkan ibadat-ibadat baharu seperti qiamullil, tazkirah, kuliah subuh dan lain-lain, agama yang mudah yang memberi cukup 15

masa untuk kerja-kerja lain yang penting menjadi fardu ain dan fardu kipayah, sunat dan wajib pun minda yang terbuka boleh menjadikan penghalang kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dan kerja-kerja yang penting bagi kesejahteraan dan keselamatan umat islam. Demikian juga dengan jihad, yang diutamakan ialah perang. Sebenarnya yang di suruh ialah penyediaan alatan perang supaya mengerunkan musuh. Tidak ada gunanya berperang jika tentera Islam tetap akan kalah kerana tidak ada persediaan dan serba kekurangan. Tetapi asyek dengan serangan mati syahid yang merugikan Islam; Sebenarnya yang benar-benar berjihad ialah mereka yang membiayai, mencipta, mengeluar alatan peperangan yang Iebih kuat dan lebih canggih daripada tentera musuh. Minda yang terbuka tentulah memberi penghargaan kepada mereka yang mempelajari sains dan teknologi, memperkayakan masyarakat Islam, mencipta dan mengeluarkan senjata yang canggih, menyusun bala tentera yang gagah dan ditakuti oleh musuh kerana kekuatan serta mempunyai kekuatan yang mencukupi dan mampu menyelamatkan umat Islam sebagai orang yang berjihad di jalan Allah. Ingatlah Sayidina Usman berjihad dan membekalkan unta untuk pasukan tentera Islam pada zaman Nabi. Justeru, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan perolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara buta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada umat Islam yang lain. MELAYU ISLAM MESTI AKUI DAN BAIKI KELEMAHAN Minda yang terbuka hendaklah terbuka kepada yang benar dan nyata sekarang. Yang benar dan nyata sekarang ini ialah kedaifan orang Melayu Islam dan ketidakmampuan mereka. Yang benar dan nyata ialah kita sendiri terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk membangun dan memperkayakan negara kita. Yang benar dan nyata ialah banyak urusan dalam masyarakat dirancang dan dilaksanakan oleh kaum lain. Dari segi hubungan antarabangsa yang benar dan nyata ialah Melayu Islam tidak dapat mendirikan negara yang dapat membantu dan menolong menyelamatkan orang-orang Islam yang tertindas dan daif, terutama yang terdiri daripada orang Islam. Dan banyaklah lagi kelemahan orang Melayu dalam menangani hubungan antarabangsa. Minda yang terbuka perlu pertamanya mengenal pasti dan mengakui kelemahan yang ada pada Melayu Islam dan keduanya mengenal pasti apa yang perlu diubah dan diamal untuk mendapat manafaat daripada minda yang terbuka. Pendekatan dan kemampuan menilai yang terbuka. Pendekatan dan kemampuan menilai antara yang baik dan yang buruk perlu menjadi kebolehan yang ada pada orang Melayu Islam. Dalam

16

menilai sifat-sifat yang ada pada diri sendiri tidak ada tempat bagi perasaan malu mengenai kelemahan diri dan kesombongan yang tidak berasas. Demikian juga setelah mengenal pasti kualiti yang lemah yang ada pada diri sendiri tidak perlu perasaan malu untuk menerima dan mengamal nilai yang ada pada orang lain, walaupun mereka daripada kaum dan bangsa yang kita kurang senang dengan mereka. Yang jelas ialah minda yang terbuka ialah suatu sikap yang baik yang perlu dimiliki orang Melayu Islam. Namun minda yang terbuka harus disampingi oleh keupayaan menilai dan memililh yang jernih dan membuang yang keruh. Yang benar dan nyata harus diakui walaupun pedih dan yang benar dan nyata harus memandu pemikiran yang terbuka. Akhirnya perubahan perlu diterima jika minda yang terbuka hendak dihasilkan nikmat, termasuk perubahan budaya bangsa tanpa menghilangkan identiti bangsa. (Mahathir. 2002. Ucapan Perdana: 10-13) MAHATHIR DAN TINDAKAN PERUBAHAN Tidak banyak pemimpin negara-negara dunia yang menguasai serentak idealisme dan realisme. Sejarah pemikiran dunia merakamkan kumpulan pemimpin yang menguasai realisme biasanya berjaya melestarikan idea dan gagasannya. Sementara kelompok idealis hanya mampu memperkasakan kelemahan dan status-quo kuasa politik atau kekayaan. Pemimpin yang realis adalah orang yang memahami dengan baik persoalan-persoalan semasa rakyat dan serta mampu menyusun strategi untuk menghadapinya. Mahathir seperti yang telah terbukti, adalah seorang pemimpin dan negarawan yang tercanturn dalam dirinya idealisme dan realisme serentak. Kefahaman tentang Islam, sejarah umat Islam, bangsa Melayu, membawa kepada ideologiideologi moden serta cabaran-cabaran terkini seperti gagasan globalisasi dan pelbagai macam idea tentang ekonomi politik dunia, mata wang serta prospek serta persediaan masa hadapan ummah dan lain-lain sering dibincang oleh Mahathir di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Bagi Malaysia, itulah gagasan serta idealisme yang telah direalisasikan oleh Mahathir. Segala kelemahan umat Melayu diubati melalui pelbagai bentuk tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Wawasan 2020 adalah platform panjangnya untuk merubah minda, psikologi dan hala tuju masa hadapan umat Islam Malaysia. Terdapat banyak tindakan praktikal yang telah dilakukan oleh Mahathir menukar realiti dan kehidupan umat lslam di Malaysia. Di sini, penulis hanya memetik contoh tindakan Mahathir melawat perusahaan dan kemajuan sains dan teknologi di Jepun dan Korea sekadar contoh, dan beliau kerap melawat negara-negara tersebut.

17

Pada pertengahan tahun 2000, Mahathir telah membuat lawatan kerja ke Jepun. Selain dari acara-acara rasmi, Mahathir melawat syarikat-syarikat multinasional Jepun. Beliau melawat kilang Yamazaki Mazak di Nagoya, iaitu sebuah kilang pengeluar mesin berkomputer dan peralatan mesin dengan menggunakan teknologi terkini termasuk kilang siber pertama di dunia di bidang ini. Perjalanan dan kerja di kilang ini boleh dipantau oleh petugasnya biarpun dari bilik tidur di rumah. (Wingguan Malaysia. 18 Jun 2000). Sempena lawatan ini beliau turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara SME Aerospace, anak syarikat SME Industries dan Mazak bagi pembelian mesin untuk pembuatan komponen industri aeroangkasa di Malaysia. lndustri ini digerakkan sendiri oleh Mahathir. Kemudian, Mahathir melawat Matsushita Multimedia Center di Tokyo. Di sini, Mahathir tertarik dengan ciptaan sistem penginapan digital 2003 atau H111 House yang sedang dibangunkan olch syarikati berkenaan. Di sini, ciptaan telefon selular bagi mengawal selia fungsi rumah, bilik air yang boleh memproses data kesihatan diri dan sistem keselamatan tercanggih. Teknologi ini disarankan oleh Mahathir dipindahkan ke Koridor Raya Multimedia (MSC) di Putrajaya. Mahathir juga turut menguji sistem pengangkutan gabungan bas kereta api yang menggunakan teknologi Intelligent Multimode Transit System (IMTS). Pengangkutan bergerak tanpa pemandu. Perjalanannya dikawal di pusat kawalan. Semua jumpaan dan kemajuan ini dicatat oleh Mahathir untuk direalisasikan di Malaysia. Pada pertengahan tahun 2002 pula Mahathir mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan. Mahathir juga kerap ke Korea Selatan sama seperti Jepun di atas. Di samping memenuhi tujuan-tujuan hubungan dua buah negara dari sudut kepentingan politik, Mahathir juga melawat dan meninjau teknologi-teknologi terkini terutama sekali pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat pengeluar kereta Hyundai di Gyeonggi-do. Di sini Mahathir melihat sendiri kepesatan industri kereta Korea. Dalam masa kurang sedekad, keluaran syarikat ini telah menembusi pasaran dunia melalui model-model kereta yang cantik menawan para pembeli. Di sini, lima memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani iaitu MATRADE dan KITA, Naza Kia Sdn. Bhd. dan Kia Motors Corporation serta LG Chem Invesment Ltd. dan Innobiologies Shd. Bhd. Lawatannya itu telah berjaya memindahkan teknologi serta etika kerja Korea ke Malaysia. Selanjutnya syarikat-syarikat Korea telah dibenarkan beroperasi di Malaysia. Tindakan praktikal ini adalah usaha Mahathir untuk memindahkan kepandaian teknologi Timur ke Malaysia. (Utusan Malaysia. 23 Mei 2002). KESIMPULAN Mahathir bersemangat tinggi untuk mengubah nasib dan realiti kehidupan umat Islam di Malaysia. Beliau juga berhasrat menjadikan Malaysia negara Islam model kepada negara-negara Is1am di dunia. dan ini telah menjadi kenyataan. Sewaktu saya berada di England, Mesir, Indonesia, Jordan dan di lain-lain negara di Timur, masyarakat

18

dunia terpegun dengan Mahathir dan Malaysia umumnya justeru pembangunan pesat dalam segenap bidang kehidupan rakyat Malaysia. Sewaktu makalah ini ditulis, Malaysia masih unggul walaupun Mahathir sudah berhenti menjadi Perdana Menteri. Kejayaan pembangunan Malaysia diteruskan oleh penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dianggarkan kira-kira dua juta rakyat Indonesia. Myammar, Thailand, China, Pakistan, Filipina dan lain-lain datang mencari kehidupan di Malaysia. Mereka menganggap Malaysia adalah `lubuk emas'. Siapa yang lebih penting dari realiti itu ialah umat Islam telah ditingkatkan kualiti kehidupan mereka dengan cara menghakis sedikit demi sedikit segala kelemahan yang telah disebutkan di atas. Memang sukar untuk membentuk manusia menjadi bangsa yang maju, tetapi adalah mudah untuk menjadikan mereka susah dan lemah. Mahathir percaya kepada kekuatan ilmu terutamanya sains dan teknologi. Umat Islam dikikis psikologi mereka yang selamanya lemah dan kagum dengan peradaban Barat yang materialis dan sekular. Beliau memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur. Contoh, Jepun dan Korea yang sudah lama terkenal dengan kemajuan industrinya. Umat Islam dibentuk minda mereka supaya meniru kemajuan sains dan teknologi Jepun serta Korea. Dan inilah yang kini sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia sekarang. RUJUKAN Dr. Mahathir Mohamad. 1976. Menghadapi Cabaran. K.L. Pustaka Antara. Dr. Mahathir Mohamad. 1999. Jalan Ke Puncak_ Subang Java. Pelanduk. Dr. Mahathir Mohamad. 1999. The Malay Dilemma- K.L, Singapore. Time Books International. Dr. Mahathir Mohamad. 2002. Ucapan Perdana Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. K.L, DBP. Dr. Mahathir Mohamad. 1995. Islam and The Muslim Ummah. Selected speeches by Dr. Mahathir Mohamad, Prime Minister Of Malaysia. Vol. 1. edited by Hashim Makaruddin. Subang Jaya. Pelanduk Publication. Dr. Ilyas Harun. 1998. Mahathir: Negarawan Unggul Abad Ini. K.L. Iteko. Rahman Shaari. 1984. Zaman Mahathir. K.L. Limma Enterprise Sdn. Bird. Sivamurugan Pandian. 2005. Legasi Mczhathir. K.L. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Utusan Malaysia, 23 Mei 2002.

Mingguan Malaysia, 18 Jun 2000.

19

Berita Haran 17 Sept. 2003. Berita Harian 7 Julai 1968. BIODATA PROF. DR. IDRIS ZAKARIA merupakan Pensyarah Falsafah dan Pemikiran Islam, Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor .

20

Related Documents


More Documents from "zuhadisaarani"