Puding

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Puding as PDF for free.

More details

  • Words: 525
  • Pages: 2
Email this Recipe

Agar-agar Lapis

Print this Recipe

Sumber: Majalah Perempuan April 1997 Hits: 2879 Rating: 10.00 Review: 0 Bahan-Bahan: 2 bungkus agar-agar 2,000 ml air 50 g gula ½ cawan gula merah

¼ cawan susu pekat Sedikit pewarna merah dan ungu Loyang atau sebarang bekas agar-agar

Cara: Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur. Tapis dan bahagi agar-agar kepada empat bahagian. Didihkan agar-agar bahagian pertama bersama gula merah. Apabila masak, tapis dan ketepikan. Masukkan susu pekat ke dalam agar-agar bahagian kedua, kacau dan ketepikan. Untuk agar-agar bahagian ketiga dan keempat, campurkan pewarna merah dan ungu. Bagi membentuk lapisan pertama, tuang agar-agar berwarna merah. Biarkan agar-agar separuh keras, sebelum dituang agar-agar berwarna ungu, putih dan gula merah. Panduan: Jika agar-agar menjadi keras, bolehlah dikacau di atas api perlahan, sebelum dituang ke dalam bekas untuk membentuk lapisan.

Email this Recipe

Agar-agar Marble

Print this Recipe

Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia Hits: 35243 Rating: 5.92 Review: 2 Bahan-Bahan: 4 sudu besar tepung kastad ½ cawan susu cair 125 gm mentega 6 gelas air

1 bungkus agar-agar 5 biji telur 1 mangkuk kecil gula Sedikit serbuk koko

Cara: Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.

Review:

Puding Kastard

Email this Recipe

Print this Recipe

Kiriman: hazirah Hits: 105 Rating: 0.00 Review: 0 Bahan-Bahan: tepung kastard air susu sejat ideal buah dlm tin gula Cara: sukat tepung kastard dengan cawan.bagi setiap cawan tepung kastard, lima cawan air diperlukan. campurkan kedua-

dua bahan dalam periuk, kacau sehingga likat. lepas tu, campur setengah tin susu sejat ideal dan kacau bahan-bahan sehingga likat semula. selepas itu, masukkan puding kastard yang likat itu dalam bekas dan biar ia keras.untuk kuah, campurkan ai dan gula sesedap rasa, kemudian akhir sekali selepas air bercampur gula menggelegak,campurkan susu sejat ideal sebanyak satu setengah tin. Cadangan Hidangan: sejukkan kuah susu dalam peti sejuk. keluarkan buah dalam tin dan sejukkan dalam peti sejuk. hidangkan dengan campurkan buah dalam kuah susu bersama potongan puing kastard.

Email this Recipe

Karamel

Print this Recipe

Sumber: Buku Belajar Memasak Hits: 9329 Rating: 5.37 Review: 2 Bahan-Bahan: Bahan A (puding) 250 ml susu sejat 250 ml air 3 biji telur 4 sudu besar gula pasir 1½ sudu besar mentega 1 sudu kecil esen vanila

Bahan B (gula hangus) 125 gula pasir 4 sudu besar air

Cara: Satukan bahan (B) dalam periuk. Masak hingga pekat dan kekuningan. Tuangkan sirap ini ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan. Bahan (A): Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula kastor dan pukul lagi. Tuangkan susu sejat, air dan esen vanila. Kacaukan hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan ini kedalam mangkuk yang berisi gula hangus. Bubuhkan sedikit margerin di atasnya. Kukus di dalam pengukus selama 20 minit.

Review:

Related Documents

Puding
May 2020 7
Aneka Puding
October 2019 22
Puding Wabah.docx
May 2020 6