Pudding Roti Bahan – bahannya ….. 8 keping roti 2 sudu sedang mentega 1 kotak kecil kismis 3 biji telur 2 ½ cawan susu ¾ cawan gula 1 sudu teh vanilla Cara membuatnya …… •
Sapukan mentega pada tin pembakar
•
Siat roti masuk dalam tin pembakar
•
Sapukan mentega sedikit pada roti tersebut
•
Tabur kismis dalam bekas separuh
•
Pukul 3 biji telur dan masukkan ¾ cawan gula dan 2 ½ cawan susu beserta esen vanilla ke dalam mangkuk . Kacau sehingga sebati .
•
Masukkan semua bahan ke dalam tin pembakar
•
Panas dulu oven selama 5 minit
•
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 minit pada suhu 175 ° c dan sejukkan dalam peti.
Vanilla sos Bahan – bahannya …… 1 tin susu sejat 3 sudu sedang gula secubit garam 1 sudu teh vanilla 2 sudu sedang tepung jagung yang dicampur dengan ¼ cawan air Cara membuatnya …… • • • • •
Masukkan 1 tin susu sejat ke dalam periuk dan panaskan Masukkan gula , secubit garam dan esen vanilla. Masukkan tepung jagung setelah sos mendidih Kacau sehingga sebati dan jangan terlalu lama . Pekatkan sos dengan api perlahan . Sejukkan sos setelah siap
Ps: aritu saya buat ½ tin je susu sejat tu;)