Puasa Yang Berjaya

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Puasa Yang Berjaya as PDF for free.

More details

  • Words: 1,284
  • Pages: 6
E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

Ikhlas jambatan kejayaan ibadat puasa

T

IDAK lama lagi, umat Islam akan menghadapi Ramadan, menandakan bermulanya ibadat puasa sebagai salah satu Rukun Islam. Ramadan, bulan penuh keberkatan yang mengandungi banyak hikmah kepada Muslimin.

Tidak hairanlah, Rasulullah menyifatkan Ramadan sebagai bulan untuk umatnya. Ini terkandung dalam satu hadis, bermaksud, “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan itu bulan umatku.” Sehubungan itu, persediaan mental dan fizikal perlu dilakukan dari sekarang. Bagi mereka yang berpuasa sunat sepanjang Syaaban, amalan berpuasa Ramadan tidak terlalu membebankan. Anggaplah kehadiran Ramadan sebagai bulan keseronokan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah, dan menambah amal ibadah selain menahan lapar dan dahaga. Membersihkan hati dan peribadi penting untuk mencapai tahap kecemerlangan berpuasa sebagaimana yang dihayati kalangan salihin dan aulia Allah. Tetapi bagaimana hendak membersihkan diri sebagaimana yang dituntut Allah dan Rasulullah. Ini kerana rohani yang bersih melahirkan keikhlasan. Hati yang ikhlas kunci segala amalan dan ibadat Muslimin itu diterima Allah. Akhlak adalah kecantikan peribadi seseorang. Akhlak juga cermin kerohanian insan yang dikasihi Penciptanya. Manusia dicipta untuk menjalani kehidupan yang berakhlak, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Imran (85) bermaksud, “Siapa yang memilih cara kehidupan selain agama Islam, Allah tidak sekali-kali akan menerima apa saja daripadanya dan juga di akhirat dia dimasukkan ke dalam golongan orang yang rugi,” kata pendakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Sayyid Musa Kazim al-Bukhari.

Ikhlas jambatan kejayaan ibadat puasa___________________________________

Manusia itu sifatnya tidak sempurna, kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. Orang yang berakhlak mulia dan terpuji ialah insan yang sentiasa menginsafi dirinya hanyalah hamba kepada Penciptanya. Hidupnya untuk kembali ke alam akhirat, manakala setiap perbuatan walaupun satu huruf tetap akan dihisab di hadapan Allah di akhirat kelak. Orang inilah yang diberi peluang oleh Allah untuk membersihkan hatinya. Firman Allah dalam surah an-Naziyat (40-41) bermaksud, “Dan adapun orang yang takut atas kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya/keinginannya, maka sesungguhnya syurga itu tempat tinggalnya.” “Mereka yang membersihkan diri ialah orang yang sentiasa berusaha meningkatkan iman dan takwanya. Baik dalam kehidupan rahsianya mahupun ketika di khalayak ramai,” jelas Sayyid. Sesungguhnya golongan ini seperti yang disebut dalam firman Allah dalam surah al-Kaf (16-18) bermaksud: “Sesungguhnya kami menciptakan manusia dan kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang seorang lagi di sebelah kiri, tiada satu ucapan pun yang dilafazkannya, melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang bernama Raqib dan Atid, hadir bersama.” Kata Sayyid, seorang mukmin tidak mungkin melakukan perkara mungkar jikalau mengetahui Allah dan malaikat sentiasa memerhatikan gerak-gerinya. Firman Allah dalam surah al-Infitar (10-12) bermaksud: “Dan sesungguhnya bagi kamu ada malaikat yang mengawasi pekerjaan kamu, mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Di antara malaikat itu ialah yang bernama Kiraman dan Katibin.” “Seseorang yang berbuat dosa sedangkan ia mengetahui perbuatan itu salah adalah orang yang ingkar. Dia tidak beriman kepada Allah pada ketika itu. Sekiranya dia menemui ajalnya pada masa itu, maka matinya sebagai hamba yang derhaka kepada Allah,” kata Sayyid. Firman Allah lagi dalam surah al-Israk (13-14) bermaksud: “Dan setiap manusia yang mukallaf (Islam, baligh dan berakal), kami lekatkan tanda nasib buruk pada tengkuk masing-masing sebagai kalung dan kami perlihatkan kepadanya pada hari kiamat kitab amalannya yang dia mendapatinya di dalam keadaan terbuka, menampakkan buruk baiknya dan diikatkan kepadanya: “Bacalah kitabmu, memadailah kamu sendiri membuat kiraan pada hari ini terhadap amalanmu! “Pada setiap masa dan ketika malaikat sentiasa menyaksikan amalan yang dilakukan umat manusia, sama ada baik ataupun jahatnya.”

Ikhlas jambatan kejayaan ibadat puasa___________________________________ Untuk membersihkan diri, perlu mengetahui empat perkara iaitu, mengenal dirinya, mengenal Tuhannya, mengenal dunianya dan mengenal akhiratnya. Allah berfirman dalam surah al-Mulk (2) bermaksud: “... yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.” Orang yang beriman wajib percaya dan yakin Allah itu wujud, mendengar, melihat dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Firman Allah dalam surah al-Imran (29) bermaksud: “Katakanlah, jika sekalipun kamu sembunyikan atau kamu terangkan apa yang dalam hatimu itu, nescaya Allah mengetahuinya.” Orang merasakan dirinya menjadi perhatian Allah setiap masa akan hidup sebagai hamba yang ikhlas dan mentaati Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud, “Barang siapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan baik dan ikhlas, Allah akan menjadi mata yang dia melihat dengannya, Allah akan menjadi telinga yang dia mendengar dengannya, Allah akan tangannya yang dengannya dia berbuat semua perkara.” Orang yang mencapai tahap ikhlas seperti ini adalah seorang yang salih dan mendapat darjat yang amat tinggi di sisi-Nya serta jadilah dia seorang yang sahibul karamah. Orang yang mahu membersihkan diri, harus lebih dulu membuang segala sifat tercela yang ada pada diri dan menggantikannya dengan sifat terpuji. Firman Allah dalam surah at-Jatsia (23) bermaksud, “Apakah engkau tahu, orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, dan dia disesatkan Allah dalam keadaan mengetahui.” Menurut Rasulullah, mereka yang tergolong dalam kecelakaan itu ada empat golongan iaitu hatinya keras sehingga dia enggan menerima kebenaran, matanya buta sehingga dia tidak nampak yang benar, sifat tamaknya menjadikan dia hamba kepada kebendaan dunia dan keempat ialah keinginan terlalu banyak tanpa berusaha atau usaha yang tidak sah. Membersihkan diri juga amalan orang yang ikhlas. Firman Allah dalam surah asSyams (8-9) bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya itu, Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”

Ikhlas jambatan kejayaan ibadat puasa___________________________________

Sesungguhnya orang yang berjaya sampai pada tahap tertinggi itu dengan rahmat Allah sepertimana yang disebutkan dalam surah al-Fajar (27-30) iaitu: “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang dan direlakan. Dan masuklah dalam golongan hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”

Jiwa yang tenang memudahkan seorang itu mengerjakan ibadat dengan khusyuk. Seluruh jiwa dan kehidupannya hanyalah mentaati Allah dan Rasul-Nya. Meliputi semua perkara, pergerakan hati dan anggota badan, fikiran, pergaulan, janji, peribadi, hingga kematiannya juga adalah dikira ibadat. Ini disebut di dalam firman Allah dalam surah al-Imran (110) bermaksud, “Kamu adalah sebaik baik umat yang dilahirkan di kalangan umat manusia, kamu memerintahkan mereka melakukan kebaikan serta melarang mereka daripada melakukan kejahatan, sedang kamu pula beriman kepada Allah.” Ikhlas adalah jambatan kejayaan dalam ibadat. Ikhlas juga adalah lambang cinta sejati seorang hamba yang bermunajat dengan Khaliknya. Itulah yang dimaksudkan oleh ayat (5) surah al-Fatihah iaitu, “Hanya Engkau sajalah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.” Indahnya seorang yang sangat rapat dan cinta kepada Allah ialah orang itu akan menjadi seorang yang amat dicintai Allah dan mendapat gelaran sahabat handai Allah. Mereka yang mencapai martabat ketinggian ini tiada bandingannya di sisi Allah sebagaimana disebutkan di dalam surah Yunus (62-64), “Ingatlah, sesungguhnya wali/sahabat handai Allah itu mereka tidak merasa takut dan tidak berdukacita, mereka beriman dan menjaga diri daripada kejahatan. Mereka memperoleh berita gembira dalam kehidupan yang dekat ini dan di akhirat; tidak ada perubahan bagi perkataan Tuhan; itulah keberuntungan yang besar.” Sebaliknya, mereka yang menjalani kehidupan ini dengan mengikut keinginan hawa nafsunya, dia tidak dapat merasai kemanisan iman malah hanya akan membinasakan dirinya sendiri, sehinggalah dia bertaubat dan kembali semula pada jalan Allah. Namun kata Sayyid, tidak akan berlaku sesuatu perkara itu jika tidak dengan kurnia dan rahmat Allah juga kerana sesungguhnya Allah mempunyai kurnia yang amat besar. Ini disebutkan oleh Allah dalam surah An-Nur (21) bermaksud, “Dan kalaulah tidak kerana kemurahan Allah dan kasih sayang-Nya kepada kamu, tidaklah seorang pun di antara kamu yang bersih buat selama-lamanya, tetapi Allah menyucikan orang yang dikehendaki-Nya; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu.” Sabda Rasulullah lagi bermaksud; “Sesungguhnya Allah cinta kepada hamba-Nya yang takwa yang bersih daripada segala penyakit hati, lagi yang menyembunyikan dirinya demi menjauhkan diri daripada pengaruh-pengaruh yang tidak baik.”

Barang siapa yang beramal dengan ilmunya, maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya, itulah cara membersihkan diri.

Related Documents

Puasa Yang Berjaya
May 2020 8
Berjaya
October 2019 29
Perkara Yang Tidak An Puasa
October 2019 36
Puasa
May 2020 39

More Documents from ""