Pt3 - Dah.docx

  • Uploaded by: ImranShamsir
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pt3 - Dah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,985
  • Pages: 6
1. KEDIAMAN (PERUMAHAN) Perumahan terancang : Strata, Bukan Strata, Kakitangan, Kampung tersusun, Felda, Kampung Baru, Perumahan Ladang/ Estet Strata : Jenis bangunan perumahan selain rumah sesebuah, berkembar dan teres yang menyediakan unit kediaman yang banyak secara bertingkattingkat dan mempunyai hakmilik berasingan untuk setiap unit (Strata Title). Pembeli hanya memiliki bahagian dalam unit rumah, manakala bangunan, taman dan lain-lain kemudahan dimiliki bersama dan diuruskan oleh ‘perbadanan penduduk (pembeli) Bukan Strata : Bangunan kediaman atas tanah (landed housing) termasuk rumah sesebuah/ banglo, rumah teres, rumah berkembar dan rumah kelompok. Setiap hakmilik adalah mengikut lot/ unit individu rumah Perumahan tidak terancang : Kampung tradisi, kampung nelayan, atas air, orang asli, setinggan Kampung tradisi : Dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kg. Tradisi di bandar yang menampung bilangan penduduk yang tinggi terlibat dengan aktiviti bandaran dan keadaan fizikal yang kurang teratur dan sesak (slum). Kg. Tradisi di desa pula menampung penduduk di tahap densiti rendah dan seimbang. Taburan petempatan ini dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi setempat seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya Petempatan di bandar atau pinggir bandar yang penghuninya tidak mempunyai hak nyata ke atas pemilikan tanah. Kampung Setinggan hanya akan digunakan di dalam pelan guna tanah semasa 4. PETEMPATAN (KEDIAMAN/ PERUMAHAN) Faktor penting yang mempengaruhi guna tanah kediaman adalah seperti berikut :a) Bentuk muka bumi Pembinaan rumah di kawasan tanah tinggi mempunyai risiko yang sangat tinggi dimana struktur tanah perlul dikaji terlebih dahulu dalam mengetahui kekuatan dan keadaan tanah tersebut. Ianya juga memerlukan kos pembinaan yang tinggi seperti kos kerja-kerja pemotongan bukit dan membuat tembok penahan bagi mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Pembinaan rumah di kawasan tanah pamah (tanah rata) menjadi pilihan penting berbanding di kawasan tanah tinggi atas faktor kos dan juga kemudahan membina serta penghantaran barangan yang mudah. b) Infrastruktur Kemudahan sedia ada di sesuatu kawasan juga mempengaruhi pembangunan guna tanah kediaman yang sekaligus anda membuat aktiviti seharian. Contoh seperti jalan raya, taman permainan, jaringan kemudahan telekomunikasi lampu jalan, lampu isyarat, hentian bas dan lain-lain. Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik yang tersedia juga mempengaruhi faktor guna tanah kediaman. Faktor lain termasuk kemudahan pendidikan, peluang pekerjaan, kesihatan, pengangkutan awam dan banyak lagi. c) Keselamatan Faktor keselamatan juga merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan di mana rumah kediaman yang dibina berdekatan dengan balai polis, balai bomba dan agensi lain adalah lebih selamat. Kawasan kejiranan yang tersusun dan mempunyai jiran berdekatan juga dapat memastikan keselamatan anda terjamin. d) Estetika Kawasan yang mempunyai keindahan dan kebersihan kawasan seperti landskap yang cantik dan dipenuhi flora dan fauna dapat memberi ketenangan kepada kita sekaligus membuatkan kita sentiasa kekal sihat dan aktif.

e) Peluang pekerjaan (Ekonomi) Kepesatan pembanguan sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan mewujudkan peluang-peluang kerja dan menggalakkan migrasi penduduk ke kawasan tersebut. Kewujudan peluang pekerjaan serta ekonomi di kawasan sekitar akan mewujudkan pembangunan guna tanah kediaman di kawasan berhampiran. Ianya mengakibatkan proses migrasi dimana mereka yang berhijrah memerlukan tempat tinggal. f) Sumber alam/ bahan mentah Dengan adanya sumber, perkembangan kawasan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti-aktiviti seperti perlombongan dan perindustrian, seterusnya menjadikan kawasan tersebut memerlukan guna tanah kediaman sebagai kawasan tempat tinggal. Contoh : sumber petroleum telah mewujudkan bandar memproses gas asli di Kerteh. 7) Kesan Petempatan Terhadap Alam Sekitar Kemerosotoan Kualiti Alam Sekitar 1. Peningkatan suhu a) Peningkatan suhu di bandar dikenali sebagai fenomena pulau haba bandar. b) Peningkatan suhu disebabkan pembebasan gas karbon monoksida oleh kenderaan bermotor yang mmpunyai daya serap haba yang tinggi, kekurangan kawasan hijau untuk menyerap gas karbon dioksida. c) Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari semakin tinggi di kawasan bandar. d) Penurapan permukaan bumi dan bahan binaan bndar yang terdiri daripada simen dan konkrit mmpunyai daya serap haba yang tinggi. e) Pembinaan bangunan yang sgt rapat antara satu sama lain menyebabkan haba terperangkap di celah-celah bangunan dan seterusnya memanaskan permukaan bandar. 2. Hakisan a) Pemotongan bukit dan pembersihan hutan di lereng-lereng bukit untuk tujuan petempatan menyebabkan berlakunya masalah hakisn tanah b) Penebangan hutan akan mengurangkan proses resapan air ke dalam tanah dan meningkatkan larian air di permukaan bumi. Peningkatan aliran air permukaan menghasilkan pelbagai jenis hakisan di permukaan cerun seperti hakisan beralur dan hakisan tidak beralur 3. Tanah runtuh a) Penebangan hutan untu membina kawasan perumahan juga mnyebabkan kejadian tanah runtuh. b) Penebangan hutan akn melonggarkan struktur tanah dan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada hujan c) Tanah runtuh terjadi apabila hujan yang turun bertindak sebagai pelincir dan pemberat 4. Banjir kilat a) Banjir kilat adalah limpahan air di bandar yang berlaku secara mendadak akibat curahan hujan yang lebat dan surut dalam jangka masa yang singkat b) Faktor yg menyumbang kepada kejadian banjir kilat seperti pembuangan sampah sarap oleh penduduk menyebabkan sistem saliran tersumbat. 5. Kepupusan kepelbagaian biologi a) Kepelbagaian biologi ialah kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan yang hidup di dalam sesebuah ekosistem b) Kemusnahan kepelbagaian biologi berlaku apabila hutan di kawasan pinggir bandar ditebang untuk dijadikan kawasan petempatan. c) Penebangan hutan memusnahkn habitat haiwan dan menganggu rantaian yg terdapat di dlm ekosistem hutan 6) Pencemaran udara/ air/ bunyi/ bau

a) Pencemaran udara di petempatan berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, pembangunan industri dan penggunaan bahan api yg tidak mesra alam. b) Pencemaran air berlaku terhadap sungai, muara, pelabuhan, air bawah tanah dan air hujan (hujan asid). Ianya berpunca daripada pembuangan sisa domestik/ perumahan oleh penduduk bandar, sisa kumbahan dan sisa kilang ke dalam sumber air. c) Pencemaran bunyi – Aktiviti manusia yang makin bertambah di kawasan petempatan telah menjana paras bunyi hingar (bunyi bising) d) Pencemaran bau – berpunca daripada buangan sisa pepejal seperti sampah dan air sampah). Pertambahan penduduk dalam kawasan bandar menghasilkan kuantiti buangan sisa pepejal yang sangat tinggi Begitu juga dengan kawasan hutan, pihak kerajaan telah mewartakan kawasan hutan simpan sebagai kawasan yang berada di bawah penjagaan pihak kerajaan. Di Malaysia kawasan hutan simpan meliputi sebahagian kawasan di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dan sekiranya berlaku sebarang pencerobohan dalam lingkungan kawasan ini tindakan akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dengan mengikuti undang-undang yang telah dikuatkuasakan. c) Memupuk sikap cintakan alam sekitar Memupuk sikap masyarakat adalah langkah yang penting, dengan pelbagai cara dapat dijalankan seperti mengadakan kempen cintai alam sekeliling mampu membuka mata masyarakat akan kepentingan penjagaan persekitaran. Selain itu juga, pendidikan di sekolah juga dapat memupuk pelajar agar tahu akan kepentingan menjaga persekitaran di samping ada perasaan cintakan alam. 5. CADANGAN USAHA MENGATASI KESAN GUNA TANAH PETEMPATAN/ PEMBANDARAN Berikut adalah di antara langkah-langkah dalam mengatasi atau mengurangkan kesan gunatanah petempatan (kediaman) :a) Aktiviti Gotong Royong Untuk mengurangkan masalah seperti perparitan tersumbat, banjir kilat, sampah, nyamuk aedes dan banyak lagi perkara, aktiviti gotong royong bersama penduduk perlu dilakukan b) Kesesakan Lalu Lintas Menggalakkan penggunakan pengangkutan awam Penduduk berkongsi kereta (car pool) Melebarkan jalan raya (jalan raya bertingkat) Lampu isyarat, round about dan zebra crossing Memperkenalkan sistem pengangkutan lebih bersepadu di kawasan bandar seperti mengadakan sistem kawalan lalu lintas berkomputer seperti yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) c) Kekurangan Tempat Tinggal Perbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri mampu milik Mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dengan membuka kawasan perindustrian di luar bandar Memperbandarkan kawasan luar bandar supaya tumpuan ke arah bandar berkurangan d) Kempen Kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya penduduk dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. e) Menaik Taraf Infrastruktur Pelebaran jalan

Pembinaan jambatan Pembinaan parit f) Masalah Setinggan Cadangan yang boleh dipraktikan bagi membasmi penularan masalah setinggan adalah dengan memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri. contohnya, membina rumah-rumah kos rendah dan pangsapuri untuk penduduk berpendapatan sederhana/ miskin. Kerajaan juga boleh mengambil langkah mengurangkan setinggan yang melibatkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dengan membuka kawasan perindustrian di luar bandar dan melaksanakan konsep memperbandarkan kampung untuk mengurangkan tumpuan penduduk ke bandar g) Konsep Bandar Dan Pekan Yang Selamat Program pengawalan rapi oleh pihak tertentu di kawasan petempatan seperti Rukun tetangga, Rela dan Polis dalam memastikan kawasan tersebut bebas daripada kes jenayah. Kerajaan perlu memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi. Kegagalan seseorang itu mendapatkan pekerjaan telah menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah jenayah seperti pengedaran dadah dan merompak.

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 Terdapat empat (4) kaedah kajian telah dijalankan dan membantu saya bagi memastikan tugasan kajian peta di kawasan kajian iaitu……….dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta mahupun maklumat yang tepat 1. Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan…………..untuk mengenalpasti ciri-ciri geografi iaitu ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan kajian. Maklumat yang diperolehi ini dapat membantu saya untuk melukis peta lakar dan menetapkan simbol yang betul / tepat sebagai petunjuk dalam peta lakar 2. Kaedah Temubual Dan Borang Soal Selidik Melalui kaedah temubual bersertakan borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk setempat, saya dapat mengumpul maklumat berhubung dengan beberapa perkara seperti berikut: i. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi jenis guna tanah di kawasan kajian ii. Mennghuraikan kesan guna tanah kepada alam sekitar iii. Memberikan cadangan dan saranan tentang usaha-usaha juga tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi kesan guna tanah tersebut 3. Melayari Internet Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang berauthoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi……………….., saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan 4. Bimbingan Guru Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari guru iaitu Encik / Puan……………………….yang banyak memberikan tunjuk ajar yang

berharga Contoh kaedah kajian Tugasan Geografi PT3 yang lain adalah seperti berikut :Contoh Kaedah Kajian 2 Kaedah kajian yang telah dijalankan oleh saya dalam mendapatkan maklumat terperinci kajian adalah sebanyak 6 kaedah seperti yang disenaraikan berikut :1. Bimbingan Dari Guru Saya telah mendapat bimbingan dari guru matapelajaran Geografi saya, iaitu Encik …………………………. 2. Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan bagi mengenalpasti kemudahan prasarana kawasan, kehidupan penduduk, pekerjaan ……………. 3. Kaedah Analisis Dokumen Saya juga turut merujuk kepada dokumen/ laporan berita dari ……………………………. dalam memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya 4. Penyelidikan Saya bersama rakan sekolah juga turut mengunjungi perpustakaan ………………………….untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber arkib yang terdapat di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti koleksi buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi fakta-fakta dalam kajian saya 5. Muat Turun Internet Dengan kemajuan yang pesat pada teknologi maklumat masa kini, saya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang berauthoriti/ rasmi berkaitan perkara yang dikaji. Saya turut memuat turun bahan tugasan yang diperolehi sebagai rujukan 6. Kaedah Temubual Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya adalah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang tinggal di (Kawasan Kajian). Contoh : Saya telah membuat temubual bersama penduduk tempatan dan penduduk di sekitar kawasan dalam mendapatkan maklumat yang lebih BAHAGIAN B: KAJIAN GUNA TANAH (1) Pada pendapat anda, apakah jenis guna tanah utama di kawasan anda? Petempatan Kediaman Peniagaan Perindustrian Perniagaan Lain-lain. Sila nyatakan_______________ (2) Faktor apakah kawasan ini dipilih sebagai tempat tinggal anda? Faktor muka bumi Ekonomi Faktor perhubungan Faktor kewangan Lain-lain. Sila nyatakan___________________ BAHAGIAN B : JENIS GUNA TANAH 1. Pada pendapat anda, apakah jenis guna tanah utama di kawasan anda? [ ] Petempatan [ ] Pertanian [ ] Perlombongan [ ] Pendidikan [ ] Pelancongan [ ] Pembalakan

BAHAGIAN C: FUNGSI PETEMPATAN BANDAR 1. Pada pendapat anda, apakah fungsi petempatan bandar di kawasan ini? [ ] Kediaman [ ] Pendidikan [ ] Perindustrian [ ] Perniagaan BAHAGIAN D: MASALAH-MASALAH KAWASAN PETEMPATAN 1. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang terdapat di kawasan ini? [ ] Kesesakan Lalu Lintas [ ] Banjir [ ] Pembuangan Sampah Di Merata Tempat [ ] Sistem Perparitan BAHAGIAN D: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PERMASALAHAN 1. Apakah langkah-langkah bagi mengatasi permasalahan di kawasan petempatan bandar? [ ] Membina Longkang Besar [ ] Menyediakan Tempat Khas Untuk Membuang Sampah [ ] Menguat kuasa undang-undang [ ] Menyediakan tempat meletak kenderaan

Related Documents

Pt3 - Dah.docx
December 2019 9
Pt3 Lili.docx
May 2020 9
3 Pt3
October 2019 15
Rombongan Pt3 2017.docx
December 2019 7
Gred Pt3.docx
December 2019 16

More Documents from "Mohana Raju"