TUGASAN
ARAHAN KEPADA GURU:
1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.
2. Pastikan calon melaksanakan tugasan berdasarkan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1).
3. Tugasan disertakan (Lampiran 2).
dengan
4. Lampiran 3, 4 dan 5 disertakan.
Rubrik
Penskoran
TERHAD
2
TERHAD
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23) TAHUN 2016
1.0
ARAHAN KEPADA GURU
1.1
Memastikan calon melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang ditetapkan.
1.2
Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.
1.3
Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
1.4
Setelah tugasan dimuat turun, guru memberi taklimat dan mengarahkan calon mencari maklumat serta bahan yang berkaitan (perancangan dan proses awal). Aktiviti ini boleh dilaksanakan sebelum lapan waktu pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan untuk penulisan laporan.
1.5
Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan. Bimbingan bermaksud perbuatan membimbing atau memberi petunjuk atau panduan tentang cara melakukan sesuatu. Guru dibenarkan membimbing calon dalam aspek berikut: a. b. c. d. e.
1.6
penyediaan kerangka pelaporan. mengenal pasti sumber rujukan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugasan. menerangkan proses pemilihan bahan rujukan dan maklumat yang sesuai secara individu atau berkumpulan. memberikan pandangan atau komen tentang hasil kerja calon. memberi cadangan untuk membuat penambahbaikan hasil kerja calon dalam tempoh lapan waktu pengajaran dan pembelajaran.
Guru adalah dilarang melakukan perkara berikut: a. menyediakan jawapan atau contoh jawapan berkaitan dengan tugasan kepada calon b. membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan akhir tugasan
TERHAD
3
TERHAD 1.7
Hasil kerja calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat atau ciplak atau plagiarisme adalah suatu perbuatan meniru atau mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya atau mengakuinya sebagai hasil kerja sendiri. Oleh itu, guru perlu melaksanakan perkara berikut: a.
Memastikan calon tidak melakukan plagiat atau ciplak atau plagiarisme. Hasil kerja calon yang dikemukakan kepada guru untuk penilaian adalah asli atau tulen dan merupakan hasil usaha sendiri yang tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
b.
Sekiranya calon memetik pernyataan, mengambil data, grafik atau maklumat daripada mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan sumber rujukan tersebut. Calon perlu mengolah semula pernyataan atau maklumat yang dipetik dengan menggunakan ayat sendiri. Jika calon memetik dan menyalin semula sebahagian atau keseluruhan ayat atau petikan tanpa menyatakan sumber rujukan adalah dianggap telah melakukan plagiat. Calon yang melakukan plagiat atau ciplak atau plagiarisme boleh digagalkan atau diberikan gred F berdasarkan peraturan peperiksaan yang berkuatkuasa. Contoh : Petikan maklumat disertakan sumber: “Ekosistem adalah suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Komponen benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari. Komponen benda hidup terdiri daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekitaran ini”. Sumber: Chong Mui Sen , Azizan Abu Samah, Geografi Tingkatan 1: Sasbadi Sdn. Bhd 2002. Maklumat diolah semula: Ekosistem merupakan sistem yang melibatkan komponen hidup (biotik) yang saling berinteraksi dengan komponen bukan hidup (abiotik) yang menghasilkan suatu sistem yang stabil.
TERHAD
TERHAD
4
1.8
Tiada tugasan ulangan atau masa tambahan diperuntukkan.
1.9
Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) dan Rubrik Penskoran (Lampiran 2) yang disediakan sebagai panduan untuk membimbing calon menghasilkan tugasan yang baik bagi mendapat skor cemerlang.
1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan. 1.11 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 1.12 Memperakukan tugasan calon dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 1.13 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon berpandukan rubrik penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Skor hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Pentaksiran Individu (Lampiran 5) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. 1.14 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan.
TERHAD
5
TERHAD 2.0
ARAHAN KEPADA CALON 2.1
Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2016.
2.2
Penulisan tugasan perlu dilaksanakan dalam tempoh lapan waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2016.
2.3
Mendapatkan bimbingan guru untuk menyediakan kerangka tugasan dan pemilihan bahan rujukan. Calon hendaklah membina kerangka tugasan sendiri yang sesuai dengan kehendak tugasan.
2.4
Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
2.5
Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.
2.6
Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
2.7 Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 – 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian. 2.8
Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
2.9
Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
2.10 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul fakta. 2.11 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 2.12 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
TERHAD
6
TERHAD
2.13
Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat atau ciplak atau plagiarisme adalah suatu perbuatan meniru atau mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya atau mengakuinya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon memetik pernyataan, mengambil data, grafik atau maklumat daripada mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan sumber rujukan tersebut. Calon perlu mengolah semula pernyataan atau maklumat yang dipetik dengan menggunakan ayat sendiri. Jika Calon memetik dan menyalin semula sebahagian atau keseluruhan ayat atau petikan tanpa menyatakan sumber rujukan adalah dianggap telah melakukan plagiat. Calon yang melakukan plagiat atau ciplak atau plagiarisme boleh digagalkan atau diberikan gred F berdasarkan peraturan peperiksaan yang berkuatkuasa. Contoh : Petikan maklumat disertakan sumber: “Ekosistem adalah suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Komponen benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari. Komponen benda hidup terdiri daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekitaran ini”. Sumber: Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah, Geografi Tingkatan 1: Sasbadi Sdn. Bhd 2002. Maklumat diolah semula: Ekosistem merupakan sistem yang melibatkan komponen hidup (biotik) yang saling berinteraksi dengan komponen bukan hidup (abiotik) yang menghasilkan suatu sistem yang stabil.
2.14 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 2.15 Memperakukan (Lampiran 4).
tugasan
dalam
Borang
Akuan
Pengesahan
TERHAD
7
TERHAD 3.0
TUGASAN Calon dikehendaki menjalankan kajian di kawasan tempat tinggal / sekolah anda
kes
tentang
pengangkutan
Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut: 3.1 Konsep dan takrifan sistem pengangkutan. 3.2
Bina jadual dan graf / carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf / carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan 3.3 dan 3.4).
3.3
Kenal pasti dan huraikan masalah di kawasan kajian.
3.4
Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian.
pengangkutan yang dihadapi
TUGASAN TAMAT
TERHAD
8
TERHAD
Lampiran 1
4.0
KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
BIL 1
PERKARA Perancangan
2
Tajuk Jadual kerja Objektif kajian Penentuan kaedah kajian
Proses Awal Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber
Borang Soal Selidik / Temubual (10-20 responden) Data Masalah Cadangan penambahbaikan
3
(a) Konsep (b) i. Jadual Data Tajuk Sumber ii. Graf Tajuk Petunjuk Label paksi Skala Plotan
HURAIAN Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat, realistik dan mempamerkan sikap bersungguh-sungguh. (10 markah)
Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan. Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli. (20 markah)
Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan berserta contoh. (5 markah) Jadual dibina betul, relevan dan lengkap. (8 markah)
Graf / carta pai dibina lengkap dan tepat. Ada justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran. (15 markah)
iii. Carta pai Tajuk Petunjuk Sudut Sektor
4
(c) Masalah Fakta Huraian Contoh
Mengenal pasti dan menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan dan tepat . (20 markah)
(d) Cadangan penambahbaikan Fakta Huraian Contoh Idea kreatif dan kritis Rasional
Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional. (20 markah)
Penilaian Umum
Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis. (2 markah)
TERHAD
9
TERHAD
Lampiran 2 RUBRIK PENSKORAN RUBRIK BIL
1
Perancangan (10 markah)
KRITERIA
Tajuk
Jadual kerja
Objektif kajian
Penentuan kaedah kajian
08 – 10
06 – 07
03 – 05
01 – 02
Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat, realistik dan mempamerkan sikap bersungguhsungguh.
Menyediakan perancangan yang lengkap dan tepat.
Menyediakan perancangan yang kurang lengkap
Menyediakan perancangan tetapi tidak lengkap
RUBRIK BIL
2
Proses Awal (20 markah)
KRITERIA
Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber
Borang Soal Selidik / Temubual
Data Masalah Cadangan Penambahbaikan
15 – 20
10 – 14
05 – 09
01 – 04
Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan.
Mengumpul maklumat daripada sumber yang terhad. Menggunakan kaedah yang kurang relevan. Data dan maklumat yang diberi adalah terhad dan kurang asli.
Maklumat tidak lengkap dan tidak asli.
Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli.
Sebahagian data dan maklumat adalah relevan dan asli.
* Perancangan dan proses awal dilaksanakan di luar lapan waktu pengajaran dan pembelajaran.
TERHAD
10
TERHAD
RUBRIK BIL
KRITERIA Laporan Akhir (70 markah)
3
(a) Konsep (5 markah)
(b) i. Jadual (8 markah) Data Tajuk Sumber ii. Graf Tajuk Petunjuk Label paksi Skala Plotan iii. Carta pai Tajuk Petunjuk Sudut Sektor (c) Masalah (20 markah) Fakta Huraian Contoh
(d) Cadangan penambahbaikan (20 markah) Fakta Huraian Contoh Idea kreatif dan kritis Rasional 4
Penilaian Umum ( 2 markah)
05 Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan berserta contoh di kawasan kajian.
04 Menerangkan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan.
07-08
05-06
Jadual dibina dengan betul, relevan dan lengkap.
Jadual dibina betul, relevan dan kurang lengkap.
03 Menyatakan konsep dengan ringkas dan kurang tepat berdasarkan sumber rujukan yang terhad.
01-02 Menyatakan konsep yang umum dan kurang tepat tanpa sumber rujukan.
03-04
01-02
Jadual dibina kurang relevan dan kurang lengkap.
Jadual dibina tidak lengkap dan tidak tepat.
11-15
07-10
04-06
01-03
Graf / carta pai dibina lengkap dan tepat. Justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran adalah sangat relevan.
Graf / carta pai dibina lengkap dan tepat. Sebahagian justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran adalah relevan.
Graf / carta pai dibina kurang lengkap. Justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran adalah kurang relevan.
Graf / carta pai dibina tidak lengkap dan tidak relevan dengan maklumat yang dikumpul.
15-20 Menghuraikan empat atau lebih masalah yang relevan, jelas dan terperinci.
10-14 Menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan, jelas dan terperinci.
05-09 Menghuraikan dua masalah yang relevan dengan jelas.
01-04 Menyenaraikan Masalah tanpa huraian.
15-20
10-14
05-09
01-04
Memberikan cadangan secara kreatif dan kritis serta rasional.
Memberikan cadangan secara kreatif dan rasional.
Memberikan cadangan dan boleh dilaksanakan.
Memberikan cadangan tetapi tidak boleh dilaksanakan.
01-02 Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis.
TERHAD
11
TERHAD
Lampiran 3 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) MATA PELAJARAN GEOGRAFI TAHUN 2016
PANDUAN PENULISAN RUJUKAN
1. Buku teks •
Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd.
2. Buku rujukan •
Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
3. Akhbar •
Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3.
4. Orang Sumber •
En. Mohammad B. Kassim, 34 tahun, B104 Kg. Pinang Kem, 57000 Kuala Lumpur
5. Internet •
http://www.kpkt.gov.my/kegiatanekonomi/Malay/Why_m.asp
•
http: //www.googlemap.com.
•
http://wikipedia.org/wiki/kegiatanekonomi
•
http ://www.ahpsb.com.my/files/Microsoft%20Word%20-%20recycle.pdf
TERHAD
12
TERHAD
Lampiran 4 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) MATA PELAJARAN GEOGRAFI TAHUN 2016 BORANG AKUAN PENGESAHAN
PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.
RESPONDEN
NAMA
TANDATANGAN
TARIKH
Murid
Pentaksir (Guru)
Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Luar
TERHAD
13
TERHAD
Lampiran 5 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) MATA PELAJARAN GEOGRAFI TAHUN 2016
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU
Nama Sekolah
: ........................................................................................................
Nama Calon
: ........................................................................................................
Tingkatan
: ........................................................................................................
Tugasan
: ........................................................................................................
........................................................................................................
No. Kad Pengenalan
Angka Giliran
SKOR BIL
KRITERIA
CATATAN Pentaksir Sekolah
1
Perancangan (10 peratus)
2
Proses Awal (20 peratus)
3
Laporan Akhir (70 peratus)
Pentaksir Luar
JUMLAH KESELURUHAN
TERHAD