Psikologi Ori

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Psikologi Ori as PDF for free.

More details

  • Words: 1,959
  • Pages: 10
IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

1. PENGENALAN Pertumbuhan dan perkembangan individu tidak dapat diukur kerana melibatkan peredaran masa. Pakar sering mempersoalkan apakah pertumbuhan dan perkembangan dimanipulasikan oleh faktor baka atau persekitaran. Setiap kehidupan diperturunkan cirri-ciri daripada generasi kegenerasi. Ianya diterangkan melalui prinsip genetik. Setiap individu membawa genetik yang diwarisi daripada generasi terdahulu. Kod genetik ini serupa bagi semua manusia. Peranan persekitaran bermula apabila berlaku konsepsi dan ianya mempengaruhi perkembangan seseorang individu dari segi fizikal, emosi, intelek dan pembelajaran. Mungkin baka menentukan pelan induk individu tetapi persekitaran boleh mengubah jadual baka. Contohnya, baka menentukan kurus atau gemuk seseorang individu tetapi gemuk mana seseorang itu bergantung atas nutrisi dan faktor-faktor persekitaran yang lain. 2. Isi Kandungan 2.1 Pengertian Perkembangan Perkembangan bersifat kualitatif iaitu tidak dapat diukur tetapi akan berlaku pada peringkat yang lebih awal. Ianya bermula dari percambahan sel hingga ke akhir hayat. Contohnya bayi yang baru lahir tidak dapat bercakap. Apabila sudah berumur satu tahun, dia boleh menyebut sepatah atau dua patah perkataan seperti air, makanan dan sebagainya. Dari situ kita tahu bahawa bayi itu

mengalami perkembangan. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak, perkembagan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Faktor baka dan persekitaran mempengaruhi perkembangan yang bersifat berterusan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentafrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam bakan dan organisasi kepada struktur organisma KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

1

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. 2.2 Perbezaan Perkembangan Dan Pertumbuhan Mengikut kamus, perkembangan dan pertumbuhan hampir sama. Tetapi dari sudut psikologi ianya mempunyai makna yang berlainan. Perbezaan ini boleh dilihat dari segi jasmani, mental, social dan emosi. 2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Persekitaran Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkemabagan seseorang individu iaitu faktor endogen iaitu faktor dalaman individu dan faktor eksogen iaitu faktor persekitaran. 2.3.1 Faktor Endogen Ianya faktor keturunan. Individu tersebut akan mewarisi sifat-sifat ibubapanya. Mengikut norman L. Munn, baka merupakan cirri-ciri yang diturunkan melalui ibubapa kepada anak-anak melalui gen. W.E.Vinacke berpendapat, baka ialah penentu struktur organ, arah perkembangan, system biologi serta potensi seseorang individu. J.A.Thompson pula menyatakan bahawa baka merujuk kepada perkembangan genetic antara generasi manusia. 2.3.2 Faktor Eksogen Faktor eksogen atau persekitaran ialah individu dan objek serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseoran individu yang mana ianya mempengaruhi pertunbuhan dan perkembangan individu tersebut. Persekitaran membawa maksud tempa tinggal seseorang, masyarakat Disekelilingnya dan rumah ibadat. 2.4 Kesan Baka Ke Atas Perkembangan Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan jelas dilihat daripada ciri-ciri di bawah:2.4.1

Fizikal Banyak cirri-ciri yang boleh diwarisi daripada ibubapa

KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

2

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

Kepada anak-anak. Cirri-ciri yang diwarisi melalui gen-gen Daripada ibubapa kepada anak ialah warna rambut, bentuk mata, Ketinggian, saiz tubuh badan dan jenis darah. 2.4.2

Mental Jika gen yang diwarisi adalah gen yang resesif daripada kedua-dua ibubapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat, anak yang dilahirkan akan mengalami kecacatan mental. Penyakit fenelketomunia (PKU) menyebabkan kekurangan enzimyang perlu untuk menyingkirkan asid amino beracun yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Jadi, bayi yang memiliki PKU akan mempunyai asid beracun yang akan merosakkan mentalnya.

2.4.3

Fisiologi Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang sihat akan menjadi individu yang siha. Terdapat sesetengah penyakit yang diperturunkan melalui baka seperti AIDS, kencing manis, darah tinggi, kerdil dan hemofolia.

2.4.4

Sahsiah Baka memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Contohnya, samada seseorang mempunyai sifat introvert atau ekstrovert juga dipengaruhi oleh baka. Introvert ialah pendiam manakala ekstrovert suka membuat bising. Seseorang yang cepat marah atau selalu rasa bimbang dipengaruhi oleh faktor baka.

2.4.5

Kecergasan Baka mempengaruhi kecergasan seseorang individu. Jika kecergasan ibubapa baik, kecergasan anak dapat berkembang dengan baik. Kalenjar, otak dan struktur ibubapa yang kuat menentukan struktur yang kuat untuk anak-anak.

KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

3

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

Walaupun baka yang baik tidak menjamin kecergasan yang tinggikerana ianya bergantung kepada persekitaran. Tambahan pula dengan dunia tanpa sempadan hari ini akan meransang perkembangan mental kanak-kanak. 3. Pengertian Persekitaran Persekitaran ialah perkara-perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Mengikut Amran Schienfeld persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula berpendapat persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit baka. Dan menurut W.Edgar Vinacke, persekitaran ialah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Antara persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah:a) hubungan dengan ibubapa b) pengaruh ahli keluarga c) pengaruh guru d) pengaruh rakan sebaya e) pengaruh rakan sebaya f) pengaruh masyarakat g) pengaruh media elektrik 3.1 Kesan Persekitaran Ke atas Perkembangan Terdapat dua faktor yang mempengaruhi persekitaran ke atas perkembangan iaitu faktor sebelum lahir da selepas lahir. 3.1.1

Faktor SebelumLahir a) Pemakanan Makanan seimbang penting untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Oleh itu, bayi tidak mudah

KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

4

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

diserang penyakit. Perkara penting yang perlu diambil kira ialah keperluan protein, vitamin dan zat besi. Bayi yang tidak mendapat zat yang cukup kemungkinan akan mengalami anak kecil, terencat otak, ketinggalan dalam perkembangan motor dan neoro. b) Kesihatan Ibu Ibu yang sihat akan melahirkan anak yang sihat. Jika ibu menghidap penyakit rubella semasa 3 bulan pertama, bayinya akan terkena kesannya seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau bisu. penyakit kencing manis pula boleh menyebabkan keguguran ataupun bayi gemuk dan bermasalah fizikal dan saraf dan ibu yang berpenyakit AIDS, bayinya juga akan menunjukkan tanda-tanda AIDS dan akan menghidapi HIV ketika berusia 15 bulan. c) Dadah Penyalahgunaan dadah di kalangan ibu mengandung akan membahayakan perkembangan bayi. Contohnya, seorang bayi yang dilahirkan cacat akibat penyalahgunaan dadah Thalidomade. d) Faktor RH Ibubapa dengan darah RH yang bercanggah akan menyebabkan bayi mengalami masalah keguguran dan kematian sebelum atau s elepas lahir. e) Kesan X-Ray Kajian menunjukkan ibu yang terdedah kepada pancaran sinar X berlebihan akan menyebabkan bayinya cacat samada dari segi jasmani atau mental. f) Emosi Ibu Ibu yang mengalami sikap negatif seperti takut, bimbang atau tertekan, bayinya kemungkinan kurang sihat. g) Umur Ibu KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

5

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

Bukti menunjukkan umur yang terbaik untuk melahirkan anak ialah antara 22 hingga 25 tahun. Ibu yang berumur risikonya termasuklah kesukaran untuk hamil atau besar kemungkinan bayinya mempunyai 47 kromosom bukan 46 kromosom seperti yang terdapat pada bayi yang sihat (Syndrom Down). Ada juga didapati bayinya merupakan anak-anak Mongoloid iaitu mata sepet, pertumbuhan tengkorak lambat dan sebagainya. 3.1.2

Selepas Lahir a) Pemakanan Bayi perlu dijaga pemakanannya di peringkat awal lagi. Susu ibu berkhasiat untuk bayi kerana membekalkan antibody yang diperlukan oleh bayi. Makanan berzat dan seimbang amat diperlukan untuk menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Pemakanan sihat dapat melindungi individu daripada pelbagai penyakit. b) Keluarga Keluarga bukan saja rapat tetapi terikat dengan pertalian darah serta mempunyai pertalian social dan emosi. Saiz keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah kanak-kanak. Contohnya keluarga yang kecil akan member perhatian dan layanan yang sempurna. Segala keinginan akan dipenuhi menyebabkan anakanak brkemungkinan angkuh dan terlalu bergantung pada ibubapanya. Sifat kepimpinan ibubapa mempengaruhi sikap anak-anak. kepimpinan autokratik akan mengakibatkan anak-anak pasif, takut dan menarik diri. Tetapi ibubapa yang bersikap demokrasi akan mengasuh anak-anak menerima dan member, bertolah ansur dan sebagainya.

KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

6

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

c) Rakan Sebaya Rakan sebaya adalah sekumpulan individu yang mempunyai umur yang sama atau lebih kurang sama. Biasanya mempunyai citacita, minat dan taraf kecergasan yang lebih kurang sama. Pengaruh rakan sebaya dari pelbagai aspek seperti afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Dari segi sosial kanak-kanak akan belajar bersosial. Dia mula belajar menerima dan tidak menerima dari rakan sebaya. Kognitif pula, pemikiran kanak-kanak akan berkembang apabila mula terlibat dengan perbincangan dan perbahasan dengan rakan sebaya. Jika rakan rebaya menunjukkan sikap sopan santun, individu itu akan cenderung untuk mengikutinya. Nilai yang ditujukkan oleh rakan sebaya seperti jujur, amanah, bersyukur, akan juga mempengaruhi individu berkenaan. Jadi tidak mustahillah jika dikatakan rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan individu itu sendiri. d) Tempat Tinggal Tempat tinggal seseorang individu akan mempengaruhi perkembangan individu dari segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini melibatkan sistem moral dan nilai seseorang. Penduduk di Bandar lebih bersifat materialistic berbanding penduduk luar Bandar. Jadi, kanak-kanak yang membesar di Bandar menjadi individu yang suka pentingkan diri sendiri, mengharap ganjaran atau bayaran bagi sesuatu tugasan. e) Sebaran Am

Perhubungan manusia sekarang tidak terbatas dengan wujudnya komputer. Individu boleh bertukar maklumat dan berkomunikasi melalui internet. Manusia menjadi lebih maju. Media elektronik KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

7

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

banyak mempengaruhi cara pergaulan, berpakaia,, pemakan dan sebagainya. f) Pusat Ibadat Individu yang tiggal berdekatan dengan tempat beribadat akan terdedah kepada falsafah, ajaran cara hidup dalam membentuk nlaii, moral, pergaulan dan sebagainya. g) Persekitaran Dunia Pemimpin politik, ekonomi, social dan bidang lain dalam dunia Ini boleh mempengaruhi penduduk setempat seperti idea, budaya, Ekonomi, politik dan pedagogi. Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh menyedarkan Kita tentang pentingnya keamanan. Hasilnya, individu akan Prihatin untuk membantu mereka. Dengan ini, nilai individu telah Meningkat ke tahap yang lebih tinggi dalam skala penaakulan Moral Kohlberg. Dengan beberapa bukti yang diterangkan di atas, saya berpendapat persekitaranlah yang lebih mempengaruhi ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia. Dibawah ini diperturunkan beberapa bukti yang menunjukkan persekitaran lebih berpengaruh. 4. Bukti Persekitaran Lebih Berpengaruh

4.1 Teori Tugas Perkembangan Kognitif Havighurst Teori ini menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran. Havighurst berpendapat individu perlu mencapai tugas-tugas perkembangan pada tahap tertentu, juka tidak pasti akan timbul masalah. Setiap individu perlu menjalankan tugas-tugas perkembangan seperti kemahiran, kefahaman dan pencapaian. 4.2 Baumrid

KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

8

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

Corak dan gaya asuhan ibubapa berbeza daripada satu keluarga dengan Keluarga yang lain. Maka lahirlah individu yang berbeza. Menurut Braumrid,terdapat empat bentuk asuhan keluarga iaitu Autoritarian, Authoritatif, Abaikan dan Indulgent. 4.3 Urie Bronfenberner Beliau telah mengemukan Teori Perkembangan Ekologikal. Teori ini member penekanan kepada pengaruh persekitaran ke atas perkembangan Organism. Terdapat 5 sistem iaitu system Makro, Meso, Ekso, mikro dan Kruno. 4.4 Teori Ethologi Lorenz (1965)

Ethologi ialah kajian berhubung tingkahlaku manusia. Ahli Ethologi Mengatakan bahawa enolusi dan faktor biologi penting kepada perkembangan Individu. (Lorenz,1965) menjalankan kajian pemerhatian terhadap corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Di akhirnya beliau mengatakan seseorang itu Tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya tidak Memerhati tingkahlaku dalam persekitaran semulajadi mereka. 4.5 Erik Erikson Seorang tokoh yang membentuk satu teori tentang perkembangan manusia Berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka. Erik mengemukakan 5 prinsip iaitu:a) Manusia mempunyai keperluan asas yang sama b) Perkembangan individu bergantun kepada tindakbalas terhadap keperluan asas c) Perkembangan manusia mengikut tahap tertentu d) Setiap tahap mempunyai konflik dan mesti diatasi sebelum individu dapat

Berfungsi dengan jayanya. e) Kegagalan mengatasi konflik akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya. KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

9

IMA ADLINE BT ABDUL HADI HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN IPGM : JUN 09-03257

5. Kesimpulan Jadi disini dapatlah ditegaskan lagi bahawa persekitaran yang mendomonisai Perkembangan individu. Di mana jika kita lihat sekeliling kita, ada antara pelajar Yang semerlang, berlatarbelakang ibubapa yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah, yang tidak berjawatan tinggi. Tapi, demi ingin merubah kehidupan juga harapan keluarga untuk melihat dia berjaya maka individu itu akan berusaha untuk melaksanakan. Tambahan pula dengan dorongan guru dan pergaulan rakan sebaya yang sihat merealisasikan inpian untuk cemerlang. Contohnya, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2008), Nur Madiha. Beliau telah membuktikan persekitaranlah yang telah mempengaruhinya kerana ibubapanya tidak berpendidikan tinggi. Ingin saya tegaskan lagi bahawa persekitaranlah yang telah mempengaruhi pertunbuhan dan perkembangan seseorang individu.

KDP 14 MINGGU SESI JUN 2009

10

Related Documents

Psikologi Ori
May 2020 9
Ori Cover
May 2020 25
Psikologi
May 2020 39
Psikologi
April 2020 48
Psikologi
May 2020 36
Psikologi
May 2020 33