PENGGUNAAN INTERVENSI KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH STRES DALAM KALANGAN MURID: SATU KAJIAN KES
1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Stres dilabel sebagai ‘Penyakit’ abad ke 20 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menjangkakan bahawa stres merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020. Punca kepada masalah ini adalah disebabkan tekanan atau stres melampau yang dihadapi oleh seseorang individu apabila masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan. Justeru stres yang dialami kanak-kanak dan remaja boleh menjurus mereka mendapat kebimbangan dan kemurungan yang membawa kepada masalah ini. Stres merupakan bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya (Mohd. Fadhilah, 2007). Jika stres dapat diatasi dengan baik, ia akan mendatangkan kejayaan kepada individu. Walaupun begitu, stres yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan gangguan kepada individu terlibat. Selain itu, stres juga dilihat sebagai perubahan tindak balas terhadap tubuh badan samada secara fizikal, mental mahupun emosi. Perubahan ini berlaku apabila seseorang individu berhadapan dengan suatu keadaan yang melibatkan peluang, desakan, dan kekangan terhadap apa yang dihasratkan (Robbin, 1993).
1.2 PERNYATAAN MASALAH Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11%, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari. Kajian yang sama juga dijalankan buat kali kedua pada tahun 2004 mendapati bahawa 13% di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengalami masalah psikiatri. Berdasarkan kajian lepas, golongan kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan mental dan apabila tidak dirawat, mereka akan membesar menjadi golongan remaja dan dewasa yang bermasalah dan tidak seimbang. Semasa saya menjalani praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor dari bulan Julai hingga September, saya mendapati bahawa masalah pengurusan stres merupakan masalah yang sangat besar dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor (SKBG). Oleh itu, saya akan menjalankan penyelidikan atas faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid dalam menghadapi stres dan langkah-langkah dalam mengatasi masalah tersebut dengan 1
pengaplikasian intervensi kaunseling dalam membantu menyelesaikan masalah murid tersebut.
1.3 Matlamat Kajian Secara umumnya, matlamat kajian ini adalah seperti berikut:
Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah stres
Membincangkan tentang langkah-langkah yang sesuai dapat diaplikasikan dalam menangani masalah murid berkenaan dalam mengatasi masalah stres yang dihadapi.
Membincangkan tentang keberkesanaan intervensi kaunseling yang dapat menangani masalah murid yang tidak dapat menguruskan masalah stres dengan sebaik-baiknya.
1.3.1 Soalan Kajian Tujuan kajian ini adalah: i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya stres dalam kalangan murid? ii) Apakah langkah-langkah yang sesuai yang boleh diaplikasikan oleh murid bagi mengatasi masalah stres? iii) Adakah Pengunaan Intervensi Kaunseling dapat menangani masalah pengurusan stres dalam kalangan murid?
2
1.4 Kerangka Konseptual
Stres
Inventori
Kaunseling Individu
Depression Anxiety
Teori Behaviouris
Stress Scale (DASS)
Output: Stres dengan kesannya dari segi fizikal kepada murid
1.5 Skop Dan Batasan Kajian Limitasi dalam kajian ini ialah dari segi tempat yang dilaksanakan kajian tersebut iaitu hanya terhad kepada satu buah sekolah sahaja. Selain itu, kajian ini juga terhad kepada satu orang responden sahaja.. Sesi ini hanya melibatkan selama satu bulan sesi intership yang akan dijalankan.
1.6 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan merupakan kajian yang berfokuskan kepada masalah pengurusan stres yang dihadapi oleh seseorang murid sekolah rendah . Oleh yang demikian kajian ini dilaksanakan bagi tujuan membantu klien(murid berkenaan) supaya dia dapat kesedaran berkaitan dengan kesan daripada pengurusan stres atau tekanan secara tidak baik dan teratur. Kepentingan kajian ini juga boleh dibahagikan kepada lima bahagian yang penting iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah, guru bimbingan dan kaunseling, pihak ibu bapa dan juga khususnya kepada para murid.
3
i) Kementerian Pelajaran Malaysia Kajian memainkan peranan yang sangat penting kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini demikian kerana kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada mereka tentang pengaplikasian sesi kaunseling dalam menangani isu murid-murid yang menghadapi masalah stres. ii) Pihak Sekolah Bagi pihak sekolah pula seperti pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan juga yang lain dapat berkongsi maklumat tentang kaedah menyelesaikan masalah murid stres. iii) Guru Bimbingan dan Kaunseling Kajian ini juga membantu para guru bimbingan dan kaunseling di sekolah memahami dan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai untuk masalah yang dihadapi oleh klien. Guru bimbingan dan kaunseling juga dapat membincangkan kelebihan kajian ini antara mereka sebagai sumbangan kepada tugas-tugas mereka dalam membantu para murid. Iv) Pihak Ibu Bapa Kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada para ibu bapa pada zaman teknologi ini untuk mengetahui peranan mereka dalam membantu anak-anak mereka dalam mengatasi masalah stres yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
1.7 Definisi Operasional 1.7.1 Stres Stres merupakan bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya.
1.7.2 Intervensi Memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya.
1.8 Rumusan Kesimpulannya, bab 1 ini membincangkan keseluruhan tentang intipati kajian yang akan dijalankan iaitu tentang stres.
4
BAB 2: KAJIAN TINJAUAN Bab 2 ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas tentang masalah stres dalam kalangan murid-murid sekolah, pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga pelajar-pelajar kolej serta universiti tempatan. Dalam bab ini juga, pengkaji ada membincangakan tentang kajian-kajian dari luar negara tentang masalah pengurusan stres dalam kalangan murid-murid serta pelajarpelajar. Dalam bab ini juga, kajian-kajian lepas tentang pengaplikasian teknik Teori Behavouris dalam menangani beberapa isu murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah dan juga pelajar-pelajar kolej serta universiti. 2.2.1 Kajian Literatur yang lepas tentang isu (Masalah Pengurusan Stres Dalam Kalangan Murid-murid Tahun 5)
(a) Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kajian yang dilakukan oleh Shamsaadal, Wan Zaimah, Zahrul Akmal, Harliana, Hussain dan Khairul Azman menjalankan kajian ini untuk mengetahui sejauhmana masalah stres yang dialami dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia memfokus kepada tiga faktor utama yang menyebabkan stres; akademik, pengurusan masa dan hubungan sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tindakan yang diambil oleh pelajar bagi mengurus stres yang dialami. Sampel yang terlibat adalah seramai 260 orang yang terdiri daripada pelajar tahun pertama yang dipilih secara rawak daripada enam fakulti di UTHM. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Kaedah analisis data bagi menjalankan kajian ini ialah statistik deskriptif menerusi frekuensi dan skor min. Hasil dapatan daripada kajian yang dilaksanakan menunjukkan tahap stres yang dialami oleh pelajar dari segi faktor akademik dan pengurusan masa adalah tinggi berbanding dengan hubungan sosial yang menunjukkan tahap stres yang sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar dalam mengurus isu stres telah mengambil tindakan dengan memperuntukkan masa dengan melakukan kerja mengikut keutamaan, merujuk kaunselor, berkongsi masalah dengan rakan dan berehat.
(b) Punca Stress Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajudddin Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah stress di kalangan pelajar-pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Aspek yang dikaji adalah faktor bebanan tugas, faktor rakan sebaya, faktor jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi tahap stress pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 358 orang pelajar PTSS yang terdiri daripada enam jabatan iaitu Jabatan 5
Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A maklumat demografi, Maklumat B dan C, pernyataan berkenaan dengan stress telah diedarkan kepada responden untuk dijawab. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (versi 16). Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang menyumbang kepada berlakunya stress di kalangan pelajar PTSS ialah bebanan tugas. Penyelidik menyarankan kepada pelajar agar membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mereka melangkah kaki ke IPT kerana bebanan tugas memberi implikasi yang besar kepada setiap pelajar
(c) Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah Ganjaran
Dan Hukuman Untuk Murid-Murid Tahun 3. Kajian yang dilakukan oleh Ngu Mee Kok adalah untuk menilai bagaimana Kaedah Ganjaran dan Hukuman dapat membantu saya meningkatkan keberkesanan kawalan kelas. Penyelidikan tindakan ini secara tidak langsung turut meningkatkan minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran(P&P)saya. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 45 murid Tahun Tiga dari sebuah sekolah rendah di kawasan Bandaraya Kuching. Data dikumpulkan melalui pemerhatian,soal-selidik dan temu-bual. Data-data yang dikumpul kemudian dianalisis dari segi kandungan dan pola. Penyemakan data yang telah dikumpul dan dianalisis pula dilaksanakan melalui traingulasi kaedah, masa dan sumber. Hasil kajian menunjukkan KaedahGanjaran dan Hukuman yang dilaksanakan adalah berkesan dan berupaya untuk membantu saya dari segi kawalan kelas. Secara tidak langsung, Kaedah Ganjaran dan Hukuman ini turut dapat meningkatkan minat murid-murid dalam P&P saya
6
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
Bab ini mengandungi huraian mengenai kaedah kajian yang dijalankan. Ini termasuklah reka bentuk kajian, reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, prosedur intervensi kaunseling, kesahan dan kebolehpercayaan, prosedur pengumpulan data dan
3.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian penyelidikan ini menggabungkan dua kaedah kajian yang merangkumi penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif atau dikenali sebagai kaedah campuran. Menurut L.R. Gay et.al(2009), kaedah campuran adalah reka bentuk penyelidikan k/ipendekatan campuran yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan memasukkan kedua-dua data kuantitatif dan kualitatif dalam satu kajian.Tujuan kaedah campuran dibentuk adalah untuk menghasilkan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan sepenuhnya berbanding dengan hanya menggunakan satu metod kajian sahaja. Di samping itu,penyelidikan secara campuran ini juga adalah untuk memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada kuantitatif atau kualitatif. Contoh kaedah kualitatif yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temubual dan pemerhatian manakala kuantitatif pula soal selidik. Kaedah ini dipilih berdasarkan kepada permasalahan dan matlamat kajian.
3.2 PERSAMPELAN Semasa pengkaji menjalani praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor dari bulan Julai hingga September bersamaan dengan tiga bulan, saya mendapati bahawa masalah pengurusan stres rumah merupakan masalah yang sangat besar dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor (SKBG). Oleh itu, saya ingin menjalankan penyelidikan atas faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid SKBG dalam menghadapi stres yang amat tinggi dan langkah-langkah dalam mengatasi masalah tersebut serta dengan penggunaan intervensi kaunseling dalam mengatasi masalah tersebut(stres).
7
3.3 INSTRUMEN KAJIAN Depression, anxiety and stress scale (DASS) dicipta oleh Peter Lovinbond pada tahun 1995. Versi asal DASS mengandungi 42 item. Manakala DASS yang telah diubahsuai dan dipendekkan mengandungi 21 item. DASS yang mengandungi 21 item telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat Malaysia. Penggunaan DASS adalah meluas digunakan di premis-premis kesihatan di Malaysia. Alat ujian DASS digunakan sebagai pengesanan awal kesihatan mental selain dapat dikenal pasti melalui pemerhatian dan komunikasi. Bagi kaunselor, alat ini dapat digunakan sebagai petanda awal yang perlu dirujuk jika diperlukan. DASS digunakan untuk mengesan tahap depression(kemurungan), anxiety (kebimbingan) dan stress (tekanan). DASS menggunakan skala pemarkahan four-point Likert-scale antara 0-3. Skala pemarkahan 0 menggambarkan penyataan yang tidak langsung menggambarkan keadaan klien. 1 mewakili penyataan yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan klien. Markah 2 menggambarkan pernyataan yang baik atau kerapkali menggambarkan keadaan klien. Dan 3, mewakili penyataan yang sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya. Depression mewakili item 3,5,10,13,16,17 dan 21. Anxiety mewakili item 2,4,7,9,15,19 dan 20. Stress pula mewakili item 1,6,8,11,12,14 dan 18. Kemudian, calon dikehendaki untuk menjumlahkan item-item tersebut.
3.4 PROSEDUR INTERVENSI KAUNSELING Sebanyak tujuh sesi kaunseling individu akan dijalankan bersama klien berturut-turut selama tiga bulan iaitu sewaktu menjalani praktikum di sekolah. Setiap sesi yang dijalankan, perbualan dan bimbingan antara guru bimbingan dan kaunseling dengan klien direkodkan untuk tujuan transkrip. Sokongan kualititatif ini dari segi transkrip akan membantu serta membuktikan keberkesanaan aplikasi teori dalam mengatasi masalah. Sesi kaunseling ini akan dijalankan selama satu jam kecuali untuk sesi yang pertama iaitu pra sesi akan dijalankan selama 45 minit sahaja. Sebelum menjalankan sesi kaunseling, saya akan menjalankan ujian pra dengan klien dan selepas menamatkan ketujuh sesi kaunseling, saya akan melaksanakan ujian pos bersama klien untuk melihat keberkesanaan teknik-teknik yang diaplikasikan kepada klien sepanjang sesi diadakan.
8
3.4.1 PRA-SESI Bagi klien yang datang dan membuat temu janji, kaunselor perlu bersedia untuk mengetahui serba sedikit tentang profil klien demi memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan.
3.4.2 MEMBINA HUBUNGAN Dalam sesi ini, proses membina hubungan yang rapport dilakukan oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana klien memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam sesi kaunseling. Dalam sesi ini, klien akan diberi kebebasan untuk menceritakan tentang nama, hobi, cita-cita, adik beradik, tempat tinggal dan perhubungan dengan rakan-rakan dan guru yang rapat dengan klien dilakukan. Apabila klien mula menunjukkan kepercayaan,saya cuba melakukan penstrukturan informed consent iaitu persetujuan un1tuk dijadikan sebagai klien.Pengkaji juga akan meminta kebenaran klien untuk merakamkan sepanjang sesi kaunseling individu ini dijalankan bersama klien. Sesi yang ini dihabiskan untuk tujuan membina hubungan sahaja.
. 3.4.3 PENEROKAAN & MENGANALISIS Dalam sesi ketiga pula, fasa penerokaan akan dilakukan. Tujuannya ialah supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan berkenaan dengan betul dan objektif khususnya dari aspek pemikiran, perasaan dan perlakuan klien.
3.4.4 MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH Dalam sesi keempat ini, pengkaji akan membantu klien perlu dibantu supaya dia dapat melihat di mana punca masalah bagi memudahkan proses intervensi dilakukan. Ini kerana masalah selalunya kompleks dan berkait-kait sehingga tidak dapat dipastikan yang mana punca utama dan yang mana masalah sampingan.Di peringkat ini juga kaunselor dan klien berbincang mengenai pilihan atau alternatif yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat kaunseling.
9
3.4.5 MENGAMBIL TINDAKAN Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan iaitu klien akan melaksanakan pilihan yang telah dipersetujui bagi mengatasi masalahnya.
3.4.6 MENAMATKAN SESI Sesi keenam merupakan sesi penamatan. Sesi penamatan akan dilakukan setelah permasalahan yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan. Pada peringkat ini juga, klien akan berasa berpuas hati dengan alternatif yang diambil olehnya. Pengkaji juga akan berasa puas hati dengan langkah penyelesaian yang dipilih oleh klien. Klien juga akan berpendapat bahawa pilihan alternatifnya akan membawa perubahan dalam kehidupan dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
3.4.7 TINDAKAN SUSULAN Langkah susulan ini akan dilaksanakan selepas penamatan sesi dan merupakan khidmat susulan daripada pihak pengkaji terhadap perkembangan klien. Pada peringkat tertentu pengkaji boleh menjarakkan perjumpaan dengan klien sekiranya klien menunjukkan kemajuan yang baik dan memuaskan.
3.5 PENGUMPULAN DATA Cara pengkaji mengumpul data adalah dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Dalam kaedah kualitatif pengkaji mengumpul data dengan menjalankan sesi kaunseling individu manakala untuk kaedah kuantitatif adalah soal selidik DASS.
3.6 PENGANALISISAN DATA Data melalui soal selidik DASS akan dikira skor saringannya. Bagi sesi kaunseling individu pula, segala maklumat diberi oleh klien akan dicatat dan akan dianalisis oleh pengkaji.
10
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN Bab ini memberi fokus terhadap huraian yang dibuat secara terperinci mengenai dapatan kajian. Data diperoleh melalui dua sumber iaitu temu bual dan borang soal selidik. Responden bagi kajian kes ini ialah hanya seorang klien.Bab ini juga melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden terhadap soal selidik yang dijalankan dalam menangani masalah stres yang dihadapi oleh klien dengan penggunaan intervensi kaunseling. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan borang soal selidik DASS dan juga sesi kaunseling individu selepas memberikan ujian inventori tersebut.
4.2 PERBINCANGAN Setelah menjalankan soal selidik DASS bersama-sama dengan klien, klien boleh dikatakan berada di kategori stress. Hal ini kerana penganalisisan pengiraan telah dilakukan terhadap borang soal selidik yang telah dijawab oleh klien dan klien didapati menghadapi tekanan ataupun stres yang terlalu teruk. Selepas itu, proses kaunseling individu telah dijalankan bersama klien untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang apakah punca sebenar yang menyebabkan klien menghadapi tekanan yang terlalu tinggi. Menurut klien, punca yang menyebabkan klien menghadapi tekanan yang terlalu yang tinggi ialah kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru di sekolah dan juga tekanan yang dihadapi olehnya di rumah disebabkan oleh adik-adik kecil. Oleh kerana masalah-masalah klien tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh gurunya dan terpaksa kena marah dengan guru-guru di sekolah. Dalam perbincangan ini juga, pengkaji mendapati bahawa klien juga merupakan seorang aktif dalam bidang sukan. Oleh itu, klien tidak dapat pandai dan bijak membahagikan masa antara akademik dan bukan akademik. Oleh itu, beberapa langkah telah dibincangkan bersama klien supaya klien dapat celik akal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya dari segi pengurusan masa yang cekap dan efektif. Antara langkah yang dibincangkan dalam sesi
11
ialah membuat jadual dan mengikuti jadual yang dibuat oleh klien itu sendiri. Selain itu, cara relaksasi juga diajarkan kepada klien semasa menghadapi stres yang terlampau.
12
BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 KESIMPULAN KAJIAN Kajian ini telah dijalankan ke atas seorang murid sekolah rendah yang berada di kawasan Gelugor. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan intervensi kaunseling dalam menangani masalah stres dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, alat kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A untuk mengukur tahap mental klien sama ada stres, kemurungan atau kerisauan. Bahagian B pula untuk pengiraan skor hasil daripada jawapan dari soal selidik dan bahagian C pula untuk mengetahui keputusaan terakhir bagi soal selidik tersebut. Hasil daripada soal selidik tersebut klien didapati menghadapi masalah stres yang teruk.
5.2
13