Proposal Buku Teks

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proposal Buku Teks as PDF for free.

More details

  • Words: 7,295
  • Pages: 41
1 Tajuk : KAJIAN TINJAUAN TERHADAP TREND PENGGUNAAN BUKU TEKS (SPBT) DALAM KALANGAN PELAJAR DAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KOTA SETAR.

1.0 : Pengenalan Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki

menepati

keperluan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

yang

menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Beberapa Pengertian Tentang Buku Teks Unesco “A textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil – book – teacher situation.”

2 Cambridge International Dictionary of English. ”A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.” Dent (1955) ”Buku teks ialah alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain.” Gopinathan (1983) ”Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini.”

Menjadi komitmen Kerajaan Malaysia untuk membekalkan buku teks secara percuma kepada semua pelajar sekolah di seluruh negara mulai 2008. Semua pelajar tanpa mengira tahap pendapatan ibu bapa pasti mendapat kemudahan ini. Kementerian Pelajaran sentiasa memastikan buku-buku teks yang dibekalkan sentiasa diperbaharui dan dikemaskinikan supaya pelajar menerima data dan maklumat yang tepat. Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Buku Teks (BBT) sedang menyemak semula syarat kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi pelajar di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Semakan itu akan mengambil kira pelbagai aspek perkembangan berkaitan, termasuk keadaan ekonomi dan kos sara hidup rakyat, di samping kemampuan kerajaan. Semakan yang bermula tahun ini membabitkan bantuan pinjaman buku teks untuk pelajar di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) serta Tamil (SJKT). Inisiatif sama turut dilakukan terhadap SPBT peringkat sekolah menengah

3 yang mencakupi sekolah menengah kebangsaan (SMK), SMK agama (SMKA), SM teknik (SMT) dan SM agama rakyat (SMAR).

2.0 : Latar Belakang Kajian

Melalui pemerhatian secara terus dan melalui pengalaman penyelidik sebagai seorang guru, di dapati fenomena beg ringan yang melanda pelajar sekolah menengah semakin bertambah dari masa ke semasa. Tinjauan ringkas melalui temu bual dengan beberapa pelajar mendapati kebanyakan pelajar menyatakan mereka malu untuk membawa beg yang besar dan berat ke sekolah. Seboleh-bolehnya mereka hanya ingin membawa beg jenis sandang yang ringan dan berfesyen kerana terpengaruh dengan gaya rakan sebaya, ditambah pula guru-guru jarang memaksa pelajar untuk membawa buku teks ke sekolah. Fenomena ini semakin berleluasa. Masalah ini mula timbul apabila mereka mula meningkat remaja dan bersekolah di sekolah menengah. Perubahan sikap yang ketara telah di dapati berlaku kepada pelajar di peringkat sekolah menengah bermula dari : •

pemilihan jenis beg sekolah, (warna beg, bentuk beg, jenama beg)



sikap terhadap buku teks (kurang berminat, kurang membaca, kurang merujuk,

meninggalkan

buku

dimerata-rata

tempat

dan

kurang

penghargaan) •

lebih menghargai isi kandungan buku rujkan daripada buku teks.

Dari pemerhatian ini telah memberi satu desakan untuk saya meneruskan kajian saya bagi mengetahui kebenaran fakta tersebut. Mungkin foto-foto berikut dapat membuktikan hipotesis bahawa pelajar sekolah menengah kurang menggunakan

4 serta tidak membawa buku teks ke sekolah berbanding dengan pelajar yang masih berada di sekolah rendah. Fenomena dan senario beg berat

menjadi

berbeza

apabila mereka bersekolah di peringkat menengah rendah dan atas. Beg sekolah yang besar dan berat seolah-olah kenangan pahit yang mereka tinggalkan, kebanyakan pelajar sekolah menengah tidak mahu lagi membawa beg yang kelihatan keanak-anakan sebaliknya hanya memilih beg sandang yang berfesyen dan tidak sesuai untuk memuatkan banyak buku-buku di dalamnya. Situasi

ini

semakin disedari oleh kebanyakan anggota masyarakat termasuk ibu bapa dan guru.

Persoalan mengapa wujudnya sikap-sikap yang agak negatif ini?

Adakah

kemungkinan berpunca dari sikap malas, tidak berminat untuk belajar, tidak mahu menyusahkan diri dengan beg sekolah yang berat selain guru sendiri turut tidak menggunakan buku teks dalam pengajaran mereka setiap hari. Inilah persoalan yang diharapkan dapat dirungkaikan melalui kajian mendalam yang akan saya lakukan nanti.

Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem pendidikan di negara kita melangkah setapak ke hadapan. Penggunaan teknologi harus diperluaskan. Kelemahan dalam penggunaan buku teks perlu dibaharui dengan integrasi teknologi seperti mengadaptasikan penggunaan buku digital yang semakin mendapat tempat di negara kita.

5 Senario Pelajar Dan Beg Sekolah Yang Ringan Tanpa Buku-Buku Teks Di Sebuah Sekolah Menengah Di Daerah Kota Setar.

6 3.0 : Pernyataan Masalah

Pengalaman kerjaya sebagai seorang guru selama 17 tahun di beberapa buah sekolah, melalui pemerhatian dan penelitian didapati ramai pelajar sekolah terutamanya di peringkat sekolah menengah bersikap kurang pemberian pinjaman buku teks yang dibekalkan oleh

menghargai

kerajaan secara percuma

kepada mereka setiap tahun. Sikap ini telah diterjemahkan melalui beberapa tindakan seperti membawa beg sekolah yang ringan, meletakkan buku teks meratarata, menyimpan di dalam

laci meja sekolah dan memandang ringan terhadap

keselamatan buku teks. Fenomena ini kelihatan semakin menular dari masa ke semasa.

Ketika murid berada di peringkat sekolah rendah, mereka seringkali membawa banyak buku serta mempunyai masalah beg sekolah yang berat. Banyak kajian terdahulu mengenai beg sekolah yang berat di peringkat sekolah rendah mendapati beg sekolah pelajar sarat dengan buku teks dan buku-buku rujukan yang digunakan semasa P&P seharian. Keadaan menjadi sedikit berbeza apabila murid sekolah rendah menjadi pelajar sekolah menengah, masalah beg sekolah yang berat akibat membawa buku-buku teks dan rujukan bukan lagi kepentingan utama.

Melalui

pemerhatian dan pengalaman pengkaji, pelajar sekolah menengah seringkali tidak membawa buku teks ke sekolah dengan alasan memberatkan beg sekolah mereka. Pelajar juga turut menyimpan buku teks yang dibekalkan setiap awal tahun dengan keadaan yang lalai seperti

dalam meja di kelas masing-masing. Ibu bapa juga

menganggap buku teks kurang penting dan membeli buku-buku rujukan tambahan untuk anak masing-masing. Guru-guru juga di dapati lebih memfokuskan

7 penggunaan bahan rujukan lain melebihi penggunaan buku teks. Keadaan ini menimbulkan persoalan adakah buku teks hanya relevan di peringkat sekolah rendah? Seandainya buku teks tidak digunakan dengan betul mengapa pihak kerajaan perlu menyediakannya dengan perbelanjaan yang banyak? Bukankah ini suatu pembaziran?

Keadaan ini menarik minat pengkaji bagi mengetahui mengapa fenomena beg ringan mula berlaku ketika pelajar berada di peringkat sekolah menengah. Adakah perubahan ini selari dengan pertambahan usia pelajar? Kajian ini juga dilakukan bagi mengenalpasti dan mencari faktor-faktor mengapa buku teks yang dibekalkan secara percuma di bawah skim pinjaman buku teks kebangsaan tidak digunakan secara optimum oleh pelajar-pelajar dan guru-guru di peringkat sekolah menengah seperti sewajarnya. Apakah terdapat faktor tolakan terhadap buku teks? Adakah faktor-faktor itu berlaku disebabkan isi kandungan buku teks yang kurang membantu? Sekiranya benar apakah tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan fenomena “tidak peduli” terhadap buku teks ini? Adakah masalah ini dapat diatasi? Jika ada bagaimana cara penyelesaiannya?

4.0 : Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai empat tujuan utama, iaitu : i.

Untuk mengetahui dan menilai tahap penggunaan buku teks bantuan kerajaan dalam kalangan guru dan pelajar di peringkat sekolah menengah.

ii.

Untuk mengetahui persepsi guru dan pelajar di sekolah menengah terhadap isi kandungan buku teks sebagai bahan utama pengajaran dan pembelajaran

8 iii.

Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan buku teks kurang digunakan berbanding bahan rujukan lain oleh pelajar dan guru di sekolah menengah.

iv.

Untuk mengetahui samada buku teks dapat dijadikan bahan utama P&P di sekolah menengah?

5.0 : Soalan Kajian

Berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan, beberapa soalan kajian yang berikut diharap akan cuba dijawab melalui kajian ini. i.

Bagaimanakah tahap penggunaan buku teks yang diperolehi dari Skim Pinjaman Buku teks setiap tahun oleh pelajar dan guru di sekolah menengah?

ii.

Apakah isi kandungan buku teks menepati kehendak pelajar dan guru di peringkat sekolah menengah?

iii.

Benarkah wujud sikap negatif terhadap penggunaan buku teks dalam kalangan pelajar serta guru di peringkat sekolah menengah?

iv.

Apakah wujud perkaitan yang signifikan antara corak penggunaan buku teks sebagai bahan utama dalam P&P oleh guru dengan corak penggunaan buku teks oleh pelajar.

6.0 : Kepentingan Kajian

Kebanyakan kajian yang melibatkan pengunaan buku teks sebeum ini memfokuskan terhadap pelajar di peringkat sekolah rendah yang terpaksa membawa beban beg sekolah yang berat terutamanya pelajar tahun satu. Kajian-kajian tersebut telah

9 membuktikan guru dan pelajar di sekolah rendah lebih memanfaatkan sepenuhnya buku-buku dibawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Sehingga kini masalah beg berat masih berlaku walaupun pelbagai tindakan seperti perlaksanaan jadual anjal telah dilakukan. Maka anak-anak pelajar di bangku sekolah rendah

masih

dibebankan dengan beg sekolah yang berat yang kadang-kadang lebih daripada 15% daripada berat badannya sendiri.

Gejala pelajar sekolah menengah yang kebanyakannya hanya membawa beg sandang yang tidak berisi buku-buku teks menimbulkan tanda tanya untuk diselidiki bagi mencari jawapannya. Di sinilah letaknya kepentingan kajian ini yang bertujuan untuk mencari jawapan terhadap fenomena pelajar sekolah menengah yang tidak mahu atau kurang membawa buku teks ke sekolah, kepentingan kajian ini juga bagi mengenalpasti faktor-faktor pencetus terhadap sikap tidak menghargai buku teks.

Selain itu kajian ini diharap dapat menyedarkan semua pihak mengenai kepentingan dan sumbangan buku teks kepada pelajar di sekolah menengah, adakah kehadiran buku-buku teks memang betul-betul diperlukan atau perlukan sedikit penelitian semula dalam pelbagai aspek terutamanya terhadap isi kandungannya supaya kehadirannya benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya. Terdapat potensi bahawa buku-buku teks yang dibekalkan secara percuma oleh kerajaan setiap tahun hanya menjadi seperti tradisi yang membazirkan kerana tidak benar-benar di gunakan.

Kajian ini juga bertujuan untuk membuktikan, penggunaan buku teks perlu selari dengan perkembangan teknologi semasa. Bidang pendidikan kini sudah melangkah setapak ke hadapan, Pilihan terhadap alternatif lain harus juga harus dilaksanakan

10 supaya maklumat tertentu boleh disampaikan kepada pelajar-pelajar tanpa melalui buku teks. Ini termasuklah penggunakan televisyen pendidikan, video, carta, poster, cakera padat serta perisian komputer dan yang terkini kehadiran e-book (buku digital) yang lebih sesuai dengan minat dan perkembangan pelajar. Dengan ini kandungan buku teks akan dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pelajarpelajar juga mempunyai cara lain untuk menerima kemahiran dan ilmu yang hendak disampaikan. Ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran jauh lebih menarik daripada pembacaan daripada buku teks semata-mata.

Selama ini pertambahan buku teks berlaku disebabkan perubahan keperluan kepentingan negara. Kepentingan ini termasuklah ilmu dan kemahiran baru yang hendak disampaikan kepada generasi muda kita. Selain daripada itu ia juga melibatkan kepentingan sosial seperti perpaduan kaum, keselamatan, agama dan sebagainya. Dengan pertambahan ini lebih banyak mata pelajaran diperkenalkan dan pada masa yang sama lebih banyak buku teks digunakan. Kajian ini mungkin dapat membuktikan isi kandungan buku teks perlukan penyediaan maklumat yang tepat, kita tidak mahu generasi muda kita ketinggalan dengan fakta yang lapuk dan kurang releven. Sebenarnya sebaik sahaja sesebuah buku itu dicetak ia telah menjadi bahan sejarah kerana maklumat baru tidak lagi dapat dimasukkan, melainkan maklumat yang dimuatkan adalah fakta yang sejagat yang tidak boleh atau tidak akan berubah.

Pihak sekolah juga kadangkala bertanggungjawab dan turut memaksa secara halus pelajar-pelajarnya membelikan buku-buku rujukan tertentu yang difikirkan mereka lebih sesuai dan berfokus terhadap kehendak peperiksaan. Ini termasuklah dengan

11 sengaja tidak menggunakan buku teks yang disediakan dalam Skim Pinjaman Buku Teks. Alasan yang diberikan ialah buku teks tidak lagi sesuai dan susah difahami. Anehnya buku teks tersebut masih digunakan oleh sekolah yang lain dan tetap dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Kajian ini dapat memaklumkan kepada pihak kementerian supaya mengkaji semula keperluan buku teks dan buku-buku tambahan lain yang digunakan di sekolah. Buku teks yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran haruslah telah melalui proses pemilihan yang ketat, serta mempunyai fokus terhadap peperiksaan supaya pelajar dan guru tidak terlalu bergantung terhadap buku-buku rujukan yang lebih memfokuskan kehendak peperiksaan.

7.0 : Batasan Kajian

Terdapat beberapa kekangan dalam kajian ini iaitu: 1. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di sebuah sekolah menengah di peringkat daerah Kota Setar sahaja. Oleh itu, dapatan kajian lebih menggambarkan pandangan di tempat penyelidikan dijalankan. Ini bermakna kemungkinan dapatan kajian adalah berbeza sekiranya kajian ini dijalankan di tempat lain dengan menggunakan instrumen yang sama. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan pelajar dan guru di negara ini.

2. Kajian ini juga dilakukan terhadap populasi pelajar di sekolah menengah harian biasa. Dapatan kajian mungkin tidak sama terhadap populasi sekolah menengah berasrama penuh, sekolah kluster dan sekolah menengah swasta.

12 8.0 : Definisi Istilah

8.1 : Buku teks Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran.

8.2 : Buku Rujukan

Buku jenis ini mengandungi fakta-fakta yang lengkap dan boleh digunakan untuk menggantikan buku teks sekolah dan biasanya mengandungi nota-nota ringkas sahaja. Buku Ini sesuai untuk pelajar yang ingin mengulang kaji dengan pantas.

8.3 : Buku digital

E-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam

13 bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas. E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya.

Penutup

Sesuatu harus dilakukan bagi menangani fenomena pelajar sekolah yang tidak menghargai pemberian buku teks percuma kepada mereka. Penambahbaikan mungkin dapat dilakukan terhadap isi kandungan buku teks yang disediakan yang seharusnya lebih padat dan terperinci. Guru-guru pula seharusnya memanfaatkan teknolgi ke dalam P&P seharian mereka. Buku-buku teks kini boleh diubah ke dalam bentuk digital serta tidak perlu membawa buku yang berat ke sekolah. Maklumat yang tidak sesuai yang segaja dimasukkan dengan tujuan mencukupkan bilangan mukasurat buku teks haruslah dielakkan. Pemilihan kertas haruslah berkualiti tetapi tidak sampai menambahkan berat fizikal buku tersebut. Justeru dapatan dari hasil kajian ini boleh

digunakan oleh Bahagian Buku Teks (BBT) untuk merancang

penghasilan buku teks yang benar-benar berkualiti dan menepati hasrat semua pihak samada pelajar dan guru serta masyarakat.

14 BAB 2 SOROTAN KARYA

Pengenalan Buku

teks

dapat

membantu

pencapaian

objektif

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran jika bahan yang terdapat dalam buku teks digunakan sesuai dengan tahap dan keperluan pelajar. Bahan dalam kandungan buku teks merangkumi teks utama, latihan dan aktiviti. Guru boleh menggunakan bahan dalam kandungan supaya bersesuaian dengan kemampuan pelajar dengan cara berikut: 1. Bahan boleh digunakan terus jika sesuai dengan tahap dan kemampuan pelajar 2. diubahsuai jika bahan tersebut tidak sesuai dengan tahap dan kemampuan pelajar 3. ditambah dengan bahan tambahan jika bahan yang ada tidak mencukupi bagi pelajar menguasai kemahiran Model Adaptasi Bahan Buku Teks

Sumber: Bahagian Buku Teks Kerajaan Malaysia.

15 Melihat kepentingan buku teks kepada pelajar, Negara Malaysia telah mewujudkan satu badan khas yang menguruskan semua perkara berkaitan buku teks iaitu Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia (BBT). Buku teks adalah sumber pembelajaran utama dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia. Penulisan serta kandungan buku teks adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Oleh itu, buku teks yang berkualiti adalah buku teks yang: • menyalurkan maklumat tentang pengetahuan, konsep, idea, fakta dan prinsip untuk murid • menyediakan bahan untuk murid menguasai kemahiran, • menerapkan nilai murni dan sikap yang perlu dipupuk, dihayati dan akhirnya diamalkan oleh murid, • mempersembahkan kandungan secara jelas, sistematik dan logik, • mempunyai elemen pentaksiran seperti aktiviti dan soalan latihan, • menggunakan bahan grafik yang menarik, releven serta berfungsi untuk menyokong teks.

Menurut laporan daripada Bahagian Buku Teks (BBT), Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia menunjukkan: 1. Majoriti sekolah mengagihkan buku teks kepada pelajar yang layak sebelum cuti akhir tahun atau minggu pertama sesi persekolahan. 2. Pada keseluruhannya sekolah menjalankan program penjagaan buku teks SPBT bagi memastikan buku teks selamat dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

16 3. Majoriti sekolah tidak memberikan CD-ROM kepada murid walaupun telah diterima bersama buku teks. Majoriti murid yang tidak layak menerima SPBT mendapat buku teks melalui rayuan kepada pihak sekolah.

Sehingga kini, banyak kajian mengenai buku teks menumpu kepada masalah beg sekolah yang berat sehinggalah pelbagai tindakan dilakukan agar masalah beg sekolah yang berat dapat dikurangkan. Penyusunan semula jadual waktu yang lebih anjal, serta kemunculan pelbagai kaedah bagi meringankan beban beg pelajar telah diperkenalkan. Semua pihak mengakui kewujudan masalah beg berat yang sememangnya perlu diatasi dengan segera. Namun kini masalah yang sebaliknya saban hari kian melanda dan menjadi satu fenomena biasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah iaitu masalah beg ringan.

Persoalan ini mengundang pelbagai persoalan baru yang lebih menuntut kepada langkah-langkah yang lebih tegas bagi menanganinya. Ini adalah kerana pelajar di sekolah menengah sepatutnya perlu menggunakan lebih banyak buku berbanding pelajar lain selari dengan pertambahan subjek di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran yang dipelajari telah bertambah dan menambahkan pemberian buku teks secara percuma yang dibekalkan.

Kemudahan buku rujukan dan latihan menyebabkan guru-guru serta pihak sekolah meminta pelajar-pelajar membelinya sebagai buku tambahan kepada buku teks yang sedia ada. dengan pertambahan sebuah buku kerja, rujukan atau latihan mengikut mata pelajaran, bilangan buku yang dibawa oleh seseorang pelajar sudah

17 bertambah sekurang-kurangnya sekali ganda. Sewajarnya juga beg sekolah mereka semakin bertambah berat bukannya semakin ringan tanpa isi.

Kualiti Buku Teks.

Buku teks berkualiti mempunyai bahan grafik yang: •

Berfungsi bagi tujuan

menyampaikan kandungan teks membantu memahami

teks memperkukuhkan pemahaman teks melengkapakn teks dan/atau memberi maklumat tambahan. •

pelbagai jenis, menarik, lengkap dan mempunyai unsure kecindan dan sesuai dengan kumpulan sasar.



keseimbangan dalam warna, penggunaan ruang, perspektif, saiz, perkadaran dan penyusunan dengan isi kandungan.



tepat dengan kehendak kandungan, etika dan budaya masyarakat Malaysia.



Berfokus kepada subjek yang disampaikan serta sesuai dari segi saiz dan reka letak.

Pendapat Umum Mengenai Buku Teks. 1. Profesor Datuk Dr Aminah Ayob. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). “Isu buku teks yang didakwa kebanyakan guru sebagai tidak membantu dalam meningkatkan kefahaman murid semakin meruncing.

Didapati selama ini

guru hanya menerima saja arahan menggunakan buku teks, tetapi kebanyakannya tidak menggunakan buku teks secara optimum apabila berasakan bahannya kurang mantap dan berkesan. Sewajarnya guru yang dipertanggungjawab menggunakan

18 bahan

terbabit

menyuarakan

sebarang

ketidakpuasan

hati

serta

memberi

pandangan untuk meningkatkan kualiti bahan itu manakala kementerian pula perlu mengambil berat semua pandangan guru. Apa yang saya perhatikan ketika melakukan pemantauan ke atas beberapa buku teks sebelum ini, boleh dikatakan bahannya terlalu biasa, malah tidak mampu menyaingi kualiti bahan latihan yang disediakan oleh buku lain yang berlambak dijual di pasaran. Malah, kualiti buku teks itu sendiri sangat lemah dan faktanya sangat cetek serta ketinggalan zaman. Ia nyata sekali kurang berguna kerana tidak memberi kesan untuk mendatangkan impak dalam mengukuhkan kefahaman pelajar” Sumber : Harian Metro. ( 11/06/ 2006).

2. Profesor Datuk Dr Khoo Kay Kim. Tokoh Akademik dan Sejarah.

"Buku teks perlu sentiasa dikemas kini supaya sesuai dengan perkembangan isu semasa serta menepati fakta supaya pelajar tidak menerima maklumat yang salah selama belajar pada peringkat sekolah. Realiti yang tidak disedari masyarakat itu berlaku kerana mereka sudah menerima pelbagai maklumat yang kurang tepat sejak zaman persekolahan malah boleh dikatakan pelajar hanya menghafal fakta tetapi tidak memahami peristiwa. Justeru, apabila memasuki universiti didapati kebanyakan pelajar terlalu cetek kefahaman mengenai sejarah malah ada yang tidak ingat langsung apa yang dipelajari kerana selama ini mereka hanya menghafal. Contohnya, adakah buku teks menjelaskan secara terperinci apa itu feudal dan imperialis malah penerangan mengenai komunisme juga dibuat secara ringkas.”

Sumber : Utusan Malaysia (11/07/2007)

19 3. Profesor Dr Hashim Musa. Ketua Panel Penilai buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan Empat dan Lima.

“Punca utama guru enggan menggunakan buku teks kerana latihannya tidak selari dengan kehendak dalam soalan peperiksaan, bahan yang digunakan juga ketinggalan zaman kerana buku teks yang digunakan kini ditulis pada pertengahan 2000 menyebabkan banyak isunya kurang relevan dengan perkembangan semasa. contohnya, negara kini sudah melangkah setapak lebih maju dalam mengangkat industri pertanian sebagai sektor utama negara melalui pelbagai projek agropolitan, tetapi buku teks masih membincangkan isu teknologi maklumat dan komunikasi yang hanya popular pada ketika ia ditulis. Latihan dalam buku teks terlalu umum dan kurang memfokuskan peperiksaan seperti yang dibekalkan buku kerja lain. Sewajarnya buku teks turut menyelitkan analisis peperiksaan untuk lebih menggalakkan penggunaannya. Jika Bahagian Buku Teks, Unit Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan dapat menyelaraskan perkara ini dan mengambil bahan daripada buku teks untuk peperiksaan, pastinya buku teks akan menjadi aset paling penting di sekolah," Sumber : Utusan Isnin, (12 /11/ 2007)

4. Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

“Kementerian Pelajaran sentiasa mengkaji dan meningkatkan kualiti buku teks sekolah supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Kajian untuk menambah baik buku teks dijalankan berterusan oleh sekumpulan ahli panel yang pakar dalam setiap mata pelajaran bagi menyemak atau menukar mana-mana

20 fakta dalam buku teks yang sudah lapuk dan tidak releven. Penyemakan ini memakan masa dan kos yang tinggi namun tetap dilakukan bagi memastikan kualiti buku teks terjamin. Selain itu penilaian semula isi kandungan buku teks perlu kea rah pembentukan modal insan yang cemerlang.”

Sumber: Berita Harian (13/11/2007)

5. Abd Hamid Md Shah. Pengarah Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran.

“Kira-kira 17.6 juta naskhah buku teks tambahan membabitkan anggaran kos lebih RM100 juta akan disediakan bagi menampung keperluan berikutan peluasan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kepada semua pelajar, tahun depan. Perlaksanaan ini membabitkan pakej buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mencakupi buku latihan amali dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Langkah ini selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam Bajet 2008 bahawa peluasan SPBT akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta ketika ini. Ini bermakna penyediaan buku teks tambahan adalah untuk kegunaan kira-kira 20 peratus lagi pelajar yang tidak mendapat SPBT sebelum pembentangan Bajet 2008.

Sumber : Harian Metro : ( 26 /07/ 2007)

21 6. Profesor Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif. Ketua Panel Penilai buku teks Bahasa Malaysia tingkatan satu.

“Bahagian Buku Teks, unit Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia perlu

sama-sama terbabit menyediakan buku teks. Beliau berpendapat, punca

utama guru tidak gemar menggunakan buku teks ialah kerana soalan peperiksaan yang disediakan tidak menjurus kepada bahan dalam buku teks, sedangkan mereka terpaksa memenuhi kehendak pelbagai pihak untuk memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Jika soalan yang disediakan diambil daripada bahan atau sukatan pelajaran seperti di buku teks, pasti guru akan memaksimumkan penggunaannya dan ia sekali gus tidak merugikan pelaburan kerajaan menerbitkan buku teks. Sumber: Berita Harian (13/11/2007)

Pendapat

dan

pandangan

tokoh-tokoh

tersebut

haruslah

diberi

perhatian

sewajarnya. Masyarakat sedar mengenai fenomena pengabaian buku teks yang berlaku di sekolah-sekolah sekarang ini.

Banyak faktor yang menyebabkan

berlakunya ketidakgunaan buku-buku teks SPBT di sekolah. Sementara itu, hasil soal selidik yang dijalankan Berita Harian terhadap 170 guru di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Labuan dan Selangor mendapati 62 peratus daripada mereka memilih untuk kurang atau tidak menggunakan buku teks jika ada pilihan lain. Malah, kebanyakan guru terlatih dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun itu, menyifatkan buku teks sebagai bahan bantu mengajar

yang

tidak

mengikut

isu

semasa

serta

kurang

latihan

dalam

mempersiapkan murid menghadapi peperiksaan. Inilah sebenarnya yang perlu

22 ditangani segera oleh kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Penelitian yang jitu perlu diberi keutamaan sebelum merancang penerbitan setiap buah buku teks.

Alternatif Untuk Meningkatkan Kegunaan Buku Teks Melalui Integrasi Teknologi Melalui Penggunaan Buku Digital

Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet.

Kini zaman

berubah dari era fizikal kepada digital, begitu juga dengan buku boleh berubah dari ratusan muka surat yang tebal dan berat kepada satu peranti digital yang hebat. Tidak dinafikan kaedah tradisional membaca buku tidak mungkin terhapus memandangkan ia satu-satunya bentuk keindahan apabila dapat menyelak satu demi satu helaian, namun pendigitalan buku mungkin alternatif yang mampu membawa dimensi baru dalam menyerap pengetahuan.

Pancaindera yang menerima informasi dikawal oleh dua sub-sistem yang berlainan iaitu secara lisan (bahasa) dan secara bukan lisan (imej, audio, visual dan kinestatik) Moore, Burton & Myers (1996). Mayer & Moreno (1998) menyokong pendapat bahawa pancaindera pendengar boleh mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan penghafalan. Perhatian dan Penghafalan pendengar boleh ditingkatkan jika setiap sub-sistem memberi informasi kepada pancaindera yang berlainan. Kamarudin (1986) menyatakan bahawa informasi diterima sebanyak 1% melalui

23 deria rasa, 1½% melalui deria sentuh, 3½% melalui deria hiduan, 11% melalui pendengaran dan 83% melalui deria pendengaran dan penglihatan. Kajian ini menyokong penggunaan buku digital sebagai alat multimedia yang menyediakan pelbagai fungsi rangsangan deria berbanding penggunaan buku teks biasa.

Satu ketika dulu, kita memiliki pemain kaset untuk memutarkan lagu kegemaran yang kemudian mengalami evolusi sehingga manusia mengenali pemain cakera padat (CD) pada sekitar 90-an. Zaman dan teknologi berubah pantas, kini semakin kurang kita lihat pengguna menikmati lagu dari pemain CD yang digantung pada pinggang mereka apabila kedatangan peranti baru yang lebih menarik, mudah dan kecil, lalu terus mendapat perhatian pasaran yakni pemain MP3 atau MP4. Konsep yang sama boleh diguna pakai dalam industri pembukuan melalui pengenalan buku elektronik atau e-buku kerana ia memiliki aplikasi yang boleh diperoleh melalui perkakasan khas atau digabungkan bersama MP4. Bukan asing bagi pengguna mengenali e-buku, tetapi, di Malaysia, pengedarannya masih kurang. Sukar dipastikan ketidakpopularan e-buku itu sama ada disebabkan tiada syarikat yang mahu menghasilkan peranti atau tahap kesedaran dalam memupuk budaya membaca masih kurang atau inisiatif yang mahal atau mungkin ada golongan yang sengaja tidak mahu mengenengahkannya kerana bimbang banyak syarikat buku atau percetakan akan tutup.

Adakah rakyat Malaysia bersedia menerima e-buku sebagai peranti masa depan baru tanpa membelakangkan kaedah tradisional membaca? Tabiat malas membaca di kalangan rakyat negara ini dapat dikurangkan melalui e-buku kerana alasan kesukaran mem bawa banyak buku, jurnal, bahan ilmiah yang berat dapat

24 dimampatkan dengan satu peranti kecil seperti telefon bimbit, MP4 atau perkakasan e-buku lain. Kesedaran penggunaan peranti digital untuk e-buku di negara ini dan Jepun jauh berbeza. Di Jepun, jualan e-buku ke telefon bimbit pengguna mencecah RM49 juta pada 2006 ekoran manfaat diperoleh rakyatnya yang menganggap ia sebagai alternatif tanpa perlu risau mengenai berat buku. Gajet mudah alih yang memiliki kemudahan memaparkan teks dan foto menarik perhatian pengguna di Jepun melalui perisian khas bagi menyokong pindah turun judul buku dari Internet. Apalagi yang perlu ditangguh rakyat negara ini untuk mengguna pakai sepenuhnya teknologi sedia ada ditambah pula rebat cukai pendapatan RM1,000 sudah memadai untuk menggalakkan budaya membaca.

Kajian menunjukkan rakyat negara ini menghabiskan dua pertiga masa terluang bukan dengan membaca, tetapi menonton televisyen manakala pada 1996, didapati purata penduduk negara ini membaca hanyalah dua buku dalam setahun jika dibandingkan penggunaan komputer dan se bagainya. Inilah masa sesuai untuk penerbit, pengarang, penulis karya atau ahli akademik memanfaatkan ruang digital yang ada dengan memandang serius penggunaan e-buku.

Berdasarkan satu kajian lagi yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar universiti di negara ini menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buah sahaja untuk tiga tahun

25 pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).

Lebih menakutkan apabila laporan itu turut mendakwa jumlah buku yang dibaca oleh pensyarah di Malaysia hanya mencecah purata 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester). Fenomena tidak mesra buku ini sudah tentu amat membimbangkan semua pihak memandangkan golongan cerdik pandai yang menghuni taman dan gedung ilmu ini adalah contoh serta teladan di menara gading; dan kelompok ini juga sepanjang hidup mereka senantiasa bergelumang dalam kancah intelektual. Sekiranya golongan intelektual ini kurang membaca, implikasinya sangat besar dan boleh menyebabkan prestasi dan kualiti sesebuah universiti berada di tahap yang kritikal.

Pengenalan Terhadap Konsep buku digital di sekolah.

E-buku bukan saja mampu memberi manfaat kerana saiznya atau keupayaan mudah alih namun secara tidak langsung ia dapat menyelamatkan bumi daripada pengeluaran kertas yang banyak hasil potongan jutaan kayu balak. E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembacapembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat. Disebabkan ia adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan yang berada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD. Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk

26 silang menggunakan hyperlink. Ini menjadikan e-book format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks

Harga buku mungkin dapat dikurangkan kerana kos produksi jauh lebih murah apatah lagi kenaikan bahan mentah untuk pembikinan buku secara fizikal mampu dihapuskan dengan teknologi percetakan digantikan pemodenan storan yang kecil dari segi fizikalnya. Di samping itu, teks yang terdapat dalam buku boleh dicapai dengan mudah melalui enjin carian atau keupayaan yang disepadukan dengan kamus.

Sarjana terkemuka, Bradley F James dalam artikelnya bertajuk ‘The Electronic Book and PDA: Looking Beyond the Physical Codex’. (2002) menekankan kelebihan e-buku sebagai sumber ilmu

yang menjadi akses pantas kepada pengguna.

Menurutnya, e-buku menawarkan pelbagai pilihan dari segi jenis tulisan, pencarian teks serta kaedah pembacaan ketika berada dalam suasana gelap, malah antaramukanya lebih ‘hidup’ apabila digabungkan dengan grafik atau video untuk interaktif lebih baik. Tambahnya, perpustakaan juga mendapat manfaat tambahan jika dilihat dari sudut ruang, sistem penyusunan buku secara tradisional, menyelia buku dan pekerja bukan lagi isu besar yang perlu dipeningkan.

''E-buku membolehkan sesiapa sahaja membaca sebarang dokumen digital dalam pelbagai format fail sama ada dalam format PDF, word dan html di komputer, telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA).'' (Dipetik dari Utusan Malaysia Online)

27 E-book ini juga tidaklah seberat beg sekolah yang diisi dengan buku-buku teks, yang perlu dibawa ke sekolah. Tambahan juga,e-book ini mengandungi imej dan gambar yang menarik, ini membolehkan pelajar membaca tanpa berasa bosan kerana buku kini kebanyakan hanya mengandungi ayat. Meskipun e-buku adalah tawaran baru kepada pembaca, cara tradisional tidak boleh dilupuskan serta-merta kerana e-buku adalah alternatif yang melengkapkan budaya membaca itu sendiri. Membaca melalui e-buku menyorong pelbagai ilmu untuk dimasukkan dalam minda sebagai pengetahuan kekal. Galakan membaca dalam bentuk digital adalah selari dengan kepesatan teknologi menyebabkan rakyat tiada alasan lagi sebenarnya untuk mengatakan tidak ada masa untuk membaca.

Penyediaan Laci Oleh Pihak Sekolah.

Ada juga cadangan supaya pihak sekolah menyediakan laci atau locker untuk pelajar-pelajar menyimpan buku-buku berlebihan mereka di sekolah. Cadangan ini pernah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah tertentu tetapi tidak mencapai hasil yang dihajati.

Banyak

sekolah

menghadapi

masalah

kekurangan

tempat

untuk

menampung pelajar yang terlalu ramai, apatah lagi menyediakan kemudahan seperti yang dicadangkan. Perkara ini bertambah rumit bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi pembelajaran. Bilik darjah yang sepatutnya memuatkan 25 orang pelajar yang dikira sebagai angka unggul telah disumbat sehingga 50 orang tambah menyempitkan.

Tambahan pula penyimpanan buku-buku tertentu di sekolah juga menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar yang ingin membuat latihan, ulang kaji dan rujukan

28 apabila berada di rumah. Masa yang dihabiskan oleh seseorang pelajar adalah lebih banyak di rumah berbanding dengan di sekolah. Tidak ramai orang yang dapat menerima cadangan seperti ini kecuali pelajar-pelajar menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada rumah.

Penyemakan Semula Isi Kandungan Buku Teks.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. melalui Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah Rendah telah mendapati isi kandungan buku teks tersebut perlu di kemaskinikan serta latihan dan soalan perlu lebih mirip soalan peperiksaan. Dicadangkan juga supaya latihan dan soalan dalam buku teks dikemaskini supaya ianya bersesuaian dengan keadaan semasa. Kajian ini juga bersetuju dengan faedah dari penggunaan buku kerja kepada pelajar dan guru. Hasil dapatan mendapati guru sangat bersetuju bahawa penggunaan buku kerja dapat mendedahkan murid kepada pelbagai kaedah menjawab soalan dan dapat menggantikan latihan dalam buku teks yang tidak mencukupi. Ini disebabkan soalan/latihan yang terdapat dalam buku kerja sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran murid serta sesuai untuk murid berpencapaian sederhana dan tinggi. Malah, guru besar menyatakan bahawa penggunaan buku kerja sangat membantu dalam memberi lebih banyak latihan kepada murid, menjimatkan masa daripada menyalin soalan latihan dan dapat menjimatkan guru dalam menyediakan latihan tambahan.

29 Masalah pembelajaran pelajar termasuklah kefahaman yang lemah, mudah lupa, tidak menumpu perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P), tidak mengambil bahagian dalam proses P&P, tidak membuat kerja sekolah langsung atau membuat kerja sekolah dengan kurang sempurna, lewat menghantar atau tidak menghantar langsung tugasan, malas mengulang kaji pelajaran, dan tidak membawa buku ke sekolah. Faktor-faktor ini menyebabkan pelajar lemah dalam pelajaran, malu untuk bertanya dalam kelas, bosan kerana tidak faham semasa P&P, rendah diri, tidak ada keyakinan untuk berjaya, ponteng kelas, dan kerap dimarahi guru (EPRD, 1994).

Dapatan kajian juga menunjukkan bentuk pengajaran-pembelajaran pada masa depan akan lebih berpusatkan pelajar melalui penggunaan teknologi. Pembelajaran mobile, pembelajaran berasaskan web, pembelajaran melalui sidang video, pembelajaran Jarak Jauh dan sebagainya akan memudahkan pelajar untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta pembelajaran boleh berlaku dimana-mana. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih mudah, lebih seronok dan lebih berjaya. Aplikasi teknologi terkini mampu membekalkan maklumat dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bentuk di multimedia. Teknologi paparan kertas generasi baru lebih pantas memberi maklum balas, dan memudahkan pembacaan dengan teks, imej dan garafik yang jelas. Dengan kapasiti penstoran 160 buku elektronik, pembaca malah mampu berfungsi sebagai perpustakaan bergerak anda. Model tersebut juga mempunyai ciri paparan beresolusi tinggi , malah menyerupai kertas secara fizikal, dengan penggunaan kuasa rendah. Sebiji bateri sebagai pembekal kuasanya mampu menawarkan bacaan sehingga 7,500 muka surat tanpa henti. Sebagai tambahan kepada konsep buku elektronik, alat tersebut juga boleh menyimpan dan

30 memaparkan dokumen peribadi dan perniagaan dalam format Adobe PDF, teks RTF, dan imej JPEG. Dengan harga hampir RM1,000 dan dilengkapi dengan kabel USB perisian PC e-book dan penyelarasan warna, produk ini mungkin lebih penting daripada telefon bimbit anda pada masa akan datang

Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana kemudahan dan kecanggihan teknologi siber masa kini memudahkan para pelajar dan pensyarah membuat rujukan Internet di portal pendidikan, blog, hab komunikasi, jurnal elektronik (ejurnal), CD, DVD dan rujukan elektronik lain tanpa bergantung kepada kaedah rujukan tradisional seperti buku, makalah, jurnal dan sebagainya sepertimana yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar dan pensyarah.

Kesimpulan

Dengan ini cara penyelesaian yang paling baik adalah mengkaji semula keperluan buku teks dan buku-buku tambahan lain yang digunakan di sekolah. Sekiranya buku teks yang digunapakai dalam sistem pendidikan hari ini menjadi sekadar pelengkap kepada pelajar dan guru, sesuatu harus dilakukan agar fungsinya sebagai bahan P&P kembali menjadi fokus. Buku teks yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran haruslah telah melalui proses pemilihan yang ketat, bukan dilakukan oleh pegawai tertentu yang tidak terlibat secara langsung dalam penggunaan buku tersebut. Ia seharusnya diteliti oleh satu panel yang terdiri daripada guru-guru yang pakar dalam bidang tersebut. Panel ini haruslah bebas daripada sebarang pengaruh atau ancaman golongan tertentu yang berkepentingan diri supaya pemilihan yang dibuat adalah mengutamakan kepentingan pelajar-pelajar lebih daripada sebarang

31 kepentingan peribadi atau golongan tertentu. Bahan grafik di dalam buku teks pula perlu lebih pelbagai merangkumi bahan seperti gambar foto, lakaran, ilustrasi, lukisan semi kartun, carta, rajah dan peta supaya menjelaskan lagi sebarang keterangan mengenai sesuatu perkara atau topik.

32 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan. Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui soalselidik. Pendekatan ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan mudah. Burns (1990) menyatakan kaedah tinjauan bersifat saintifik, logik dan khusus. Melalui kaedah ini ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. Manakala pelajar-pelajar dan guru-guru pula lebih memahami mengenai perkaraperkara yang perlu dinilai berbanding dengan cara penilaian yang lain. Reka bentuk kajian deskriptif yang digunakan sesuai untuk mendapatkan maklumat dan keterangan asas mengenai status dan penggunaan buku teks SPBT oleh pelajar dan guru di peringkat sekolah menengah.

Kajian deskriptif adalah sejenis kajian yang bermatlamatkan untuk menerangkan keadaan semasa sesuatu fenomena yang sedang berlaku, mendapatkan penjelasan dengan sempurna serta meneroka bidang yang belum dikaji untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Menurut Ary et al. (1990) kajian deskriptif adalah bertujuan untuk menentukan keadaan sebenar yang berlaku semasa sesuatu kajian itu dijalankan. Reka bentuk deskriptif juga amat sesuai bagi kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai sikap, perilaku, persepsi, faktor-faktor dan pendapat melalui sampel dari populasi. Jumlah data juga boleh dikumpulkan dengan agak mudah daripada pelbagai sumber - primer atau sekunder.

33 Kaedah Kuantitatif

Kaedah ini berguna untuk mengukur pelbagai aspek yang melibatkan persepsi pelajar dan guru terhadap buku teks. Soal selidik dibina untuk mengetahui pelbagai aspek seperti persembahan, isi kandungan, kepentingan, kekerapan membaca dan minat pelajar terhadap buku teks dalam P&P.

Kaedah Kualitatif.

Kaedah kualitatif ditadbir menerusi temubual tak berstruktur. Temubual tak formal ini tidak memerlukan rakaman, tidak dijadualkan secara formal iaitu berlaku secara spontan dalam bilik darjah atau lokasi lain yang sesuai,

serta perlu membuat

catatan untuk menjawab persoalan berkaitan Who, what, where, when, why, how. Kaedah temubual ini mampu memberi maklumat yang mendalam mengenai sesuatu perkara.

Pemerhatian secara langsung juga akan dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi

yang dikaji. Teknik ini tidak

memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja.

Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dalam bentuk kajian kes terhadap isu buku teks yang melibatkan pelajar dan guru di sekolah tersebut.

34 Tujuan memilih hanya sebuah sekolah untuk dibuat tinjauan ialah agar pengkaji dapat membuat ekplorasi yang mendalam terhadap permasalahan yang ingin dikaji.

Populasi dan Persampelan

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah di mana pengkaji sedang mengajar. Jumlah populasi dalam kalangan pelajar adalah seramai 180 orang. Populasi guru pula berjumlah 80 orang. Sampel merupakan sumber untuk mendapatkan data. Pengkaji akan menggunakan kaedah cabutan bertuah dari peti untuk menentukan sampel yang terpilih. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah persampelan ini dipanggil kaedah rawak mudah. Oleh kerana kajian ini adalah berbentuk deskriptif, pengkaji telah menetapkan hanya 10% dari jumlah populasi untuk dijadikan sampel kajian. Menurut Gay (1981) ,jika kajian yang hendak dilakukan berbentuk kajian deskriptif saiz minimum ialah sepuluh peratus daripada jumlah populasi.

Menurut Ary et al. (1990) suatu sampel yang baik mestilah mempunyai dua kriteria iaitu perwakilan dan kecukupan. Perwakilan membawa pengertian bahawa sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Kecukupan pula membawa pengertian bahawa bilangan sampel yang digunakan adalah mencukupi untuk membuat kesimpulan dan generalisasi yang meyakinkan. Untuk mendapatkan jumlah bilangan sampel minimum yang digunakan dalam kajian ini formula yang dikemukakan oleh Yamane (1967) dan Krejcie & Morgan (dlm. Isaac & Micheal 1984) telah digunakan. Dengan mengambilkira formula penentuan saiz sampel ini,

35 saiz sample yang digunakan untuk kajian ini ialah seramai 20 orang pelajar sekolah dan 10 orang guru akan menjadi responden dalam kajian.

Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi iaitu menggunakan soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Triangulasi adalah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan dalam penyelidikan kualitatif. (Merriem, 1998). Data-data dikumpulkan melalui sumber primer dan sekunder. Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden, pengkaji terlebih dahulu menemu bual responden bagi mendapatkan pandangan awal responden tentang kajian ini. Selepas mendapat pandangan yang positif dan mendapat kerjasama daripada responden, pengkaji mengedarkan soal selidik kepada responden. Selain itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh responden, pemerhatian ke atas sikap dan cara pelajar mengendalikan buku teks serta menyemak rekod pelajar dan guru.

Semasa pemerhatian, pengkaji menyediakan nota lapangan iaitu catatan yang berkaitan dengan aktiviti dan penglibatan murid semasa aktiviti. Pengkaji juga telah menjalankan temu bual secara formal dan tidak formal dengan responden. Data yang diperoleh melalui temu bual ini dikumpul dan dianalisis selaras dengan soalansoalan yang dikemukakan dalam soal selidik.

36 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan 2 set soal selidik iaitu soal selidik untuk pelajar dan guru, Setiap set soal selidik ini mengandungi 3 bahagian yang sama iaitu: 1) biodata responden. 2) kekerapan penggunaan buku teks dalam P&P. 3) persepsi pelajar dan guru terhadap buku teks. Soal selidik ini telah diadaptasi penyelidik berasaskan kepada persoalan dan tujuan kajian. Soalan-soalan dipandu dari soalan-soalan kajian yang perlu dijawab.

Pecahan Item Soal Selidik BAHAGIAN

NOMBOR ITEM

Bahagian A ( Biodata responden)

1, 2, 3, 4, 5, 6

Bahagian B (Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan buku teks )

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 9, 10, 11, 12, 13 14, 15,16,17,18, 20

Bahagian C ( persepsi pelajar dan guru terhadap buku teks.)

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14.

Jumlah

40

37 Keesahan dan Kebolehpercayaan.

Soal selidik ini dibangunkan berdasarkan panduan oleh “UNESCO Guidebook on Textbook Research and Textbook Revision” yang diterbitkan oleh George Eckert dan Institute United Nations Educational, for International Textbook Revision. Soal selidik yang dibentuk telah diprauji untuk menentukan kesahihan dan ketepatan kriteria item yang dipilih. Berpandukan kepada pra uji ini, soalan yang lemah dan tidak tepat diubahsuai. Ayat–ayat yang kompleks akan disusun semula dengan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh semua responden.

Teknik Analisis Data.

Data kajian kuantitatif yang didapati dari hasil soal selidik akan diproses secara manual bagi mendapatkan frekuensi kerana jumlah item yang dikemukakan dalam soal selidik tidak begitu banyak. Sementara itu, data kualitatif dianalisis mengikut tema-tema yang ditetapkan; yang diselaraskan dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik. Penyelarasan ini dilakukan bagi memudahkan pengkaji mendapatkan unit analisis yang dapat menyokong data kuantitatif yang dikemukakan dalam laporan, sementara data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu. Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan dalam kajian ini.

38 Rujukan: Shelly Cashman, Thomas J. Cashman, Randolph E. Gunter, & Glenda A. Gunter. (2004). Integrating Technology in the Classroom. Third Edition. Thomson Course Technology. United States of America.

Falk Pingel. (1999). Unesco guidebook on textbook research and textbook revision. George Eckert Institute United Nations Educational, for International Textbook Revision Department of Education for a Culture of Peace. UNESCO, Paris, 8 June 1999.

Foster, S. (2002) Stuart Foster: listed in Methodological Issues and Approaches in Textbook Research and Analysis, unpublished instructional document, Institute of Education, University of London, Spring 2002.

Ahmad Fuad Othman (2003). Pendidik dan pendidikan di era digital: Pendekatan dan cabarannya. Wawasan: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Bil.17. Jun 2003.

Saedah Siraj, & Mohd Paris bin Saleh. (2002). Jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah menengah:pandangan pakar. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Brian J. Foley. (2002). Students’ attitudes towards science in classes using handson or textbook based curriculum. California State University, Northridge Cameron McPhee. McPhee Consulting

39 Birgit Pepin.(2004). Mathematics textbooks and their use in secondary Classrooms in england, france and germany: connections, quality and entitlement. Pme28 – 2004 1–391. Oxford Brookes University, U.K.

Mohamad Sofee Razak. (9 Julai 2008). Intelek kurang membaca. Harian Metro. Laupa Junus, & Khairunnisa Sulaiman. (3 April 2008). Buku elektronik gaya pembacaan baru. Utusan Malaysia. Shaharuddin Basri Ibrahim, Chan Lee Chiun, & Muslimin Fadzil. (2001). Penggunaan buku teks secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah untuk murid berprestasi rendah di peringkat sekolah menengah. Kuala Lumpur: BPPDP, 2001. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian penilaian keperluan penggunaan buku kerja dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid tahap II di sekolah rendah. Kuala Lumpur: BPPDP, 2002.

Wong Yiik Ping. (2006). Persepsi pelajar menengah atas dalam penghafalan fakta sejarah di sebuah sekolah luar bandar sarikei. Institut Perguruan Rajang Bintangor, Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006. 09 – 11 oktober 2006. Bradley F. James. (2002) The Electronic Book and PDA Looking Beyond the Physical Codex Retrieved from http://www.scinet.cc/articles/ebook/electronicbook.html.

Ng CJ. (2006). Designing a questionnaire. Malaysian Family Physician. 2006;1(1):32-35

40

Afiq Hanif. (2008, 21 September). Buku dalam peranti. E-media NSTP. Retrieved from http://informasi.informe.com/blog/page/19/ (2008, 9 Julai). Tak Perlu Bawa Beg ke Sekolah? Harian Metro. Retrieved from http://www.hmetro.com.my/Wednesday/itMetro/20080507124807

(2007, 11 November). Kementerian Pelajaran Pertahan Kualiti Buku Teks. Utusan Malaysia. Retrieved from http://ibnuhassim.com/215/ebook/2008/04/10/buku-elektronik-gayapembacaan-baru/

http://ms.wikipedia.org/wiki/E-buku http://www.statpac.com/surveys/

41

Nama : Siti Ajar Bt Yaakob No. Matrik :88584 Tajuk Proposal : Trend Penggunaan Buku Teks Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Kota Setar.

Related Documents

Proposal Buku Teks
May 2020 7
Buku Teks Fix.pptx
December 2019 28
Scan Buku Teks
June 2020 12
Rekod Pinjaman Buku Teks
April 2020 15
Buku Teks Selesai.docx
December 2019 17