Projek Ilmiah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Projek Ilmiah as PDF for free.

More details

  • Words: 357
  • Pages: 3
Projek Ilmiah (oleh: AHLI JAWATAN KUASA PROTOKOL) Pada 11 haribulan 2009 yang lalu, kuliah wacan kumpulan BO telah menganjurkan satu projek ilmiah yang di beri nama Program Tautan Kasih. Progam ini telah dijalankan di rumah pensyarah kuliah iaitu Pn. Hajjah Norhayati Mokhtar, yang juga merupakan penasihat projek. Untuk memastikan segala persiapan program berjalan dengan lancar mahasisiwa dan mahasisiwi kuliah telah di bahagikan kepada beberapa ahli jawatankuasa seperti ahli jawatankuasa protocol, jamuan, publisiti dan sebagainya. Bagi AJK protokol dikehendaki menyediakan teks ucapan untuk penasihat program serta pengarah projek agar membantu memudahkan kelancaran majlis pada hari tersebut. Selain itu, persediaan tempat duduk bagi tetamu serta peserta-peserta juga diberi penekanan yang penting bagi memastikan majlis ini berjalan dengan sempurna. Majlis dimulakan oleh pengerusi majlis pada jam 12 tengahari dengan bacaan doa dari saudara amin serta uacapan alu-aluan dari penasihat projek seterusnya merasmikan majlis tautan kasih ini. Majlis diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa yang lain seperti permainan kotak beracunn,persembahan sketsa dari kolej Zaaba, persembahan nyanyian dari kolej Ungku Omar serta pertandingan berbalas pantun. Kerjasama di antara kumpulan dapat dilihat sewaktu dan sebelum majlis diadakan lagi. Semua warga kumpulan bekerjasama dalam memastikan kelancaran program dari pelbagai aspek seperti menyusun meja dan kerusi untuk hidangan makanan, menyapu sampah dan lain-lain lagi. Sebelum majlis bersurai, sedikit cenderahati telah diberikan kepada penasihat program ini sebagai tanda penghargaan di atas segala pertolongan yang telah dihulurkan . saguhati juga diberikan

kepada setiap ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan projek ini. Majlis berakhir pada jam 5 petang.

Disediakan oleh, (AJK protokol) Nurliyana Ahmad Daud Nurhazrina Ahmad

14 Oktober 2009

UCAPAN PUAN NORHAYATI. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bersyukur ke hadrat illahi, kerana setelah mengharungi pelbagai rintangan , halangan dan dugaan akhirnya dapat juga anda menganjurkan projek ilmiah ini. Diharap, melalui projek ini anda dapat mempelajari bagaimana hendak menguruskan sesuatu projek seperti cara untuk membuat kertas kerja dengan betul , meminta kelulusan tempat dan bagaimana hendak berurusan dengan pihak atasan. Disini, kita juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan . inilah yang saya nilai untuk permarkahan diakhir projek ini. Dengan ini saya merasmikan projek ilmiah kita pada hari ini.

Related Documents

Projek Ilmiah
June 2020 1
Projek
August 2019 56
Projek
April 2020 50
Ilmiah
October 2019 47
Projek Reunion
June 2020 10
Projek Sejarah
April 2020 26