Program Sehari Bersama Murid Orang Asli

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Sehari Bersama Murid Orang Asli as PDF for free.

More details

  • Words: 1,429
  • Pages: 13
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID ORANG ASLI SEKOLAH KEBANGSAAN (ASLI) BUKIT KEMANDOL KELOLAAN JABATAN PENDIDIKAN BERSAMA-SAMA PELAJAR-PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN RENDAH PENGAJIAN EMPAT TAHUN (PPPRPET), TAHUN 1. 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan mengadakan Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol, di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memberi pendedahan tentang pengalaman semasa berada di sekolah orang asli dan suasana baru di sana. 2.2 Meningkatkan pengalaman di dalam pelbagai bentuk tugas, seterusnya menambahkan ilmu untuk mentadbir dan melaksanakan program-program yang bakal dijalankan. 2.3 Memahami perkaitan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar sekolah 2.4 Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara pihak IPBA dan komuniti sekolah orang asli. 2.5 Mengeratkan hubungan antara pelajar, pensyarah dan warga sekolah. 2.6 Menanam semangat tolong menolong antara pelajar semasa menjalankan aktiviti di sekolah berkenaan 3.0 TARIKH/TEMPOH PROGRAM Program ini akan diadakan pada hari Khamis, 25 Oktober 2007. Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol ini dijangka bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka tamat pada 1.00 petang.

4.0 PENYERTAAN Para peserta yang terlibat ialah dalam kalangan pelajar-pelajar PPPRPET Tahun1 yang dikendalikan oleh Puan Zuraidah Abd. Majid, pensyarah matapelajaran Murid & Alam Belajar yang juga merangkap sebagai penyelaras kepada program ini. 5.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Senarai AJK Kerja Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol adalah seperti dalam Lampiran 1. Manakala Senarai AJK Pelaksana pula adalah seperti dalam Lampiran 2. 6.0 AKTIVITI Berdasarkan perbincangan yang telah dijalankan, terdapat dua aktiviti utama yang akan dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung, iaitu; i. Aktiviti Sukaneka – Murid Tahap 1 ii. Ujian Konservatif Piaget – Murid Tahap 2 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan bagi menjayakan Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol ini adalah seperti dalam Lampiran 3.

8.0 PERTIMBANGAN Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 8.0 PENUTUP Diharapkan kertas kerja Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan dan seterusnya meluluskan program ini.

Disediakan oleh , ……………………….. (Taiebah Mohamad Sagir) Setiausaha Pelaksana

Disemak oleh , ..……………………… (Pn. Zuraidah Abd. Majid) Penyelaras Program/Pensyarah Jabatan Pendidikan

Diluluskan oleh , ….…………………… (Dr. Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID ORANG ASLI, INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

Penaung

: Dr.Mohd Sofi Bin Ali

Penasihat : Y.Bhg. Datin Dr. Hjh Fowzia bt. Osman Pengelaras : Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid AJK

: 1. En. Baseni b. Jantra 2. Pn. Rosalyn Gelunu 3. En. Awab b. Said

LAMPIRAN 2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID ORANG ASLI SEKOLAH KEBANGSAAN (ASLI) BUKIT KEMANDOL, PPPRPET, TAHUN SATU, INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA Penaung : Dr.Mohd Sofi Bin Ali Penyelaras : Pn. Zuraidah Abd. Majid Pengerusi : Ahmad Bin Jaafar N/Pengerusi : Wan Mohd Nor Amali Bin Wan Ismail Setiausaha : Taiebah Binti Mohd Sagir Ajk Sukaneka

: 1. Mohd Hanif Bin Mahpot 2. Mohd Taufik Bin Osman 3. Taiebah Binti Mohamad Sagir 4. Mohd Azrizad Bin Noor

Ajk Piaget Conservation Task: 1. Shahrizan Bin Zakaria 2. ‘Aizat Fikri Bin Jamaludin 3. Mazlinda Bt Adnan @ Nan 4. Wan Mohd Nor Amali Bin Wan Ismail 5. Khairul Idzhar Bin Abdullah 6. Shazatul Shima Binti Zamani Ajk Hadiah & Cenderahati

: 1. Nurul Shamimi Binti Ismail 2. Noor Nadihah Binti Hj. Salleh 3. Ahmad Bin Jaafar

Ajk Alatan

: 1. Muhammad Syafiq Bin Muhamad Zulkiflee 2. Mohd Nor Fadzli Bin Osman @ Abd Rahman 3. Hasfatasha Binti Halim 4. Hamzah Bin Mohamad

Ajk Pengangkutan

: 1. Muhamad Ikhwan Bin Mohd Hanapi

Ajk Makanan

: 1. Shamsiah Binti Masnan 2. Siti Nurzahira Binti Mohd Basarudin

LAMPIRAN 3 Anggaran perbelanjaan untuk Program Sehari Bersama Murid Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol.

Perkara

Barang-barang keperluan untuk aktiviti yang akan dijalankan: - Sketal - Manila kad - Belon - Alat-alat tulis - Kertas majong - Dam aji - Dam ular

Anggaran perbelanjaan

RM50

Hadiah & Cenderahati - Hamper - Cenderahati IPBA

RM200

Makanan

RM150

JUMLAH KESELURUHAN

RM400

LAMPIRAN 4

Prosedur pelaksanaan aktiviti Piaget Conservation Task. Melalui Progam Sehari Bersama Murid Orang Asli pada 2 November 2007, yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol ini, kami telah mengaturkan beberapa ujian yang bersandarkan kepada Model Ujian Kognitif Jean Piaget. Ujian yang kami jalankan ini adalah untuk murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Setiap tahun atau darjah akan dipilih 3 orang untuk menjadi wakil darjah dan melaksanakan setiap ujian yang telah disusun untuk mereka. Terdapat 3 stesen yang berlainan yang mempunyai jenis ujian yang berlainan. Ketiga-tiga stesen akan berada dalam sebuah kelas dan semua murid-murid yang akan melaksanakan ujian tersebut akan berada dalam kelas tersebut bersama dengan para pelajar-pelajar PPPRPET yang bertindak sebagai pemerhati dan penguji. Setiap murid akan dibekalkan dengan sehelai borang ujian yang akan diisi oleh pemerhati apabila mereka sampai di setiap stesen. Ujian-ujian yang akan dilaksanakan ialah: 1. Ujian Duit Syiling

i.

Dengan menggunakan beberapa keping duit syiling, pada Kawasan A duit syiling tersebut akan disusun di atas meja supaya dapat dilihat oleh murid. Susunan duit syiling yang dibuat akan kelihatan teratur.

ii.

Apabila selesai, dengan jumlah duit syiling yang sama banyak seperti dalam Kawasan A, buat serakan duit syiling dalam Kawasan B bersebelahan dengan Kawasan A. Keadaan duit syiling dalam Kawasan B adalah transformasi dari keadaan duit syiling dalam Kawasan A.

iii.

Setelah itu, minta murid yang melihat supaya memberitahu apakah jumlah dalam kedua-dua kawasan iaitu Kawasan A dan Kawasan B mempunyai jumlah yang sama banyak, atau ada antaranya yang lebih banyak.

iv.

Sekiranya jawapan murid tersebut adalah duit syiling dalam Kawasan A lebih banyak dari duit syiling dalam Kawasan B, atau sebaliknya, minta murid tersebut memberikan sebab mengapa dia berkata demikian.

v.

Setiap jawapan akan dicatat dalam borang yang telah disediakan.

2. Ujian Tali

i.

Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama jenis dan panjang diperlukan.

ii.

Tali A akan diletak di atas meja secara lurus. Manakala Tali B diletakkan di atas meja dalam keadaan bengkok. Pastikan kedua-dua tali diletakkan bersebelahan antara satu sama lain.

iii.

Seterusnya, murid akan diajukan dengan soalan berdasarkan pemerhatian mereka, adakah tali tersebut kelihatan sama panjang atau ada tali yang kelihatan lebih panjang.

iv.

Segala jawapan dan alasan yang diberikan akan direkodkan dalam borang ujian tersebut.

3. Ujian Air @ Pengekalan Isipadu

i.

Dua buah bekas air yang ditandai dengan Bekas A dan B yang mempunyai saiz dan ketinggian yang sama akan diisikan dengan air denga isipadu yang sama. Situasi ini merupakan Situasi A.

ii.

Melalui keadaan air dalam Situasi A, murid akan ditanya adakah kedua-dua bekas air tersebut mempunyai isipadu air yang sama banyak?

iii.

Selepas murid memberikan jawapan mereka, transformasi akan dibuat. Transformasi dibuat dengan menggantikan salah satu bekas air yang berada dalam Situasi A iaitu Bekas B, dengan bekas air yang mempunyai saiz dan ketinggian yang berbeza yang ditandai dengan Bekas C. Air dari Bekas B akan dimasukkan dalam Bekas C. semasa melakukan transformasi ini, pastikan murid dapat memerhatikan prosedur tersebut.

iv.

Kemudian Bekas A dan C yang telah diisikan dengan air akan diletakkan secara bersebelahan.

v.

Murid akan ditanyakan dengan soalan yang sama, iaitu adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas tersebut sama banyak ataupun sebaliknya.

vi.

Setiap jawapan dan alasan yang diberikan oleh murid akan dicatat oleh pemerhati dalam borang yang telah disediakan.

Nama: Umur: Kelas: Masa pemerhati: UJIAN

KEADAAN AWAL

KEADAAN SELEPAS TRANSFORMASI

Duit Syiling

Kawasan A Kawasan B Tanyakan: Adakah duit syiling dalam Kawasan A sama banyak dengan duit syiling dalam Kawasan B? Jawapan: Sama ( Tidak ( Alasan/Sebab:

) )

Tali

Tali A

Tali B

Tanyakan: Adakah Tali A sama panjang dengan Tali B? Jawapan: Sama ( Tidak ( Alasan/Sebab:

) )

Air

A

B

A

C

Situasi A Situasi B Tanyakan: 1) Dalam Situasi A, adakah isipadu dalam kedua-dua bekas air A dan B sama? Jawapan: Sama ( Tidak (

) )

Alasan/Sebab:

Tanyakan: 2) Dalam Situasi B, adakah isipadu dalam kedua-dua bekas air A dan C masih sama? Jawapan: Sama ( Tidak (

) )

Alasan/Sebab:

Pengesahan anggaran perbelanjaan. Disediakan oleh,

……………………….. (Taiebah bt Mohamad Sagir) Setiausaha Pelaksana, Projek Lawatan ke SK (Asli) Bukit Kemandol Disemak oleh,

…………………………. (Pn. Zuraidah Abd. Majid) Penasihat Projek, Projek Lawatan ke SK (Asli) Bukit Kemandol Disahkan oleh,

…………………………… (Dr.Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Ins.Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa

“PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID ORANG ASLI” SEKOLAH KEBANGSAAN (ASLI) BUKIT KEMANDOL

Kelolaan Pelajar Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun (PPPRPET), Tahun 1 Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa

Related Documents