Produk Keluaran Bumiputera

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Produk Keluaran Bumiputera as PDF for free.

More details

  • Words: 975
  • Pages: 2
Utusan Malaysia Online - Rencana

CARI

LAMAN UTAMA BERITA

Page 1 of 2

17 Julai 2008 / 14 Rejab 1429

KUMPULAN UTUSAN BERITA

HUBUNGI KAMI

JOM IKLAN!

ARKIB

RENCANA

Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Parlimen

Nilai produk bumiputera Oleh NASSRUL HAKIM MD. JANI

Politik Luar Negara Sukan Bisnes Laporan Saham Mahkamah Jenayah

"Barangan keluaran bumiputera". Label yang biasa kita lihat pada pembungkus-pembungkus atau di papan-papan iklan yang mempromosikan produk keluaran bumiputera. Dengan label tersebut mudah untuk kita mengenali yang mana satu produk keluaran bumiputera dan yang mana bukan.

IKLAN@UTUSAN

Rencana Bicara Agama Forum GAYA HIDUP Hiburan Keluarga Feminin Rancangan TV Pendidikan Sains & Teknologi Agrobiz Kesihatan Sigap Polis & Tentera Sastera CAPAIAN LAIN Mudah Jual-Beli Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Mangga TV MyBooks

Sekurang-kurangnya, kepada pengguna dari kalangan bumiputera dan Melayu, ia sebagai satu sokongan moral terhadap perniagaan milik bumiputera. Sebagai orang Melayu dan bumiputera memang seharusnya kita menyokong produk keluaran bumiputera. Tetapi sejauh manakah tahap sokongan kita itu dapat kita pertahankan apabila terdapat perbezaan yang ketara dari segi harga dan kualiti? Adakah masyarakat Melayu dan bumiputera akan bermati-matian sanggup keluar duit lebih sedikit demi menyokong perniagaan orang Melayu dan bumiputera?

Kaedah pembungkusan produk milik bumiputera perlu menarik supaya mampu bersaing dengan barangan syarikat bukan bumiputera.

Itu dalam konteks bumiputera dan bukan bumiputera. Dalam konteks perdagangan global dan antarabangsa juga kita menghadapi situasi yang sama.

Mencari Sharlinie • Download poster Mencari Sharlinie. • Ikuti perkembangan terkini pencarian Sharlinie • Download fotofit suspek.

Status barangan buatan Malaysia juga menghadapi masalah yang sama. Kali ini persaingan antara barangan buatan tempatan dengan barangan import. Kita sebenarnya menghadapi kebanjiran produk-produk dari negara luar. Dasar kebebasan dalam perdagangan antara negara seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang ditandatangani oleh negara-negara ASEAN pada 28 Januari 1992 telah menyebabkan kita terpaksa menerima pelbagai jenis produk dari negara luar dengan harga yang rendah.

Kareer Utusan Karya

MENARIK

• Utusan@SMS -- Langgan khidmat SMS news alert akhbar Utusan Malaysia • Geng@Utusan -- Hantar gambar anda dan jom sertai teman-teman di Geng Online

Kejatuhan blok negara komunis dalam dekad 1990-an telah menjurus kepada dasar buka pintu negara-negara komunis tersebut. China contohnya kini telah pesat membangunkan industrinya.

LAMAN KHAS

Banyak kilang di Malaysia yang ditutup kerana pelabur berebut-rebut membuka kilang di China kerana kos buruhnya yang jauh lebih rendah dari Malaysia. Dasar perdagangan bebas dan kebangkitan kuasa ekonomi bekas negara blok komunis telah menyebabkan kita dibanjiri dengan pelbagai produk dari pelbagai negara luar.

IKLAN@UTUSAN

Dengan ini pengguna telah mempunyai banyak pilihan. Dan pilihan itu pula datang mungkin dengan harga yang jauh lebih rendah daripada yang kita keluarkan. Ini menuntut agar usahawan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti produk mereka dan dalam masa yang sama harus menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah. Ini adalah cabaran yang sangat besar kepada usahawan pada masa kini.

KOMUNITI

Jika anda sebagai pengguna berdepan dengan pilihan untuk membeli sebuah beg sekolah yang diimport dari China yang dijual dengan harga RM10 dan sebuah beg sekolah yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat tempatan milik bumiputera yang dijual dengan harga RM35 dan kualitinya adalah sama, adakah anda memilih untuk membeli beg sekolah buatan tempatan? Jawapannya pada anda sendiri. Bukan untuk menidakkan kepentingan nilai patriotik tetapi dalam banyak hal kita terpaksa berhadapan dengan realiti bahawa kita perlu bersaing dari segi kualiti dan harga tanpa banyak bergantung dengan nilai patriotik semata-mata. Penulis pernah bertemu dengan seorang pengusaha sebuah pasar mini yang terpaksa menutup perniagaan setelah dua tahun beroperasi kerana menghadapi persaingan harga yang sengit dengan peniaga bukan bumiputera. Ini kerana beberapa produk yang dijual dengan harga yang jauh lebih rendah, malah lebih rendah dari harga kos belian menyebabkan pelanggan lari ke pasar mini milik bukan bumiputera tersebut. Sedangkan masyarakat di sekeliling itu majoritinya orang Melayu dan bumiputera. Nilai patriotik sahaja sebenarnya tidak cukup kuat bagi membuatkan pengguna membeli barangbarang yang dikeluarkan oleh usahawan tempatan. Peniaga Melayu dan bumiputera pula tidak boleh menyalahkan orang Melayu dan bumiputera kerana tidak menyokong perniagaan mereka sekiranya mereka gagal menyaingi kualiti atau harga peniaga bukan bumiputera. Keadaan menjadi lebih buruk apabila sesebuah perniagaan yang mempunyai status bumiputera tetapi menawarkan produk atau perkhidmatan yang teruk dan harganya pula lebih mahal.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia... 17/7/2008

Utusan Malaysia Online - Rencana

Page 2 of 2

Usahawan bumiputera seharusnya bekerja keras bagi memastikan bahawa produk yang dikeluarkan memenuhi kualiti yang diinginkan oleh pelanggan tetapi dalam masa yang sama mestilah menawarkan harga yang kompetitif. Situasi ekonomi yang mendesak menyebabkan semua orang, tidak kira bumiputera atau tidak, pengguna menjadi 'berkira' tentang duit. Mereka akan membeli produk yang mana harganya lebih rendah. Masyarakat sekarang dilihat lebih terbuka dan kurang terpengaruh dengan nilai bangsa dalam soal ekonomi. Usahawan Melayu dan bumiputera perlu berusaha untuk menjadikan mereka berdaya saing. Berdaya saing bermaksud mempunyai kemampuan untuk bersaing. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam persaingan adalah dari segi harga, kualiti, perkhidmatan, teknologi dan sebagainya. Usahawan Melayu dan bumiputera dinasihatkan agar jangan terlalu bergantung dan berkubu di sebalik status perniagaan bumiputera semata-mata. Mereka sekurang-kurangnya mesti boleh menawarkan harga dan kualiti yang setara dengan usahawan bukan bumiputera. Barulah pada masa itu pengguna dari kalangan bumiputera boleh memberikan sokongan mereka terhadap produk keluaran bumiputera.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• • • • • • • • • •

Wujudkan kerjasama Nilai produk bumiputera Kesan strategi cekap pengurusan Petronas BISIK-BISIK AWANG SELAMAT Pemberi rasuah juga mesti dihukum Keperluan meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia Memahami peranan Malaysia di selatan Thailand Beri peluang pemimpin pelapis Percaya sistem perundangan di negara sendiri Sehari sebuah buku

IKLAN@UTUSAN

IKLAN Teks



Cyber Slim Center - 10kg dalam 30 hari >> Langsingkan badan secara selamat, semula jadi • SmartStudy - Kursus Motivasi & Teknik Belajar Bersama Osman Affan • Pusat Pelangsingan Online Anda, turun 5-30kg. >> Rahsia Mudah Langsing. Ketahuinya. • Promosi ! 3GB hosting hanya RM80 setahun Syarikat Hosting 5 Teratas, Pendaftaran dibuka 24/7

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia... 17/7/2008

Related Documents

Produk Keluaran Bumiputera
November 2019 7
Boikot Produk Keluaran As
December 2019 34
Produk
June 2020 40
Keluaran 4
December 2019 24
Keluaran 21
December 2019 29