Presentation Agama1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Presentation Agama1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,696
  • Pages: 27
ISI KANDUNGAN        

PENGENALAN BAB 1 ISLAM AGAMA YANG TERINDAH BAB 2 CIRI-CIRI UTAMA ISLAM BAB 3 PENGERTIAN ILMU BAB 4 PENDAPAT TENTANG ILMU BAB 5 TOKOH-TOKOH ISLAM GLOSARI RUJUKAN

PENGENALAN 

Tujuan tugasan ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan lanjut tentang Islam dan Ilmu supaya kewujudannya tidak diabaikan dan dapat dijadikan sebagai panduan serta rujukan.



Al-Quran memerintahkan manusia untuk terus berupaya meningkatkan kemampuan ilmiahnya. Rasulullah s.a.w juga sentiasa berdoa agar sentiasa ditambahkan ilmu pengetahuan ke atas baginda. Firman Allah di dalam Kitab-Nya yang bermaksud: “Berdoalah! (Hai Muhammad), “Wahai Tuhanku, tambahlah untukku ilmu.” (Surah Thaha: 114)



Hadis Nabi juga menyatakan bahawa mengajarkan ilmu itu salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah. Oleh yang demikian, ilmu dianggap sebagai kunci kepada keimanan. Ilmu dan iman tidak boleh diasingkan kerana ia perlu saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.



Kesimpulannya Islam dan ilmu sangat penting kepada manusia untuk dijadikan panduan dan rujukan.

BAB 1 1.1 PENGERTIAN ISLAM  Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada umat manusia ialah Islam.Islam merupakan agama yang mulia dan amat sesuai sekali dengan fitrah semula jadi manusia bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.  Islam pada bahasa ialah selamat,sejahtera,aman dan damai. Manakala pada pengertian syarak ialah menyerahkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T semata-mata,tunduk dan patuh kepada segala suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan Allah.S.W.T.  " Sesungguhnya agama yang diredai Allah S.W.T ialah agama Islam" (Surah Al-Imran ayat: 19)

1.2 ISLAM SEBAGAI AD-DIN  Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah agama yang diredai Nya dan amat sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia. Islam adalah agama yang berbeza dengan agama-agama lain. Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia. Apabila Islam itu dinobatkan suatu cara hidup manusia ini bermakna Islam meletakkan beberapa garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia.  Allah S.W.T telah menegaskan bahawa Dialah telah sempurnakan kepada umat manusia agama Islam sebagai cara hidup manusia.  FirmanNya yang berbunyi: " Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu. ( Surah al-Maidah ayat : 3)

BAB 2 2.1 CIRI-CIRI UTAMA ISLAM 1. Islam datang daripada Allah Rabbani - Dari sudut matlamat, tumpuan, kaedah dan sumber, penetapan matlamat hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. meskipun perjalanan kehidupan manusia dalam membina sebuah tamadun mempunyai pelbagai tujuan yang bersifat duniawi, tetapi matlamat akhirnya adalah untuk menemui Tuhannya. Tumpuan dan kaedah dalam kehidupan juga telah digariskan dengan sumber yang datang daripada Allah S.W.T. 2. Menyeluruh - Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undangundang, ’aqidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T. dan hubungan sesama manusia. Ia juga merupakan satu seruan keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam

3. Umum - Tamadun Islam amat sesuai untuk semua orang di setiap tempat dan masa. Ini kerana ciri umum yang ada padanya. Dengan ciri yang umum ini juga terbukalah ruang kepada manusia untuk membina tamadun yang sejagat 4. Tetap dan anjal - Iaitu tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Islam memberi kebebasan dari sudut merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan dari sudut kebendaan sematamata. 5. Ideal dan realistik - Islam sentiasa menekankan dan ingin meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah S.W.T. tunjangnya ialah kesederhanaan dan kesempurnaan. Ia realistik dari segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah S.W.T.

2.2 KEINDAHAN ISLAM 1.

HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T DAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA - Islam adalah agama yang mempunyai pertalian di antara Pencipta dengan makhluk dan juga pertalian sesama makhluk. Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W adalah agama Allah S.W.T yang mencipta manusia dan makhluk yang lain. Oleh yang demikian ajaran Islam ialah mengajak manusia beriman kepada Pencipta alam, Pencipta agama Islam, Pencipta manusia Allah S.W.T. Ini bermakna Islam mengajak manusia beribadat kepada Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T Tuhan yang berhak disembah " Dan tidak aku jadikan jin dan manusia ialah untuk beribadat kepada Aku (Allah S.W.T). ( Surah al-Zariyat ayat: 56 ) - Dalam pada itu, selain hubungan manusia dengan Allah S.W.T, Islam juga menggariskan peraturan hidup sesama manusia dalam rumahtangga, masyarakat dan social, serta negara. Islam bukan agama individu atau sekumpulan manusia, bahkan Islam adalah agama untuk semua manusia.

2. ISLAM TIDAK MEMBEBANKAN MANUSIA Sebagai contoh kita lihat Rukun Islam yang lima dimana selepas mengucap dua Kalimah Syahadah, kita difardukan solat lima waktus sehari semalam dan solat adalah wajib ke atas setiap mukallaf. Jika seseorang itu tidak mampu berdiri kerana keuzuran, maka boleh dikerjakan secara duduk, jika tidak mampu duduk hendaklah secara mengiring atau baring menelentang ke arah kiblat dan seterusnya menggunakan isyarat mata. Contoh-contoh lain seperti puasa dan lain-lain lagi. 3. ISLAM MEMBAWA RAHMAT KEPADA MANUSIA. - Islam membawa rahmat kepada manusia bermakna Allah S.W,T amat kasih kepada manusia yang mana Allah S.W.T dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Allah S.W.T tidak membiarkan manusia dalam kegelapan hidup. Bahkan Allah S.W.T menjadikan manusia dan pada masa yang sama diberikan segala keistimewaan dan rezeki. Rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T dibawa oleh Baginda S.A.W yang merangkumi seluruh isi alam sebagaimana firmannya: "Dan tidak kami (Allah S.W.T ) utuskan Engkau Muhammad melainkan membawa rahmat ke seluruh alam." ( Surah al-Anbiya’ ayat: 107 )

Antara rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T yang begitu indah dalam Islam dan yang diberikan kepada manusia ialah: Rahmat Iman dan Islam - Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W memandu manusia beriman kepada Allah S.W.T Tuhan yang Maha Agong dan hanya Allah S.W.T Tuhan yang berhak disembah. Islam mengeluarkan manusia daripada kejahilan dan kegelapan hidup kepada nur iman dan cahaya kebenaran hakiki dalam kehidupan.Firman Allah S.W.T: " Allah S.W.T mengeluarkan manusia daripada kesesatan kepada cahaya Islam." ( Surah al-Baqarah ayat : 257 ) Rahmat Akhlak - Menyeru manusia membuang segala sifat kemungkaran yang berpunca daripada nafsu yang jahat dan godaan syaitan kepada sifat dan akhlak yang terpuji dan dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Islam datang untuk menyucikan hati-hati manusia, menanam benih-benih nur iman dan hidayah. Masyarakat hidup porak peranda sebelum kedatangan islam.

Rahmat Ilmu. - Islam mengajar manusia ilmu dan menyeru manusia agar berilmu pengetahuan yang hakiki yang dapat menjadi pelita hidup manusia untuk memilih jalan yang baik dan meninggalkan jalan yang sesat. Rasulullah S.A.W sendiri diajar oleh Malaikat Jibrail a.s bagaimana mengenal Allah S.W.T dan beribadat kepadaNya. Ilmu itu adalah asas kehidupan manusia setelah beriman kepada Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T "Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan semua makhluk.Yang menciptakan manusia dari sebuku darah yang beku." ( Surah al-Alak ayat :1 dan 2 ) Islam Mengajar Cara Beribadat Yang Betul. Masyarakat pada masa dahulu meraba-raba mencari tuhan. Ada yang menyembah berhala patung, pokok, matahari, sungai, manusia dan sebagainya. Tetapi setelah kedatangan Islam mereka hidup dengan lebih baik.

Rahmat Kasih Sayang dan Persaudaraan Sesama Manusia Islam itu indah kerana Islam membawa kasih sayang kepada mahkluknya dan Islam telah menggariskan panduan bahawa umat Islam adalah bersaudara dan juga Islam mengajar manusia agar bersatu padu setiap masa dan memperbetulkan setiap kesalahan sesama sendiri. 4. PAHALA DALAM IBADAT DIGANDAKAN - Salah satu keistimewaan yang Allah S.W.T kurniakan kepada umat manusia yang beriman kepada Allah S.W.T ialah kelebihan pahala yang berlipat ganda.Kalau dilakukan satu perkara kebaikkan Allah S.W.T akan tambah dan gandakan pahala menjadi sepuluh kali ganda, seratus kali ganda atau lebih daripada itu.Firman Allah S.W.T : ": Sesiapa yang membuat satu kebaikkan maka baginya sepuluh kebajikkan." ( Surah al-An’am ayat: 160 )

5. ISLAM MEMBINA TAMADUN MANUSIA YANG SEJATI Islam mengajar manusia membina tamadun berasaskan syariat Islam di mana kecemerlangan tamadun manusia bukan sekadar pencapaian fizikal malah pembangunan tamadun yang baik adalah berdasarkan pembangunan rohani manusia itu sendiri yang menjadi tunjang penting kepada pembangunan tamadun manusia. 6. ISLAM MENEGAK KEBENARAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN Islam mengajak umatnya sentiasa membuat kebaikkan tak kira di mana sahaja berada seperti bantu membantu, bekerjasama, tolenrasi, mengeluarkan zakat, sedekah dan Islam meminta agar manusia sentiasa menjauhi perkara mungkar yang dilarang oleh Islam seperti judi, zina, arak, fitnah, hasad dengki, bunuh membunuh dan sebagainya. 7. ISLAM MENJAMIN HAK ASASI MANUSIA. - Islam memberi kebebasan bersuara. Setiap manusia dibenarkan mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing. Ini bermakna Islam tidak menyekat manusia bersuara kerana itu hak yang Allah S.W.T kurniakan kepada manusia. Kebebasan bersuara inilah yang banyak mencetuskan ilmu pengetahuan

2.3 KEISTIMEWAAN ISLAM 1. RABBANIYYAH ( KETUHANAN ) - Rabbaniyyah bermakna Islam yang merangkumi hukum hakam, konsep, prinsip dan nilai-nilai peraturan hidup manusia adalah mutlak milik Allah S.W.T.Islam agama Allah S.A.W sebagaimana keterangan pada bab yang lepas dan agama-agama yang lain tidak diterima oleh Allah S.W.T sebagaimana firmanNya: " Sesungguhnya agama yang diredai Allah S.W.T ialah agama Islam" ( Surah Al –Imran ayat : 19 ) 2. SYUMULIYYAH ( LENGKAP ) - Syumuliyyah bermakna bahawa Islam itu lengkap dan sempurna malah tiada cacat celanya yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Segala apa yang diterangkan oleh Islam adalah benar dan nyata belaka. Segala apa yang dihadapi oleh manusia semuanya terdapat penyelesaian dalam al-Quran sedikit pun tidak ditinggalkan.Allah S.W.T

3. WAQI’IYYAH ( BENAR DAN NYATA ) Al-Waqiiyyah bermksud ajaran Islam adalah bersifat praktikal dan sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia. Apa-apa persoalan yang ditimbulkan oleh manusia yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka dapat diselesaikan oleh Islam melalui ajaran-ajarannya yang benar lagi tepat sekali. 4. ALAMIYYAH ( SARWAJAGAT ) Alamiyyah bermaksud ajaran Islam adalah sesuai untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, tempat dan zaman. Allah S.W.T sesungguhnya telah memuliakan manusia dengan pelbagai nikmat rezeki dan kemudahan dengan memudahkan manusia menjalankan urusan pentadbiran di bumi ini sebagai khalifah.

BAB 3 3.1 -

APA ITU ILMU Asas ilmu yang diperlukan oleh manusia ialah dua, iaitu ilmu Mengurus Diri dan ilmu Mengurus Sistem. Allah SWT menjadikan insan sebagai suatu unit sistem yang mempunyai hikmah dan peranannya sendiri

3.2 JENIS – JENIS ILMU MENURUT HIRARKI Imam al Ghazali membahagikan ilmu seperti berikut i. Ilmu teoretikal dan praktikal ii. Ilmu mendatang (huduri) dan ilmu memperolehan (husuli) iii. Ilmu keagamaan (shar’iyyah) dan ilmu intelektual (aqliyyah) iv. Ilmu Fardu ‘Ain (wajib ke atas setiap individu) dan ilmu Fardu Kifayah (wajib ke atas masyarakat) -

Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada mahmud(terpuji), madhmum (tercela) dan mubah (harus). Mulla Sadra (q.s) mengklasifikasikan ilmu kepada ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Walau bagaimanapun, untuk perbincangan kita, jenis – jenis ilmu diklasifikasikan mengikut alat pencapai ilmu.

-

-

-

1. ILMU WAHYU ilmu wahyu ialah ilmu-ilmu agama yang berteraskan wahyu daripada Allah S.W.T. Ia merupakan ilmu-ilmu seperti al-Qur’an, tafsir, hadith, fikah dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya seperti ilmu kalam dan ilmu tasawuf. 2.ILMU ILHAM ilmu ini lebih menjurus kepada kehendak ilmu wahyu, berbanding ilmu ‘aqli. Ilmu ini tidak dapat dimiliki oleh semua orang. Biasanya ia diperoleh oleh orang-orang yang hatinya bertaqarrub ilaLlah (mendekati Allah) dnegan sebenar-benarnya. Ia juga dikenali dengan nama ilmu ladunni. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “lalu mereka mendapati seorang daripada hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniai rahmat dari sisi Kami dan yang telah kami ajar sejenis ilmu (yakni ilmu ladunni) dari sisi kami.” (Surah al-Kahfi 18 : 65) 3.ILMU EMPIRIKAL Ilmu Empirikal ialah ilmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir. Fakta-fakta yang ditanggapi oleh pancaindera haruslah dibawa ke arah memahami kehendak-kehendak wahyu. Akal pula berfungsi sebagai alat untuk merumuskan dan membuat kesimpulan berdasarkan penggunaan pancaindera

3.3 PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Ilmu pengetahuan i. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta menjadikannya sebagai jihad ii. Kerajaan abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah iii. Ilmu yang diterokai pada masa itu; 1. ilmu al-quran 2. ilmu hadis 3. ilmu nahu, geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah. iv. Umat islam di zaman ini amat disegani oleh umat lain kerna kepakaran dan luasnya ilmu pengetahuan yang diterokai

Ilmu berteraskan wahyu i. Ilmu tafsir - Pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun - Mula disusun mengikut susunan surah oleh yahya bin ziyad al-farra' dan diperbaharui oleh at-tabari ii. Ilmu hadis - Zaman abbasiyah adalah zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis - Muncul pakar-pakar hadis terkenal seperti al-bukhari, muslim, abu daud, attirmizi, an-nasai dan ibnu majah iii. Ilmu fekah - Di zaman ini muncul tokoh-tokoh ulamak muktabar yang mengasaskan mazhab-mazhab fekah seperti imam abu hanifah, imam malik, imam malik, imam syafi'e dan imam ahmad bin hanbal iv. Ilmu tauhid - Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan buruk terhadap akidah umat islam - Terdapat umat islam pada masa itu menganggap falsafah yunani sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah akidah - Muncul ulamak-ulamak terkenal seperti abu hasan al-a'sya'ri yang berjuang memurnikan semula akidah umat islam daripada pengaruh falsafah yunani yang menyesatkan

b.      Ilmu berteraskan akal i. Ilmu matematik - Muncul beberapa formula baru matematik seperti trigonometry, algebra, geometry dan logarithm - Di zaman ini diperkenalkan sistem angka dalam abjad arab - Tokoh terkenal ialah al-khawarizmi.

ii.

Ilmu falak - Penemuan baru di zaman ini; a. Mengukur jarak antara bumi dengan matahari b. Membuat jadual pergerekan bulan dan bintang c. Menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan matahari terhadap pertukaran musim d. Mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai - Tokoh terkenal ialah al-butani

dan astrolabe

iii ilmu kimia - Umat islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia yang penting dan mengasskan fakta-fakta kimia berdasarkan uji kaji - penemuan; a. penemuan asid galian seperti asid nitrik, asid sulfurik, dan asid hidroklorik b. teori penghasilan petroleum c. teori penghasilan alkohol d. membaiki proses pembuatan kaca

BAB 4

4.1 PENDAPAT TENTANG ILMU

Yusuf al-Razi (916 Masehi) • Ilmu (adab) mengharuskan kefahaman ilmu, ilmu melengkapkan tindakan yang benar, tindakan yang mengangkat kebijaksanaan. Abu Hatim al-razi (810-890 Masehi) • Orang yang bijaksana ialah orang yang menggabungkan ilmu dan amal. al-Kindi (796-873 Masehi) • Kebijaksanaan ialah kecemerlangan kekuatan rasional, ilmu tentang alam semesta dan realitinya dan penggunaannya dalam bentuk tindakan realiti mesti dimanfaatkan. aristole (364 sebelum Masehi) • Ilmu merupakan kurniaan pencipta dan kebijaksanaan ialah kehadirannya.

4.2 PEMBAGIAN ILMU MENGIKUT AHLI EPISTEMOLOGI  Ibnu Sina (980 M – 1036 M) - telah mengelaskan ilmu kepada dua bahagian , iaitu abadi dan sementara. Ilmu abadi merangkumi ilmu sebagai tujuan dan ilmu sebagai alat. Ilmu sebagai tujuan diklasifikasikan kepada teorikal dan praktikal. Ianya termasuk ilmu alam semula jadi, matematik, metafizik universal. Ilmu akhlak, pengurusan rumah, pengurusan bandar dan Shari’ah termasuk di bawah bahagian tujuan praktikal. Manakala ilmu sebagai alat ialah ilmu logik. Al-Ghazali (1058 M – 1111 M) - membahagikan ilmu kepada shar’iyyah dan ’aqilyyah 

4.3 KEWUJUDAN CABANG ILMU BERTUNJANGKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 

Sejarah - Kisah-kisah fir’aun, Qarun, Bani Israel dan banyak lagi dipaparkan dalam al-Qur’an. Semau kisah dan sejarah ini diutarakan agar dapat diambil pengajarandan iktibar daripada peristiwa yang berlaku.



Biologi - Banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyentuh bidang biologi yang berkaitan dengan tumbuhan, haiwan dan kehidupan seni. Al-Qur’an menggesa manusia supaya mengkaji, menyiasat, memikir dan merenung tentang keagungan ciptaan Tuhan.



Astronomi - Dikenali dengan ilmu falak, iaitu pengetahuan tentang kedudukan pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

BAB 5 TOKOH – TOKOH ISLAM 5.1 Al-Ghazali Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam". 5.2 Ibnu Sina - Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

GLOSARI BAB 1 PERKARA

MAKSUD

BIL 1

al-Din

suatu cara hidup manusia

BAB 2 PERKARA

MAKSUD

BIL 1

Rabbaniyyah

ketuhanan

2

Syumuliyyah

lengkap dan sempurna

3

Waqi’iyyah

Benar dan nyata (bersifat praktikal)

4

Alamiyyah

Sarwajagat (sesuai untuk semua / menyeluruh)

BAB 3 PERKARA

MAKSUD

BIL 1

Mahmud

terpuji

2

Madhmum

tercela

3

Mubah

harus

4

Bertaqarrub ilaLlah

mendekati Allah

5

Ilmu ladunni

satu kurniaan atau anugerah

6

Ilmu kashf

terbuka mata hati

7

Ilmu Empirikal

ilmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir

RUJUKAN

INTERNET : • • • •

www.yahoo.com/tokoh-tokoh islam www.yahoo.com/pengertian islam dan ilmu www.google.com/ilmu dan islam www.yahoo.com/islam hadhari

BUKU / MAJALAH : -Tamadun Islam, Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib, -Al-Islam

Related Documents

Presentation Agama1
June 2020 3
Presentation
May 2020 0
Presentation
May 2020 0
Presentation
June 2020 0
Presentation
June 2020 0
Presentation
June 2020 0