Pondok Sungai Durian: Kertas Kerja Asrama Lelaki

  • Uploaded by: zain ys
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pondok Sungai Durian: Kertas Kerja Asrama Lelaki as PDF for free.

More details

  • Words: 940
  • Pages: 8
PROPOSAL PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR (LELAKI)

MADRASAH MUHAMMADIAH, PONDOK SUNGAI DURIAN, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN TEL : 09-966 4161 E-mail : [email protected] Website : www.pondoksgdurian.com

Π ‫ل‬ ‫ل‬ ُ ‫] َﻣ َﺛ‬ ِ ِ ‫ﷲ َﻛ َﻣ َﺛ‬ ِ ‫ل اﻟﱠ ِذﻳنَ ﻳُ ْﻧ ِﻔ ُﻘونَ َأﻣْ وَ ا َﻟ ُﮫ ْم ِﻓﻲ ﺳ َِﺑﻳ‬ ْ ‫ﺣﺑﱠ ٍﺔ َأ ْﻧ َﺑ َﺗ‬ ُ َ‫ﺣﺑﱠ ٍﺔ و‬ ‫ﷲ‬ َ ‫ﺎﺑ‬ َ َ‫ﺳﺑْﻊ‬ َ ‫ت‬ ّ ِ ‫ل ِﻓﻲ ُﻛ‬ ُ ‫ل‬ َ ‫ﺳ ْﻧﺑُ َﻠ ٍﺔ ِﻣ َﺋ ُﺔ‬ َ ِ ‫ﺳ َﻧ‬ َ ‫ﺎﻋفُ ِﻟﻣَنْ َﻳ‬ ُ َ‫ﺷﺎ ُء و‬ 261 ‫اﺳﻊٌ ﻋَ ِﻠﻳ ٌم [ اﻟﺑﻘﺮة‬ ِ َ‫ﷲ و‬ ِ َ‫ﻳُﺿ‬ “Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah melipat gandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha luas rahmat (kurniaNya), lagi Maha Meliputi ilmu pengetahuanNya” (Al-Baqarah : 261)

: ‫] " إذا ﻣﺎت اﺑن آدم اﻧﻘطﻊ ﻋﻣﻠﻪ إﻻ ﻣن ﺛﻼث‬ ‫ أو وﻟد ﺻﺎﻟﺢ‬، ‫ أو ﻋﻠم ﻳﻧﺗﻔﻊ ﺑﻪ‬، ‫ﺻدﻗﺔ ﺟﺎرﻳﺔ‬ ‫ﻣﺗﻔق ﻋﻠﻳﻪ‬

[ "‫ﻳدﻋو ﻟﻪ‬

“Apabila mati seorang anak adam terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang bermenafaat, atau anak soleh yang mendoakan untuknya ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

PENGENALAN PONDOK SUNGAI DURIAN Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian juga dikenali dengan Pondok Haji Abdul Rahman oleh penduduk setempat. Ia diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman (1923M-1988M) secara rasminya pada 4 Jun 1958 di Kg. Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Pada asalnya pondok ini mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai, pada tahun 1957. Tetapi pada 1958 ianya terpaksa dipindahkan kerana lokasi tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi dengan bertambahnya bilangan pelajar. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 66 kilometer dari bandar Kota Bharu. Kawasan yang dahulunya hanya 4 ekar, kini telah bertambah kepada 12 ekar hasil pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok. Sekembalinya Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman ke Rahmatullah, pentadbiran dan pengurusan pondok diteruskan oleh adiknya Haji Ismail dan isteri Almarhum, Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Daud bersama anak-anak Almarhum. Sehingga sekarang terdapat lebih kurang 250 orang pelajar lelaki dan perempuan serta 350 orang dewasa dan warga emas.

SISTEM PENGAJIAN Pondok Sungai Durian merupakan salah satu pusat pengajian pondok yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Kedua-dua aliran ini adalah cetusan pemikiran Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman sendiri, walaupun cara ini berbeza dari sistem pondok yang

sedia ada. Tujuan Beliau ialah untuk mengatasi masalah pelajar disamping memaju dan memperbaharui pusat pengajian pondok. Sistem pondok trandisional merupakan sistem pengajian kitabkitab silam oleh para ulama’ terkemuka sama ada dalam bahasa jawi dan arab manakala sistem sekolah (moden) pula menggabungkan sukatan Pondok Sungai Durian sendiri dengan sukatan Yayasan Islam Kelantan. Secara umumnya, sistem pengajian di Pondok Sungai Durian terbahagi kepada 4 tahap mengikut tahap kemampuan pelajar iaitu: i. ii. iii. iv.

Kelas Rendah Kelas Peralihan Kelas Menengah Kelas Umum

INFRASTRUKTUR Di antara kemudahan asas dan infrastruktur PSD ialah: 1. Masjid. Masjid ini baru sahaja siap pembesaran dan pembinaan semulanya pada tahun 2008. Ia boleh menampung pada satu masa seramai 3,000 orang jemaah. Ia merupakan pusat ilmu dan tempat ibadat di PSD. Masjid tersebut juga menjadi tempat solat Jumaat bagi penduduk Mukim Sungai Durian dan sekitarnya. 2. Bangunan Madrasah (sekolah). Terdapat dua buah bangunan sekolah tiga tingkat. Salah satunya untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan. 3. Bangunan Madrasah lama Bangunan ini telah dijadikan pejabat, perpustakaan dan dewan makan. Juga terdapat musalla lama sebagai tempat aktiviti pelajar.

4. Penempatan pelajar Pelajar lelaki tinggal di pondok-pondok kecil dan beberapa buah rumah yang dijadikan asrama. Begitu juga pelajar perempuan, mereka ditempatkan di beberapa buah pondok serta beberapa buah rumah yang dijadikan asrama. Manakala orang-orang tua pula mendiami pondok-pondok secara berkongsi atau sendirian.

KEWANGAN

PSD tidak mempunyai sumber pendapatan atau kewangan yang tetap sebagaimana pusat-pusat pengajian lain. Oleh itu derma ikhlas, bantuan dan sumbangan kewangan dari manamana pihak amatlah diperlukan bagi menguruskan pentadbiran pondok dengan lebih tersusun dan cekap lagi.

CADANGAN PROJEK

Membina sebuah asrama tiga tingkat yang melengkapi keperluan semasa dan memberi keselesaan kepada para pelajar. Ini kerana beberapa faktor berikut: 1. Memandangkan keadaan pondok-pondok yang sedia ada sudah uzur dan tidak teratur serta asrama yang ada pula tidak lengkap dan serba kekurangan. 2. Bilangan penempatan yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan permintaan pelajar pada hari ini. 3. Kedudukannya yang berteraburan dan tidak tersusun, menyulitkan pihak pentadbiran / disiplin mengadakan kawalan disipilin ke atas pelajar. 4. Kawalan dari sudut keselamatan. 5. Beberapa aktiviti berkala pada musim cuti untuk pelajar luar juga tidak dapat diadakan disebabkan faktor penempatan.

ANGGARAN PERBELANJAAN Mengikut anggaran kos bagi pembinaan bangunan asrama 3 tingkat sepanjang 105 kaki. Jumlah keluasan keseluruhan ialah 11,133 kaki. (3,711 kaki x 3 tingkat) Dengan Kos Satu Juta Ringgit. Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan melalui akaun berikut: Nama : Madrasah Muhammadiah No. Akaun : 03-072-01-011983-9. Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Kuala Krai) Kerjasama dari semua pihak, kami didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 1- PENASIHAT PROJEK Ustaz Haji Ahmed Shukri bin Haji Abdul Rahman H/P: 019-6955960 2- PENGERUSI PROJEK Ustaz Dr Haji Abdul Basit bin Haji Abdul Rahman H/P: 019-9441881 3- SETIAUSAHA PROJEK Ustaz Haji Abdul Latiff bin Haji Abdul Rahman H/P: 019-9565665 4- BENDAHARI PROJEK Ustaz Haji Fakhrulrazi bin Haji Abdul Rahman H/P: 013-9337257

LAKARAN PLAN

GAMBAR SEKITAR PONDOK SUNGAI DURIAN

Pondok Penginapan Pelajar

Asrama Lelaki dan Perempuan

Bangunan Sekolah

Related Documents

Durian
December 2019 10
Durian
December 2019 11
Durian
May 2020 12

More Documents from ""