Politik.docx

  • Uploaded by: divye shree
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Politik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 526
  • Pages: 2
Politik Penjajahan British telah meninggalkan kesan terhadap hubungan etnik dan corak pembangunan politik di Malaysia. Bermula daripada dasar British yang telah mambawa masuk buruh dari China dan India untuk menjana ekonomi tempatan pada masa itu. Hal ini disebabkan kekayaan hasil bumi tanah Melayu pada ketika itu. British juga telah mengasingkan meraka daripada penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan. Masyarakat Cina telah ditempatkan di lombong-lombong, bandar ataupun di pekan kerana mereka telah diletakkan di sektor perniagaan. Masyarakat India telah ditempatkan di estet-estet dan bekerja sebagai buruh estet. Manakala masyarakat melayu telah menjalankan kegiatan pertanian sara diri dan tradisional seperti pertanian dan menangkap ikan. Mereka juga telah ditempatkan di kampung-kampung. Hal ini telah menyebabkan terdapat jurang perkauman antara semua etnik yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1943, pihak Jepun telah datang ke Tanah Melayu. Mereka telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan masyarakat Melayu pada ketika itu. Hal ini kerana pihak Jepun menganggap masyarakat Melayu adalah sebagai pemilik sah di Tanah Melayu dan mempunyai kepentingan dari segi politik. Oleh kerana itu, terdapat orang Melayu yang diambil untuk bekerja oleh pihak Jepun dalam pentadbiran awam. Pihak Jepun juga telah mengiktiraf gelaran sultan dan Agama Islam serta mengakui raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat melayu. Selain itu, pihak Jepun juga telah membebaskan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Muda seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestman dan Ishak Haji Muhammad. Pihak Jepun juga telah menggalakkan Ibrahim Yaakob menubuhkan Pasukan Pembela Tanah Air (PETA) pada tahun 1943 dan Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS). Atas sebab untuk mendapatkan negara India, Jepun telah mengamalkan dasar berbaik-baik denagn orang India di Tanah Melayu pada masa itu, untuk mendapatkan sokongan mereka. Manakala, layanan pihak Jepun terhadap masyarakat Cina pada masa itu adalah lebih buruk. Ini kerana, masarakat Cina di seberang laut telah memberikan sokongan yang padu kepada negara China semasa Perang China-Jepun pada tahun 1937. Penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946, Rancangan Malayan Union telah diperkenalkan yang menggabungkan kesemua negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran British. Rancangan ini telah dipersetujui oleh kebanyakan

masyarakat Cina dan India kerana memudahkan kaum bukan Melayu menjadi rakyat Malayan Union berdasarkan prinsip jus soli (kelahiran). Rancangan untuk menubuhkan Malayan Union telah mendapat kekangan dari masyarakat Melayu sendiri. Hal ini kerana, orang Melayu bimbang hak keistimewaan dan kedudukan politik orang Melayu pada ketika itu akan tergugat disebabkan hak kewarganegaraan yang longgar. Selain itu, kuasa raja-raja Melayu akan terjejas. Hal ini telah melahirkan rasa tidak puas hati antara masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu. Selepas itu, United Malays National Organization (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini telah menyatupadukan masyarakat Melayu yang pada ketika itu membantah terhadap rancangan Penubuhan Malayan Union. Hal ini telah menyebabkan Malayan Union telah dibubarkan oleh pihak British. Seterusnya pada Februari 1948, British telah membubarkan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. Pertikaian terhadap hak kewarganegaraan telah berlanjutan dan tiada penyelesaian walaupun setelah pertukaran kepada Persekutuan Tanah Melayu. Masyarakat Cina menganggap hak kewarganegaraan sebagai halangan kepada masyarakat bukan melayu untuk mendapat taraf tersebut kerana salah satu syarat kelayakan ialah penguasaan Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun masyarakat Melayu tempatan bersetuju dengan syarat tersebut kerana dengan cara ini kuasakuasa raja Melayu dapat dikembalikan.

More Documents from "divye shree"

Politik.docx
December 2019 11
Matematik Berasal Dari.docx
December 2019 15
Hubungan Etnik25.pdf
December 2019 16
Nill2007.pdf
June 2020 2
Wood1993.pdf
June 2020 0